Anda di halaman 1dari 8

1 Pengenalan

Budaya pengurusan berasaskan pengukuran prestasi secara berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan kepada pelanggan, khususnya orang
ramai Ucapan Mantan Perdana Menteri sempena MAPA pada 9 Januari 2004

Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka.
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa
pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan
manusia.Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi
formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami
terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
Pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan
pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,
pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan
individu-individu menikmati kehidupan yang baik.
Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education, pentadbiran sekolah ialah satu proses
sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal
mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi
objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational
Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai
anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK,
maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga
kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua
tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu
yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.
Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan
fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali
gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah
untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan
warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Dalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elmen yang
terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-cabang falsafahnya ialah Metafizik. Ciri-ciri FPK bagi Metafizik ialah menyeluruh dan
bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslad diajar oleh guru dan mesti dipelajari oleh muridnya. Ini bermaksud, guru
mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan sukatannya oleh kerajaan kepada seitap murid. Dengan itu, potensi dan
kebolehan individu penting untuk berkmbang secara menyeluruh dan bersepadu.
Antara maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah bakat, potensi dan kebolehan tidak
boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu
sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembanga bakat, potensi serta kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi),
percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi
perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini
tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta
menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik.

Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa
berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan
reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang
lain dan persekitaran.
Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih saying sesama
insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita
yang berbilang kaum dan bangsa.
Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan
bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita
mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti
menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti
bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang
dianutinya.
Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta
akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia
yang berketerampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud mempunyai kecekapan dan
kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri
individu jika mempunyai kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak mulia pula ialah mempunyai
perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam
masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan
negara. Bertanggunjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan
amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun
negara. Contohnya mematuhi undang-undang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai
rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Setiap individu
juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan
bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan
terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi
perlembagaan dan peraturan negara.

Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbagan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang
tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Seperti elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, individu yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan mampu untuk member sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu
menwujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah
Melayu seperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan
misinya. Esei ringkas ini menjelaskan penilaian keberkesanan program yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan sekolah dengan
pihak luar.
2.0 Apa itu Komuniti ?

Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara
satu sama lain. Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas dan belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa
perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti
berhubung sesama mereka, proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah.
2.1 Bagaimanakah Komuniti setempat memainkan peranan dalam pentadbiran sekolah?
2.1.1 PENGLIBATAN IBU BAPA
Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan di sekolah. Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-
anak sebelum masuk ke tadika. Oleh itu adalah sangat wajar bagi ibu bapa untuk meneruskan penglibatan mereka dalam sama-sama
mendidik anak-anak di sekolah.Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara
aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-
anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga
mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma. 1985).
Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Murid akan
merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi boleh diteruskan di rumah. Guru pula akan dapat
mengembangkan peranan profesional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya
pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan
perkongsian ilmu daripada guru.
Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan
pencapaian muris-murid. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang
pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak
secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersugguh-sungguh dalam
aktiviti pembelajaran disamping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.
Pendekatan ini juga mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan bagi melahirkan anak-anak yang intelek dan berdaya maju
seiring denganperkembangan negara. Hal ini terbukti dengan adanya kempen di peringkat kebangsaan untuk menggalakkan ibu bapa
terlibat dengan pendidikan anak-anak mereka. Melalui iklan di televisyen dan lagu di radio, ibu bapa disarankan agar memastikan anak-
anak mereka mengulang kaji pelajaran selama dua atau tiga jam sehari dengan bimbingan ibu bapa.
Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap perkembangan murid di sekolah
kerana mereka merupakan pendidik di rumah (Jeffrey Glanz. 2006 ). Antara peranan yang dimainkan adalah seperti berikut:
i. Mengukuhkan pembelajaran
Eugenia Hepworth Berger (1991) menyatakan ibu bapa boleh melakukan apa sahaja seperti membantu dan menggalakkan di rumah
untuk menolong anak mereka berjaya di sekolah misalnya melalui komunikasi. Ini kerana anak anak belajar untuk memahami sesuatu
yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima serta mendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan
atau apa yang telah dipelajari oleh anak mereka di tadika seperti:
Amalan memberi salam, ucap selamat dan terima kasih
Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menghidang makanan dan mengemas
Amalan membaca doa-doa yang dipelajari di tadika
Membaca buku, menulis, melukis, membuat kolaj dan lain-lain
ii. Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan
Kanak kanak mempunyai minat ingin tahu ( curiosity ) yang tinggi, suka menyiasat dan meneroka, mengeskperimen dan
menyelesaikan masalah serta berkemampuan menumpu perhatian dalam meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran(Aminah Ayob
et al. 2008).
Situasi ini memerlukan penglibatan ibu bapa untuk menerangkan dan menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh anak mereka. Ibu
bapa merupakan tempat rujukan selain guru (Eugenia Hepworth Berger 1991). Contoh kepakaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
membantu dalam aktiviti pembelajaran seperti bercerita menyanyi serta menggunakan komputer. Ibu bapa perlu menerangkan dengan
lancar secara terus dari objek seperti komputer ( Douglas P.Newton 2002 ). Di samping itu, ibu bapa juga boleh
Memberi penerangan tentang pekerjaan
Membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf.
Memberi khidmat nasihat dan runding cara
iii. Memberi sumbangan tenaga dan bahan
Penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak - kanak juga perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran seperti
menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Dengan bahan yang ada ibu bapa perlu menyumbangkan tenaga dengan mengajar
mereka dengan cara yang berbeza dari guru di tadika. Ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak mereka jika mereka
selesa dengan pendekatan yang hendak diajar. (Douglas P.Newton. 2002 ).
Fungsi pendidikan sekolah dari perkembangan estetika dan daya kreatif ialah menyediakan berbagai jenis media seperti tanah liat, blok
atau plastisin (Rosmah & Salma. 1985). Dengan peralatan yang ada, ibu bapa boleh membina taman sains untuk memberikan
gambaran yang lebih dekat kepada kanak kanak. Kanak kanak lebih mudah memahami jika melihat apa yang dinyatakan
berbanding perkara yang abstrak (Douglas P.Newton. 2002 ).
Malah ibu bapa juga boleh membawa mereka untuk berkelah atau melawat supaya mereka boleh mengetahui dengan lebih banyak
perkara selain pembelajaran di tadika. Lawatan juga boleh dilakukan bersama tadika anak mereka bersama guru tadika. Pada masa
yang sama lawatan ini dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan tenaga pendidik secara tidak langsung
membolehkan pendidik memahami anak anak dengan lebih mendalam. (Elizebeth & Jacqueline. 2004).
Selain itu, ibu bapa juga boleh menderma atau membaiki alat permainan terpakai dan menyediakan props.
2.0 PENGLIBATAN KOMUNITI
Selain ibu bapa, pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di peringkat sekolah. Masyarakat terdiri daripada
pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa
kepada satu simbiosis taska sekolah akan bermakna jika diatur dengan bijaksana. (Aminah Ayob et al. 2008).
Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti
boleh menpengaruhi pembelajaran kanak kanak. (Jeffrey Glanz. 2006 )
Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen
serta hormat (Thompson. 2005)
2.1. Masyarakat Setempat
Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalan oleh tadika kerana
anak mereka sendiri merupakan murid tadika tersebut. Dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mereka juga memberikan
sokongan kepada anak mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Sokongan yang diberikan akan meningkatkan
keyakinan kanak kanak untuk berjaya. Penjagaan kanak kanak dengan kualiti yang baik akan merangsang perkembangan mereka.
(Eugenia Hepworth Berger. 1991)
Apabila aktiviti seperti Hari Potensi dianjurkan, kanak kanak mula untuk belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya
dengan komuniti setempat seperti yang ditekankan dalam kurikulum permata. Lebih banyak hubungan berlaku dalam minda kanak
kanak lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak kanak terus diransangdan didedahkan kepada pengalaman pengalaman
pembelajaran yang banyak (Aminah Ayob et al. 2008). Kanak kanak yang mempunyai kemahiran yang sosial yang tinggi mampu
untuk bergaul dengan komuniti pelbagai budaya. Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama
berasaskan kepercayaan yang sama dan selesa untuk melakukan bersama. ( Thompson. 2005 )
Falsafah Kurikulum Permata menekankan kefahaman dan budaya adalah amat penting dibina dari peringkat awal agar kanak kanak
membesar dengan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan serta mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan dan dapat hidup
secara bertoleransi dalam suasana masyarakat Malaysia yang majmuk.
Semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi dan komunikasi secara tidak langsung yang juga ditekanan
dalam kurikulum permata. Pergaulan kanak kanak dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan berkomunikasi lebih awal
kerana terdapat ransangan luar yang positif. Lebih banyak dan kerap kanak kanak dirangsang, maka akan bertambah jaringan
neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap, akhirnya ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah
penting kanak kanak diberikan ransangan positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal (Aminah Ayob
et.al. 2008). Malah kanak kanak yang mahir berkomunikasi, mudah berinteraksi.
Misalnya, Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum tabika yang dilaksanakan secara tahunan. Melalui Hari Potensi ini ibu bapa
dan komuniti akan berganding bahu untuk menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari Potensi iaitu memupuk semangat
kerjasama, sosial dan perpaduan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tempatan yang memerlukan mereka untuk memberi
komitmen supaya segala perancangan aktiviti berjalan dengan lancar. Henderson & Berla (1994) menyatakan bahawa kepercayaan
untuk melihat kejayaan murid murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa menjadi optimis dengan komitmen mereka
untuk memberikan sesuatu yang bermakna secara berterusan.
Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum tadika, komuniti juga secara tidak langsung menjadi pembantu kepada guru kanak kanak.
Misalnya, Hari Potensi, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing masing. Dalam pada itu, mereka juga
akan berinteraksi dengan kanak kanak untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari itu. Ahli
komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor (Marzano. 2003).
2.2 Badan Kerajaan
Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada perkembangan awal kanak-kanak. Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak yang berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra
sekolah. TABIKA yang dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati
nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana,
sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah
untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau pengukuhan supaya menjadi kanak
bersahsiah baik. (Rohani Abdullah. 2004)
Selain itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga terlibat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu
dengan kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Melalui TASKA, program yang dijalankan memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ibu bapa merupakan salah satu
sumber untuk mengenalpasti anak berbakat terutama yang masih kecil ( Reni Akbar Hawad. 2001). Oleh itu, dengan pelaksanaan
program pendidikan keibubapaan yang bertujuan memberi pendidikan tentang peranan ibubap dalam perkembangan kanak-kanak
kepada golongan ini, ia dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berjalan dengan lancar dan baik.
Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh
kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pada usia tiga hingga enam tahun adalah masa bermain bagi
kanak-kanak dan masa belajar pada lingkungan umur ini bukan dalam dua demensi (pensil dan kertas) ( Reni Akbar Hawadi.
2001). Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep
tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis).
2.3 Badan Bukan Kerajaan (Institusi Masyarakat atau Pihak Luar seperti Yayasan, NGO, badan-badan berkanun)
Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang
menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan
sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga.Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah
persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain
lagi. Di peringkat sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG). Apa yang belaku
pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya.

Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk
mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan
dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan
sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan
yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005).
Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat
memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk
mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Badan bukan kerajaan seperti Johnson & Johnson Sdn. Bhd telah
menganjurkan bengkel keibupaan. Bengkel yang diadakan oleh bertujuan mendidik para ibu bapa cara-cara mengurut bayi,
memandikan dan menyusu badan oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. Bengkel seperti ini bukan hanya hanya informatif dan
berguna bagi para ibu bapa, tetapi juga seronok dan interaktif dan paling penting mereka akan pulang dengan pengetahuan yang dapat
memberikan perubahan bermakna kepada bayi mereka melalui cara-cara urutan, penyusuan dan mandian yang betul. (Utusan
Malaysia. 06/08/2009). Ransangan yang betul terhadap bayi 0 hingga 6 bulan akan meningkatkan lagi perkembangan intelek
mereka berkaitan dengan maklumat sentuhan (Rohani Abdullah. 2004).
Selain itu, badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanak-kanak juga wujud di Malaysia. Contohnya, program
Click A Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Islamic Relief WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan.
Program yang dijalankan adalah bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan
adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini, kanak-kanak dapat dibantu melalui perkembangan awal
mereka dengan lebik baik walau pun tanpa ibu bapa. Stimulasi yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-
kanak merupakan hal vital bagi perkembangan bakat kanak-kanak ( Reni Akbar Hawadi. 2001).
2.4 Badan Berkanun, NGO dan sukarelavan yang membantu sekolah saya.
i. PIBG
ii. Lembaga Sekolah
iii. Kumpulan SP Setia,
iv. Astro Sdn Bhd
v. Da Ma Chai mengadakan
vi. Pzuchi
vii. Bank CIMB
viii. Bank Simpanan Nasional dan
ix. Polis
x. Bomba
xi. Klinik Kesihatan Puchong
xii. JKKK
3 Penilaian Program Jalinan Hubungan Sekolah : Pihak Luar

3.1 Pemantauan Kolaboratif Bestari Sekolah & Keluarga
Usaha saya yang dapat menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan mutu bisnes teras iaitu pengajaran dan
pembelajaran dimanifestasikan melalui Program Pemantauan Kolaboratif Bestari. Program ini bertujuan untuk memupuk kerjasama dan
komitmen ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar setiap minggu.
i. Kebanyakan guru juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu peningkatan prestasi akademik
pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di
sekolah.
ii. Walaupun demikian, pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa di
sekolah dengan lebih bermakna didapati masih kurang.
iii. Bagi memenuhi hasrat ini, pihak sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa supaya mereka
melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan.
iv. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik,
perkembangan sahsiah pelajar, ko kurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan lain-lain lagi.
v. Dalam hal ini, apabila pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing sudah menganggap diri masing-masing
sebagai rakan kongsi bersama dalam pendidikan, maka akan terbentuklah satu komuniti di sekolah yang akan bergerak bersama-sama
dalam usaha untuk membantu peningkatan dalam pembelajaran pelajar.
vi. Komuniti Pembelajaran Sekolah (School Learning Community) merupakan satu komuniti di sekolah yang terdiri daripada
guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu bapa dan masyarakat yang bersama-sama terlibat untuk melakukan penambahbaikan
terhadap segala aspek di sekolah dan pada masa yang sama membantu meningkatkan peluang pembelajaran pelajar.
vii. Kajian mendapati bahawa SLC banyak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak antaranya menambahbaik keadaan iklim
dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan persaudaraan, menggalakkan sokongan masyarakat setempat terhadap sekolah dan
meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua aspek di sekolah.
viii. Antara ciri penting yang terkandung di dalam SLC ialah penglibatan pihak sekolah,pelajar, keluarga dan masyarakat setempat
secara bersama-sama dalam pencapaian visi sekolah.
ix. Selain itu, ciri lain ialah sekolah yang mengamalkan SLC akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke sekolah tanpa
mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.
x. Kajian mendapati bahawa pelajar akan berusaha lebih bersungguh-sungguh dan bertingkah laku lebih baik sekiranya mereka
mendapati ibu bapa mereka sering dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di sekolah pada sepanjang tahun persekolahan.
xi. Seterusnya SLC didapati lebih berfokuskan pencapaian pelajar. Dalam hal ini didapati bahawa pihak sekolah akan melibatkan
keluarga dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan tujuan bagi mendapat sokongan dalam pelbagai
bentuk untuk meningkatkan prestasi pelajar.




5.0 KESIMPULAN
Kunci kepada kewujudan kanak-kanak yang berbakat dan bersedia untuk ke tahun 1 adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap
keunikan yang dimilliki oleh mereka dan kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak ini. Anak-anak memerlukan
ibu bapa yang responsif dan fleksibel serta komuniti yang sensitif terhadap pekembangan mereka. Perkembangan yang meliputi
pelbagai aspek ini perlu dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. Oleh itu, ransangan yang
sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak perlu diberikan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,
meningkatkan kebolehan, melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan penorakaan terhadap alam sekeliling.
Penglibatan ibu bapa dan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak kerana akan memberi impak kepada
pembesaran dan secara tidak lansung kepada masa depan mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu, ibu bapa dan
komuniti perlu sedar akan peranan masing-masing dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya
secara pragmatik di peringkat sekolah rendah.


RUJUKAN
1. Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007
2. Edmond (1977)
3. Sweeney (1982)
4. Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997)
5. Gordon, 2008
6. Mohd Yusuf Othman .1999

Anda mungkin juga menyukai