Anda di halaman 1dari 12

TEMUDUGA

PENGENALAN

Kejayaan awal Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi. Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda. Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini. Setkan bahawa: Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

MAKSUD TEMUDUGA Temuduga adalah satu sesi penilaian yang diadili oleh beberapa ahli paneltemudugauntuk memilih calon terbaik yang layak bagi tujuan mengisikekosongan sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. Temuduga tidak terhad kepada bidang pekerjaan sahaja malah temuduga juga ada dilakukan dalam bidang pendidikan contohnya ketika seseorang itu ingin memohon melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.Kebiasaaannya satu sesi temuduga diadili oleh beberapa ahli panel yang mahir dan berkait rapat dengan kekosongan jawatan yang ada. Sebagai contoh, jika terdapatkekosongan di Jabatan Pentadbiran, seorang wakil dari jabatan berkenaan akanmenjadi salah seorang ahli panel yang akan mengadili sesi temuduga tersebutmanakala seorang wakil dari Jabatan Sumber Manusia akan mengendali temudugatersebut sekaligus menjadi salah seorang ahli panel yang dilantik. Setiap daripada kita pasti akan merasai pengalaman ditemuduga sepanjang hidupwalaupun sekali. Kepada anda yang masih belum pernah menghadiri sebarang temuduga, anda boleh dapatkan tips bagaimana dan apa yang perlu ada lakukansebelum menghadiri sebarang temuduga disini.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

PERSEDIAAN AWALAN : Kajian Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga. Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya. Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut. Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut. Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut. Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti. Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah. Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut. Tali leher bagi lelaki adalah wajib Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat. No perfume, please! Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangiwangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan. Dapatkan gambaran isu semasa Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian. Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar. Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Times, The Star, dan sebagainya. Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada. Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik. Melangkah ke lokasi temuduga Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga. Buatkan satu check-list ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki. Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.

Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

PADA HARI TEMUDUGA Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.

Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda). Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA: Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan selamat pagi/selamat petang mengikut pada keadaan waktu, atau assalamualaikum sekiranya panel temuduga itu beragama Islam. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barangbarang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga. Biarkan penemuduga memulakan perbualan. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato/ Dato Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu point itu dengan penuh semangat. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaikbaiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda observant atau tidak. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

PERKARA YANG HARUS DI ELAKAN SEMASA TEMUDUGA Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon. Ia memberikan imej gopoh kepada calon Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya. Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang? Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang? Cerita sedikit tentang diri anda. Apakah yang dapat memotivasikan anda? Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda? Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan? Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami? Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya. 9. Apakah kelemahan-kelemahan anda? 10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar? 11. Mengapakah patut kami memilih anda? 12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda. 13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda. 14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya? 15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan. 16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda. 17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa? 18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda? 19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure) 20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya. 21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu? 22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda? 23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda? 24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya? 25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa? 26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa? 27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum? 28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa? 29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda? 30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

BERIKUT ADALAH DIANTARA OBJEKTIF PENEMUDUGA Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut : Kebolehan berkomunikasi yang baik Mempunyai kelayakan yang relevan Bersemangat Berinisiatif Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik Berwatakan Menarik Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.

10

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

KENAL PASTI KEKUATAN DIRI SENDIRI Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga. Anda perlu melihat diri anda dari segi Kelebihan diri sendiri Personaliti Pencapaian Akademik dan Pekerjaan Kekuatan dan kelemahan Persepsi Pengetahuan Am Pengalaman Kerja Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.

Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif. 1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. 2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya. 3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya. 4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. 5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu. 6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. 7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. 8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. 9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu. 10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya. 11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. 12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

11

Amalan Iltisas

TEMUDUGA

LAMPIRAN
Resume / CV

12

Amalan Iltisas

Anda mungkin juga menyukai