Anda di halaman 1dari 2

Peranan Guru Bahasa Peranan guru bukan sekadar "pengajar" atau "cikgu" malah sebagai "pendidik" yang bertanggungjawab

membentuk muridnya untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bahasa Melayu pula memainkan peranannya menerajui pelaksanaan dasar pendidikan bahasa yang berteraskan konsep Bahasa Melayu merentas kurikulum dengan cara mempelbagaikan rancangan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Seterusnya, peranan guru bahasa yang perlu dilaksanakan ialah sebagai: Perancang Pengajaran dan Pembelajaran Gabungan inisiatif guru, penglibatan guru, penggunaan dan pembelajaran yang berkesan. Kesemua ini memerlukan perancangan yang teliti. Guru Bahasa Melayu memainkan peranan utama sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran dari segi: Kandungan sukatan pelajaran Tempoh rancangan pengajaran dan pembelajaran Latar belakang, keperluan, tahap pencapaian dan kebolehan murid Tempat dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran Keperluan semasa Kemudahan fizikal dan peralatan yang ada Penggerak dan Pendorong Pengajaran dan Pembelajaran Guru bahasa harus sentiasa sensitif terhadap peranannya membina tamadun ilmu yang tinggi di kalangan murid. Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan perlulah mempunyai ruang bagi murid-murid menggunakan fikiran mereka secara kritis, analitis dan logik. Situasi ini akan membantu murid-murid untuk mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea yang bernas dan berkesan dalam pertuturan dan penulisan mereka.

Guru sepatutnya tahu bahawa setiap murid mempunyai kebolehan semula jadi dan bakat berbeza dalam sesuatu bidang bahasa seperti berbahas, berpidato, berpantun, bersyair, bersajak, berlakon dan berkarya. Guru bahasa boleh menjadi penggerak dengan cara mengenal pasti dan mencungkil bakat murid di samping boleh menjadi pendorong untuk merancang aktiviti sokongan supaya murid dapat meningkatkan penglibatan mereka.

Pembimbing Murid

Guru bahasa berperanan membimbing murid untuk menguasai semua kemahira dan kecekapan berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kesemua kemahiran asas ini mesti dikuasai oleh murid-murid supaya mereka boleh menghadapi dan menerokai pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang luas lagi mencabar. Pemupuk Semangat Guru bahasa boleh memainkan peranan yang penting untuk menyemai dan memupuk semangat cinta dan banggakan bahasa Melayu dalam sanubari murid-muridnya yang berbilang bangsa dan budaya. Tanpa semangat ini, kedaulatan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama akan tergugat.

Kita sedia maklum bahawa pemupukan semangat berlaku secara perlahan dan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, suda wajarlah bagi guru Bahasa Melayu yang mengajar tidak kurang daripada enam waktu seminggu untuk sesebuah kelas akan dapat menanamkan bibit-bibit cintakan bahasa Melayu kita. Pembentuk Sahsiah Murid Guru bahasa mempunyai masa yang panjang dan mencukupi untuk membentuk sahsiah murid-muridnya. Sebelum hal ini dilakukan, terlebih dahulu guru mestilah boleh dijadikan model yang memiliki sifat terpuji untuk dicontohi oleh murid-murid. Untuk membentuk sahsiah muridnya melalui pengajaran bahasa, guru perlulah: Menggunakan bahan pengajaran yang mempunyai nilai murni Memberi penekanan kepada pengucapan bertatasusila dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan sesuatu situasi Memilih tajuk perbahasan, penulisan, projek dan sebagainya yang ada kaitan dengan nilai murni yang boleh membantu dalam pembentukan akhlak mulia Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat membentuk sahsiah murid seperti bertolak ansur, bersabar, bekerjasama, tidak mementingkan diri sendiri dan dapat mengamalkan sikap bersyukur, berterima kasih, cintakan bahasa dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai