Anda di halaman 1dari 6

Peranan guru

Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan

murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum dapat

menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi permasalahan ini, guru boleh menggunakan

pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat

empat kaedah mengajar membaca Bahasa Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah

abjad, kaedah seluruh perkataan, kaedah fonik dan kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara

penyampaian yang berbeza dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam proses pengajaran

membaca kepada murid. Namun begitu, kaedah eklektik adalah paling sesuai digunakan untuk mengajar

membaca kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu

pelajaran membaca.

Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga

memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk mengajar

membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari ‘set induksi’ sehinggalah ke

penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif

pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).

Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah

pembentukan konsep yang betul. Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat

membantu dan merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya.

Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan mengamalkan

beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk menguasai teknik-teknik tersebut

dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, murid membaca untuk tujuan-tujuan seperti

untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara, untuk mendapatkan

gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami sesuatu persoalan atau

menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan

sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu
membaca pantas dan membaca kritis. Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan tekniks ki

mming danscannin g, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti

KWLH dan SQ3R.

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut iaitu, K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca),

W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas

membaca) dan H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca

seterusya). Melalui teknik ini, pembaca mengingat dahulau apa yang telah diketahui, membayang atau

menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa

yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh

(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan murid

mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari

pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat Teknik

skimming dan scanning

Teknikskimming dans canning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu

petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan

sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat

gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita

diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk

utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang

dibaca.Scan ning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk

mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-

bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita
dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan

kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada

pembacaan caraski mming. Dalam konteks pembelajaran,skimming danscanning boleh digunakan bersama.

Biasanya, kita boleh membaca caraskimmin g untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika

bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan tekniksca n ning untuk mendapatkan

maklumat khusus yang dicari (Baca, 2007).

Peranan murid

Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu rajin dan berusaha

untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi meningkatkan kemahiran

membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk membaca. Kebanyakan individu memberi

alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan

terhadap waktu, tetapi jika murid berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka

perlu mengatur masa dan memperuntukan sedikt masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry

Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit,

tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akam meningkatkan kemahiran membaca mereka. Katanya lagi,

orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa untuk membaca dalam hidupnya.

Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala Selain itu, menyediakan masa untuk membaca

berhubungan rapat dengan salah satu aspek yang paling penting dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa

yang baik dan bermanfaat untuk dibaca. Memang tidak mungkin muurid akan membaca tentang semua

perkara, oleh itu setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang dapat membimbing mereka

terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam buku Azman Wan Chik (1986) ada

diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan dalam buku Personalized

Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L. Abbott,

terjemahannya lebih kurang begini:


”Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-apa buku yang saya

suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka, saya juga suka kerana saya diberi masa

untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa sesungguhnya saya seronok membaca dan saya fikir anda

akan belajar bagaimana membaca dengan baik apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan

menarik minat anda ingin membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-buku yang saya sudah

baca, dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang bahawa tidak ada sebuah buku yang baik

tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini menjadikan mereka akan berminat membaca buku-buku.

Percayalah saya suka membaca.” Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat

membacanya dengan memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untu

membaca.

Peranan sekolah

Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Bagi

murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca, mereka perlu diberi kelas

pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan

guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran

sekolah juga penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat

motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah

Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya, pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan

motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca. Keadaan ini secara

tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk •

Peranan ibu bapa

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam pemerolehan

kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati

sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang
mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan

oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca

kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak

bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang

berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak

mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran.

Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah.

Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan

bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan

kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak.

Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca

daripada secara berasingan.

Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini dosokong oleh

Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan benar kerana

sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang

sentiasa berada dengannya, maka itulah yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang

serius, namun perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai

kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi

sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi

pembaca yang berjaya atau sebaliknya

Anda mungkin juga menyukai