Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604NOTA KULIAH
PUTRAJAYA

SEMESTER SEMESTER 1 TAHUN 1 SESI 2019/2020


DIPLOMA
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN
PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOD / KURSUS DBF1133 PENGANTAR PENGURUSAN

1. CLO1 Mengaplikasi prinsip-prinsip pengurusan di dalam situasi organisasi.


(C3,PLO1)
HASIL 2. CLO2Melaporkan alat-alat pengurusan yang digunakan oleh sesebuah
PEMBELAJARA organisasi dalam operasinya.(A2,PLO5)
N 3. CLO3Membincangkan penyelesaian masalah dalam isu-isu pengurusan.
(A3,PLO8)

PLO 1

PLO 5

PLO 8

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA

ANGKA GILIRAN

TARIKH

TAJUK PERANCANGAN/PLANNING

1
2.0 PERANCANGAN/PLANNING

2.1 Definisi Perancangan

Perancangan didefinisikan sebagai proses menganalisis maklumat yang relevan sama


ada pada masa kini atau dahulu, dengan membuat pengukuran dan kangkaan masa depan
bagi tujuan mencapai matlamat organisasi.

Perancangan juga didefinisikan sebagai satu proses di mana pengurus menentukan


matlamat dan memutuskan tindakan paling sesuai yang perlu diambil untuk mencapai
matlamat tersebut.

Certo, 1997 menakrifkan perancangan sebagai satu proses menentukan bagaimana sistem
pengurusan dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dengan memimpin organisasi ke
arah pencapaian matlamat tersebut.

2.2 Jenis-jenis perancangan

Perancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

1. Perancangan strategik
2. Perancangan taktikal
3. Perancangan pengendalian

1. Perancangan strategik

Perancangan strategik melibatkan usaha menetapkan matlamat asas jangka


panjang sesebuah organisasi, menentukan tindakan yang sesuai serta mengagihkan
sumber-sumber organisasi untuk mencapai matlamat.

Untuk mencapai objektif dan matlamat perancangan strategik, langkah-langkah


berikut perlu diambil oleh pengurusan atasan;
a. Mengenal pasti potensi pasaran
b. Mengagihkan sumber-sumber organisasi dengan cekap
c. Menggunakan sumber secara produktif

Tempoh pelaksanaan perancangan strategik biasanya melebihi 1 - 5 tahun dan


oleh itu perancangan ini juga disebut sebagai perancangan jangka panjang.

2. Perancangan Taktikal

Perancangan taktikal mengambil masa 1 – 5 tahun untuk dilaksanakan dan ia juga


dikenali sebagai perancangan jangka panjang.

Perancangan taktikal adalah perancangan yang akan dijalankan oleh pengurus untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan dalam perancangan strategik. Perancangan taktikal
2
dibentuk dan ditetapkan oleh pengurusan pertengahan selaras dengan rancangan strategik
yang telah dibentuk.

Rancangan taktikal menggariskan dengan jelas peranan dan sumbangan setiap jabatan
atau unit dalam organisasi yang perlu dilaksanakan yang ditetapkan oleh pengurusan
atasan.

Perancangan taktikal mempunyai ciri-ciri berikut;

i. Bertumpu kepada individu, aktiviti dan sumber tertentu. Contohnya


pengurus pemasaran merancang beberapa langkah untuk meningkatkan
jualan kereta semasa musim perayaan
ii. Dibentuk untuk satu jangka masa yang lebih singkat daripada perancangan
strategik.
iii. Melibatkan pelbagai fungsi pengurusan. Memberi panduan mengenai cara
untuk menjalankan aktiviti dan menggunakan sumber dengan sebaik
mungkin
iv. Ditentukan dan dilaksanakan oleh pengurus pertengahan bersama-sama
pegawai dibawah kawalannya.

3. Perancangan Operasi

Perancanga operasi melibatkan skop yang lebih kecil atau khusus iaitu satu-satu unit
kerja atau individu dalam organisasi. Perancangan ini menggariskan secara lebih khusus
peranan dan tanggungjawab pihak-pihak berkaitan bagi mencapai matlamat operasi
selaras dengan perancangan strategic dan taktikal.

Perancangan operasi perlu dilaksanakan dalam tempoh setahun atau kurang daripada
setahun. Ia dikenali juga sebagai perancangan jangka masa pendek.

Perancangan operasi menyatakan dengan khusus objektif tertentu yang perlu dicapai oleh
pekerja bawahan. Objektif perancangan operasi boleh diukur dan mudah dicapai.

2.3 Proses Perancangan

Proses perancangan yang betul dapat memastikan aktiviti yang dijalankan tidak terpesong
daripada matlamat asal yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan.

Terdapat lima langkah asas yang harus diambil oleh seseorang pengurus dalam proses
perancangan.

3
Menetapkan matlamat

Mentakrif keadaan masa kini

Mengenal pasti bantuan dan rintangan

Membentuk satu set rancangan dan tindakan

Menilai semula matlamat

Proses Perancangan

Menetapkan matlamat
Penetapan matlamat penting dalam memastikan organisasi boleh membangun dan
berkembang maju. Matlamat perlu jelas dan nyata, rasional, logik dan mempunyai jangka
masa.

Mentakrifkan keadaan masa kini


Setelah matlamat ditetapkan, setiap peringkat pengurus akan meneliti keadaan organisasi
pada masa kini dan membandingkan dengan matlamat yang perlu dicapai.
Pengurus menentukan sama ada sumber kewangan, tenaga kerja dan maklumat adalah
mencukupi atau sebaliknya. Sekiranya pengurus mendapati ada halangan, kekangan atau
permasalahan dalam mencapai matlamat tersebut, maka perancangan perlu diubahsuai
mengikut keperluan organisasi. Antara perkara yang perlu dikaji;
a. Permintaan pasaran
b. Kakitangan pemasaran
c. Maklumat pesaing
d. Jumlah perbelanjaan
e. Sumber-sumber yang diperlukan

Mengenal pasti bantuan dan rintangan


Pengurus perlu mengkaji faktor dalaman dan luaran organisasi yang dapat membantu
ataupun mungkin mengganggu pencapaian matlamat.

Membentuk satu set rancangan atau tindakan


Pengurus akan mengenal pasti pelbagai alternatif tindakan dan memilih alternatif yang
terbaik untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pengurus juga akan mencari
alternatif sokongan untuk mempercepatkan pelaksanaan perancangan tersebut.

Menilai semula matlamat


Jika didapati banyak halangan yang timbul dan menyebabkan perancangan tersebut gagal
dilaksanakan, pengurus perlu menilai semula matlamat dan merangka perancangan yang
baru.
Peringkat ini penting kerana melibatkan proses penambahbaikan langkah yang telah
dijalankan dan mengenal pasti langkah yang menyebabkan kegagalan perancangan.

4
Maklumat yang diperolehi akan digunakan pengurus untuk membentuk perancangan
yang lebih baik pada masa akan datang.

2.4 Langkah-langkah perancangan strategik

Prosedur setiap perancangan strategik adalah seperti berikut;

i. Menetapkan misi syarikat/organisasi


ii. Menubuhkan sebuah unit perancangan strategik
iii. Menetapkan matlamat projek yang akan dilaksanakan
iv. Membuat analisis persekitaran untuk mengesan sebarang ancaman dan
halangan terhadap rancangan organisasi
v. Menbangunkan perancangan strategik
vi. Pengurus setiap bahagian mengawal dan mengukur prestasi pencapaian
untuk memastikan matlamat organisasi tercapai.

2.5 Alat-alat perancangan

1. Analisis Titik Pulang Modal

Digunakan untuk mendapatkan nilai titik pulang modal.


Digunakan juga untuk meramal untung sasaran.
Menunjukkan unit Jualan atau jumlah Jualan yang perlu dicapai oleh organisasi
perniagaan untuk mendapatkan semula modal yang dilaburkan.

2. Carta Gantt

Digunakan untuk merancang masa yang perlu diambil bagi menyempurnakan


Aktiviti-aktiviti dalam sesuatu projek.
Merancang kemajuan sesuatu program dengan mudah. Dan
Dapat Menetapkan masa permulaan dan akhir masa bagi setiap aktiviti yang akan
dijalankan.
Kebaikan: 1) membantu penggunaan sumber
2) memastikan urutan aktiviti dijalankan mengikut jadual.

3. Bajet

Merupakan teknik yang digunakan oleh perniagaan atau organisasi untuk merancang
pengaliran wang tunai organisasi pada masa depan.
Lazimnya bajet digunakan juga untuk merancang aliran tunai masuk dan keluar
berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti organisasi dan aktiviti yang akan dijalankan pada
masa depan.
Bajet boleh dibahagikan kepada dua iaitu bajet tunai dan bajet modal

Anda mungkin juga menyukai