Anda di halaman 1dari 13

MAKANAN SEGERA DAN FAKTA MENGENAINYA

Manusia merupakan makhluk Tuhan paling bijak. Benarkah? Tuhan mengurniakan


manusia dengan akal, supaya manusia dapat memebezakan perkara yang baik dan
buruk. Manusia memang bijak. Manusia membawa kemajuan kepada dunia ini.
manusia mula mencipta pelbagai benda untuk memudahkan kehidupan seharian
mereka. Manusia mencipta kereta, komputer, telefon, pembakar roti dan televisyen.
Ciptaan ini memang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat manusia
di muka bumi. Namun, apa komen anda tentang makanan segera? Atau fast food?
Makanan segera adalah salah satu ciptaan manusia, idea manusia, datang dari
seorang manusia. Soalan, apakah kegunaan makanan segera kepada manusia?
Sebagai sumber makanan? Soalan lagi. Kenapa mesti dalam bentuk segera?
Kenapa tidak makanan itu dijual dalam keadaan yang segar dan mentah? Atau
manusia sudah semakin malas dan tidak ada masa untuk makan makanan segar,
oleh itu manusia memilih makanan segera. Ya, mungkin teori ini benar.
Sebelum itu, satu lagi soalan. Apa sebenarnya makanan segera? Di mana makanan
segera ini boleh didapati? Apakah kandungan sebenar makanan segera yang kita
telan saban waktu? Adakah makanan segera memiliki khasiat yang sama seperti
makanan segar? Dengan kata lain, adakah khasiat Big Mac sama seperti khasiat
sebiji betik? Apa yang membuatkan makanan segera ini sangat mendapat tempat
dalam hati masyarakat dunia? Terlalu banyak persoalan. Oleh itu, esei ini akan
memberikan jawapan kepada semua persoalan-persoalan di atas.
Menurut Wikipedia, makanan segera atau dikenali juga sebagai Quick Service
Restaurant (QSR) merupakan istilah bagi makanan yang boleh disediakan dengan
cepat. Apa-apa hidangan dengan masa penyediaan yang sangat sekejap
dikategorikan sebagai makanan segera. Kebiasaannya istilah ini merujuk kepada
makanan yang dijual di restoran atau kedai-kedai yang menggunakan bahan yang
berkualiti rendah dan dihidang dalam bentuk paket kepada pelanggan. Istilah fast
food diakui di dalam kamus pada 1951 oleh Merriam-Webster. Makanan segera
kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang
berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.
Makanan segera adalahapa juga jenis makanan yang cepat, mudah dan
kebiasaannya murah. Boleh dikatakan makanan segera boleh didapatkan di manamana sahaja kedai yang menjual makanan dan snek. Makanan segera sangat
popular kerana dengan hanya RM5, kita boleh mendapatkan hidangan yang
mengenyangkan. Walaubagaimanapun, pernah tertanya mengapa makanan segera

sangat murah? Sudah tentu kerana makanan segera diperbuat daripada bahan yang
murah seperti daging berkolestrol tinggi dengan tambahan gula dan lemak yang
berlebihan.

Masih kabur tentang apa itu makanan segera? Anda sudah tentu biasa mendengar
nama-nama besar seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken atau KFC, Burger
King dan Pizza Hut. Rakan-rakan, itulah antara syarikat pengeluar makanan ringan
terbesar didunia. Hampir setiap pelosok daerah mempunyai sebuah bangunan
dengan nama-nama di atas. Jika kita lihat betapa senario pengambilan makanan
ringan ini telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita. Oleh itu, adalah sangat
penting bagi semua makanan segera ini mempunyai khasiat yang seimbang untuk
manusia. Kembali kepada persoalan di atas, adakah makanan segera ini
berkhasiat?
Pernah tertanya-tanya tentang apa sebenarnya bahan perisa yang digunakan
dalam The Extra Crispy Chickenyang anda makan semalam? Sebenarnya, ramai
manusia sudah mengetahui bahawa makanan segera itu tidak berkhasiat dan
sangat tidak baik untuk kesihatan. Kita sudah semakin bijak menilai. Sudah banyak
kajian yang dijalankan oleh para pengkaji terhadap kandungan bahan dalam
makanan segera. Dan semua dapatan kajian ini menunjukkan bahawa makanan
segera adalah tidak baik untuk kesihatan.

Mungkin manusia tidak mahu memberatkan kepala dan memikiran tentang


keburukan makanan segera ini dan terus menyuap Hawaiian Chicken Pizza ke
dalam mulut masing-masing. Sebab lain manusia lebih cenderung memilih makanan
segera? Sebab makanan segera jauh lebig murah dari makanan segar. Kita memiliki
minda yang ekonomik dan sentiasa ingin yang murah dan mudah. Tapi, kita harus
sesekali tertanya kenapa makanan segera itu sangat murah? Jawapannya senang.
Kerana semua sudah tahu bahawa makanan yang dihidangkan dalam semua
restoran makanan segera adalah dalam keadaan yang sangat rendah kualitinya dan
langsung tidak sesuai untuk menjadi makanan manusia. Jadi, jika CEO McDonalds
meletakkan harga Double Cheese Burger sama dengan harga sekotak epal segar,
anda rasa yang mana akan lebih laris?
Perlukan bukti? Menurut sebuah artikel dalam Sweetliberty.org, sebuah francais piza
gergasi telah menyembur cecair silikon ke atas keju yang digunakan untuk membuat
piza mereka. Apa itu silikon? Silikon adalah sejenis toksik yang boleh menyebabkan

kanser. Apabila polydimethylsiloxane, iaitu sejenis bahan kimia bersilikon yang


disembur pada piza anda, dipanaskan pada suhu 302 darjah Farenheit, sebatian ini
terurai dan membentuk formaldehyde iaitu sejenis karsinogen penyebab kanser. Dan
silikon ini juga adalah silikon yang digunakan oleh kebanyakan wanita untuk
membesaran
payu
dara
mereka.
Pendedahan
yang
terlalu
lama
kepada formaldehyde boleh menyebabkan asma dan meningkatkan risiko anda
mendapat bronkitis dan pneumonia.
Saya pasti, anda sudah mengetahui fakta ini sejak lama dahulu. Makanan segera
boleh meningkatkan risiko anda mengalami obesiti dan menghidap diabetes jenis 2.
Ini pengetahuan asas. Namun, pengkaji Julie R Palmer bersama kumpulannya
akhirnya menemui bukti hasil kajian mereka ke atas 44 072 wanita Africa Amerika
yang berumur 30 hingga 69 tahun tanpa diabetis. Kajian Palmer ini mendapati
bahawa tabiat pemakanan makanan segera boleh meningkatkan risiko mendapat
diabetis. Selepas 10 tahun, didapati 2873 daripada wanita tersebut menghidap
diabetis. Kes diabetis ini lebih cenderung berlaku kepada wanita yang mengamalkan
pengambilan makanan segera 2 kali dalam seminggu. Hasil kajian Palmer juga
mendapati bahawa ayam goreng dan burger merupakan makanan segera yang
memberi sumbangan paling banyak dalam kes obesiti dan diabetis ini. wanita yang
makan ayam goreng dan burger mempunyai 40% hingga 70% lebih tinggi peluang
untuk mendapat diabetis dan obesiti.

Lagi sebab kenapa anda perlu menjauhkan diri anda dari restoran makanan
segera? National Heart, Lung adn Blood Institute (NHLBI) telah membuat satu kajian
mengenai peningkatan kadar obesiti dengan pengambilan makanan ringan. Hasil
kajian ini menunjukkan remaja yang mengamalkan pengambilan makanan segera
dua kali seminggu cenderung untuk obes dan mengalami pertambahan berat
sehingga 10 pound. Satu lagi kajian mendapat bukti yang kukuh yang mengaitkan
kadar peningkatan berat badan manusia dengan makanan segera. Hampir 3 400
remaja di uji selama satu dekad dan dengan setiap makanan segera yang mereka
cerna, BMI (body mass index) mereka meningkat. Menurut Barry M. Popkin saintis
yang membuat kajian ini dari University of North Carolina, makanan segera cukup
sebagai satu indikator untuk menukarkan anda dari bukan diabetik kepada seorang
diabetik. Lebih banyak makanan segera yang diambil setiap minggu, semakin tinggi
BMI mereka. Bagi setiap tambahan makanan segera yang diambil dalam 7 tahun,
purata peningkatan kadar BMI adalah 0.13.
Adakah anda sedar setiap set hidangan makanan segera mengandungi soda dan
kentang goreng sebagai hidangan tambahan? Tahukah anda pengambilan ayam
goreng dengan soda dan kentang goreng memberikan anda kuota bekalan kolestrol

yang anda perlukan untuk sehari? Pakar menasihatkan kita jika kita masih degil dan
tetap ingin makan makanan segera, makan sekali dalam sebulan. Jika anda
mengambil makanan segera sekali seminggu, jadikan menu anda menu yang sihat
seperti pilih menu ayam panggang dan bukan ayam goreng atau nuget. Pilih air,
susu rendah lemak atau soda diet sebagai minuman. Untuk menu tambahan, pilih
salad atau sup atau kentang dalam saiz kecil. Tapi, menu sihat ini tidak terdapat
dalam set hidangan di mana-mana restorang makanan segera. Hal ini bukan kerana
pihak syarikat makanan segera tidak tahu tentang menu sihat ini, tetapi mereka tidak
mahu memberikan tawaran menu sihat untuk pelangggannya. Jika pelanggan
membuat tempahan set hidangan yang pelbagai dan banyak, pihak restoran akan
memberikan ganjaran dalam bentuk vaucher atau hadiah. Rakan-rakan, ini satu
strategi perniagaan. Apabila anda membuka sebuah perniagaan, adakah anda ingin
mengaut untung atau rugi?
Apabila anda makan makanan segera setiap hari, kalori anda akan mengalami
peningkatan sebanyak 17% dari pengambilan kalori harian anda. Ramai kanakkanak mula percaya bahawa makanan segera adalah sesuatu yang normal dan
dalam jangkaan. Satu kajian oleh Imperial College London mencadangkan
pelanggan yang membeli makanan segera di mana-mana restoran makanan segera
diberikan dadah statin percuma. Ini untuk menyeimbangkan efek negatif makanan
segera itu kepada badan manusia. Saintis yang membuat kajian ini menyatakan
bahawa pengambilan dadah statin boleh membantu mengurangkan kerosakan
dalam tubuh manusia akibat makanan segera tersebut. Kumpulan saintis ini
mencadangkan pemberian dadah statin secara percuma kepada semua pelanggan
makanan segera dalam hidangan mereka. Dr. Darrel Francis, penulis kajian dadah
statin ini mengatakan bahawa dadah statin tidak membersihkan semua efek negatif
makanan segera ke atas badan manusia, namun ini merupakan satu usaha untuk
mengurangkan kadar kemusnahan tubuh manusia akibat pengambilan makanan
segera. Beliau merujuk statin sebagai satu suplimen, bukannya sejenis dadah. Tapi,
untuk memberikan dadah statin kepada manusia bukanlah satu langkah yang bijak.
Dadah statin bukan sahaja merencatkan enzim badan seperti coenzim Q10 (CoQ10)
dan menghalang badan dari menghasilkan CoQ10, tetapi jugak statin memusnahkan
sel dan tisu otot dalam badan. Ini seperti keluar dari mulut buaya dan masuk ke
dalam mulut harimau.
Daging yang digunakan untuk membuat burger di McDonalds, Burger King dan
kebanyakan restoran makanan segera yang lain telah disuntik dengan ammonia
untuk membunuh e.coli, menurut satu artikel dalam Ney York Times. Daging tersebut
disuntik dengan ammonia, sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam
produk pembersih tingkap dan kaca. Pihak USDA yang mengambil isu ammonia ini
sebagai satu proses untuk membuatkan daging itu selamat, mengatakan daging itu

selamat untuk dimakan. Ya, ammonia membunuhe.coli tetapi pihak USDA seperti
tidak mengambil tahu fakta bahawa manusia menelan ammonia di dalam burger
mereka. Baiklah, ammonia membunuh e.coli. Tapi, muncul pula satu masalah
dengan produk daging ini. Ammonia tidak membunuh patogen dengan sepenuhnya.
Terdapat e.coli dan salmonella ditemui dalam produk daging tersebut. Jadi, manusia
telah menelan daging yang mengandungi bahan pembersih tingkap bersamasama e.coli. Menarik!
Anda kini mungkin sudah mula sedar bahawa daging da bahan lain yang digunakan
dalam pembuatan makanan segera adalah langsung tidak menghampiri kualiti
makanan segar. Tertanya kenapa rasa, warna dan aroma makanan segera adalah
menyelerakan? Mungkin lebih menyelerakan daripada makanan segar. Anda harus
sedar, para saintis makanan segera telah memandang rendah pada kita sejak
sekian lama. Sains digunakan untuk menyembunyikan kualiti sebenar makanan
segera dengan mencipta pelbagai bahan kimia yang boleh mambantu meningkatkan
aroma dan rasa makanan segera. 90% daripada rasa makanan adalah bergantung
kepada aromanya. Oleh itu, saintis mencitpa Ethyl-2-methyl butyrate yang
memberikan bau epal segar, mathyl-2-peridylketone membuat sesuatu berasa
seperti popcorn, Ethyl-3-hydroxybutanoatememberikan rasa marshmallow. Semua
bahan kimia seperti ini dicampurkan ke dalam bahan makanan segera dan dilabel
sebagai rempah dan perasa semula jadi atau organik. Warna makanan segera juga
telah di ubah dengan bantuan sebatian-sebatian kimia kompleks. Tahukah anda
warna sebenar stik ialah biru dan kentang berwarna hijau, jika tanpa bantuan
daripada bahan kimia. Makanan segera masih begitu menyelerakan untuk anda?
Walaupun selepas membaca fakta-fakta yang saya berikan di atas, dan anda masih
tetap mahu memakan Big Mac, sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan
makanan segera anda kepada seminggu sekali. Beri peluang kepada sistem
pencernaan anda untuk berjalan dengan lancar. Tahukah anda bahawa makanan
segera adalah makanan mati? Kenapa makanan mati? Kerana makanan segera
tidak mengandungi enzim, tenagan dan nutrien di dalamnya. Mungkin anda tidak
tahu, tapi setiap makanan segar mempunyai enzim semulajadi yang membantu
proses pencernaan makanan tersebut di dalam perut dan usus manusia. Enzim
yang tidak digunakan akan membantu sistem imunisasi badan manusia dan
bertanggungjawab dalam setiap proses yang berlaku dalam badan manusia. Apabila
anda mengambil makanan segar dan berkhasiat sebagai menu, ini memudahkan
sistem percernaan dan juga meningkatkan pertahanan badan anda. Tapi, jika anda
mengambil makanan mati, maka enzim anda perlu bekerja lebih untuk membantu
pencernaan makanan segera tersebut dan sistem imunisasi anda akan berkurang.
Kita adalah apa yang kita makan. Dengan kata lain, makanan membentuk kita

seperti kita hari ini. Lebih banyak makanan mati yang kita ambil, lebih cepat juga kita
mati.
Pengambilan makanan segera secara berterusan dalam sebulan sudah boleh
memusnahkan hati anda. Jadi, jika anda sudah mengamalkan pemakanan makanan
segera sejak 10 tahun lalu, bayangkan bagaimana situasi badan anda? Hanya
dengan pemakanan makanan segera selama sebulan dan berjalan kurang dari 5000
langkah sehari menyebabkan kemusnahan hati. Itulah dapatan kajian yang disiarkan
di dalam Gut, sebuah jurnal kesihatan. Doktor telah mencadangkan bahawa kita
perlu berjalan sekurang-kurangnya 10 000 langkah setiap hari. Dalam kajian
tersebut, dua kumpulan telah dibentuk dengan ahli seramai 18 orang. Kumpulan
intervensi perlu mengambil makanan segera sekurang-kurangnya dua hidangan
setiap hari dan berjalan kurang dari 5000 langkah. Untuk mengukur kadar kerosakan
hati dilakukan dengan mengukur kadar alanine aminotransferase (ALT), sejenis
enzim di dalam hati. Selepas hanya seminggu kajian ini dijalankan, kadar ALT
kumpulan intervensi mula meningkat. Brent Tetri, seorang profesor perubatan di
Saint Loius University Liver Center mengatakan bahawa sudah terdapat bukti yang
kukuh tentang bagaimana makanan segera boleh memusnahkan hati manusia. Tapi,
anda masih boleh membetulkan kerosakan hati anda dengan memulakan satu gaya
hidup sihat dan menukar amalan diet anda kepada diet yang seimbang dan
berkhasiat.
Satu persoalan lagi timbul. Kalau semua pihak sedar akan keburukan pengamalan
makanan seimbang dalam hidangan harian, mengapa makanan ringan masih sangat
laku dan sangat popular? Makanan ringan seperti sudah menjadi satu budaya yang
tidak dapat dipisahkan dari mana-mana masyarakat baik golongan minoriti atau
majoriti. Saolan lagi. Kenapa iklan-iklan makanan segera mendominasi kaca
televisyen? Semua orang tertanya. Adakah pihak kerajaan juga mempunyai
pelaburan dalam syarikat-syarikat gergasi makanan segera sehingga membenarkan
setiap iklan dan promosi-promosi makanan segera dilakukan secara terbuka?
Strategi perniagaan yang baik. Kita harus memberi hormat kepada strategi
perniagaan yang dilakukan oleh CEO semua syarikat makanan segera. Mereka
komited untuk memajukan perniagaan mereka. Menurut kajian yang dijalankan pada
2009, sebuah syarikat makanan segera akan memperuntukkan 4.2 billion dollar
untuk pengiklanan sahaja. Kajian ini juga mengeluarkan data bahawa 40% kanakkanak akan meminta untuk ke McDonalds sekurang-kurangnya sekali seminggu
manakala 15% meminta untuk ke McDonalds setiap hari. Satu per tiga daripada
kanak-kanak dan remaja di US makan makanan segera setiap hari dan peratusan ini
bertambah sejak tahun 2003 hasil daripada pengiklanan dan promosi yang
dilakukan. Jelasnya pihak syarikat makanan segera mensasarkan kanak-kanak
sebagai pelanggan utama mereka. Mungkin kerana kanak-kanak masih mentah dan

tidak mengerti apa-apa selain fakta yang makanan segera itu sedap dimakan.
Mereka tidak sedikitpun berasa bersalah memberikan makanan yang tidak
berkhasiat itu kepada kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia. McDonalds
turut membuat satu kerjasama dengan sebuah sekolah dengan memberikan kupon
makanan percuma kepada murid sekolah tersebut yang mendapat gred yang baik
dalam peperiksaan? Apakah maksud tindakan ini?
Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan secara online di dalam Internet Journal of
Behavioral Nutrition and Physical Activity, mengeluarkan satu data mengenai 1 366
pelajar sekolah tinggi dan 564 pelajar sekolah rendah. Maklumat masa setiap pelajar
menonton tv dikumpul dan dibanding dengan maklumat pemakanan mereka selepas
5 tahun. Kajian ini mendapati bahawa pelajar sekolah yang menonton tv lebih 5 jam
sehari makan kurang buah-buahan dan sayuran, tetapi mengambil makanan segera,
makanan ringan, snek dan minuman manis dalam kuantiti yang banyak. Ini
menunjukkan bahawa setiap iklan makanan segera memberikan impak yang besar
dalam hidup manusia. Oleh kerana kanak-kanak berada pada tahap yang masih
terlalu muda untuk membuat keputusan sendiri, jadi dalam isu ini, ibu bapa perlu
memainkan peranan dengan baik.
Kawalan terhadap masa anak anda menonton televisyen perlu diketatkan.
Terhadkan masa menonton kepada sejam setiap hari. Seperti yang dicadangkan
oleh American Academy of Pediatrics, kurangkan masa menonton anak anda
kepada kurang dari dua jam sehari. Selain itu, anda sebagai ibu bapa juga perlu
menjaga pemakanan anak-anak anda dan tunjukkan habit pemakanan yang baik
dan seimbang. Pastikan anak anda mendapat nutrien yang cukup untuk membantu
tumbesaran mereka. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan apabila
memberikan anak mereka makanan segera sebagai ganjaran. Para ibu bapa
sekalian, anda tidak seharusnya memberikan anak anda makanan penyebab kanser
dan diabetis sebagai ganjaran. Jadi, ibu bapa sekalian, mainkan peranan anda
dengan baik. Buat peraturan ketat di rumah. Hadkan masa menonton televisyen.
Jagan makan semasa menonton atau makan buah-buahan sahaja. Jika anak anda
ingin menonton lebih masa, buat peraturan dengan setiap jam menonton, anda perlu
membuat senaman selama 20 minit. Mudah dan senag. Jadi, amalkan di rumah.
Jadi, selepas memberikan fakta dan menghurai dengan panjang lebar di atas,
adakah anda masih mahu meneruskan habit pemakanan makanan segera anda?
Jawapannya ada pada anda. Satu artikel yang di tulis oleh Mike Adam mengatakan
bahawa haiwan lebih bijak dalam aspek memberi makan kepada anak mereka.
Haiwan memilih makanan mentah dan makanan segar untuk anak mereka. Tapi kita
manusia memberikan makanan yang mewah dengan lemak, bahan kimia, bahan
pewarna tiruan dan pengawet kepada anak-anak kita. Bukankah ini lucu? Manusia

dikatakan bijak. Jauh lebih bijak dari haiwan tapi manusia tetap melakukan perkara
yang lebih teruk dari haiwan. Oleh itu, kita seharusnya memberi anak-anak kita
dengan baik, dan anda akan memberikan hadiah paling berharga buat anak andahidup yang sihat sejahtera tanpa penyakit.
Tambahan, jaga pemakanan anda. Apa yang anda makan, itu jugalah yang anak
anda akan makan suatu hari nanti. Buang amalan pemakanan makanan segera.
Makanan segera itu hanyalah satu ciptaan manusia yang tidak mempunyai apa-apa
yang istimewa selain bahan-bahan kimia yang membuatkannya lazat dan deretan
penyakit selepas anda menyungah makanan tersebut. Jalani hidup yang sihat dan
anda akan hidup dengan sihat dan sejahtera dan tidak akan mati kerana diabetis
ataupun kanser.

ARKIB : 21/02/2007

Bahaya makanan segera -- 200 jenis produk digemari jadi punca pelbagai
penyakit
Oleh: S. ANAND KUMAR dan NURUL ANUAR KARI

KUALA LUMPUR 20Feb. Percayakah anda bahawa terdapat


sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat
negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.
Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan
lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga
dikategorikan sebagai sampah dan mengancam kesihatan terutama
kanak-kanak.
Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan,
diabetes, jantung dan kanser.
Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera
sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar
dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.
Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya
mengatasi kebaikan.
Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran
makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk
beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan
minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi
segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.
Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit
jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi
kira-kira tiga juta penduduk negara ini.

Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta
penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya
berpunca daripada makanan.
CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid
sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada
gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.
Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan
dan pewarna tiruan merupakan antara racun yang tersembunyi dalam
makan segera.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr.
Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang
berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang
menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung,
kencing manis dan kegagalan buah pinggang.
Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar
karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk
kanak-kanak yang sedang membesar.
Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang
dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan
masalah jantung.
Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak
diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya
dikumpul menjadi lemak.
Oleh itu, amalan untuk mengekang pengambilan makanan segera
perlu dimulakan dengan pendidikan golongan muda tentang pemakanan
seimbang dari bangku sekolah lagi, katanya.
Ibu bapa katanya, perlu menghentikan segera amalan membesarkan
anak-anak dengan makanan segera yang sememangnya diketahui
mengandungi jumlah kalori yang tinggi.
Zulkarnain berkata, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan
segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh
ibu bapa masing-masing.
Pada masa yang sama, kajian CAP juga mendapati kanak-kanak yang
gemar memakan makanan segera kurang aktif berbanding rakan sebaya
mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.
CAP mendefinisikan makanan segera sebagai sampah kerana ia
tidak berkhasiat dan boleh mendatangkan mudarat jika diambil dalam
kuantiti yang banyak.
Pada kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil makanan segera
akan cepat kenyang dan tidak berselera terhadap makanan lain seperti
nasi, sayur dan buah-buahan, kata Mohamed Idris.

Dalam satu survey yang dijalankan beberapa tahun dulu, Malaysia mengekor rapat di belakang
Hong Kong dengan purata makan 59% yang mengatakan mereka akan makan makanan segera
seminggu sekali.

1.

Hamburger

Hamburger adalah sejenis hidangan sandwic yang terdiri daripada


daging burger yang dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang
atau disalai, serta selalunya dihidangkan dengan pelbagai inti atau
"topping" di dalam roti burger yang dibelah dua. Wikipedia
Fakta Pemakanan
Hamburger
Hamburger

Jumlah Setiap

100 g
100 g

Calories (kcal) 294


Lipid 14 g
Lemak trans 0.8 g
Kolesterol 47 mg
Natrium 414 mg
Kalium 226 mg
Karbohidrat 24 g
Serabut diet 0.9 g
Gula 4.2 g
Protein 17 g
Vitamin A

0 IU Vitamin C

0 mg

Kalsium

102 mg Besi

2.9 mg

Vitamin B6

0.2 mg Vitamin B12

1.4 g

Magnesium

1.
2.

20 mg

Piza

Piza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja
sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara
Malaysia. Wikipedia

3.

4.

Fakta Pemakanan
Piza
Piza

Jumlah Setiap

100 g
100 g

Calories (kcal) 266


5.

Lipid 10 g
Lemak trans 0.2 g
Kolesterol 17 mg
Natrium 598 mg
Kalium 172 mg
Karbohidrat 33 g
Serabut diet 2.3 g
Gula 3.6 g
Protein 11 g
Vitamin A

358 IU Vitamin C

1.4 mg

Kalsium

188 mg Besi

2.5 mg

Vitamin D
Vitamin B12

1.
2.

3.

0 IU Vitamin B6

0.1 mg

0.4 g Magnesium

24 mg

Kentang goreng

Kentang goreng adalah hidangan yang dibuat dari potongan-potongan kentang yang
digoreng dalam minyak goreng panas. Di dalam menu restoran, kentang goreng yang dipotong
panjang-panjang dan digoreng dalam keadaan terendam di dalam minyak goreng panas. Wikipedia

4.

Fakta Pemakanan
Kentang goreng
Kentang goreng

Jumlah Setiap

100 g
100 g

Calories (kcal) 311


5.

Lipid 15 g
Lemak trans 0.1 g
Kolesterol 0 mg
Natrium 210 mg
Kalium 579 mg
Karbohidrat 41 g
Serabut diet 3.8 g
Gula 0.3 g
Protein 3.4 g
Vitamin A

0 IU Vitamin C

Kalsium

1.
2.

18 mg Besi

4.7 mg
0.8 mg

Vitamin D

0 IU Vitamin B6

0.4 mg

Vitamin B12

0 g Magnesium

35 mg

Snek

Snek merupakan makanan ringan yang lazimnya dimakan dalam waktu yang singkat.
Makanan snek biasanya lazat tetapi kurang atau tidak berkhasiat dan penuh dengan lemak, gula dan
garam. Wikipedia

3.

4.

Fakta Pemakanan
Bertih jagung
Bertih jagung

Jumlah Setiap

100 g
100 g

Calories (kcal) 374


5.

Lipid 4.3 g

Natrium 7 mg
Kalium 274 mg
Karbohidrat 74 g
Serabut diet 13 g
Gula 0.9 g
Protein 11 g
Vitamin A
Kalsium

0% Vitamin C
5 mg Besi

0%
3 mg

Vitamin D

0% Vitamin B6

0.3 mg

Vitamin B12

0% Magnesium

123 mg

Anda mungkin juga menyukai