Anda di halaman 1dari 5

PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK KANAK BERUMUR 4

HINGGA 6 TAHUN

INISIATIF LAWAN RASA BERSALAH ( ERIKSON)

Dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun. Peringkat ini di panggil peringkat


bermain di mana kanak kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui
proses bermain. Kanak kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk
mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang
dewasa. Dengan cara ini kanak kanak belajar berbagai kemahiran yang
menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan
memimpin.

Kreativiti dalam lakonan dan drama kreatif merupakan salah satu teknik dan
alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan main
peranan ialah permainan di mana kanak kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak,
abang, adik, doktor, polis, pelakon dan lain lain dalam sesuatu peristiwa yang
sesuai. Kanak kanak perlu bertutur atau berlakon watak watak berkenaan dalam
satu situasi.

Teknik mainan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan


menarik minat kanak kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak
kanak terhadap sesuatu perkara. Sering digunakan oleh guru dalam kaedah yang
berasaskan pendekatan Induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK KANAK BERUMUR 7
HINGGA 12 TAHUN
Pada peringkat sekolah rendah ini, pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan bagi
membolehkan menonjolkan bakat dan kreativiti kanak-kanak tersebut

6 - 7 Tahun

Pada peringkat ini kanak kanak

Akan mengalami perubahan kognitif di mana ia akan mengalami


perpindahan dari belajar membaca kepada membaca untuk belajar.
Dari segi emosi dan sosial keadilan berubah dari prinsip kesamaan kepada
kemurahan hati.
Interaksi rakan sebaya menjadi lebih pro sosial dan agresif fizikal
berkurangan.
Contoh aktiviti drama,memasak dan aktiviti lain yang berkaitan dengan
interaksi.

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Drama

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa,


unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk


menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan


berkongsi sesuatu.

8 9 Tahun

Peringkat umur kanak kanak ini lebih cenderung dengan kreativiti yang berkaitan
dengan bercerita, permainan dan pakaian beragam.Pemikiran logikal yang dikaitkan
dengan perkara konkrit.Prestasi perkembangan mengikut teori perkembangan
kognitif piaget.

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Bercerita

Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-


murid.
Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-
nilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-
watak baik yang ditonjolkan dalam cerita
Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau
tulisan bagi aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, mereka juga boleh
menambahkan bahan-bahan untuk menulis karangan.

10 11 Tahun

Peringkat ini kanak-kanak :

perkembangan perwakilan mendalam dalam lukisan.


Strategi ingatan dan organisasinya menjadi lebih berkesan.
Boleh membentuk ayat yang gramatis dan kompleks.
Contoh : Visualisasi, numerasi dan literasi.

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran : SOAL JAWAB (Teori Kreativiti Paul Torrence)

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah


bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang


berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas
yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat


menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.

3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan


pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih dinamik dan berkesan.

12 13 Tahun
.Pada peringkat ini kanak-kanak :

Berupaya menggunakan pemikiran logikal


Boleh menghubungkait teori dengan bukti
Lebih idealistik daripada kritikal
Contoh : Mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Penulisan kreatif

Pendekatan dan teknik yang boleh dijadikan rangsangan untuk membuka pintu
kreativiti pelajar pelbagai. Antaranya ialah Adaptasi, Aksi kaku, menyambung cerita,
menyediakan cerita, menamatkan cerita, mempositifkan unsur, dan interaksi.
Penulis memaparkan Teknik Interaksi ini secara sekilas untuk mencontohkan
pengajaran dan pembelajaran penulisan kreatif.

Teknik Interaksi ini sebenarnya menggalakkan pelajar berinteraksi serta saling


mencabar kreativiti bersama rakan. Kelebihannya ialah sedari awal pelajar berdaya
saing untuk merangsang kreativiti, persepsi dan imaginasi untuk menghasilkan
penciptaan yang lebih bermutu. Meskipun pada dasarnya , mereka berhujah
tentang sesuatu tajuk yang sama namun apabila sampai pada tahap perangkaan
dan penulisan, pelajar digalakkan menghasilkan karya yang baku, mempunyai
kelainan, ketulenan serta yang lebih kreatif.
Umumnya , kreativiti boleh difahami dengan seperti mana pengertian di
bawah :

* melakukan sesuatu dengan cara yang unik


* seseorang itu akan keluar daripada pola yang sama
* berfikir di luar kotak
* melihat sesuatu daripada perspektif baru
* menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru
* membuka minda dengan idea-idea baru
* mencabar andaian
* mencipta sesuatu yang baru
* menghubungkan idea yang tidak berkaitan
* menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil
* berfikir secara fleksibel
* penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli
* membuat sintesis , imaginasi dan visualisasi

Kesimpulannya ,kreativiti dapatlah kita definisikan sebagai mempunyai


kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli.

Anda mungkin juga menyukai