Anda di halaman 1dari 44

REKA

BENTUK
ORGANIS
ASI
Prepared by: Teacher Syahirah
AGENDA
0 organisasi
Menerangkan konsep struktur

0 1
Mengenal pasti empat faktor yang mempengaruhi
struktur organisasi
2 0 berbeza
Membandingkan jenis-jenis struktur organisasi yang

0 3
Menjelaskan
organisasi
konsep autoriti dalam

4 0 pemencaran
Membezakan antara konsep pemusatan dengan konsep

5
06 Menilai jenis-jenis reka bentuk kerja yang berbeza.
Membincangkan kemunculan reka bentuk organisasi
07 yang baru
PENGENALAN
● Struktur organisasi merujuk kepada pembangunan fungsi-fungsi organisasi
yang dikumpulkan dan diselaraskan secara rasmi.
● Struktur organisasi merupakan susunan kerja di seksyen atau jabatan yang
mengarahkan tingkah laku individu-individu dan kumpulan-kumpulan ke
arah pencapaian objektif sesebuah organisasi.
● Ini adalah satu sistem yang menghubungkan tugas-tugas, aliran kerja dan
saluran komunikasi antara individu-individu dan pelbagai kumpulan kerja
dalam sesebuah organisasi.
● Tujuannya adalah untuk memudahkan penggunaan setiap sumber dan
individu secara kolektif sebagai satu sistem pengurusan bagi mencapai
objektif-objektif yang telah ditetapkan.
● Suatu struktur organisasi biasanya dipaparkan dalam bentuk grafik yang
dipanggil carta organisasi.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
STRUKTUR ORGANISASI
Strategi-
strategi Saiz
Organisasi

Faktor-faktor
Teknologi
Persekitaran
STRATEGI ORGANISASI

• Struktur organisasi perlu dirangka mengikut


strategi-strategi yang telah digubal oleh
organisasi tersebut.
• Perubahan-perubahan dalam strategi-strategi
organisasi akan membawa kepada
perubahan-perubahan dalam struktur
organisasi tersebut.
• Perubahan-perubahan dalam struktur
organisasi ini akan membantu memudahkan
dan menyokong perubahan-perubahan dalam
strategi organisasi tersebut.
SAIZ ORGANISASI

• Terdapat banyak kaedah untuk mengukur


saiz sesebuah organisasi.
• Ukuran yang sering digunakan adalah
kuantiti jualan dan bilangan tenaga kerja.
Saiz boleh mempengaruhi struktur
sesebuah organisasi.
• Organisasi yang lebih besar lebih
menitikberatkan pengkhususan kerja,
penjabatanan, pengembangan carta
organisasi dan peraturan berbanding
dengan organisasi yang lebih kecil saiznya.
TEKNOLOGI

• Teknologi merujuk kepada bagaimana sesebuah organisasi mengubah


inputnya menjadi output atau pengeluaran.
• Setiap organisasi akan mempunyai sekurang-kurangnya sejenis
teknologi yang mengubahkan sumber-sumber kewangan, tenaga kerja
dan fizikal kepada produk atau perkhidmatan.
• Sekiranya operasi tersebut berdasarkan teknologi yang rutin di mana
pengeluaran produk dan perkhidmatan dihasilkan secara pukal seperti
kilang pakaian yang beroperasi dengan cara yang lebih formal, maka
lebih banyak penjabatanan, pengkhususan kerja dan pematuhan
terhadap peraturan dan undang-undang akan dibuat.
• Sebaliknya jika organisasi tersebut beroperasi dengan teknologi bukan
rutin seperti perniagaan tukang gunting rambut, ia tidak memerlukan
banyak penjabatanan, pengkhususan kerja dan pematuhan yang ketat
kepada peraturan, seperti yang dikehendaki oleh sebuah kilang.
PERSEKITARAN

• Setiap organisasi akan menghadapi pengaruh-


pengaruh luaran yang memberi kesan kepada
kewujudan sesebuah organisasi, yang dikenali sebagai
pengaruh persekitaran atau faktor-faktor yang khusus
atau umum.
• Sesetengah organisasi akan menghadapi persekitaran
statik, manakala sesetengah akan menghadapi
persekitaran yang dinamik.
• Persekitaran yang statik lebih selamat daripada
persekitaran yang dinamik kerana tidak perlu risau
dengan persekitaran yang tidak menentu.
• Memandangkan ketidaktentuan dalam persekitaran
boleh menggugat keberkesanan organisasi, pihak
pengurusan akan cuba sedaya upaya untuk
mengurangkan ancaman tersebut.
LATIHAN
8:
Senaraikan 4 factor yang
mempengaruhi struktur
organisasi.
MEREKA BENTUK
STRUKTUR ORGANISASI
Jangkauan
Penjabatanan Autoriti
Kawalan
• Penjabatanan • Autoriti Lini
Fungsian • Autoriti Staf
• Penjabatanan
Produk
• Penjabatanan
Geografi
• Penjabatanan
Matriks
• Penjabatanan
Pelanggan
PENJABATANAN
Penjabatanan Fungsian

• Penjabatanan fungsian menyelaraskan, kerja dan pekerja


melalui unit-unit yang berbeza dan setiap unit
bertanggungjawab untuk fungsi perniagaan atau bidang
kepakaran yang tertentu.
• Contohnya, penjabatanan yang mengikut fungsi-fungsi atau
bidang-bidang yang sama adalah akaun, jualan, pemasaran,
pengeluaran, operasi dan jabatan sumber manusia.
• Penjabatanan yang berasaskan fungsi digunakan secara
meluas oleh organisasi.
Kelebihan Penjabatanan Fungsian

• Membolehkan kerja dilaksanakan oleh individu-individu yang berkelayakan


dan berkemahiran dalam bidang berkenaan.
• Dapat mengurangkan kos dengan mengurangkan pertindihan kerja dan
penggunaan sumber-sumber dalam organisasi.
• Setiap individu dalam jabatan yang sama akan memperoleh pengalaman
kerja atau latihan, komunikasi dan penyelarasan yang sama, seterusnya ia
dapat mengurangkan masalah kepada pengurusan.

Kelemahan Penjabatan Fungsian

• Kesukaran untuk menyelaras antara jabatan-jabatan.


• Penjabatanan berfungsi boleh menyebabkan kelewatan dalam pembuatan
keputusan dan menghasilkan golongan pengurus dan pekerja yang
terbatas daripada segi pengalaman dan kepakaran.
PENJABATANAN

Penjabatanan Produk

• Penjabatanan ini adalah berdasarkan kepada


produk-produk dan kerja pekerja-pekerja
dalam unit-unit yang berbeza, masing-masing
dengan tanggungjawab untuk menghasilkan
sesuatu produk atau perkhidmatan.
Kelebihan Penjabatanan Produk

• Membolehkan pengurus dan pekerja mengembangkan


pengalaman dan kepakaran mereka yang berkaitan dengan
aktiviti keseluruhan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan.
• Membolehkan pengurusan menilai prestasi kerja bagi setiap unit
kerja.

Kelemahan Penjabatan Produk

• Pengurus-pengurus mungkin memberi tumpuan kepada produk


mereka sehingga mengabaikan aspek lain dalam organisasi.
• Kos pentadbiran mungkin juga meningkat kerana setiap produk
mempunyai pakar-pakar bidang fungsiannya sendiri
PENJABATANAN

Penjabatanan Pengguna

• Penjabatanan jenis ini menyelaras


kerja dan pekerja dalam unit-unit yang
berbeza yang bertanggungjawab
kepada jenis-jenis pengguna tertentu
sahaja.
Kelebihan Penjabatanan Pengguna

• organisasi akan dapat menumpukan segala usahanya dalam


memenuhi keperluan pengguna.
• Organisasi mengkhusus dan menyesuaikan produk dan
perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan
masalah-masalah pengguna.

Kelemahan Penjabatan Pengguna

• Wujudnya pertindihan kerja dan penggunaan sumber dan kesukaran


untuk menyelaraskan antara jabatan-jabatan yang menyediakan
perkhidmatan kepada jenis-jenis pengguna yang berbeza.
• Penjabatanan pengguna menyebabkan pekerja-pekerja terlalu
menumpukan usaha kepada memenuhi keperluan pelanggan
sehingga ia menjejaskan prestasi perniagaan organisasi tersebut.
PENJABATANAN

Penjabatanan Geografi

• Penjabatanan geografi menyelaraskan


kerja dan pekerja daripada unit-unit yang
berbeza yang bertanggungjawab untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan di
lokasi geografi yang tertentu.
Kelebihan Penjabatanan Geografi

• Keupayaan organisasi untuk bertindak balas dengan cepat dan


cekap terhadap keperluan pasaranpasaran tertentu yang mana
merupakan dalam skop tanggungjawab sesebuah jabatan
• Mengurangkan kos dengan mengagihkan sumbersumber
organisasi tersebut lebih dekat kepada pengguna sasaran
Kelemahan Penjabatan Geografi
• Mewujudkan pertindihan kerja dan penggunaan sumbersumber
organisasi.
• Selain itu, kesukaran akan timbul dalam menyelaraskan antara
jabatan-jabatan memandangkan jabatan-jabatan berada di
kawasan geografi yang terletak jauh antara satu sama lain
PENJABATANAN

Penjabatanan Matriks

• Struktur ini menggabungkan dua atau lebih jenis


penjabatanan pada masa yang sama.
• Pekerja-pekerja melaporkan kepada dua orang
penyelia atau pengurus yang berlainan.
• Fungsi interaktif bersilang yang tidak boleh
dilakukan pada jenis-jenis penjabatanan yang lain.
Kelebihan Penjabatanan Matriks

• Membolehkan organisasi untuk menguruskan dengan cekap projek-


projek atau aktiviti-aktiviti yang berskala besar dan kompleks.

•Kelemahan
Memerlukan tahap koordinasi
Penjabatan Matriks yang lebih tinggi untuk menguruskan
kerumitan yang terlibat dalam usaha menjalankan projek-projek
besar atau projek-projek yang mempunyai banyak peringkat untuk
disiapkan.
• Keadaan ini sering menyebabkan jabatan matriks memberi tumpuan
kepada konflik kuasa dan kekeliruan di kalangan pekerja yang perlu
melaporkan diri kepada lebih daripada seorang penyelia atau
pengurus.
• Memerlukan kemahiran pengurusan di peringkat yang lebih tinggi
berbanding dengan lain-lain jenis penjabatanan
AUTORITI
● Autoriti adalah sebahagian daripada struktur organisasi.
● Autoriti bermaksud hak untuk memberi arahan, mengambil tindakan dan
membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti untuk mencapai
objektif-objektif sesuatu organisasi.
● Kuasa atau autoriti merujuk kepada hak yang diberi kepada jawatan
pengurusan yang merupakan pihak berkuasa dalam sesebuah organisasi.
● Autoriti biasanya disalurkan daripada atas ke bawah, iaitu, kepada peringkat
pengurusan bawahan.
● Autoriti diletakkan pada sesuatu jawatan tanpa mengambil kira faktor
peribadi pemegang jawatan tersebut.
● Hak ini wujud berdasarkan kedudukan rasmi dalam sesebuah organisasi.
Apabila seseorang meninggalkan kedudukan rasminya, autoriti masih kekal
dengan jawatan tersebut
Rantaian Arahan
• Rantaian arahan menerangkan tentang siapa melapor kepada siapa dalam sesebuah
organisasi.
• Individu-individu di peringkat paling atas mempunyai hak untuk memberi arahan, mengambil
tindakan dan membuat keputusan tentang kerja individu-individu (subordinat) yang berada di
bawah mereka.
• Individu-individu di peringkat yang lebih rendah mesti melaporkan semua aspek kerja mereka
kepada orang-orang di peringkat atas daripada mereka mengikut rantaian arahan tersebut.
• Bagi mengelakkan peringkat bawahan daripada kekeliruan dan konflik kuasa akibat daripada
keperluan untuk melaporkan kepada lebih daripada seorang pengurus, perpaduan arahan
diperlukan dalam sesebuah organisasi.
• Kesepakatan arahan adalah prinsip pengurusan yang menyatakan bahawa pekerja-pekerja
hanya melaporkan kepada seorang pengurus pada satu-satu masa.
• pengurus diberi kuasa untuk menjadi pemimpin pada satu-satu masa atau untuk sebarang
aktiviti dalam sesebuah organisasi.
AUTORITI LINI DAN STAF
• Autoriti lini dan autoriti staf perlu bekerjasama antara
satu sama lain untuk mengekalkan kecekapan dan
keberkesanan sesebuah organisasi.
• Untuk memastikan kedua-duanya bekerja dengan
produktif, pihak pengurusan mesti memastikan yang
kedua-dua kumpulan autoriti ini memahami misi
organisasi tersebut,
FUNGSI LINI DAN STAF

Fungsi lini adalah satu aktiviti yang


menyumbang secara langsung Fungsi staf pula merupakan satu
kepada pengeluaran dan jualan aktiviti yang menyumbang secara
produk dan perkhidmatan sesebuah tidak langsung kepada pengeluaran
organisasi kepada pengguna- dan jualan produk dan
pengguna. perkhidmatan sesebuah organisasi
• Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti yang termasuklah aktiviti-aktiviti
dijalankan oleh jabatan pengeluaran dan pendukungnya.
pemasaran dikenali sebagai fungsi lini.
JANGKAUAN KAWALAN
Jangkauan kawalan merujuk kepada bilangan pekerja yang melapor terus kepada seseorang pengurus atau penyelia.

Ahli-ahli teori pengurusan klasik seperti Henri Fayol percaya bahawa struktur- struktur organisasi adalah menegak dan terdiri daripada beberapa
peringkat pengurusan yang mempunyai jangkauan kawalan yang terhad.

Jangkauan kawalan yang terhad ini membolehkan organisasi untuk meningkatkan usaha-usahanya dalam memantau kakitangannya.

Jangkauan kawalan yang terhad bermakna bilangan pekerja yang diletakkan di bawah penyeliaan seorang pengurus adalah kecil; justeru
memastikan penyeliaan yang lebih rapi.

Struktur organisasi yang panjang dan jangkauan kawalan yang terhad akan menanggung kos yang lebih tinggi terutamanya gaji pekerja.

Kos yang tinggi adalah disebabkan oleh struktur organisasi menegak yang mana ia memerlukan peringkat pengurusan yang berganda.

Kebanyakan organisasi mengamalkan jangkauan kawalan yang luas kerana ia mampu mengurangkan kos, mempercepatkan proses pembuatan
keputusan, meningkatkan kreativiti dan kefleksibelan, mengurangkan jurang terhadap pengguna-pengguna dan memberikan kuasa kepada
pekerja-pekerja.
PEMUSATAN DAN PEMENCARAN
Pemusatan

• merupakan satu situasi di mana hampir semua kawalan adalah


berpusat, terutamanya kawalan dalam pembuatan keputusan
kepada satu pihak iaitu pengurusan tertinggi dalam sesebuah
organisasi.
• Organisasi-organisasi yang mengamalkan kaedah ini
menyerahkan kuasa kepada pengurus-pengurus untuk
membuat keputusan, walaupun ia melibatkan perkara yang
remeh.

Pemencaran

• Merupakan satu situasi di mana sejumlah kuasa diturunkan


kepada subordinat atau pekerja di peringkat yang lebih rendah
di sesebuah organisasi.
• Organisasi-organisasi yang mengamalkan pemencaran
mempunyai lebih banyak penugasan kuasa di semua
peringkat.
PEMUSATAN DAN PEMENCARAN
Pemusatan Pemencaran

• Peningkatan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti tertentu boleh •Apabila saiz organisasi berkembang, pihak pengurusan perlu
membantu mengurangkan keperluan tenaga kerja, yang juga akan menangani pengembangan dan peningkatan tanggungjawab dan
mengurangkan kos buruh kepada tahap yang boleh diterima. pelbagai jenis tugas yang mesti dilaksanakan. .
•Sesuair sekiranya organisasi menghadapi keadaan di mana
pengguna- pengguna produk dan perkhidmatan berada di tempat-
tempat yang berbeza
• Pemencaran mampu meletakkan sumber-sumber pengurusan
lebih hampir kepada pengguna-pengguna dan organisasi tersebut
akan dapat memberi tindak balas dengan lebih cepat terhadap
perubahan dari segi citarasa pengguna.
•Sesuai sekiranya organisasi memerlukan pembuatan keputusan
yang pantas untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi.
•Membolehkan pekerja-pekerja di peringkat bawahan membuat
keputusan dengan lebih cepat apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah.
•Sesuar sekiranya kreativiti diperlukan dalam sesebuah organisasi,
•Pemencaran memberikan penugasan kuasa yang akan
memberikan kebebasan dalam mencari pilihan yang terbaik untuk
mewujudkan atau menyelesaikan sesuatu isu.
•Selain itu, kebebasan yang diberikan kepada pekerja dapat
menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam teknik kerja atau
produk.
REKA BENTUK KERJA

• Reka bentuk kerja menentukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan


oleh pekerja-pekerja atau sekumpulan pekerja.
• Selain itu, reka bentuk kerja juga termasuk alat-alat dan
kelengkapan yang akan digunakan semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti kerja.
• Objektif reka bentuk kerja adalah untuk mencapai produktiviti.
• Kejayaan reka bentuk kerja mengambil kira faktor kecekapan
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.
• Reka bentuk kerja boleh memastikan persekitaran kerja yang
sihat dan selamat bagi pekerja-pekerja dalam jangka masa
pendek dan panjang.
PENGKHUSUSAN KERJA

• Pengkhususan kerja merujuk kepada tindakan menyerahkan


kandungan-kandungan bahagian yang lebih kecil daripada
keseluruhan kerja atau proses kepada individu-individu.
• Pengkhususan kerja mungkin boleh dilakukan kerana langkah-
langkahnya mudah dipelajari dan tidak banyak aktiviti yang
dipelbagai dan aktiviti-aktivitinya pula kerap berulang.
• Seorang pekerja yang bertanggungjawab melakukan
pembungkusan akan mengendalikan aktiviti yang mudah untuk
dipelajari.
• Salah satu kelemahan pengkhususan kerja adalah dalam kes-kes
di mana tugasnya senang, maka orang yang menjalankan tugas
tersebut akan mudah merasa bosan.
• Ia menyebabkan tahap kepuasan kerja yang rendah dan kadar
ketidakhadiran menjadi tinggi dan selepas itu ia boleh
menyebabkan organisasi mempunyai kadar pusing ganti pekerja
PUSINGAN, PERLUASAN DAN
PENGAYAAN KERJA

o Disebab
kan oleh ke
mendapati su cekapan pen
kar untuk gkhususan k
o mengha erja, organis
puskan pelaks asi-organisasi
o Mereka anaannya.
bentuk semula
kelebihan pen kerja adalah
gkhususan kerj penting untuk
o Tiga a. mengekalkan
kaedah tela kelebihan-
pengkhususan h diperkenalkan
kerja, iaitu pu untuk mena
kerja. singan kerja, mbahkan ke
perluasan kerj baikkan
a dan pengay
aan
PUSINGAN, PERLUASAN DAN
PENGAYAAN
Pusingan kerja
KERJA
• Memindahkan pekerja daripada satu jenis pengkhususan kepada
pengkhususan yang lain secara berkala.
• Menyediakan pekerja dengan pelbagai aktiviti dan juga peluang untuk
memanfaatkan kemahiran yang berbeza.
• Penggiliran kerja membolehkan organisasi untuk terus mengamalkan
pengkhususan kerja.
• Kepelbagaian aktiviti juga akan dapat mengurangkan kebosanan pekerja dan
memberi kepuasan kerja yang lebih.

Perluasan kerja • Perluasan kerja melibatkan penambahan bilangan tugas dalam sesuatu
aktiviti.
• peluang untuk membangunkan kemahiran yang lain
Pengayaan • Peningkatan dalam bilangan tugas dalam aktiviti dan memberi kuasa serta
kerja kawalan kepada pekerja-pekerja dalam membuat keputusan yang berkaitan
dengan kerja mereka.
• Memberikan pekerja-pekerja sedikit kebebasan dan membenarkan
• Mereka merancang dan memeriksa tugas, yang lazimnya dilakukan oleh
penyelia atau pegawai atasan mereka.
LATIHAN
9:
Berdasarkan pemahaman
anda, terangkan perluasan
kerja, penggayaan kerja dan
pusingan kerja.
REKA BENTUK PROSES ORGANISASI
Organisasi Mekanistik Organisasi Organik

• Sebuah organisasi yang • Sebuah organisasi yang


dikategorikan mengikut dikategorikan berdasarkan takrif
pengkhususan kerja dan kerja dan tanggungjawab yang luas,
tanggungjawab, peranan yang tetap peranan yang berubah-ubah dan
dan rantaian arahan yang lebih ketat pemencaran dan komunikasi
yang disebabkan oleh kawalan mendatar.
berpusat dan komunikasi menegak. • Paling sesuai untuk perniagaan
• Paling sesuai untuk perniagaan yang dinamik dan sentiasa berubah.
yang stabil dan tidak berubah-ubah. • Aktiviti-aktiviti dalam organisasi
• Memberi tumpuan kepada struktur yang menukarkan input kepada
organisasi output yang mempunyai nilai
kepada pelanggan-pelanggan
KEMUNCULAN REKA BENTUK
ORGANISASI BARU
a) Struktur Pasukan

• Kriteria utama dalam struktur pasukan adalah disintegrasi jabatan dan


pemencaran dalam pembuatan keputusan kepada tahap pasukan kerja.
• Bagi organisasi yang kecil daripada segi saiznya, keseluruhan organisasi
tersebut boleh dilihat sebagai satu pasukan.
• Organisasi yang lebih besar mempunyai struktur pasukan yang
melengkapi apa yang kita panggil birokrasi.
• Ini membolehkan organisasi tersebut mencapai penstandardan yang
cekap yang diamalkan oleh birokrasi selain daripada mempunyai unsur
fleksibiliti yang datang bersama struktur pasukan.
• Penggunaan pasukan seperti pasukan tunggal dan pasukan silang fungsi
akan meningkatkan lagi produktiviti dan kecekapan dalam sesebuah
organisasi.
KEMUNCULAN REKA BENTUK
ORGANISASI BARU
b) Operasi Modular

• Sebuah organisasi modular akan menyumber luar aktiviti perniagaan kepada organisasi,
pembekal, pakar, dan consultant yang lain.
• Kelebihan
• Kos yang ditanggung adalah lebih rendah jika semua aktiviti tersebut diuruskan dengan
sendiri.
• Aktiviti penyumberan luar dapat memberi tumpuan kepada tugasnya yang sendiri sekali
gus memastikan prestasi yang lebih baik.
• Memerlukan kerjasama yang erat dengan organisasi yang melakukan aktiviti perniagaan
penyumberan luar.
• Kelemahan
• Hilangnya kawalan apabila aktiviti perniagaan melibatkan penyumberan luar kepada
organisasi lain.
• Perubahan dalam teknologi dan persaingan boleh menyebabkan keadaan di mana aktiviti
penyumberan luar yang pada awalnya telah dikenal pasti sebagai aktiviti sampingan
kemudiannya menjadi saingan kepada organisasi tersebut.
• Organisasi yang menerima aktiviti penyumberan luar boleh menjadi pesaing pada satu hari
nanti
KEMUNCULAN REKA BENTUK
ORGANISASI BARU
c) Organisai Maya

• Sebuah organisasi yang sudah menjadi sebahagian daripada sebuah rangkaian perniagaan.
• Organisasi Maya wujud dalam satu rangkaian yang berkongsi kepakaran, kos, keupayaan,
pasaran dan pelanggan secara kolektif bagi mengatasi masalah pelanggan atau
mengeluarkan produk atau perkhidmatan tertentu.
• Kelebihan
• Membolehkan organisasi yang terlibat dalam rangkaian untuk berkongsi semua kos yang
terlibat.
• Dapat memenuhi keperluan-keperluan pengguna dengan pantas, mereka akan dapat
bertindak dengan pantas dan fleksibel.
• Oleh sebab ahli-ahli melakukan yang terbaik, secara teorinya organisasi maya akan
mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik dalam semua aspek.
• Kelemahan
• Sukar untuk dikawal terutamanya dari segi kualiti kerja yang dihasilkan oleh rakan dalam
rangkaian.
• Pelaksanaan organisasi maya memerlukan tahap kepakaran pengurusan yang tinggi demi
memastikan rangkaian organisasi yang terlibat akan bekerjasama dengan lebih baik.
KEMUNCULAN REKA BENTUK
ORGANISASI BARU
d) Organisai Tanpa Sempadan
• Sebuah organisasi yang cuba untuk menghapuskan rantaian arahan dan menggantikan
penjabatan dengan autoriti pasukan.
• Ia cuba untuk menghapuskan sempadan samada menegak atau melintang di dalam
organisasi.
• Kelebihan
• Organisasi ini akan dapat memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan keupayaan
pekerja-pekerjanya dengan cara yang lebih baik.
• Hubungan yang rapat antara semua bahagian dalam organisasi dengan komponen di
luar. Hubungan rapat ini terbentuk akibat daripada disintegrasi sempadan yang
memisahkan kedua-dua persekitaran tersebut.
• Kelemahan
• pengurus dan pekerja-pekerja sering menganggap bahawa peralihan organisasi kepada
struktur tanpa sempadan akan mengancam keselamatan kerja mereka.
• Tidak ada cara yang jelas untuk mencapai struktur organisasi sebegini.
RUMUSAN
● Organisasi-organisasi perlu distrukturkan sebaik mungkin untuk menggalakkan
kecekapan dan keberkesanan aktiviti-aktiviti.
● Reka bentuk organisasi perlu disesuaikan dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi keberkesanan strategi.
● Strategi organisasi mempengaruhi struktur organisasi kerana strategi dapat
menentukan jenis-jenis tugas yang perlu diambil oleh pekerja-pekerja.
● Struktur organisasi juga boleh menerangkan tentang autoriti dan perpindahan
autoriti dalam organisasi tersebut. Tambahan pula, ia membantu dalam reka
bentuk bentuk kerja yang terlibat dalam sesebuah organisasi.
● Sebuah organisasi mekanistik lazimnya didapati paling sesuai untuk persekitaran
yang stabil, manakala struktur organik biasanya lebih sesuai untuk persekitaran
yang bergolak.

Anda mungkin juga menyukai