Anda di halaman 1dari 18

MISI PERNIAGAAN

BAB 2
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya
boleh:
1. Menerangkan mengapa kenyataan visi dan
misi itu penting dalam pengurusan strategik.
2. Menerangkan perbezaan visi dan misi.
3. Mengenal pasti ciri-ciri dan komponen-
komponen yang terdapat dalam kenyataan
misi.
4. Menilai kenyataan misi yang berbeza untuk
organisasi yang berbeza.
MISI
Menurut Fred (1997), satu kenyataan misi
ialah satu kenyataan yang membezakan satu
organisasi dengan yang lain. Kenyataan misi
selalunya mengisytiharkan tentang mengapa
wujudnya perniagaan itu
Kepentingan Visi dan Misi
Justeru, visi dan misi adalah penting kerana:
1. Menentukan hala tuju organisasi dan aktiviti jangka panjang bagi
membuat perancangan ke mana haluan kita. Dengan ini, misi
diperlukan untuk mengawal perjalanan organisasi. Perjalanan
organisasi akan menjadi lebih lancar dan teratur dengan adanya misi
tadi.
2. Mengkomunikasikan visi dan misi yang jelas akan dapat
meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi kita. Keadaan
yang sedemikian akan memberikan motivasi yang tinggi kepada
pekerja-pekerja yang terlibat.
3. Sumber-sumber organisasi seperti tanah, modal, bahan mentah dan
pekerja adalah terhad. Setiap jabatan dalam organisasi perlu
menggunakan sumber-sumber ini dengan sebaik mungkin. Misi dan
visi akan membantu pengurus mengagihkan sumber dengan
secukupnya dan mengelakkan dari berlakunya pembaziran sumber.
4. Misi juga bertindak sebagai satu standard atau piawaian untuk
mengukur atau melihat prestasi organisasi serta pekerja kita. Tanpa
misi dan visi yang jelas, kerja merangka objektif akan menjadi sukar
dan ini akan menimbulkan konflik dan kekeliruan di kalangan
pekerja-pekerja organisasi.
PERBEZAAN ANTARA VISI DAN
MISI
Visi sesebuah organisasi merupakan wawasan
atau gambaran luas tentang hala tuju jangka
panjang sesebuah organisasi itu. Ia merupakan
cita-cita tinggi organisasi serta persoalan yang
berkaitan dengan apakah perniagaan yang
hendak dan yang tidak mahu diceburinya serta
pembinaan daya saing yang ingin dipertahankan
oleh syarikat tersebut.
Visi seharusnya dapat menjawab persoalan-
persoalan berikut:
Siapakah kita?
Apakah yang hendak kita lakukan?
Ke manakah yang hendak kita tujui?
MISI
Wheelan (2001) menerangkan bahawa
kenyataan misi haruslah:
Menerangkan di mana organisasi itu berada
sekarang?, dan
Menyatakan satu pengharapan bersama
(shared expectations) di kalangan pekerja dan
memberitahu pelanggan tentang imej awam
(public image) yang hendak dicapai oleh
organisasi tersebut.
CIRI-CIRI KENYATAAN MISI
Fred (1997) mendapati bahawa satu misi yang
baik seharusnya:
1. Memberansangkan perasaan atau emosi
seseorang terhadap sesebuah organisasi. Ia
mendorong seseorang untuk mengetahui
selanjutnya mengenai organisasi tersebut.
2. Ia menunjukkan pertumbuhan selanjutnya
dalam organisasi tersebut. Kenyataan misi
haruslah dinamik dan penilaian patut dibuat ke
atasnya dari semasa ke semasa.
CIRI-CIRI KENYATAAN MISI
Strickland (2000) pula berpendapat bahawa satu
kenyataan misi yang baik perlu mempunyai tiga
elemen iaitu:
1. Menyentuh tentang kehendak pelanggan atau apa
yang boleh dibuat oleh organisasi untuk memenuhi
kehendak pelanggan tersebut.
2. Menyatakan aktitivi-aktiviti yang sedang dilakukan
oleh organisasi termasuklah teknologi-teknologi dan
kemahiran-kemahiran asas yang ada dalam
organisasi untuk memenuhi kehendak dan
permintaan pelanggan tadi.
3. Pernyataan misi haruslah amat unik dan bersifat
peribadi (personal) kepada sesebuah organisasi.
CIRI-CIRI KENYATAAN MISI
Menurut Vern McGinnis (1981) pula, satu pernyataan misi seharusnya:
1. Menerangkan tujuan kewujudan organisasi tersebut.
2. Cukup luas (broad) untuk merangkumi pertumbuhan dan perkembangan
kreativiti organisasi seterusnya.
3. Membezakan sesebuah organisasi dari yang lain.
4. Menjadi satu keterangan untuk menilai aktiviti sekarang dan yang akan
datang.
5. Dinyatakan dalam bentuk yang cukup jelas supaya dapat difahami oleh
semua orang di dalam dan di luar organisasi.
6. Mencerminkan pelanggan yang hendak kita layani. Organisasi patutlah
mengenal pasti kehendak pelanggan tadi dan menawarkan barangan atau
perkhidmatan mengikut kehendak mereka. Pelanggan merupakan asas
penubuhan perniagaan kita dan pelanggan jugalah yang akan menentukan
hala tuju sesebuah perniagaan.
7. Polisi sosial atau falsafah penubuhan sesebuah organisasi akan memberi
kesan dan berkait rapat dengan misi perniagaan. Sebaiknya misi perniagaan
dapat mencerminkan falsafah penubuhan dan peranan atau polisi sosial yang
diamalkan oleh organisasi.
Di samping itu, Zainal (1998), berpendapat
bahawa terdapat tiga perkara yang harus ada
dalam setiap misi yang dibentuk iaitu:
1. Jenis perniagaan
Setiap organisasi mestilah tahu apakah jenis perniagaan
yang diceburinya. Perniagaan tersebut seharusnya
bukanlah sesuatu yang terlalu umum ataupun spesifik.
Jenis perniagaan yang diceburi selalunya bergantung
kepada kekuatan dan kelemahan organisasi tersebut.
2. Sasaran pasaran
Sasaran pasaran yang hendak diceburi haruslah diambil
kira dalam pernyataan misi. Pasaran yang dipilih ini boleh
jadi pasaran antarabangsa atau pasaran dalam negeri.
3. Imej
Misi yang jelas patut melambangkan imej barangan
yang dijual. Ini adalah untuk menjadi daya tarikan
kepada pelanggan. Imej sesuatu barangan sering
dikaitkan dengan kedudukan seseorang atau
kedudukan organisasi tersebut.
KOMPONEN-KOMPONEN
PERNYATAAN MISI
Satu kenyataan misi yang baik mempamerkan
sembilan komponen (Fred, 1997)
1. Pelanggan: Siapakah pelanggan syarikat?
2. Produk atau perkhidmatan: Apakah produk
utama atau perkhidmatan utama syarikat kita?
3. Pasaran: Secara geografinya, di manakah
syarikat kita bersaing?
4. Teknologi: Adakah teknologi yang digunakan
oleh syarikat itu adalah yang terkini?
KOMPONEN-KOMPONEN
PERNYATAAN MISI
5. Falsafah: Apakah kepercayaan asas, nilai-nilai,
aspirasi dan keutamaan etika syarikat tersebut?
6. Konsep kendiri: Apakah kemahiran teras organisasi
dan kelebihan daya saing syarikat?
7. Pertumbuhan: Adakah syarikat komited terhadap
pertumbuhan, survival dan keuntungan syarikat?
Adakah syarikat mempunyai kedudukan kewangan
yang kukuh?
8. Imej: Adakah syarikat prihatin terhadap imejnya di
mata awam? Adakah syarikat bertindak balas
dengan cepat terhadap isu-isu sosial, alam sekitar
dan isu-isu masyarakat?
9. Pekerja: Adakah syarikat prihatin terhadap pekerja?
Adakah pekerja merupakan satu aset yang
berharga terhadap syarikat?
Contoh-Contoh Kenyataan Misi
Syarikat Johnson & Johnson
Berorientasikan pelanggan - Contoh: Kami
percaya kewajipan kami yang pertama ialah
untuk para doktor, jururawat, dan produk serta
perkhidmatan.
Syarikat Blockway, USA
Berorientasikan pasaran - Contoh: Tumpuan
kami ialah pasaran Amerika Utara, walaupun
peluang-peluang global yang lain akan diterokai.
Contoh-Contoh Kenyataan Misi
Syarikat Sun,USA
Berorientasikan falsafah - Contoh: Kami percaya
bahawa pembangunan manusia merupakan gol
tamadun yang paling bernilai dan kebebasan
merupakan keadaan yang terbaik untuk mendidik
kebolehan manusia.
Syarikat Dow Chemical, USA
Keprihatinan terhadap imej awam - Contoh:
Untuk berkongsi obligasi dunia terhadap
pemeliharaan alam sekitar.
Contoh-Contoh Kenyataan Misi

Zainal (1998) berpendapat bahawa panjang
misi yang baik seharusnya dalam 25 hingga
80 patah perkataan.
MEMBUAT PENILAIAN
KENYATAAN MISI (Rujuk Jadual
1 ms 19)
Syarikat Petronas: Menjadi sebuah entiti perniagaan yang
berteraskan petroleum yang bertanggungjawab membangun dan
membentuk nilai tambah kepada sumber negara dengan memberi
sumbangan kepada rakyat dan negara dengan menjadi syarikat
peruncitan petroleum nombor satu .
EON Berhad: Untuk menjadi peneraju dan pengedar otomobil yang
paling inovatif serta mencapai perniagaan yang seimbang dan
pelbagai.
LPI Capital: Untuk membekalkan pelanggan dengan produk dan
perkhidmatan yang cemerlang, disokong dengan teknologi yang
telah dibuktikan dan kekuatan kewangan syarikat
Eksons Corporation: Untuk menyediakan produk yang berkualiti
dan memenuhi cita rasa pelanggan.
Glomac Berhad: Kami berharap dapat menerokai pasaran modal
untuk perkembangan selanjutnya.
Suremax Berhad: Kami mempunyai kekuatan di dalam
kepelbagaian, keputusan pengurusan dan persediaan servis.

Anda mungkin juga menyukai