Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN

SATU
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan
untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak
formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini
dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar
belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pembelajaran secara formal.
Tujuan Program

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru
dalam masa yang singkat.

Guru-guru

dapat

menyelaraskan

keperluan

kognitif,

emosi

dan

jasmani

murid

secara

menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.

Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa
banyak masalah.

Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio
ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian
yang hampir sama .
Objektif Khusus

Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan
murid ke Tahun Satu.

Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.

Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang
diperolehi dalam kehidupan sehariannya.
Sumber

Maklumat:

Kementerian

Program transisi prasekolah

Pelajaran

Malaysia

PROGRAM TRANSISI KANAKKANAK PRASEKOLAH


Konsep:

Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan
yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan


untuk membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan
yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau
prasekolah.

Transisi prasekolah ke Tahun Satu adalah bertujuan membantu kanak-kanak menghadapi


perubahan di dalam keadaan transisi dari prasekolah dengan pendidikan yang tidak formal ke
pendidikan formal di Tahun Satu di sekolah
rendah.
Tujuan Program Transisi:

Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta
pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanakkanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal di Tahun Satu.
Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke sekolah tanpa
banyak masalah.
Memperolehi pengentahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam sukatan Tahun Satu.
Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran dan
pembelajaran.
Menangani perbezaan kanak-kanak yang masuk ke Tahun Satu dalam aspek kognitif, efektif dan
psaikomotor serta latar belakang pengalaman.
Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.
Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak
mereka.
Peranan Guru Prasekolah Dalam Merancang Program Transisi Kepada KanakKanak

Membuat lawatan ke sekolah yang akan menerima kanak-kanak ke Tahun Satu.


Menyediakan Kanak-kanak dengan suasana di Tahun Satu.
Bekerjasama atau berbincang dengan guru Tahun Satu.
Mengetahui sukatan pelajaran Tahun Satu
Menyediakan profil setiap kanak-kanak.
Mendedahkan kepada kanak-kanak dengan suasana persekitaran Tahun Satu.
Peranan Guru Tahun Satu Dalam Program Transisi

Memahami serta menghayati program

Melaksanakan program transisi


Meneruskan amalan budaya dan nilai murni
Merujuk guru bimbingan dan kaunseling sekiranya menghadapi kanak-kanak mempunyai
masalah tingkahlaku.
Mengetahui latar belakang pencapaian dan perkembangan kanak-kanak.
Menyediakan persekitaran yang sesuai dan menarik kanak-kanak.
Bersedia untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang
Berupaya untuk memahami tingkahlaku kanak-kanak.

PROGRAM TRANSISI KONSEP TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH 1. Transisi


merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu
keadaan yang lain. 2. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada
2: * Transisi rumah ke prasekolah * Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke
Tahun Satu) 3. Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu
kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang
tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah. Tujuan program Transisi Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan
kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu. - Guru-guru dapat
menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak
secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara formal di Tahun Satu. - Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak
untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah. Peranan guru prasekolah a)
Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa
akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah. b)
Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanakkanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan
sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa
suasana di prasekolah seperti di rumah mereka. c) Guru prasekolah berperanan
membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang
baru di prasekolah. d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari
latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang
sesuai. e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang
berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka. Peranan pembantu
prasekolah a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa
mereka tidak berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke
tandas. b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti
sewaktu makan, rehat dan bermain. c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak
semasa mereka berada di prasekolah. d) Membantu guru dalam pengurusan
kanak-kanak di prasekolah. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai