Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN SOSIAL MILDRED PARTEN (1932)

Beliau telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial
kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya
tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main
yang digunakan oleh beliau terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut
Mildred Parten (1932) adalah seperti berikut:

i. Perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior)


Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati
tetapi tidak bermain.

ii. Permainan Solitary


Kanak-kanak bermain seorang diri dan dia juga tidak memperdulikan apa yang
kanak-kanak lain sedang buat. Kanak-kanak ini mungkin bermain membina menara
dengan bongkah-bongkah kayu dan lansung tidak menyedari apa yang sedang
dilakukan oleh kanak-kanak lain di dalam bilik yang sama.

iii. Permainan Memerhati (onlooker play)


Permainan ini selalu terjadi kepada kanak-kanak yang bermain secara individu
serentak memerhatikan rakan-rakannya yang bermain di kawasan yang sama.
Kanak-kanak tersebut mungkin berinteraksi dengan rakannya. Kanak-kanak yang
memerhatikan

rakan-rakannya

bermain

mungkin

akan

mengubah

atau

meningkatkan cara permainan mereka selepas memerhatikan rakan mereka


bermain.

Selalunya kanak-kanak yang memerhati akan bersikap pasif sementara rakanrakannya sedang bermain, tetapi kanak-kanak ini sangat peka terhadap pergerakan
yang berlaku di sekelilingnya.

iv. Permainan Selari (parallel play)


Beberapa orang kanak-kanak bermain permainan yang sama jenis tetapi bermain di
dalam kumpulan yang berasingan. Seseorang kanak-kanak itu tidak terlalu
bergantung kepada rakan-rakannya untuk bermain.
Contohnya, guru mengarahkan semua murid membentuk beberapa kumpulan dan
guru memberi setiap kumpulan permainan yang sama.

v. Permainan Assosiatif (associative play)


Permainan ini dimainkan secara beramai-ramai tetapi tidak memerlukan kerjasama
yang kuat di kalangan pemain. Contohnya, permain kejar-kejar, apabila seorang
kanak-kanak dicuit oleh pihak lawan maka kanak-kanak tersebut terkeluar dari
permainan tetapi kanak-kanak yang lain masih meneruskan permainan.

vi. Permainan koperatif (cooperative play)


Permainan ini juga dimainkan secara beramai-ramai.
Setiap pemain mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Contohnya,
bermain pondok-pondok, di dalam permainan ini setiap kanak-kanak mempunyai
peranan tersendiri seperti menjadi ayah, emak dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai