Anda di halaman 1dari 16

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PERBINCANGAN 3

2.1 Konsep Pengasingan dan Persaingan 3


2.2 Ciri Barang Awam, Barang Swasta, dan Barang Tol 4
2.3 Implikasi Barangan Tersebut ke atas Bentuk Dasar
Awam di Malaysia 7

3.0 PENUTUP 13

1.0 PENDAHULUAN

1
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pada peringkat awal
kemerdekaan Tanah Melayu, pasaran barangan dan perkhidmatan masih lagi sempit dan
terbatas, kestabilan politik masih lagi belum dapat meyakinkan pihak pelabur terutama
pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan tabungan dana swasta masih lagi terhad.
Penglibatan kerajaan dalam ekonomi terutama pada peringkat awal pembangunan ini tidak
dapat dielakkan. Hal ini rentetan dari keperluan masyarakat kepada bekalan barangan awam,
kemudahan asas dan sosial. Malah, ketaksediaan sektor swasta untuk turut serta secara aktif
dalam aktiviti ekonomi negara mengukuhkan lagi peranan kerajaan. Barangan awam yang
melibatkan penggunaan secara bersama dan tidak tertakluk kepada prinsip pilihan ternyata
tidak dapat menarik minat sektor swasta untuk membekal dan mengendalikan perkhidmatan
yang tidak mendatangkan keuntungan. Oleh itu, kerajaan terpaksa mengambil tugas ini
walaupun terpaksa menanggung kerugian secara berterusan.

Namun begitu, kerajaan tidak berputus asa dalam meluaskan pelaksanaan ekonomi
negara sehingga berupaya menjana pendapatan sendiri walaupun pada mulanya bergantung
kepada bimbingan kerajaan Britain. Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan dasar
pertama iaitu Rancangan Malaya Pertama (RM1) bermula dari tahun 1956 hingga 1960
bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar dan merapatkan jurang perbezaan
pendapatan antara luar bandar dan bandar melalui pembangunan ekonomi. RM1 juga
merupakan dasar awam yang bertujuan untuk meninggikan pendapatan dan keluaran negara
melalui hasil-hasil getah, bijih timah, industri baru serta pembukaan tanah baru.

Walaupun pertumbuhan ekonomi berlaku dengan baik, namun kerajaan terpaksa


mengubah kerangka dasar rentetan dari peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut
menunjukkan rasa tidak puas hati antara kaum dalam pengagihan dan penguasaan ekonomi.
Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan bertujuan untuk membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan
negara. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi meneruskan
kesinambungan DEB. Bertitik-tolak dari dasar ini, peranan sektor swasta amat diperlukan
bagi membantu kerajaan dalam membantu keperluan penduduk.

Lazimnya, perpaduan akan terbentuk melalui keadilan dan kestabilan ekonomi negara.
Sebab itulah, Dasar RM1, DEB dan DPN digubal berdasarkan kepada isu ekonomi yang

2
berlaku. Kerajaan menetapkan dua matlamat perpaduan dalam konteks ekonomi iaitu harga
barangan yang berpatutan dan tahap pengangguran yang rendah. Oleh itu, kerajaan perlu bijak
dalam membuat perancangan ekonomi yang melibatkan kemampuan kuasa membeli rakyat.
Pada masa yang sama, bantuan dari pihak swasta amat diperlukan bagi membantu kerajaan
menyalurkan barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat selain dari menjana pendapatan
negara.

Namun begitu, barangan dan perkhidmatan ini terhad kepada sumber dan teknologi
yang ada pada sesebuah negara. Oleh yang demikian, keperluan dan pertimbangan untuk
memilih barangan tersebut adalah bergantung kepada kepentingannya kepada negara.
Contohnya, antara meriam dan ubat-ubatan, kerajaan akan memilih untuk menghasilkan ubat-
ubatan berbanding meriam bagi kepentingan kesihatan rakyat. Namun begitu, kerajaan perlu
menetapkan maksimum penghasilan ubat-ubatan dalam setahun bagi menjamin kualiti dan
kuantiti yang diperlukan. Sekiranya berlakunya kekurangan pada bekalan ubat-ubatan
tersebut, maka berlakulah persaingan pada barangan tersebut. Hal ini boleh menyebabkan
keperluan untuk membayar lebih bagi mendapatkan bekalan tersebut. Konsep ini dinamakan
sebagai konsep persaingan dan pengasingan.

Tugasan ini akan membincangkan tentang konsep persaingan dan pengasingan dalam
ekonomi di samping implikasi barangan awam, swasta dan tol ke atas bentuk dasar awam di
Malaysia.

2.0 PERBINCANGAN
2.1 Konsep Persaingan dan Pengasingan

3
Terdapat dua konsep atau ciri-ciri asas barangan dalam bidang ekonomi iaitu barang
persaingan (rival) dan pengasingan (exclusion).

2.1.1 Barang Persaingan

Barang persaingan (rival) ialah barang yang penggunaannya boleh digunakan oleh
satu orang pengguna sahaja dan dalam masa yang sama mencegah pengguna lain untuk
menggunakannya. Terdapat dua kategori barang persaingan iaitu tahan lama (durable) dan
tidak tahan lama (nondurable) (Wikipedia, 2010).

Contoh barang yang tahan lama (durable) ialah penukul. Seseorang yang
menggunakan penukul tersebut menunjukkan signifikan halangan kepada orang lain yang
berkeinginan untuk menggunakan penukul tersebut pada masa yang sama. Bagaimanapun,
jika pengguna pertama tidak menggunakan penukul, bermaksud beberapa barang persaingan
masih boleh dikongsi melalui masa (Wikipedia, 2010).

Sementara itu, contoh bagi barang persaingan yang tidak tahan lama (nondurable)
ialah buah epal. Sebaik sahaja sebiji epal dimakan oleh seorang pengguna sehingga habis,
maka epal tersebut tidak boleh lagi dimakan oleh orang lain (Wikipedia, 2010).

Selain itu, barang yang tidak ketara (nontangible) boleh dikategorikan dalam barang
persaingan. Contohnya, pemilikan spektrum radio dan nama-nama domain. Dengan kata lain,
hampir semua barang persendirian ialah barang persaingan (Wikipedia, 2010).

Sebaliknya, barang yang tiada persaingan (nonrival) boleh digunakan oleh seorang
pengguna tanpa mencegah penggunaannya oleh orang lain secara serentak. Kebanyakan
contoh barang ini datang dari barang yang tidak ketara (nontangible). Misalnya, siaran
televisyen. Apabila seorang pengguna menghidupkan peti televisyen untuk melihat siarannya,
ia tidak menghalang penggunaan fungsi siaran televisyen tersebut di rumah pengguna lain
(Wikipedia, 2010).
Televisyen itu sendiri merupakan satu barang persaingan (rival), tetapi siaran
televisyen adalah barang yang tiada persaingan (nonrival). Contoh barang yang tiada

4
persaingan (nonrival) lain ialah pemandangan indah, pertahanan negara, udara bersih, lampu
jalan, dan keselamatan awam (polis dan mahkamah undang-undang) (Wikipedia, 2010).

Pada umumnya, kebanyakan harta intelek ialah barang yang tiada persaingan
(nonrival). Malah, sesetengah jenis harta intelektual mempunyai nilai yang tinggi secara
paradoks melebihi dari penggunaan pengguna. Misalnya, lebih ramai orang menggunakan
satu bahasa pengaturcaraan tertentu, lebih tinggi nilai bahasa tersebut (Wikipedia, 2010).

2.1.1 Barang Pengasingan

Satu barangan atau perkhidmatan dikatakan sebagai pengasingan (exclusion) apabila


ia berkemungkinan menghalang pengguna yang tidak membayar akan ia daripada akses atau
memilikinya.

Contohnya, satu pengasingan (excludable) baik ialah sebuah majalah. Rakyat yang
tidak membayar untuk langganan majalah kebanyakannya tidak berupaya mendapatkan satu
salinan secara langsung dari penerbit (Wikipedia, 2010). Satu lagi contoh yang baik ialah
langganan televisyen berbayar seperti ASTRO. Pengguna yang tidak melanggan siaran
televisyen satellite ASTRO tidak berpeluang untuk menonton siaran atau tayangan yang
dipancarkan oleh ASTRO seperti program Akademi Fantasia dan Macam-macam Aznil.

2.2 Ciri-ciri Barang Awam, Barang Swasta, dan Barang Tol


2.2.1 Ciri-ciri Barang Awam (Public Goods)

Barang awam merupakan barang yang boleh digunakan oleh seorang pengguna tanpa
menurunkan jumlah yang digunakan oleh orang lain (Edwin Mansfield, 1996). Edwin
Mansfield (1996) menambah lagi bahawa barang awam ini adalah tidak dapat dibahagikan
dan seringkali datang dalam unit yang besar serta tidak boleh dipecahkan kepada bahagian
yang boleh dibawa atau dijual dalam pasaran biasa.

Selain itu, barang awam juga boleh didefinisikan sebagai barang yang mana
penggunaannya tidak diputuskan oleh pengguna secara perseorangan tetapi oleh masyarakat
secara keseluruhannya, dan ia dibiayai oleh percukaian. Ia digunakan tanpa mengurangkan
jumlah yang ada untuk keperluan lain, dan tidak boleh ditahan dari mereka yang tidak

5
membayarnya. Ia juga adalah statistik ekonomi dan maklumat lain, penguatkuasaan undang-
undang dan ketenteraman, pertahanan negara, taman negara, dan lain-lain. Pasaran tidak
wujud untuk barangan ini, dan mereka mesti memperuntukkannya untuk semua orang. Pihak
yang bertanggungjawab dalam penyediaan barang awam ini ialah kerajaan
(BusinessDictionary.com, 2010).

Barang awam mempunyai dua ciri iaitu :


1) Barang yang tiada persaingan (nonrivalrous) bermaksud individu boleh
menggunakan barang yang sama tanpa menurunkan bilangan dan nilainya kepada
individu yang lain. Ia merupakan barangan yang dapat dinikmati serentak oleh
bilangan pengguna yang tidak terhad.
2) Barang yang tiada pengasingan (nonexcludable) bermaksud apabila ia wujud,
semua orang berhak untuk menggunakannya. Individu tidak boleh dicegah dari
menggunakan barang tersebut.

Antara contoh barang awam ialah pertahanan negara; perlindungan polis;


penambahbaikan jalanraya, lebuhraya dan jambatan; lampu isyarat; pendidikan sekolah
rendah dan menengah; tempat letak kereta awam; siaran radio awam; siaran televisyen awam;
penjagaan kualiti udara dan air.

Barang awam banyak berhadapan dengan masalah free-riding. Free-riding ialah


seseorang yang menikmati maanfaat dari barangan atau perkhidmatan melebihi daripada
penggunaan yang sepatutnya tanpa perlu membayarnya. Contohnya, dalam pengangkutan
awam, terdapat pengguna yang menaikinya tanpa membayar tambang (Wikipedia, 2010).
Sekiranya ramai orang melakukan perkara ini, maka sistem pengangkutan awam tersebut
akan tergendala kerana mengalami masalah peruntukkan wang untuk menjalankan
operasinya.

Kesimpulannya, barang awam mempunyai dua ciri iaitu tahap barang yang tiada
persaingan (nonrivalrous) dan tiada pengasingan (nonexcludable) yang tinggi. Barang awam
diperuntukkan oleh kerajaan dan memberi maanfaat kepada ahli dalam masyarakat. Namun
begitu, barang awam selalunya tidak diselenggara dengan baik berbanding barang swasta. Hal
ini berasaskan kepada kata-kata Aristotle iaitu “People will take better care of their own
property than of property held in common.” (Stephen L. Slavin, 2005)

6
2.2.2 Ciri-ciri Barang Swasta (Private Goods)

Sesuatu barang dianggap barang swasta apabila seseorang meningkatkan


penggunaannya melalui beberapa kuantiti lalu mengurangkan jumlah kuantiti yang sedia ada
kepada yang lain (Ivan Png, 2002). Barang swasta ialah barang yang digunakan oleh satu
orang atau firma, yang mungkin tiada untuk yang lain-lain. Umumnya, barang ini
diperuntukkan oleh firma-firma swasta (BusinessDictionary.com, 2010). Tambahan lagi,
barangan ini diperuntukkan melalui mekanisme pasaran.

Antara contoh barang swasta ialah makanan, pakaian, mainan, perabot, kereta.
Kebanyakan barang dan perkhidmatan yang diperuntukkan oleh syarikat swasta ini
memerlukan bayaran. Oleh itu, barang swasta mempunyai ciri-ciri pengasingan
(excludability) dan persaingan (rivalrousness) yang tinggi. Contohnya, penjualan komputer
riba jenama Acer Special Edition Ferrari dijual dalam kuantiti yang terhad dan mempunyai
persaingan yang tinggi di antara pengedar komputer yang lain seperti Dell dan HP Hewlett
Packard.

Apabila terdapat permintaan yang tinggi ke atas barang swasta, hal ini menyebabkan
permintaan tersebut melebihi penawaran. Potensinya ialah pengguna perlu bersaing untuk
mendapatkan barang yang terhad ini. Persaingan mendapatkan sumber ini mengakibatkan
harga menjadi lebih tinggi, sekaligus mencipta insentif atau peluang yang tinggi kepada
pengguna untuk menjadi pengeluar barangan yang berada dalam kekurangan (shortage).
Apabila akses kepada barangan ini boleh dikawal maka keuntungan boleh diperolehi. Barang
swasta ini banyak dikendalikan oleh sektor swasta bagi memperoleh keuntungan.

2.2.3 Ciri-ciri Barang Tol (Toll Goods)

Barang “tol” atau “kelab” merupakan barang yang tiada saingan (non-rivalrous) di
mana individu boleh menggunakan barang atau perkhidmatan yang disediakan tanpa
mengurangkan bilangannya terhadap individu lain. Namun begitu, ia merupakan barang
pengasingan (excludable) yang tinggi di mana individu yang menggunakan barang atau
perkhidmatan tersebut perlu membayarnya.

7
Istilah “barang tol” digunakan kerana keadaan yang efisien boleh dibangunkan untuk
mengenakan bayaran pada barangan. Manakala istilah “barang kelab” digunakan kerana
secara semulajadinya ahli kelab akan berkongsi kepentingan dan maanfaat manakala bukan
ahli pula disingkirkan (Technical Cooperation Department, 2010). Kesimpulannya, barang tol
perlu dibayar oleh pengguna bagi memperoleh maanfaat dari barangan atau perkhidmatan
yang disediakan tanpa mengurangi kuantitinya kepada pengguna yang lain. Contohnya,
syarikat Lebuhraya Plus mengenakan bayaran tol bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan.
Antara contoh lain ialah siaran televisyen satelit ASTRO, kelab golf, wayang, berkunjung ke
Aquaria dan Petrosains. Barang tol ini boleh dikendalikan oleh sektor swasta dan awam.

2.3 Implikasi Barangan Tersebut ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia


2.3.1 Definisi Dasar Awam

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang


bangsa hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu berasaskan kepada sistem demokrasi
berparlimen. Keamanan yang diraih oleh Malaysia semenjak kemerdekaan pada 52 tahun
yang lalu adalah rentetan dari dasar-dasar awam yang digubal mengikut keperluan semasa
negara yang mana dasar ini digubal bersesuaian dengan kepelbagaian fahaman, agama dan
budaya. Dasar awam merupakan tindakan kerajaan yang bertujuan dan bermatlamat (goal-
oriented) dan bukannya tindakan kerajaan secara rawak atau nasib (chances). Setiap dasar
mengandungi siri tindakan atau patterns of action yang dilakukan sepanjang masa oleh
kerajaan dan ini bermaksud bahawa dasar bukan setakat menerima pakai undang-undang
tetapi meliputi keputusan yang dibuat ekoran daripadanya. Dasar awam melibatkan apa yang
sebenarnya dilakukan oleh kerajaan dan bukannya apa yang dihasratkan atau apa yang
dikatakan akan dilakukan.

Bagi Malaysia, dasar-dasar awam ini (terutamanya dasar-dasar pembangunan)


mempunyai objektifnya yang khusus. Ia dapat dirumuskan seperti berikut :
i. Pencapaian matlamat Wawasan 2020 (menjadikan Malaysia sebuah negara
perindustrian yang maju dengan ciri-ciri sempurna);
ii. Pencapaian matlamat-matlamt Dasar Pembangunan Nasional (DPN);
iii. Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil; dan
iv. Kedaulatan dan ketahanan negara.
(Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, 1994)

8
Dasar awam melibatkan pihak yang membuat keputusan dan pihak yang melaksanakan
keputusan tersebut. Pihak ini boleh terdiri sama ada individu atau kumpulan yang mempunyai
kuasa untuk memutuskan keputusan dasar dan diberi mandat untuk melaksanakan dasar
berkenaan. Oleh yang demikian, dasar awam merupakan dasar yang digubal oleh kerajaan
mengandungi tujuan, keputusan dan pelaksanaan melalui beberapa strategi dan program
dirangka untuk memberi maanfaat yang berkesan kepada rakyat. Ia merupakan usaha kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem
demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman untuk kesejahteraan rakyat. Bertitik-tolak
dari ini, barang awam, swasta dan tol mempunyai peranan dan memberi implikasi yang besar
terhadap bentuk dasar awam di Malaysia.

2.3.2 Implikasi Barang Awam ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

Dasar Awam seringkali melibatkan penggunaan barang awam sebagai medium


pelaksanaan sesuatu dasar. Contohnya, Dasar Pertahanan Negara menjadikan pertahanan
negara sebagai barang awam khasnya untuk rakyat Malaysia. Barang awam ini dilaksanakan
bagi memenuhi objektif dasar tersebut iaitu kedaulatan dan ketahanan negara. Kerajaan
bertanggungjawab ke atas memperuntukkan pertahanan negara demi mempertahankan
kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara. Hal ini penting
kerana Malaysia berkongsi sempadan darat dan laut atau kedua-duanya dengan hampir setiap
negara anggota ASEAN. Sebarang gangguan kepada keselamatan rantau ini, sama ada
berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan membawa kesan ke atas
keselamatan negara dan rakyat (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

Bertitik-tolak dari ini, antara strategi Dasar Pertahanan Malaysia ialah menggunakan
pendekatan konsep berdikari dan lebih bersifat pertahanan melalui penubuhan kuasa tentera
seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai tiga cabang ketenteraan utama
iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Pendekatan ini memastikan
Malaysia berada dalam keadaan bebas, tenteram, maju dan gagah menghadapi masalah
terutamanya dalam mempersiapkan diri dari sebarang ancaman luar.

9
Pelaksanaan Dasar Pertahanan Malaysia merupakan barang awam kerana dapat dilihat
melalui ciri barang awam tersebut iaitu nonrival di mana setiap rakyat dapat menikmati
keselamatan, keamanan dan perlindungan yang diberi secara serentak tanpa menguranginya
antara individu dengan individu yang lain seperti perlindungan Tentera Darat Malaysia
(TDM) terhadap masyarakat di Sauk, Perak dari ancaman puak pelampau Al-Maunah dan
misi menyelamat tebusan yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari Filipina di
Pulau Sipadan. Selain dari ciri nonrival, Dasar Pertahanan Malaysia merupakan
nonexcludable kerana tiada bayaran yang dikenakan ke atas rakyat atau rakyat tidak perlu
menjelaskan bil bayaran dasar ini untuk menikmati faedah yang terdapat dalam dasar ini.
Peruntukkan kerajaan dalam membekalkan barangan dan perkhidmatan awam bertujuan untuk
kebajikan rakyat. Hal ini kerana barang awam ini tidak bermatlamatkan keuntungan
sebaliknya untuk memenuhi keperluan dan tanggungjawab sosial.

2.3.3 Implikasi Barang Swasta ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

Peranan barang swasta banyak dilihat dalam dasar ekonomi negara. Kemelesetan
ekonomi yang berlaku pada 1980-an telah menyebabkan defisit berkembar iaitu defisit dalam
akaun semasa imbangan pembayaran dan defisit belanjawan kerajaan semakin membelon
pada masa itu. Lebih membebankan lagi apabila defisit belanjawan awam ditampung melalui
pinjaman asing. Hal ini mendesak kerajaan untuk melakukan perubahan dalam strategi dasar
ekonomi. Ini kerana ekonomi pada waktu itu bergantung kepada pendapatan eksport yang
mana permintaan terhadap barang eksport utama negara berkurangan. Bertitik-tolak dari ini,
sektor swasta dilihat berpotensi dan berupaya dalam pengurusan ekonomi negara terutama
melalui aktiviti keusahawanan. Oleh yang demikian, berlandaskan pada kesedaran antara
sektor awam dan swasta maka lahirlah Dasar Persyarikatan.

Berdasarkan kepada Institut Tadbiran Awam Negara (1994), antara tujuan dasar ini
digubal adalah untuk meningkatkan hasil negara selain dari mewujudkan kerjasama erat,
bermakna dan berkesan antara sektor awam dan sektor swasta demi pembangunan negara dan
mencapai faedah bersama. Dasar ini telah berjaya memulihkan ekonomi negara hasil daripada
kerjasama antara sektor awam dan swasta melalui aktiviti penggemblengan sumber-sumber
negara (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan
berhasrat untuk bekerjasama dengan sektor swasta kerana barang swasta mempunyai mutu
barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan berdaya saing yang tinggi berbanding

10
kerajaan. Kemelesetan ekonomi yang melanda telah berjaya dipulihkan melalui usahasama ini
di mana barang swasta berjaya menjana pendapatan negara sekaligus membawa perubahan
yang baru dalam struktur dasar ekonomi negara.

Selain dari pelaksanaan Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan diperkenalkan bagi


menangani masalah kemelesetan ekonomi yang sama. Dasar Penswastaan yang diperkenalkan
pada tahun 1983 telah memberi ruang yang positif kepada barang swasta terhadap
pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik. Dasar Penswastaan ialah proses pemindahan
kepada sektor swasta aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab
sektor awam. Definisi ini boleh dipakai bagi entiti yang dimiliki oleh kerajaan dan juga projek
baru yang pada kebiasaannya dilaksanakan oleh sektor awam (Institut Tadbiran Awam
Negara, 1994). Selepas beberapa tahun dasar ini dilaksanakan, ekonomi Malaysia telah
mengalami kadar pertumbuhan yang tidak pernah disaksikan sebelumnya. Dasar ini telah
berjaya mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kerana pembinaan rangkaian lebuhraya yang
baru telah melahirkan koridor atau kawasan pertumbuhan baru di Lembah Klang, Utara dan
Selatan Semenanjung Malaysia. Penswastaan sektor komunikasi dan pembinaan pelabuhan
baru turut membantu pertumbuhan pasaran dan eksport negara. Kemasukan pelabur asing
khususnya daripada negara Asia Timur dalam sektor pembuatan pada masa itu telah
mengubah struktur ekonomi negara ke sektor perindustrian. Penswastaan telah meningkatkan
ekonomi KDNK daam tempoh 1987-1997 pada kadar purata melebihi lapan peratus setahun
(Mohd Rosli, 2007). Maka, penswastaan bukan sahaja dapat mengatasi kemelesetan ekonomi
dan mengurangkan beban kewangan kerajaan malah menjadikan negara Malaysia sebagai
sebuah negara yang moden dan berpotensi tinggi untuk berdaya saing dalam pasaran
antarabangsa.

Tambahan lagi, dasar persyarikatan dan penswastaan telah banyak membantu dan
melaksanakan program-program utama kerajaan terutama dalam memenuhi falsafah di sebalik
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) iaitu bagi mewujudkan
pembangunan yang seimbang dan adil; memupuk perpaduan dan nilai moral yang tinggi
dalam masyarakat. Pembasmian kemiskinan yang diteruskan dalam DPN mengharapkan
penglibatan sektor swasta bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi negara. Menurut Chamhuri
Siwar dan Surtahman Kastin Hasan (2002), peranan swasta diperlukan dalam
penambahbaikan taraf sosio-ekonomi masyarakat terutama di luar bandar meliputi bidang
pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, bekalan air dan elektrik. Peningkatan taraf hidup

11
masyarakat di luar bandar amat perlu supaya mereka dapat hidup dengan baik dan selesa dan
berupaya menyumbang kepada sumber pendapatan mereka.

Langkah DPN mewujudkan industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera yang
berdaya saing dan berdaya tahan melalui penubuhan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) banyak melibatkan peranan sektor swasta. Hal ini
bertujuan untuk memupuk dan membangunkan usahawan bumiputera bagi memastikan
kejayaan program-program tersebut. Oleh itu, penswastaan digunakan sebagai suatu cara
untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan bumiputera dalam sektor swasta serta
mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Dasar Penswastaan membentuk bahagian
strategi kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif bumiputera dalam sektor korporat
untuk memperbetulkan ketakseimbangan dalam penyertaan sektor korporat. Entiti yang
diswastakan memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada bumiputera (Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 2010).

Oleh yang demikian, penglibatan syarikat swasta melalui Dasar Penswastaan dilihat
amat diperlukan kerana dapat memenuhi kepentingan kerajaan yang pada ketika itu ingin
memberi kehidupan yang selesa kepada rakyat dan mengurangkan kemiskinan. Kerajaan
memerlukan pertolongan dari pihak swasta kerana cara kerja mereka yang lebih efisen
berbanding sektor awam. Barang swasta dapat disalurkan dengan baik melalui peruntukkan
yang disediakan kerajaan. Namun begitu, kuantiti dan kualiti bekalan barang swasta seperti
kemudahan asas, peralatan sekolah dan klinik adalah terbatas kepada jumlah peruntukkan
yang disediakan kerajaan. Bertitik-tolak dari sini, berlakulah persaingan dalam memenuhi
kehendak kerajaan ini. Namun begitu, barang swasta dapat disalurkan dan diperuntukkan
kepada masyarakat dengan berkesan dan hasilnya dapat dilihat melalui keupayaan masyarakat
terutama bumiputera menjana pendapatan dengan lebih baik selain dari peningkatan ekuiti
bumiputera dalam sektor korporat.

Seterusnya, Dasar Wawasan Negara (DWN) yang memperkenalkan dimensi baru iaitu
membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan telah meningkatkan daya
pengeluaran dan produktiviti barang swasta seiring dengan hasrat negara untuk menjadi
negara maju pada tahun 2020. Contohnya, pada tahun 1994, kerajaan melancarkan Polisi
Telekomunikasi Negara telah memberi ruang kepada barang swasta seperti barangan
telekomunikasi dari syarikat Celcom (Malaysia) Berhad untuk berkembang maju dan menjadi

12
salah satu hub industri telekomunikasi yang terkemuka di Malaysia (Koleksi Arkib Ucapan
Ketua Eksekutif, 1999). Permintaan terhadap produk Celcom seperti Pelan Prabayar, Pelan
Pascabayar Celcom, Celcom Broadband, Celcom Roaming, Celcom IDD dan Celcom
Channel X Pax amat tinggi. Seiring dengan Dasar Pendidikan pula, syarikat Celcom
(Malaysia) Berhad telah mengorak langkah memperkenalkan Pelan Celcom University of X
dan Celcom School of X bagi membantu meringankan bebanan kewangan pelajar di sekolah
dan universiti.

Barangan telekomunikasi merupakan barang swasta yang dihasilkan dan diperuntukkan


oleh syarikat swasta iaitu syarikat Celcom (Malaysia) Berhad. Barangan ini dihasilkan
mengikut kehendak pasaran semasa. Pada masa yang sama, penghasilan dan pemasaran
barang swasta ini juga adalah berdasarkan kepada kehendak dasar dan polisi kerajaan iaitu
untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang celik pada IT. Produk yang dihasilkan oleh
syarikat ini bukan sahaja memberi maanfaat kepada rakyat Malaysia malah mendatangkan
keuntungan kepada negara. Keuntungan yang diperolehi ini adalah hasil daripada kualiti
barang dan perkhidmatan yang diberikan sekaligus menjadikan syarikat ini berdaya saing
dengan syarikat yang lain.

2.3.4 Implikasi Barang Tol ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

Antara contoh barang tol ialah wayang. Di Malaysia, tayangan wayang banyak
dipertontonkan kepada pengguna bertujuan untuk memenuhi keperluan sosial pengguna. Di
samping itu, wayang juga turut menjadi medium penyampai mesej tertentu seperti pengajaran,
kebudayaan dan cara hidup sesuatu masyarakat selain dari mempamerkan cetusan idea
karyawan negara. Oleh itu, wayang dilihat mempunyai nilai yang tersendiri. Maka, seseorang
yang ingin melihat wayang tersebut perlu membuat bayaran. Harga bagi tiket wayang ini
ditetapkan dan dikawalselia oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan. Hal ini bertujuan untuk mengawal harga tiket wayang dan
meletakkan standard harga tiket wayang pada harga yang mampu dibeli pengguna. Harga
yang dikenakan adalah tetap kerana wayang tidak mempunyai ciri-ciri persaingan.

3.0 PENUTUP

13
Konsep persaingan dan pengasingan dapat dilihat dengan jelas melalui jenis barang
yang diperuntukkan dan dihasilkan oleh sektor awam dan swasta. Lazimnya, kerajaan akan
membekalkan barang awam seperti pertahanan negara untuk menjamin keselamatan
penduduk. Maka, peranan barang awam yang diperuntukkan oleh kerajaan bertujuan untuk
memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sosial. Berbeza pula dengan sektor swasta, barang
swasta bermatlamatkan keuntungan yang maksimum dan mempunyai persaingan yang tinggi
atas sebab kuantiti barangan yang terhad. Namun begitu, barang swasta dikendalikan dengan
penuh profesional dan cekap supaya perkhidmatan yang diberikan dapat memuaskan
keperluan penggunanya. Sebaliknya, barang tol pula tidak mempunyai persaingan yang tinggi
kerana kuantiti barangan tidak berkurangan walaupun pengguna telah menggunakannya.
Tetapi, barangan tersebut perlu dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan barangan dan
menikmati perkhidmatan yang diberikan.

Secara keseluruhannya, penglibatan kerajaan dalam kegiatan ekonomi secara langsung


dan seiringan dengan sektor swasta telah memberi kesan yang positif ke atas kestabilan dan
kesesuaian tingkat harga. Namun begitu, usaha memajukan ekonomi negara perlu selaras
dengan dasar yang digubal dan mengikut keperluan semasa rakyat. Dalam konteks Malaysia
pada hari ini, ekonomi yang dijanakan perlu mendasari matlamat perpaduan yang ingin
dikecapi oleh Malaysia. Maka, hasrat kerajaan untuk membentuk perpaduan negara melalui
slogan ‘1Malaysia’ perlu disahut demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

14
RUJUKAN

BusinessDictionary.com. (2010). Private Goods Definition. Diperolehi pada Jun, 12, 2010
daripada http://www.businessdictionary.com/definition/private-good.html

BusinessDictionary.com. (2010). Public Goods Definitio. Diperolehi pada Jun, 12, 2010
daripada http://www.businessdictionary.com/definition/public-good.html

Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hasan. 2002. Ekonomi Malaysia, Edisi Kelima.
Selangor : Pearson Malaysia

Edwin Mansfield. (1996). Managerial Economics : Theory, Application, and Cases, Third
Edition. NewYork : W.W Norton & Company, Inc

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 1994. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Kuala
Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia

Ivan Png. (2002). Managerial Economics, Second Edition. United State America : Blackwell
Publishers

Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif. Diperolehi pada Jun, 12, 2010 daripada
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklahtpm&id=3499

Mohd Rosli. 2007. Analisis Prestasi, Hala Tuju dan Cabaran Penswastaan. Sintok :
Universiti Utara Malaysia

Pusat Maklumat Rakyat. 2010. Dasar Pertahanan Negara. Diperolehi pada Julai, 11, 2010
daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=893%3Adasar-pertahanan-
negara&catid=249%3Adasar-pertahanan-negara&Itemid=4

Stephen L. Slavin. 2005. Macroeconomics, Seventh Edition. New York : McGraw-Hill

15
Technical Cooperation Department. 2010. FAO Corporate Document Repository Glossary.
Diperolehi pada Jun, 12, 2010 daripada
http://www.fao.org/docrep/005/y2006e/y2006e0g.htm

Unit Perancang Ekonomi,


Jabatan Perdana Menteri. 2010. Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi Jabatan
Perdana Menteri Malaysia. Diperolehi pada Julai, 12, 2010 daripada
http://www.epu.gov.my/privatizationpolicy?
p_p_id=56_INSTANCE_SyuX&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view
&p_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=1

Wikipedia. 2010. Excludeble. Diperolehi pada Jun, 2, 2010 daripada

Wikipedia. 2010. Free Rider Problem. Diperolehi pada Julai, 11, 2010 daripada

Wikipedia. 2010. Rivalry. Diperolehi pada Jun, 2, 2010 daripada

16

Anda mungkin juga menyukai