Anda di halaman 1dari 20

Topik

Pengenalan
kepada
Gelagat
Organisasi

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan apa itu pengurus;
2. Menerangkan fungsi dan peranan pengurus;
3. Membincangkan maksud gelagat organisasi;
4. Mengenal pasti lima disiplin yang menyumbang kepada bidang
gelagat organisasi;

G
G
X

5. Menilai cabaran dan peluang bagi


mempraktikkan gelagat organisasi; dan

pengurus

dalam

6. Menerangkan hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan


bebas dalam bidang gelagat organisasi.

PENGENALAN

Apakah gelagat organisasi? Gelagat organisasi adalah tingkah laku individu dan
kumpulan dalam sesebuah organisasi. Kajian dalam gelagat organisasi setakat ini
menekankan hubungan psikososial interpersonal dan gelagat dinamik dalam
sesebuah organisasi. Untuk menjadi pengurus yang berkesan, adalah penting
untuk seseorang individu mempunyai pemahaman mengenai gelagat organisasi.

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

Kajian gelagat organisasi juga termasuk melihat pemboleh ubah lain yang boleh
mempengaruhi gelagat individu di tempat kerja. Ini termasuklah pekerjaan, reka
bentuk kerja, komunikasi dan struktur dan reka bentuk organisasi. Untuk
pemahaman yang lebih baik tentang gelagat organisasi, anda perlu tahu dan
faham tentang disiplin dan pemboleh ubah yang mempengaruhi kajian
berkenaan gelagat organisasi.
Di samping itu, anda perlu memerhatikan perubahan dalam persekitaran kerja
kerana faktor ini menimbulkan cabaran kepada pembangunan sesebuah
organisasi. Dalam topik ini, kita akan membincangkan asas gelagat organisasi;
definisi beserta disiplin, cabaran dan peluang yang terlibat.

1.1

PENGURUS DAN ORGANISASI

Sebelum kita melihat secara mendalam untuk topik ini, anda perlu tahu definisi
seorang pengurus. Berdasarkan perbincangan dalam kursus Prinsip Pengurusan
pada semester sebelumnya, pengurus ditakrifkan sebagai:
Seseorang yang berjaya melakukan tugas tertentu melalui orang lain
dan/atau sekumpulan orang. Pengurus ialah seorang individu yang
membuat keputusan, mengagihkan sumber sesebuah organisasi dan
mengarahkan pekerja dalam melaksanakan aktiviti tertentu untuk
mencapai matlamat organisasi.
.
Apakah sebuah organisasi? Sebuah organisasi secara umumnya ditakrifkan sebagai:
Satu unit sosial yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang bekerja
bersama-sama untuk mencapai satu matlamat.

Definisi yang lebih tepat tentang organisasi, bagaimanapun, melibatkan


pemahaman struktur sosial organisasi, penglibatan, matlamat, teknologi dan
persekitaran. Subtopik seterusnya akan memperkenalkan fungsi dan peranan
pengurus dan kemahiran pengurusan beliau.

1.1.1

Fungsi-fungsi Pengurus

Apakah fungsi pengurus dalam memastikan bahawa matlamat organisasi


tercapai? Rajah 1.1 menunjukkan empat fungsi dalam pengurusan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

Rajah 1.1: Empat fungsi pengurusan

AKTIVITI 1.1
Berdasarkan Rajah 1.1, pernahkah anda melakukan sebarang fungsi
yang disenaraikan? Jika pernah, bagaimanakah anda melakukannya?
Bincangkan semasa tutorial.

1.1.2

Peranan-peranan Pengurus

Setelah mengambil kira fungsi pengurus, mari kita mengkaji pula peranan
pengurus.
Menurut Henry Mintzberg, seseorang pengurus mempunyai tiga peranan utama:
(a)

Peranan Interpersonal
Ini merujuk kepada keperluan berkomunikasi dengan orang bawahan
dan/atau rakan kerja. Terdapat tiga jenis peranan interpersonal:
(i)

Sebagai boneka atau ketua pemimpin yang mempunyai


tanggungjawab utama sewaktu majlis rasmi organisasi seperti
merasmikan dan menutup upacara, atau melawat pekerja yang
dimasukkan ke hospital dan lain-lain;

(ii)

Sebagai pemimpin yang perlu memberi motivasi, melatih dan


mengambil tindakan disiplin ke atas pekerja; dan

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

(iii) Sebagai penghubung yang perlu berinteraksi dengan pihak lain


untuk mewujudkan bukan sahaja hubungan kerja yang saling
menguntungkan, tetapi juga peluang rangkaian.
(b)

Peranan Informasi
Pengurus selalunya bertanggungjawab untuk mendapatkan dan menyebar
maklumat dari dalam dan juga luar organisasi. Maklumat ini dikumpul
dan dipantau di mana maklumat yang sesuai akan disebarkan kepada
kakitangan dan pihak lain dalam organisasi. Di samping itu, pengurus juga
bertindak sebagai wakil jurucakap untuk organisasi apabila berurusan
dengan pihak luar.

(c)

Peranan Pembuat Keputusan


Untuk peranan ini, seorang pengurus boleh menyumbang idea untuk satu
projek tertentu sambil memaparkan peranannya sebagai seorang
usahawan, mengendalikan pekerja dalam masalah yang berkaitan dan
membuat keputusan yang sesuai. Pengurus juga dipertanggungjawabkan
untuk memperuntukkan sumber dan menjadi perunding dalam semua
transaksi perniagaan.

Rajah 1.2 menunjukkan tiga peranan seorang pengurus.

Rajah 1.2: Tiga peranan seorang pengurus

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Apakah tugas dan tanggungjawab seorang pengurus?
2. Nyatakan tiga jenis peranan interpersonal.
3. Apakah perbezaan antara peranan informasi dan peranan pembuat
keputusan?

1.1.3

Kemahiran-kemahiran Pengurusan

Pengurus yang efektif perlu dilengkapi dengan tiga jenis kemahiran; teknikal,
manusia dan konseptual. Penjelasan untuk ketiga-tiga kemahiran ditunjukkan di
Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Tiga Kemahiran Pengurus
Kemahiran Pengurusan

Penjelasan

Kemahiran Teknikal

Ia merujuk kepada keupayaan pengurus menggunakan


pengetahuan atau kepakaran beliau dalam bidang tertentu,
contohnya kepakaran dan kemahiran teknikal yang dimiliki
oleh doktor dan jurutera. Individu daripada profesion ini
adalah tertakluk kepada pembelajaran formal yang
menyeluruh. Walau bagaimanapun, beberapa kemahiran
teknikal diperoleh melalui pengalaman semasa kerja.

Kemahiran Manusia

Ia merujuk kepada keupayaan pengurus untuk bekerja dengan


orang lain sambil memahami dan memotivasi mereka.
Terdapat ramai orang yang kurang berkeupayaan untuk
mengaitkan dan berinteraksi dengan orang lain walaupun
mempunyai pengetahuan teknikal yang kukuh. Kemahiran
manusia merupakan alat penting bagi pengurus yang
memerlukan bantuan seseorang individu dan/atau kumpulan
individu dalam menjalankan kerja mereka.

Kemahiran Konseptual

Ia merujuk kepada keupayaan pengurus untuk menganalisis


dan mendiagnosis keadaan kompleks atau masalah. Sebagai
contoh, dalam membuat apa-apa keputusan, pengurus perlu
mengenal pasti masalah, mencari alternatif untuk mengatasi
masalah tersebut, menilai dan memilih penyelesaian yang
terbaik untuk masalah ini.

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

AKTIVITI 1.2
Ketiga-tiga kemahiran yang disebut adalah penting untuk pengurus.
Pada pendapat anda, adakah kesemua kemahiran itu sama penting
kepada pengurus yang berbeza di pelbagai peringkat pengurusan?
Bincangkan.

1.2

DEFINISI GELAGAT ORGANISASI

Gelagat organisasi didefinisikan secara mudah sebagai:


Kajian terhadap individu dan kumpulan dalam organisasi.

Definisi lain termasuklah:


Tindakan dan sikap individu dalam organisasi.

Menurut Robbins (2008), gelagat organisasi ialah:


Satu bidang kajian mengenai kesan individu, kumpulan dan struktur
terhadap gelagat manusia di dalam organisasi dan penggunaan
pemahaman ini ke arah meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi.

Dalam bahasa yang mudah, definisi di atas menerangkan gelagat organisasi


sebagai kajian tentang bagaimana tingkah laku seorang individu dalam
organisasi dan kesan reaksi beliau kepada prestasi keseluruhan organisasi.
Memandangkan gelagat organisasi adalah berkenaan hubungan di tempat kerja,
ia adalah nyata bahawa fokusnya adalah kepada kerja, tugas, ketidakhadiran,
pusing ganti, produktiviti, prestasi dan pengurusan.
Pemahaman yang kukuh tentang gelagat organisasi akan membolehkan
pengurus mengenal pasti masalah, mendapatkan keyakinan staf apabila
mengambil tindakan pembetulan dan memastikan bahawa semua perubahan
yang dibuat mencapai matlamat mereka. Ringkasnya, gelagat organisasi cuba
untuk memahami, menerangkan, meramal dan mengubahsuai tingkah laku
individu dalam sesebuah organisasi.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

1.3

DISIPLIN-DISIPLIN YANG MENYUMBANG


KE ARAH GELAGAT ORGANISASI

Beberapa bidang pengajian, teori, model dan kepercayaan menyumbang kepada


gelagat organisasi iaitu psikologi, sosiologi, psikologi sosial, antropologi dan
sains politik. Penerangan bagi lima disiplin ditunjukkan dalam Jadual 1.2.
Jadual 1.2: Lima Disiplin yang Menyumbang kepada Gelagat Organisasi
Disiplin

Penjelasan

Psikologi

Ia merupakan sains yang cuba untuk mengukur, menerangkan dan


pada masa-masa tertentu mengubah suai gelagat manusia dan
haiwan. Ahli psikologi berusaha untuk memahami gelagat individu
secara berterusan.

Sosiologi

Sementara tumpuan psikologi adalah ke atas individu, ahli


sosiologi berusaha memahami peranan individu dalam sistem
sosial, iaitu hubungan dengan orang lain. Sumbangan sosiologi ke
atas gelagat organisasi mempunyai kaitan dengan kumpulan,
pembentukan pasukan, budaya organisasi, komunikasi, kuasa dan
konflik.

Psikologi Sosial

Psikologi sosial ialah gabungan psikologi dan sosiologi yang


menjurus kepada pengaruh individu dan/atau kumpulan individu
kepada individu lain dan/atau kumpulan.

Antropologi

Antropologi memberi tumpuan kepada aktiviti manusia. Kajian ini


memberi tumpuan kepada budaya dan persekitaran yang boleh
membantu kita memahami perbezaan dalam nilai-nilai asas, sikap
dan gelagat antara rakyat di negara dan dalam organisasi yang
berbeza.

Sains Politik

Sains politik merupakan kajian individu dan kumpulan dalam


persekitaran politik. Ini termasuk konflik struktur, pengagihan
kuasa dan juga manipulasi kuasa oleh individu untuk kepentingan
diri mereka sendiri.

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

AKTIVITI 1.3
Rajah di bawah menunjukkan pelbagai disiplin yang menyumbang
kepada bidang gelagat organisasi. Padankan topik di sebelah kanan
dengan disiplin yang berkaitan di sebelah kiri.

1.4

CABARAN DAN PELUANG DALAM


GELAGAT ORGANISASI

Subtopik ini akan memperkenalkan anda kepada cabaran yang dihadapi oleh
pengurus pada hari ini dalam usaha mereka untuk memenuhi matlamat
organisasi dan untuk kekal berdaya saing. Lima cabaran dan peluang dalam
arena global adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

Rajah 1.3: Cabaran dan peluang dalam arena global

Sekarang kita akan melihat lima cabaran dan peluang dalam arena global ini.

1.4.1

Mengurus Globalisasi

Organisasi hari ini menghadapi pelbagai cabaran daripada pesaing-pesaing


antarabangsa dan tempatan. Oleh itu, pengurusan yang berkesan perlu
mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis pengurus:
(a)

Pertama sekali, seorang pengurus yang terdedah kepada tugasan luar


negara akan memerlukan dia untuk berurusan dengan tenaga kerja yang
berlainan dengan tenaga kerja dalam negara dalam aspek seperti
kemahuan, keperluan, sikap dan aspirasi.

(b)

Kedua, seorang pengurus yang walaupun ditempatkan dalam negara,


boleh diberikan tugas mengendalikan orang atasan asing, rakan sekerja dan
staf. Kaedah komunikasi yang berbeza akan digunakan untuk penduduk
tempatan dan pekerja asing, contohnya menggalakkan pekerja menjadi
lebih terbuka dan telus berbanding pekerja tempatan yang mungkin
melihat menjaga air muka sebagai faktor penting. Perbezaan ini kadangkadang boleh meletakkan pengurus dalam kedudukan yang janggal. Oleh
itu, pengurus yang berkesan akan memastikan persekitaran kerja yang
kondusif dan produktif dicapai dengan keupayaan beliau untuk
memahami pelbagai budaya pekerja dalam sebuah organisasi dan
menyesuaikan diri dengan perbezaan ini melalui stail pengurusan yang
serba boleh.

Adalah penting bagi organisasi untuk menerima pakai pendekatan globalisasi


dalam usaha untuk kekal berdaya saing di pasaran.

10

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

1.4.2

Mengurus Kepelbagaian Tenaga Kerja

Organisasi hari ini juga menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan
kepelbagaian dalam tenaga kerja, iaitu daripada segi jantina, umur, bangsa dan
kumpulan etnik.
Pada masa ini, terdapat ramai wanita yang memegang jawatan berpangkat tinggi
di tempat kerja (rujuk Rajah 1.4 sebagai contoh). Di samping itu, golongan
kurang upaya juga diberi peluang pekerjaan sama rata, manakala perbezaan
budaya ialah norma dalam semua organisasi. Perbezaan ini memerlukan
kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi manakala tenaga kerja yang
pelbagai ialah aset jika kepelbagaian itu diakui dengan betul dan mereka
diberikan layanan yang sama adil.

Rajah 1.4: Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Governor, Bank Negara Malaysia
Sumber: Bank Negara Malaysia

Pengurus tidak lagi mampu untuk menganggap bahawa kakitangan beliau


adalah sama atau homogenus, tetapi sebaliknya perlu menghargai perbezaan
dalam setiap individu sebagai aset yang berpotensi.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

1.4.3

11

Mengurus Perubahan Teknologi

Pengurus hari ini juga mesti berupaya untuk bersaing dengan perubahan yang
berlaku dalam teknologi, yang telah menjadi sinonim dengan kemajuan.
Apakah teknologi? Nelson and Quick (2008) mendefinisikan teknologi sebagai:
Proses intelektual dan mekanikal yang digunakan oleh organisasi untuk
menukar input kepada produk atau perkhidmatan yang boleh mencapai
matlamat organisasi.

Memandangkan bahawa teknologi sedang mengalami perubahan pesat,


pengurus harus mengenal pasti orang yang betul untuk tugas tertentu dan
memilih teknologi yang paling bersesuaian untuk organisasi beliau. Kegagalan
untuk mengenal pasti dan menyesuaikan diri dengan teknologi yang paling
terkini dan sesuai boleh mengakibatkan organisasi tewas kepada pesaingnya.
Inovasi dan teknologi hampir pasti akan menyebabkan beberapa perubahan
dalam persekitaran kerja. Perubahan ini dianggap sebagai sumber tekanan
kerana pekerja umumnya mempunyai pandangan negatif terhadap perubahan;
bimbang yang perubahan akan menjejaskan kerjaya mereka. Pengurus yang
berkesan harus mengambil kira kesukaran ini.

1.4.4

Mengurus Etika

Pengurus tidak terkecuali daripada mengalami cabaran etika dan dilema.


Organisasi yang mempunyai dasar yang jelas dan amalan kerja biasanya amat
berjaya dalam menguruskan cabaran dan dilema yang melibatkan etika. Walau
bagaimanapun, beberapa buah organisasi mungkin akan menghadapi kesukaran
dalam menguruskan mereka yang mempunyai masalah berkaitan etika. Ini
kerana tidak semua individu atau pekerja mempunyai pendapat yang sama
tentang apa yang betul dan salah (rujuk Rajah 1.5).

12

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

Rajah 1.5: Sikap yang salah


Sumber: www.cartoonstock.com

Mujurlah, masyarakat kini secara umum adalah lebih berpengetahuan tentang


keperluan mereka untuk bertindak selaras dengan sempadan undang-undang
dan peraturan, dalam keadaan sedar sepenuhnya bahawa pecah amanah dan
mengejar kepentingan peribadi dengan mengorbankan organisasi akan
mengakibatkan kesan yang tidak diingini kepada mereka dan organisasi.
Secara keseluruhan, mengurus etika kerja merujuk kepada keupayaan individu
untuk membuat keputusan dan memilih gelagat yang betul, yang tidak
bercanggah dengan nilai dan prinsip organisasi. Nilai ini perlu diterapkan ke
dalam semua individu semenjak mula lagi.

1.4.5

Mengurus Pengecilan

Urusan pengecilan atau proses mengurangkan secara kekal bilangan kakitangan


secara sengaja dalam organisasi telah menjadi amalan perubahan meluas sejak
tahun 1970an. Pelbagai strategi boleh dikaitkan dengan pengecilan yang lebih
menjangkau daripada pendekatan pengurangan kos yang mudah. Syarikat boleh
menggunakan pengecilan sebagai salah satu antara beberapa kaedah untuk
mencapai pemotongan kos, kadang-kadang menggunakan ia sebagai pilihan
terakhir (rujuk Rajah 1.6).

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

13

Rajah 1.6: Kartun berkenaan pengecilan


Sumber: John McPherson

Pengurangan pekerja mempunyai beberapa cabaran yang tersendiri. Pengecilan


memberikan beberapa cabaran yang tersendiri. Menurut Palmer (2009),
pengecilan mewujudkan isu pengekalan pekerja. Melalui pengecilan, ia mungkin
membawa kepada kehilangan pekerja mahir yang penting. Apabila pekerja
melihat rakan sekerja meninggalkan mereka, mereka mula meragui masa depan
mereka di syarikat itu. Tanpa ahli yang penting dalam organisasi, produktiviti
syarikat itu boleh menurun.
Palmer (2009) juga berkata pengecilan boleh membuat sindrom terselamat.
Dalam konteks ini, pekerja yang kekal dalam organisasi setelah aktiviti
pengecilan, boleh mengalami sindrom ini di mana mereka mempersoalkan
mengapa perubahan berlaku, berasa bersalah bahawa mereka kekal dalam
organisasi manakala beberapa rakan kerja yang mereka hargai menganggur dan
mungkin mempunyai semangat yang rendah disebabkan mereka tertanya-tanya
sama ada mereka mungkin hilang pekerjaan dalam aktiviti pengecilan pada
masa depan. Mereka berasa tiada kaitan lagi dengan organisasi terutamanya bila
mereka tidak terlibat dalam melakukan perancangan dan matlamat yang
berikutnya untuk organisasi.

14

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

AKTIVITI 1.4
Bincangkan lima cabaran yang dihadapi oleh pengurus dalam gelagat
organisasi dan terangkan peluang yang ada daripada cabaran ini.

1.5

MODEL GELAGAT ORGANISASI

Seterusnya, kita akan melihat model gelagat organisasi. Secara umum, gelagat
organisasi (lihat Rajah 1.7) adalah terdiri daripada tiga komponen. Kumpulan
terbentuk atas asas yang dibina oleh individu. Sistem atau struktur formal
bertindak sebagai rangka kerja dalam memenuhi matlamat organisasi.

Rajah 1.7: Model asas gelagat organisasi


Sumber: Robbins (2008)

Subtopik seterusnya akan menerangkan dua jenis pemboleh ubah yang terlibat:
bersandar dan bebas, untuk memahami hubungan antara komponen dalam
model gelagat organisasi. Mari kita baca.

1.5.1

Pemboleh Ubah Bersandar

Pemboleh ubah bersandar ialah faktor utama yang meramal atau menjelaskan
hasil dan dipengaruhi oleh faktor lain. Pemboleh ubah bersandar yang utama
termasuklah produktiviti, ketidakhadiran, pusing ganti, kepuasan kerja dan
kewarganegaraan organisasi. Mari kita lihat penjelasan pemboleh ubah
bersandar dalam Jadual 1.3.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

15

Jadual 1.3: Pemboleh Ubah Bersandar


Pemboleh Ubah
Bersandar

Penjelasan

Produktiviti

Ia merujuk kepada kecekapan dan keberkesanan organisasi dalam


mencapai matlamat. Ia membantu untuk menilai sama ada
sesebuah pertubuhan tertentu dapat mencapai matlamatnya
dengan jaya dengan penggunaan sumber organisasi yang
optimum.

Ketidakhadiran

Ia merujuk kepada kegagalan pekerja untuk hadir di tempat kerja.


Organisasi akan mengalami kerugian besar jika ia mempunyai
ketidakhadiran pekerja yang tinggi. Pada waktu ini, kerja dan
pembuatan keputusan akan terganggu dan terkesan. Ada masanya
operasi akan terhenti bila pekerja gagal hadir untuk bekerja.
Walau bagaimanapun, tidak semua ketidakhadiran adalah negatif.
Sebagai contoh, kakitangan yang tidak sihat, letih atau
mempunyai masalah peribadi perlu mengambil masa rehat untuk
pulih sehingga dia sudah bersedia untuk kembali bekerja.

Pusing ganti

Pusing ganti merujuk kepada situasi di mana pekerja secara


sukarela ataupun tidak meninggalkan organisasi. Kadar pusing
ganti yang tinggi boleh menjejaskan kelancaran perjalanan dalam
sesebuah organisasi. Ini amat dirasakan jika kakitangan yang
sangat berkemahiran dan berpengalaman meninggalkan
organisasi. Pekerja baru perlu diambil untuk mengisi jawatan
yang kosong.

Kepuasan kerja

Adakah anda gembira dengan kerja anda sekarang? Respons anda


kepada soalan ini menunjukkan tahap kepuasan kerja kerana
kepuasan kerja merujuk kepada perasaan umum seseorang
pekerja terhadap kerjaya beliau.
Tahap kepuasan meningkat jika tugas dan tanggungjawab seorang
pekerja adalah sejajar dengan jangkaan, nilai serta piawai beliau.
Sebaliknya, pekerja akan mempunyai kepuasan kerja yang rendah
jika jangkaannya tidak dipenuhi, tugas dan tanggungjawab yang
dilakukan bercanggah dengan nilai serta sistem kepercayaan beliau.

Kewarganegaraan
organisasi

Sikap yang tidak dianggap sebagai satu keperluan formal tetapi


penting ke arah keberkesanan organisasi dikenali sebagai
kewarganegaraan organisasi. Pekerja dengan kewarganegaraan
organisasi yang baik merupakan mereka yang bersedia untuk
bekerja dengan baik di samping menyumbang lebih masa dan
tenaga untuk kerja mereka.

16

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

AKTIVITI 1.5
1.

Berapa kerap anda tidak hadir kerja tahun ini? Kenapakah anda
tidak hadir bekerja? Apakah kesan ketidakhadiran anda kepada
organisasi?

2.

Bolehkah anda bezakan hubungan antara kepuasan kerja dan


pusing ganti? Adakah anda akan bersetuju kalau kami katakan
bahawa organisasi akan mempunyai pusing ganti yang rendah jika
pekerjanya mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi?

1.5.2

Pemboleh Ubah Bebas

Sumbang saran faktor yang mempengaruhi tahap produktiviti, ketidakhadiran,


pusing ganti, komitmen dan kepuasan kerja. Jawapan kepada soalan ini adalah
dikaitkan dengan pemboleh ubah bebas yang melibatkan tiga daripada
komponen utama yang disebut dalam Jadual 1.4.
Jadual 1.4: Pemboleh Ubah Tidak Bersandar
Pemboleh Ubah Bebas

Penerangan

Peringkat Individu

Individu yang bekerja dengan organisasi biasanya membawa


bersama mereka beberapa kualiti yang akan mempengaruhi
gelagat mereka dalam organisasi. Kualiti ini termasuk umur,
jantina, status perkahwinan dan personaliti. Di samping itu,
persepsi, motivasi, tahap pendidikan dan nilai budaya
individu juga akan memberi kesan kepada gelagat individu
dalam organisasi.

Peringkat Kumpulan

Apabila dalam satu kumpulan, individu biasanya bertindak


dengan cara berbeza berbanding bila mereka bersendirian,
oleh itu ia adalah penting untuk memahami kumpulan itu
sebagai pemboleh ubah bebas. Komunikasi, kepimpinan,
kuasa, politik dan konflik adalah faktor kumpulan yang
berkaitan yang akan dibincangkan kemudian.

Peringkat Organisasi

Kerja dan reka bentuk organisasi yang membentuk struktur


formal sesebuah organisasi adalah pemboleh ubah bebas yang
mempengaruhi gelagat organisasi. Di samping itu, budaya
dan dasar yang diamalkan juga memainkan peranan penting
dalam menentukan gelagat yang dinyatakan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

17

Dengan merujuk kepada Rajah 1.8, cuba fahami komponen yang terlibat dalam
bidang gelagat organisasi. Komponen ini akan dibincangkan secara terperinci
dalam topik yang berikutnya.

Rajah 1.8: Model gelagat organisasi


Sumber: Diadaptasi dari Robbins, S. P., & Judge, T. A. (2008)

18

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

SEMAK KENDIRI 1.2


1. Bezakan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas.
2. Lakarkan rajah untuk menjelaskan hubungan antara kedua
pemboleh ubah.

AKTIVITI 1.5
Pilih jawapan yang betul
1. Kesemua faktor di bawah adalah cabaran dalam arena global
KECUALI:
A. Mengurus etika.
B. Mengurus keluarga.
C. Mengurus globalisasi.
D. Mengurus kepelbagaian tenaga kerja.
2. Pernyataan yang manakah tidak menerangkan fungsi seorang
pengurus dalam organisasi?
A. Menetapkan tanggungjawab dalam menyudahkan tugas.
B. Menunjukkan sikap dan disiplin yang baik semasa bekerja.
C. Gunakan pengaruh diri untuk memotivasi pekerja.
D. Mengenal pasti matlamat dan kaedah bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
3. Semua topik ini menyumbang kepada bidang gelagat organisasi
KECUALI:
A. Strategi
B. Motivasi
C. Pembentukan kumpulan
D. Persekitaran luar yang ganas

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

19

4. Pernyataan yang manakah menerangkan cabaran dan peluang


dalam gelagat organisasi?
A. Beberapa buah organisasi menghadapi kesukaran dalam
mengurus etika.
B. Inovasi dan teknologi sudah hampir pasti akan menyebabkan
perubahan dalam persekitaran kerja.
C. Organisasi menghadapi tekanan atas kesamaan peluang
setara dan perbezaan budaya.
D. Kesemua di atas.
5. Yang manakah antara disiplin di bawah tidak menyumbang
kepada skop gelagat organisasi?
A. Biologi
B. Sosiologi
C. Psikologi
D. Antropologi

Topik ini membincangkan peranan pengurus serta pelbagai aspek berkaitan


dengan gelagat organisasi, termasuklah disiplin yang menyumbang kepada
kajian, cabaran yang terlibat dan kedua-dua pemboleh ubah yang memberi
kesan kepada gelagat organisasi.

Pengurus membuat keputusan dan mengagihkan sumber dalam sesebuah


organisasi.

Pengurus melakukan empat fungsi iaitu merancang, mengawal, menyusun


dan mengarah, di samping memainkan tiga peranan iaitu interpersonal,
informasional dan pembuatan keputusan.

Gelagat organisasi ialah kajian individu dan kumpulan dalam organisasi.

Pengurus menghadapi banyak cabaran dengan keadaan persekitaran


termasuk cabaran menguruskan kepelbagaian di tempat kerja, etika,
perubahan teknologi dan pengecilan. Cabaran ini memberi tekanan yang
besar ke atas pengurus kerana mereka perlu berurusan dalam membantu
pekerja dan organisasi untuk mencapai matlamat.

20

X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI

Terdapat dua jenis pemboleh ubah dalam model gelagat organisasi iaitu
bersandar dan bebas. Kedua-dua pemboleh ubah memberi pengaruh yang
kuat dalam tingkah laku dan prestasi.

Pengetahuan ini semua adalah perlu bagi anda untuk mempunyai


pemahaman yang lebih baik dalam konsep gelagat organisasi dan akibatnya.

Cabaran persekitaran

Kepelbagaian tenaga kerja

Kemahiran konseptual

Kepuasan kerja

Kemahiran teknikal

Produktiviti

Anda mungkin juga menyukai