Anda di halaman 1dari 16

TEKNIK-TEKNIK SUSUN ATUR DAN LOKASI

Keperluan bangunan dan kelengkapan pengendalian bagi sesebuah organisasi harus


ditentukan setelah prosedur perancangan operasi mengenai ramalan jualan dan
kapasiti pengeluaran dilakukan.
Keperluan bangunan sesebuah organisasi ditentukan oleh:
a. Jenis dan jumlah ruang untuk disimpan bahan mentah komponen, bekalan,
kelengkapan dan kakitangan yang diperlukan bagi proses pengeluaran.
b. Jenis dan jumlah ruang perlu untuk menyimpan dan menempatkan kerja dalam
proses dan barang-barang siap.
Bagi keperluan alat-alat dan kelengkapan pengendalian boleh ditentukan dari segi
jenis dan jumlah kelengkapan yang diperlukan bagi pengeluaran.
Ramalan jualan akan ditukar menjadi jadual pengeluaran dan jadual perolehan yang
paling ekonomi untuk barang-barang akan dibeli bagi menentukan:
a. Jenis factor pengeluaran, kerja dalam proses dan barang siap yang sedia ada pada
ketika masa tertentu dalam masa akan dating.
b. Jenis bangunan dan kelengkapan pengendalian yang perlu untuk menyimpan dan
mengangkut barang-barang.
Jenis bangunan dan kelengkapan pengendalian yang pelu untuk menyimpan dan
mengangkut barang-barang.
Jenis dan jumlah ruang yang perlu bergantung kepada jenis dan jumlah kelengkapan
pengendalian bahan terlibat.
Selepas menentukan jabatan-jabatan yang harus dibentuk, mesin dan alat-alat yang
akan dissusun di dalamnya, pihak pengurusan mesti menentukan cara penyusunan atau
susunatur kemudahan-kemudahan pengeluaran supaya melicinkan pengeluaran,
mengurangkan kos dan sebagainya.
Penyusunan perkakasan di kilang atau pejabat adalah sangaat penting kerana ia
merupakan satu strategi bagi meminimumkan bebanan peralihan bahan dari satu
bahagian ke satu bahagian.
Susunatur yang kemas, teratur, efektif dapat meningkatkan kepantasan dan
kecekapan menjalankan sesuatu kerja.
Keputusan strategi susunatur boleh mempengaruhi cara bekerja dan bagaimana
pekerja boleh melakukan kerja dengan cekap.
Komponen-komponen perkakasan seperti manusia, mesin, peralatan, jabatan dan
stesen kerja boleh direkabentuk susunaturnya dengan pelbagai pilihan berikut:

Menggunakan kesemua ruang yang ada seperti bangunan / pejabat, peralatan, mesin
dan pekerja.
Menambahbaikan pengaliran maklumat, peralihan maklumat, peralihan bahan dan
pergerkan pekerja
Menambaikkan suasana persekitaran di tempat kerja
Menambaikkan interaksi dan perkhidmatan kepada pelanggan
Jenis-jenis susunatur
Keputusan strategi susunatur memfokuskan kepada penyusunan terbaik dan efektif
bagi mesin-mesin dan peralatan di kilang, perabot-perabot dan jabatan-jabatan di
pejabat atau lokasi-lokasi terbaik di pusat perkhidmatan seperti hospital, restoran dan
kedai runcit.
Terdapat 6 jenis pendekatan bagi mencapai objektif strategi susunatur:
1 Susunatur Kedudukan Tetap Susunatur bagi produk yang tetap seperti pembinaan
rumah, bangunan dan pelantar minyak
2 Susunatur Proses Susunatur bagi proses pengeluaran yang menghasilkan pelbagai
jenis produk fizikal atau proses penyediaan perkhidmatan yang rendah bilangan unitnya
seperti universiti dan bank
3 Susunatur Pejabat Susunatur perabot, jabatan-jabatan atau pejabat dan penggunaan
ruang bagi pengaliran maklumat
4 Susunatur Runcit Susunatur yang menyediakan ruang para yang menarik dan yang
bertindak balas dengan gelagat pengguna
5 Susunatur Gudang Susunatur yang berkaitan dengan ruang, pertukaran dan
pengaliran bahan
6 Susunatur Produk Susunatur yang berkaitan dengan penggunaan personel dan mesin
secara optimum dalam pengeluaran berulang dan berterusan

Susunatur Kedudukan Tetap


Susunatur kedudukan tetap biasanya digunakan untuk produk yang tidak mudah
dialihkan iaitu ia perlu berada di suatu tempat yang tetap dan barangan yang hendak
dibuat terlalu besar dan berat.
Pekerja, bahan dan peralatan yang diperlukan untuk melaksanan kerja akan di bawa
ke stesen tersebut.
Secara am, pengurus operasi bagi susunatur ini perlu ke tempat kerja tersebut bagi

mengurus dan menyediakan segala keperluan.


Contoh: pembinaan rumah, bangunan, jalanraya, jejantas dan hal-hal yang melibatkan
projek yang besar.
Biasanya peralatan-peralatan di susunatur kedudukan tetap di sewa kerana
penggunaan mereka adalah dalam satu tempoh masa yang terhad sahaja.
Pekerja-pekerja yang diambil bekerja adalah pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi
dan upah yang diberi adalah tinggi.
Oleh itu kos tetap untuk susunatur kedudukan tetap adalah rendah kerana peralatanperalatan kebanyakkannya di sewa oleh syarikat.
Manakala kos berubah adalah tinggi kerana kadar kos buruh, penyewaan dan
pergerakan peralatan yang tinggi.
Rajah :
Susunatur Proses
Susunatur proses biasa digunakan bagi menyusun proses-proses pengeluaran yang
pelbagai produk atau perkhidmatan.
Ia sangat sesuai dan berkesan apabila membuat pelbagai produk yang berbeza
kerperluan pelanggannya atau apabila menangani pengguna, pesakit atau pelanggan
yang berbeza kehendak dan kerenah.
Contoh: hospital, pasaraya, klinik, bank, kedai baiki kereta dan perpustakaan.
Kebaikan susunatur proses adalah kebolehan mudahalih buruh dan peralatan yang
ditugaskan
Contoh apabila seorang pekerja tidak dapat menjalankan tugasnya kerana sakit, maka
tugas beliau itu akan diambil alih oleh pekerja lain yang mempunyai kemahiran yang
sama
Dalam susunatur proses peralatan-peralatan yang digunakan kebanyakkannya lebih
bertujuan umum
Dengan kata lain, susunatur proses pengambilan masa yang lama bagi memenuhi
pesanan pelanggan kerana penjadualannya yang rumit dan pesanan pelanggan yang
pelbagai.
Keburukkannya pula adalah di sebabkan oleh peralatannya bertujuan umum, maka
latihan dan pendidikan kepada pekerja-pekerja mahir perlu ditingkatkan sentiasa
supaya mereka lebih berkemahiran dan kekal dengan teknologi baru.
Di samping itu inventori kerja dalam proses yang tinggi pula akan meningkatkan
pelaburan ke atas pengurusan inventori.
Walaubagaimana pun objektif susunatur proses adalah untuk meminimumkan kos
peralihan bahan dari satu stesen kerja ke satu stesen kerja yang lain.
Oleh itu stesen kerja yang mempunyai peralihan bahan yang banyak atau pergerakan
pekerja yang ramai perlu diletakkan bersebelahan atau berhampiran dengan stesen
kerja yang berikutnya
Dengan kata lain, peralihan bahan bergantung kepada
i. Bilangan bahan (pekerja) yang perlu dipindahkan di antara dua stesen kerja
ii. Kos seunit untuk memindahkan di antara dua stesen kerja

Rajah :
Kebaikan Susunatur Proses

Membolehkan kebolehubah
Memungkinkan penyeliaan pakar
Dapat mengatasi kerosakan
Penyelenggaraan pemeriksa mudah

Kelemahan Susunatur Keluaran

Kerja dalam proses adalah tinggi


Kos pengendalian bahan adalah tinggi
Kemungkinan kelalaian atau kehilangan beberapa pekerja atau butiran
Banyak melibatkan perancangan dan kawalan pengeluaran
Masa pengeluaran adalah lama

Susunatur Pejabat
Pekerja, peralatan, perabot dan ruang pejabat di susunatur dengan baik bagi
menyediakan keselesaan ditempat kerja, keselamatan dan kemudahan aliran maklumat.
Perubahan teknologi telah banyak mengubah cara merekabentuk susunatur pejabat
Pengurus operasi perlu memaksimumkan keanjalan susunatur pejabat di samping
mengekalkan kepentingan asas bagi susunatur.
Keputusan strategi susunatur pejabat adalah satu gabungan seni dan sains di mana
bahagian sains sahaja di analisis mengikut aliran susunatur proses.
Bahagian seni seperti suasana yang ceria di tempat kerja, kerja berkumpulan, kuasa
dan peranan yang dimainkan masih perlu dikekalkan.
Nilai-nilai berestetika perlu diterapkan pada susunatur pejabat kerana ia memberi nilai
tambah kepada pelanggan. Contohnya seperti warna bilik dan muzik berirama perlahan
dapat memberi keternangan kepada pesakit
Susunatur Runcit
Susunatur Runcit adalah berasaskan kepada konsep jualan dan keuntungan, di mana
semakin tinggi pendedahan pelanggan kepada semua produk yang mungkin.
Bagi mencapai objektif tersebut pengurus operasi perlu menentukan susunatur runcit
yang berkesan dengan menggunakan lima panduan yang berikut:
i. Menempatkan item yang tinggi pealihannya berhanpiran dengan stor seperti susu
segar, ikan, daging dan sayur-sayuran. Barang-barang yang mudah rosak perlu
disusunatur berhampiran dengan stor.
ii. Menggunakan lokasi yang tetap untuk item-item yang tinggi permintaan dan
marginnya seperti barang-barang dapur, keperluan harian dan peribadi
iii. Mempamerkan item-item yang dapat menguasai pembelian )item berkuasa)
berhampiran dengan item-item lain supaya dapat meningkatkan pendedahan barangan

tersebut kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan jualan.


iv. Menggunakan kedudukan lorong yang terakhir di mana kadar pendedahan kepada
pelanggan adalah tinggi terutama ketika menunggu giliran untuk membuat
pembayaran.
v. Menunjukkan objektif atau imej sesuatu pasaraya atau kedai dengan menempatkan di
bahagian hadapan pintu masuk
Walaubagainapun objektif utama susunatur runcit adalah untuk memaksimumkan
keuntungan sekaki persegi bagi setiap keluasan ruang yang ada.
Jadi pengggunaan ruang pasaraya/kedai secara maksimum dan berkesan dapat
meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat.
Susunatur Gudang atau Stor
Susunatur gudang dan stor melibatkan penggunaan ruang gudan dan kos pergerakan
bahan
Objektif susunatur ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan ruang disamping
mengekalkan kos pergerakan yang minimum.
Kos-kos yang terlibat semasa pergerakan bhanan adalah peralatan dan
pengangkutan, pekerja, stor, bahan, pengawalselia, insuran dan susutnilai.
Susunatur gudan yang efektif perlu meminimumkan bahan meminimumkan
penggunaan sumber semasa mencari, mencapai dan mengalihkan bahan.
Susunatur Produk
Susunatur produk melibatkan penyusunan mengikut jenis-jenis produk.
Ia digunakan untuk pengeluaran produk yang bilangan unitnya besar dan
kepelbagaian produk yang rendah.
Pengurus operasi perlu membuat keputusan susunatur produk dengan membuat
andaian-andaian seperti berikut:
i. Bilangan unit yang besar untuk penggunaan peralatan yang tinggi.
ii. Permintaan terhadap produk adalah tetap bagi memastikan pelaburan yang tinggi
dalam sesuatu peralatan tertentu
iii. Produk biasanya diseragamkan
iv. Bekalan bahan mentah dan komponen perlu cukup dan seragam bagi mempastikan
operasi lancar dengan peralatan tersebut.
Susunatur produk digunakan dalam pembuatan yang berulang dan berterusan adalah
sebuah mesin yang bersiri yang digunakan untuk membuat bahagian logam komputer
atau rangka radio dan kereta.
Manakala barisan pemasangan pula adalah sebuah stesen kerja yang bersiri seperti
pemasangan komponen-kompoenen komputer dan set televisyen sehingga produkprroduk tersebut siap.
Produk-produk tersebut akan bergerak melalui mesin automatic seperti alat
pembawa(conveyor).

Oleh itu kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mesin pertama mesti seimbang dengan
kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja di stesen kerja berikutnya.
Barisan pembuatan melibatkan penggunaan mesin-mesin dan memerlukan perubahan
mekanikal dan kejuruteraan untuk mengawal keseimbangan.
Manakala barisan pemasangan pula adalah sebuah stesen kerja yang bersiri seperti
pemasangan pula adalah sebuah stesen kerja yang bersiri seperti pemasangan
komponen-komponen komputer dan set televisyen sehingga proudk-produk tersebut
siap.
Produk-produk tersebut akan bergerak melalui mesin automatic seperti alat pembawa
(conveyor).
Oleh itu kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mesin pertama mesti seimbang dengan
kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mesin berikutnya.
Begitu juga kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja di satu stesen kerja mesti
seimbang dengan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja di stesen kerja berikutnya.
Barisan pembuatan melibatkan penggunaan mesin-mesin dan memerlukan perubahan
mekanikal dan kejuruteraan untuk mengawal kesimbangan.
Manakala barisan pemasangan melibatkan penggunaan tugas kerja kepada pekerja
atau stesen kerja.
Ia boleh diseimbangkan dengan memindahkan tugasan dari individu atau stesen
adalah sama.
Objektif pengurusan operasi dalam susunatur produk adalah untuk mendapatkan
aliran yang lancar dan berterusan bagi barisan pemasangan dengan masa sis-sia (idle)
yang minimum di setiap kerja
susunatur boleh menggunakan keluaran berbentuk ------- lurus, U atau L
Rajah:
Kebaikan Susunatur Keluaran

Mengurangkan pengendalian bahan


Boleh melakukan kerja yang kecil dalam sesuatu proses
Memudahkan rancangan pengeluaran dan pengawalan
Mengurangkan jumlah masa pemprosesan

Kelemahan Susunatur Keluaran

Mengakibatkan fleksibiliti pemprosesan yang kurang


Mengurangkan fleksibiliti masa
Proses pengeluaran bergantung di antara satu sama lain
Menyebabkan kebosanan kepada pekerja

Strategi Susun Atur


1. RANGKA KEMUDAHAN SUSUN ATUR
Jenis dan ciri-ciri susun atur
Proses susun atur

Produk susun atur


Jenis-jenis susun atur yang lain
2. DEFINISI
Perancangan susun atur melibatkan membuat keputusan tentang susunan fizikal
untuk pusat aktiviti ekonomi dalam suatu kemudahan
Pusat aktiviti ekonomi membawa maksud sesuatu yang menduduki ruangan fizikal
Matlamatnya ialah membenarkan berlakunya sumber fizikal yang efektif dalam
syarikat
3. SOALAN YANG DITUJUKAN

Apakah pusat yang patutu dirangkumi oleh susun atur?


Berapa ruangan dan kapasiti yang diperlukan oleh setiap pusat?
Berapakah setiap ruangan pusat patut dibentuk?.
Di manakah setiap pusat perlu dilokasikan?.

4. INPUT

Objektif susun atur


Permintaan produk / perkhidmatan
Keperluan proses
Ruangan yang tersedia ada
Kelakuan dan keperluan mengurus

5. KRITERIA PERSEMBAHAN

Pelaburan modal
Pengurusan material
Buruh, ruangan dan kecekapan material
Flesibiliti
Persekitaran kerja
Komunikasi, produktiviti dan lain-lain

6. TUJUAN PERANCANGAN SUSUNATUR

Memudahkan aliran manusia, material dan maklumat


Meningkatkan utility buruh dan alatan
Meningkatkan keselesaan pelanggan dan jualan
Mengurangkan risiko pekerja
Memperbaiki moral dan komunikasi

Faktor-faktor susun atur


i. Pengawalan alat perkakas dan material
Pengurus harus memutuskan alat perkakas mana yang akan digunakan, termasuk
alat pengangkuatan, jentera, gudang automatic, kereta automatic untuk menghantar
dan menyimpan material.
ii. Kapasiti dan keperluan ruangan
Setelah mengetahui penggunaan kakitangan, mesin dan keperluan peralatan,
susunatur untuk memberi ruangan untuk tiap-tiap komponen tersebut harus dibuat.
Pengurus operasi harus membuat susun atur tentang jumlah ruangan yang diperlukan
untuk setiap pekerja, bilik pengurus dan sebagainya. Pengurus harus
mempertimbangkan keperluan keselamatan seperti memastikan perkerja bekerja dalam
situasi yang paling selamat.
iii. Persekitaran kerja
Susun atur tentang tingkap, ketinggian bilik dan lain-lain lagi yang memudahkan
pengaliran udara, mengurangkan kebisingan dan sebagainya.
iv. Pengaliran maklumat
Komunikasi adalah sangat penting untuk sesebuah operasi. Ia membolehkan
pengurus dan perkerja saling berinteraksi untuk kepentingan syarikat.
Susunatur peralatan yang baik dan mengikut cara yang sistematik akan memberikan
hasil kerja yang baik. Objektif yang mendorong organisasi melakukan susun atur
peralatan di dalam premis mereka.
o Menyediakan suasana kerja yang baik agar barang dan perkhidmatan dapat
dikeluarkan pada kualiti dan kuantiti yang dikehendaki dengan kos yang paling
minimum
o Mengurangkan kemalangan dan kesukaran semasa bekerja
o Mempercekapkan lagi kerja atau operasi
o Menggunakan segala ruang yang ada dengan lebih cekap dan berkesan
o Meningkatkan moral pekerja semasa bekerja
Alat Laluan Boleh Ubah
alat ini boleh bergerak melalui laluan-laluan yang sempit dan berliku. Terdiri dari jenis
trak dan traktor. Digunakan untuk membawa bahan mentah dan barang siap. Alat ini
direkabentuk untuk disesuaikan dengan jarak perjalanan.
Alat Laluan Tetap

alat ini ditempatkan di tempat yang khas dan ia tidak boleh diubah ubah. Yang
berubah hanyalah pembawa bahan seperti rantai, tali dan roda. Alat ini sering
digunakan di kilang yang mempunyai susunatur barangan seperti kilang memasang
kereta dan membotolkan minuman. Terdiri dari penghantar beroda dan penghantar
bertali.
Lokasi
lokasi adalah kedudukan sesuatu tempat seperti kedudukan sebuah kilang pembuatan
atau organisasi perkhidmatan.
Pengurus operasi perlu membuat keputusan strategi lokasi bagi menempatkan
sesebuah operasi.
Keputusan lokasi yang baik akan memberi kesan yang besar kepada keseluruhan
keuntungan syarikat kerana ia akan mempengaruhi kedua-dua kos tetap dan kos
berubah.
Kebiasaannya harga jualan adalah terdiri daripada 25% kos bagi pengangkutan.
Keputusan strategi lokasi dibuat berasaskan kepada pelbagai faktor seperti faktor
perubahan produktiviti buruh, nilai matawang, kos atau sikap pengguna tempatan
Selain itu perubahan demografi dan permintaan yang meningkat juga boleh
menyebabkan sesebuah syarikat itu membuat keputusan untuk menempatkan atau
memindahkan fasiliti kilang atau perkhidmatan mereka ke sesuatu lokasi.
Pilihan Lokasi
Terdapat empat pilihan bagaimana pengurus-pengurus boleh membuat pemilihan
lokasi. Mereka boleh membuat keputusan lokasi dengan:
Membesarkan fasiliti asal
Mengekalkan lokasi asal disamping menambah fasiliti baru
Menutup fasiliti asal dan berpindah ke lokasi baru
Mengekalkan keadaan asal
Keputusan Strategi Lokasi
Apabila sesebuah firma membuat keputusan di lokasi tertentu, kos yang terlibat
adalah kos tetap bagi lokasi tersebut
Lokasi tidak mudah diubah mengikut sesuka hati atau pada bila-bila masa.
Ia memerlukan suatu perancangan jangka-panjang yang melibatkan semua bahagian
Keputusan lokasi akan memberi kesan kepada jumlah keperluan, pelaburan,
pendapatan, kos-kos operasi dan pengoperasian
Sebagai contoh, pemilihan lokasi yang kurang baik bagi sebuah kilang akan
menyebabkan syarikat mengalami kos pengangkutan yang tinggi kerana sukar
mendapatkan bahan mentah di kawasan yang berhampiran atau syarikat akan
kekurangan tenaga buruh kerana penduduk tempatan lebih suka bekerja sendiri

Objektif
Objektif strategi lokasi adalah untuk memaksimumkan kebaikan-kebaikan yang
terdapat pada sesuatu lokasi itu kepada sesebuah firma atau syarikat.
Walaubagaimanapun objektif utama bagi lokasi industri ialah untuk meminimumkan
kos-kos yang terlibat dalam pengeluaran.
Manakala objektif utama bagi lokasi perkhidmatan seperti peruncitan dan kepakaran
ialah untuk memaksimumkan hasil/pendapatan.
Disamping itu objektif strategi lokasi gudang pula adalah untuk meminimumkan kos
dan memaksimumkan kelajuan penghantaran.
Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan lokasi
Kebanyakan syarikat mengambil keputusan untuk mencari lokasi baru bagi membuka
sebuah kilang, pejabat, kedai runcit dan bank di luar Negara kerana kepesatan pasaran
ekonomi dunia, kemudahan komunikasi antarabangsa yang baik, kepantasan perjalanan
dan penghantaran, kemudahan aliran modal dan perbezaan kos buruh yang tinggi.
Apabila syarikat membuat keputusan kea rah globalisasi, pemilihan fasiliti lokasi bagi
menempatkan operasi mereka akan menjadi lebih rumit.
Pertama, kita perlu memilih sebuah negara yang terbaik lokasinya, kemudian barulah
memfokuskan kepada kawasan dan komuniti negara yang dipilih tadi.
Langkah terakhir dalam pemilihan lokasi ini ialah memilih sesuatu daerah yang terbaik
lokasinya dalam komuniti tersebut.
Langkah-langkah dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi diringkaskan
seperti di bawah:
Faktor pemilihan negara:
Perundangan dan undang-undang kerajaan
Kestabilan politik dan ekonomi
Budaya dan sikap orang-orang tempatan
Lokasi pasaran
Kesediaan buruh, produktiviti dan kos
Bekalan bahan mentah, komunikasi dan tenaga
Pertukaran matawang
Faktor pemilihan kawasan / komuniti:
Daya tarikan sesbuah kawasan seperti cukai, cuaca dan budaya
Kesediaan buruh, kos dan sikap kesatuan sekerja
Akta persekitaran bagi sesebuah kawasan
Insentif kerajaan
Berhampiran dengan bahan mentah, pelanggan dan tenaga buruh
Kos tanah dan pembinaan
Faktor pemilihan daerah:

Keluasan saiz dan kos


Pengangkutan udara, air dan jalanraya
Zon larangan
Berhampiran dengan bekalan dan perkhidamatan seperti bank
Isu-isu alam sekitar dan keluarga
Di samping globalisasi, banyak faktor lain lagi yang mempengaruhi keputusan lokasi
seperti produktiviti buruh, pertukaran matawang, perubahan sikap terhadap industri,
persatuan pekerja dan cukai kerajaan.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor sahaja yang mendominankan
keputusan lokasi
Contohnya, kos pengangkutan mungkin menjadi faktor paling utama dalam keputusan
lokasi industri. Manakala tumpuan pasaran dan kemudahan tempat letak kereta pula
menjadi faktor paling utama dalam pemilihan lokasi bagi sesebuah perkhidmatan,
seperti klinik atau pasaraya.
Secara amalan, pengurus operasi akan membuat keputusan lokasi berdasarkan
kepada dua keperluan asas.
Pertama, keperluan lokasi yang berhampiran dengan capaian buruh yang tinggi
adalah untuk mendapatkan kebaikan daripada kos upah yang rendah atau kemahiran
teknikal yang tinggi.
Kedua, keperluan lokasi yang berhampiran dengan capaian pelanggan atau kepadatan
penduduk yang tinggi adalah untuk mendapatkan hasil dan keuntungan yang tinggi.
Produktiviti Buruh
Pengurusan operasi perlu mengambilkira tentang kewujudan perbezaan produktiviti di
pelbagai negara apabila membuat keputusan lokasi yang berdasarkan kepada kadar
upah yang rendah.
Prdouktiviti perlulah dikaitkan dengan kadar upah kerana kadar upah yang rendah
tidak menjamin kos pengeluran yang rendah.
Formula
Kos = Kos buruh sehari
Produktiviti (bilangan unit sehari)
Pertukaran Matawang
Firma-firma era baru perlu mengambilkiran keabikan-keabiakn yang terdapat daripada
pertukaran matawang mereka dengan membesarkan kilang di luar negara, mendirikan
kilang di luar negara atau mengeksport barangan ke luar negara.

Kos
Kso lokasi adalah kos-kos yang terlibat dalam operasi pembuatan barangan dan
operasi penyediaan perkhidmatan.
Ia boleh dikategorikan dalam dua jenis kos iaitu kos ketara dan kos tak ketara
Kos ketara ialah kos yang boleh dikenalpasti dan diukur dengan tepat
Kos-kos tersebut adalah kos utility, buruh, bahan mentah, cukai, susut nilai dan lainlain kos yang boleh dikenalpasti oleh jabatan akaun dan pengurusan.
Kos tak ketara ialah kos yang tidak boleh diambilkir, tidak boleh dikenalpasti dan
diukur.
Kos-kos tersebut ialah kos pendidikan kualiti, fasiliti pengangkutan awam, sikap
komunti terhadap industri dan syarikat, kualtiti, pendidikan dan sikap pekerja masa
hadapan.
Secara amnya, pengurus operasi akan cuab meminimumkan kos-kos yang terlibat
dalam pengeluran dan kos-kos lain seperti kos pengangkutan dan penghantaran.
Sikap
Sikap penduduk, negara dan kerajaan tempatan terhadap harta awam, pencemaran
dan kestabilan pekerjaan adalah anjal.
Ianya akan berubah mengikut keadaan putaran ekonomi dan politik.
Berhampiran dengan Pasaran
Operasi perkhidmatan pelanggan atau pengeluaran barangan perlu membuat
keputusan lokasi yang berhampiran dengan tumpuan pasaran mereka.
Perkhidmatan pelanggan seperti restoran, kedai runcit, pejabat pos dan kedai farmasi
perlulah berlokasi di kawasan yang berhampiran dengan tempat tumpuan pelanggan
seperti berhampiran dengan kawasan perumahan, pejabat dan tempat letak kereta.
Syarikat pembuatan perlu beroperasi dengan pasaran apabila pengangkutan bagi
produk siap adalah sangat mahal, rapuh, mudah rosak, berat atau dalam kuantiti yang
banyak.
Berhampiran dengan Pembekal
Syarikat juga perlu mengambilkira tentang lokasinya suapaya berhampiran dengan
sumber bahan mentah dan pembekal kerana kos pengangkutan, jumlah muatan yang
banyak dan ketahanan daripada busuk/rosak.
Contohnya, pengeluar susu segar dan hasilan tenusu banyak berurusan dengan bahan
mentah yang tidak tahan lam, jadi mereka perlu beroperasi di lokasi yang berhampiran
dengan pembekal bahan mentah
Begitu juga dengan Syarikat Perabot Malaysia yang sangat bergantung kepada bahan
mentah yang berat seperti kayu balak.
Jadi kos pengangkutan yang tinggi adalah menjadi faktor utama untuk membuat
keputusan lokasi

Kaedah Penilaian Lokasi


Bagi memilih lokasi yang terbaik terdapat banyak faktor yang perlu diambilkira
samada secara kualitatif atau kuantitatif.
Kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan pemilihan lokasi ialah:
Kaedah faktor pengadaran
Kaedah titik pulang modal
Kaedah graviti-pusat
Kadah pengangkutan
Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan lokasi

tenaga buruh yang sesuai dan mencukupi


kehampiran dengan pasaran
kehampiran dengan pembekal
ketersediaan bekalan tenaga dan perkhidmatan lain
kos tanah, bangunan serta penyelenggaraan
keadaan ilim
keutamaan individu
sekatan undang-undang
factor politik

Jenis-jenis pengendalian
a. Konveyor
bermaksud tali sawat
ia dikenali sebagai penghantar bertali
alat penghantar ini digerakkan dengan menggunakan kuasa motor berelektrik
tali yang digunakan adalah daripada jenis getah
fungsi adalah untuk menggerakkan atau mengangkut bahan-bahan yang berpukal
ialah seperti perusahaan surat khabar, perusahaan membuat kain dan perlombongan
firma yang mengendalikan bagasi adalah seperti syarikat penerbangan dan
perkapalan
selain penghantaran bertali juga terdapat penghantaran mangkok konveyor di
kategori sebagai kategori mobility laluan tetap.
b. Trak
Bermaksud jentera pengangkutan
Antara jenis trak yang terdapat di dalam industry ialah trak, fork, trak industry dan
trak platform
Pelbagai jenis trak direka bentuk khas untuk mengangkut bahan-bahan mentah dan
ada sesetengah pula digunakan untuk mengangkut barang mentah dan mengangkut
barang siap.

Trak direka bentuk untuk disesuaikan dengan jarak perjalanan


Sesetengah boleh bergerak melalui laluan-laluan yang sempit dan berliku-liku
Tidak dikategori sebagai mobility laluan boleh ubah
c. Crane
Digunakan untuk memindahkan dan mengangkat benda-benda berat dari satu tempat
ke satu tempat
Contoh penggunaan Bridge crane di pelabuhan-pelabuhan untuk memindahkan
kontena-kontena yang besar dan berat ke kapal-kapal
Ianya berkait rapat dengan penggunaan jentera automotif dan mekanikal
Susun atur tetap
Mengalamatkan keperluan susun atur untuk projek yang besar seperti bangunan dan
kapal
Bahan-bahan yang tidak bergerak seperti empangan
Susun atur tetap merupakan susun atur yang direka bentuk untuk projek-projek besar
di mana ia mengumpulkan ramai pekerja dan kelengkapan dalam satu tempat bekerja.
Contoh ialah projek pembinaan perkapalan, projek pembinaan jambatan, projek
pembinaan lebuhraya dan sebagainya.
Sehingga kini, teknik untuk mengalamatkan susun atur tetap masih belum
dibangunkan dan agak rumit.
Teknik-teknik ini dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu:
a. Ruangan yang terhad
b. Tahap pemprosesan yang berbeza, bahan mentah dan item yang berbeza
c. Volum bahan mentah yang diperlukan adalah dinamik.
Industri yang berbeza akan menyelesaikan masalah-masalah ini dengan cara yang
berbeza.
Contoh : Pembinaan kapal terbang Boeing
Saiz dan kekompleksitian pengeluaran kapal terbang Boeing memerlukan susun atur
tetap.
Pembinaan adalah berperingkat di lokasi yang tetap.
Boeing telah menyewa satu modular pembinaan untuk menghimpunkan bahagianbahagian badan kapal terbangnya.
Bahagian-bahagian ini seperti ekor, bahagian badan, sayap, bahagian depan badan
dan hidung telah digabungkan di bawah susun atur posisi tetapi apabila gear mendarat
dipasang dan kapal terbang sedia untuk pertama daripada lima operasi barisan
perhimpunan yang terakhir.

Pada posisi pertama dalam barisan perhimpunan, hidrolik, sayap dan penghawa
dingin dipasang. Kemudian, kabel akan disambungkan kepada kepak sayap, pintu, bidai
dan gear mendarat. Pada posisi ketiga, bahagian dalaman akan dipasang seperti bilik
mandi, video, dapur dan gelongsor keselamatan. Selepas itu, pemasangan tempat
duduk bekas overhed kadang-kadang dijalankan. Diikuti dengan enjin jet dan kokpit
avionics.
Pada peringkat akhir, stesen barisan perhimpunan penyambungan enjin dan interior
dijalankan dan kemudian ujian percubaan dijalankan. Kapal terbang itu dialihkan ke
bangunan yang lain untuk kerja mengecat selama 3 hari.
Susun atur berorientasikan Proses
1. kumpulkan maklumat
keluasan yang diminta dari pusat
keluasan kawasan
rating yang dekat
2. bina satu pelan blok digram

meminimumkan nonadjacents loads


guna dat kualitatif jika diperlukan
bina carta kesimpulan load
buat eksperimen dengan cara susun atur lain

3. mereka susun atur yang lebih lengkap atau detail


dengan penggunaan computer
automated susun atur Design Programme (ACDP)
plant susun atur and Evaluation Package (PREP)
4. tanpa penggunaan computer
cardboard template on drawing of plant floor
menggunakan chalk drawing atas parking lot
model architectural
- kumpulan stesen kerja atau department mengikut fungsi
susun atur berorientasikan proses boleh melakukan dan mengawasi pengeluaran
produk dan perkhidmatan yang berbilang jenis.
Ia adalah cara tradisi yang menyokong strategi perbezaan antara produk.
Susun atur ini lebih efisien apabila produk dibuat mengikut permintaan yang berbeza
ataupun apabila pelanggan yang mempunyai keperluan yang berbeza.
Susun atur yang berorientasikan proses adalah sesuai untuk pengeluaran yang
mempunyai volum yang rendah dan strategi yang mempunyai banyak jenis.

Setiap produk atau kumpulan produk akan dikeluarkam dengan beralih dari satu
jabatan ke jabatan yang lain dalam turutan yang diminta.
Ini dapat jelas dilihat dengan mengambil hospital dan klinik sebagai contoh.
Susun atur Produk
Susun atur produk yang lebih dikenali sebagai pengaturan aktiviti dalam barisan (line)
merujuk kepada kekerapan operasi yang diperlukan oleh bahagian produk tersebut.
Setiap produk mempunyai barisannya sendiri yang direka secara spesifik untuk
memenuhi permintaannya.
Aliran kerja adalah berkesan apabila bergerak dari satu stesen kerja ke stesen kerja
yang lain mengikut assembly line sehingga produk yang telah disiapkan pada hujung
barisan.
Sejak barisan dibentuk untuk satu jenis produk, mesin tertentu boleh dibeli untuk
kegunaan spesifik dalam kerja pemprosesan barang tersebut.
Susun atur produk adalah sesuai untuk proses yang berulang di mana permintaan
adalah stabil dan jumlah permintaan adalah tinggi.
Produk ini dikeluarkan adalah untuk keseluruhan pasaran dan bukannya untuk
sebahagian pengguna sahaja.
Di sebabkan jumlah permintaan yang tinggi, susun atur produk adalah lebih
automated daripada susun atur proses.
Peranan untuk pekerja adalah berlainan.
Persembahan pekerja dalam susun atur produk adalah lebih sempit dan mereka
meminta kadar upah yang kurang daripada susun atur proses.

Anda mungkin juga menyukai