Anda di halaman 1dari 11

Tugasan MPU222

1.PENGENALAN
Umum tidak mengetahui bahawa persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan
organisasi yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ianya merupakan unsur atau
elemen yang tidak boleh dikawal. Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di
dalam menguruskan sesuatu organisasi adalah sangat penting dan menentukan kejayaan serta
mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran makro
adalah persekitaran yang diluar kawalan organisasi tetapi organisasi perlulah sentiasa
mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi peluang dan ancaman kepada
organisasi. Ekoran daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran
yang ada, para usahawan perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami elemen-
elemen persekitaran makro tersebut.

Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi, organisasi yang telah
dipilih adalah Nestlé. Hampir setiap dari rakyat Malaysia yang berusia lebih setengah abad
pastinya mempunyai kenangan bersama Nestlé seawal zaman kanak-kanak mereka. Nestlé
menjadi salah satu produk pemakanan yang popular di Malaysia sehinggalah kini. Makanan
dan minuman memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan manusia bukan
sahaja kerana kepuasan dan kenikmatan sosial makan bersama tetapi lebih dari segi kesihatan
dan nutrisi peribadi.

Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan
beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905
antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik
Page di Cham, Switzerland pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang
didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi.
Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran
sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol,
kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.

Sementara itu, Nestlé bermula di Malaysia pada tahun 1912 sebagai Anglo-Swiss Condensed
Milk Company di Pulau Pinang dan kemudian berkembang ke Kuala Lumpur perlu pada
tahun 1939. Sejak tahun 1962 dengan kilang pertama di Petaling Jaya, Nestlé Malaysia kini
mengeluarkan produk dalam 7 kilang-kilang dan beroperasi dari ibu pejabatnya di Mutiara
Damansara. Syarikat Nestlé Malaysia telah disenaraikan di BSKL kini dikenali sebagai Bursa
Malaysia Berhad pada 13 Disember 1989. Hari ini, syarikat ini mempunyai lebih daripada
5000 orang dan mengeluarkan serta memasarkan lebih daripada 300 produk halal di
Malaysia. Antara jenama produk keluaran Nestlé seperti MILO, NESCAFÉ, MAGGI,
NESPRAY dan KIT KAT yang merupakan pilihan utama rakyat Malaysia.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, Nestlé di Malaysia mengilang, import dan
mengedarkan hanya produk Halal yang telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Islam yang diiktiraf yang berkaitan. Status Halal yang
diperakui untuk semua produk Nestlé memberi jaminan bahawa produk Nestlé dihasilkan,
diimport dan diedarkan di bawah kawalan yang ketat dari segi kebersihan dan kebersihan
selaras dengan akidah Islam. Logo Halal dimasukkan dalam semua pembungkusan dan
menunjukkan bahawa produk yang disediakan mengikut kehendak Islam yang ketat dan
mematuhi tahap kebersihan, kualiti dan keselamatan yang ketat supaya dihargai oleh semua
pengguna di Malaysia.

Nestlé di Malaysia berusaha untuk menawarkan produk-produk yang berkaitan dengan gaya
hidup yang sentiasa berubah dan keperluan pengguna. Syarikat Nestlé melabur lebih daripada
RM6 bilion setiap tahun pada R&D dan telah mengambil Inovasi berterusan dan
pengubahsuaian untuk memastikan bahawa produk-produknya memenuhi keperluan. Pusat
Penyelidikan Nestlé Consumers di Lausanne, Switzerland menggunakan Saintis, Pakar dan
kakitangan sokongan teknikal yang berkhidmat di rangkaian 27 R&D Pusat di seluruh dunia.
2.ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO
Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan
perlu dihadapi oleh semua organisasi iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial
serta politik dan undang-undang.

2.1.Elemen Ekonomi
Persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli
pengguna dan corak perbelanjaan. Pemasar harus mengawasi pola utama pendapatan dan
perubahan pola perbelanjaan pengguna. Sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif
dan negatif di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan,
kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran. Kuasa membeli
pengguna bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit dan tabungan. Contohnya,
syarikat Nestlé merupakan antara pilihan utama rakyat Malaysia dari segi menggunakan
produk keluaran mereka.

2.2.Elemen Teknologi
Banyak teknologi baru telah dicipta bagi menggantikan teknologi lama. Kadar perubahan
teknologi adalah cepat dan pantas pada masa kini. Melalui perubahan dan inovasi teknologi
ini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan. Contohnya, Nestlé
membelanjakan sebanyak RM150 juta bagi fasa pertama kilang barunya, yang akan
menggandakan kapasiti pengeluaran segmen sedia untuk diminum (RTD) di Malaysia.
Teknologi canggih kilang itu akan mengoptimumkan kapasiti dan kecekapan, yang akan
memastikan produktiviti tinggi. Kemudahan itu dilengkapkan dengan ciri-ciri reka bentuk
mapan seperti sistem pemulihan haba dan air bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan air
di samping meminimumkan jejak karbon alam sekitar syarikat.

2.3.Elemen Kebudayaan Sosial


Elemen kebudayaan Sosial ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang
mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu yang
dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka
berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek iaitu
aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat.

2.3.1.Aspek Demografi
Merangkumi ciri-ciri kependudukan, contohnya seperti umur, jantina, bilangan penduduk,
kaum atau bangsa, taburan pendapatan, bandar atau luar bandar. Perubahan-perubahan ini
akan membawa kepada perubahan pada permintaan, kuasa beli, sasaran, saiz pasaran dan
sebagainya. Sebarang keputusan di dalam menjalankan perniagaan atau operasi perniagaan
mestilah mengambil kira perubahan-perubahan ini.

2.3.2.Aspek Aliran Budaya


Merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan, bahasa yang digunakan,
gaya hidup keluarga, perubahan citarasa pengguna dan lain-lain lagi. Elemen-elemen ini pasti
akan mengubah pola permintaan dan ianya akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang
akan dibuat oleh syarikat atau usahawan.

Sebagai contoh, Nestlé telah menerima pakai amalan Halal sejak awal tahun 1970 apabila
kilangnya bermula bertapak di Malaysia. Nestlé komited mengimport dan mengedarkan
hanya produk yang disahkan halal oleh badan pensijilan Islam yang diberi kuasa sejak tahun
1994 serta melaksanakan audit Halal dalaman dan sistem jaminan Halal sejak tahun 2008.

2.4.Elemen Politik Dan Undang-undang


Elemen ini merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh pihak
kawalan organisasi yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu dalam
masyarakat. Undang-undang di dalam persekitaran makro meliputi peraturan-peraturan yang
diperuntukkan oleh pihak kerajaan seperti reka bentuk produk dan menetapkan harga
terhadap barang kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja seperti rangka
undang-undang yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi
undang-undang yang ditetapkan.

Organisasi juga dikawal oleh undang-undang yang sedia ada seperti Undang-Undang
Kontrak, Undang-Undang Jualan Barang-Barang, Undang-unang Sewa Beli, Undang-Undang
Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan sebagainya. Syarikat tidak boleh sesuka hati
melakukan sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan mengekalkan keadaan yang sedia ada.
Contohnya syarikat Nestlé telah menetapkan undang-undang syarikat melalui matlamatnya di
mana bertujuan untuk tidak menaikkan harga produk yang ditawarkan walaupun harga
komoditi meningkat demi mengekalkan kesetiaan pelanggan. Nestlé juga sentiasa melakukan
kajian mencari penyelesaian baru untuk tidak menaikkan harga melalui Nestlé Continuing
Excellence Initiatives (NCEI). Nestlé memperkenalkan “Good Food, Good Life” sebagai
slogan untuk menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan.

3.KESAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KE ATAS NESTLE

3.1.Kesan Elemen Ekonomi


Kesan elemen ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna.
Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana boleh
mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antara perubahan di dalam
pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat.

3.2.Kesan Elemen Teknologi


Teknologi merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada sesebuah
organisasi. Dengan menukarkan teknologi boleh menjejaskan permintaan bagi produk dan
perkhidmatan firma, proses pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan
proses dalam melaksanakan tugasan. Menurut Yusof et al (2004), beliau mengatakan bahawa
tindakan organisasi membawa masuk teknologi yang baru ke dalam organisasi yang
mempunyai teknologi yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada organisasi
tersebut. Tindakan ini akan menyebabkan kesukaran kepada organisasi untuk saling
menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan bertentangan dengan polisi atau objektif
sebenar organisasi.

Perubahan ini mengakibatkan pembaziran dari segi masa, pengangguran, tenaga, wang dan
juga sumber-sumber lain. Ia juga mengancam survival produk, firma atau industri. Perubahan
teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan ancaman kepada pemasar. Ini kerana
peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Teknologi juga telah
mengubah proses pengeluaran sesebuah organisasi. Dengan penggunaan mesin berteknologi
tinggi dan canggih akan dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos
pengeluaran. Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan
ataupun industri yang sedia ada.

3.3.Kesan Elemen Kebudayaan Sosial


Kesan elemen kepada Nestlé ialah kebudayaan sosial sama ada melalui demografi atau
kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi
pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai
dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya strategi yang digunakan tidak sesuai, ini akan
merugikan syarikat. Menurut Kotler et el (2011), melalui kebudayaan, institusi dan kuasa-
kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan
tingkah laku.

Elemen persekitaran ini boleh memberi ancaman dan peluang kepada organisasi terutama dari
aspek keperluan dan kehendak pelanggan. Contohnya, sesetengah amalan perniagaan Nestlé
pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-
negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

3.4.Kesan Elemen Politik Dan Undang-undang


Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran makro
di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi
perhatian dan sumber. Keadaan ini berlaku kerana para usahawan atau majikan telah
menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Para usahawan perlu menerima dan
mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan.
Usahawan terpaksa menerima unsur-unsur politik dan undang-undang yang dibuat atau telah
di buat bagi tujuan pelaburan. Antaranya, merujuk kepada berlakunya rasuah, ketidakstabilan
dan keganasan di kawasan di mana perniagaan dijalankan.

Di kawasan yang risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan mempunyai kos yang tinggi
untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber yang menyebabkan berlakunya
penambahan kos untuk pelaburan baru. Undang-undang penting yang dilihat yang boleh
menjejaskan perniagaan atau pelaburan termasuklah undang-undang dalam bidang
kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini
boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya mempengaruhi objektif organisasi,
dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai. Melalui
undang-undang halangan perdagangan dan tariff yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan
barangan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Keadaan ini bukan sahaja
menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain.

4.CARA UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO


DALAM NESTLE

4.1.Aspek Ekonomi
Nestlé perlu membuat analisa dan kajian terhadap dasar ekonomi, sistem ekonomi dan
persekitaran ekonomi sama ada pada tahap tempatan, nasional dan global di mana operasi dan
perkhidmatan mereka dijalankan. Ini kerana persekitaran ekonomi memainkan peranan
penting di dalam kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi. Nestlé perlu mengenalpasti
tahap keadaan ekonomi yang akan atau memberi lebih kesan kepada organisasi serta harus
meninjau, memantau, meramal dan mentafsir persekitaran ekonomi sama ada diperingkat
domestik atau dunia. Sementara itu, Nestlé bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran
semasa memulakan perniagaan tetapi juga semasa perniagaan sedang berkembang.
Persekitaran ekonomi merangkumi semua produk dan penghasilan dalam perkhidmatan,
pengedaran, penjualan dan penggunaan. Menurut Cheng Soon (2009), beliau menyatakan
bahawa setiap organisasi perlu saling berhubungkait antara satu sama lain.

4.2.Aspek Teknologi
Dalam bercakap soal aspek teknologi, penggunaan teknologi baru dilihat lebih konsisten dan
efisen. Nestlé perlu membuat perubahan kecil terhadap reka bentuk, produk formulasi dan
pengeluaran serta bahan dan pengedaran. Melalui ini, penciptaan teknologi baru selalunya
mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat awal serta dimonopoli oleh
sesebuah organisasi tertentu. Nestlé juga perlu bijak dalam mengawal dan memantau
perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi
keperluan manusia supaya produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran
sasaran seterusnya mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam pengeluaran produk
dan membawa kepada inovasi.

4.3.Aspek Kebudayaan Sosial


Sesebuah organisasi seperti Nestlé perlu membuat pemantauan dan penyelidikan sama ada
dalam aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan penduduk, kelas sosial dan statistik lain
berhubung populasi penduduk dalam sesebuah kawasan. Ini kerana secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi terutama dalam aspek jumlah kuantiti
produk yang akan dikeluarkan atau produk yang sesuai dikeluarkan kerana populasi
membentuk pasaran. Ini dapat dilihat melalui populasi penduduk di mana peningkatan
populasi menyebabkan kuasa beli akan menjadi semakin besar.

Selain itu, kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa
membeli dan kapasiti organisasi. Dengan ini sesebuah organisasi perlu melihat terlebih
dahulu faktor-faktor demografi sebelum membuka atau memulakan operasi dalam perniagaan
mereka. Sementara itu, Nestlé juga perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup
masyarakat bagi tujuan untuk mengenalpasti peluang perniagaan.

4.4.Aspek Politik Dan Undang-undang


Nestlé terutamanya perlu menilai dan mengawasi persekitaran politik sepenuhnya untuk
mengenalpasti ancaman dan peluang yang ada. Nestlé juga perlu mengawasi apa yang sedang
dan akan berlaku kerana ianya akan memberi kesan, samaada secara langsung atau tidak
langsung kepada syarikat. Ini bertujuan agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan
sebarang masalah iaitu dengan membuat perancangan produk dan program pemasaran
syarikat. Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam organisasi dan ianya
juga memberi peluang untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri.

Menurut Hogan et al (1999), memperbaiki pengurusan persekitaran undang-undang iaitu


dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis panduan dan dasar-dasar dalam
sesebuah organisasi wajib dipatuhi. Selain itu, ianya bertujuan mewujudkan atau mengenakan
kawalan untuk menghadkan keuntungan yang berlebihan serta menggalakkan penggunaan
oleh para pelanggan. Selain bertujuan untuk menggalakkan pelanggan atau pembekal
membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk mencegah tingkah laku yang jahat
serta memantau dan menguruskan prestasi dan kualiti bagi memastikan standard yang boleh
diterima.

5.KESIMPULAN
Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif kepada
keupayaan organisasi untuk terus beroperasi dan berkembang di samping mengekalkan urus
niaganya dengan para pembeli dan pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam
persekitaran samaada secara mendadak, perlahan atau tidak menentu. Keadaan ini juga
mampu memberi kesan yang mendalam dan mengejut kepada organisasi. Oleh itu, apa yang
dapat dirumuskan adalah organisasi berada di dalam satu persekitaran yang luas. Dalam
persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal yang mana
akan memberi peluang serta ancaman kepada keupayaan organisasi untuk terus beroperasi.
Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ianya tidak berada dalam satu keadaan yang
strategik atau tidak berubah.

Untuk berjaya dengan lebih kehadapan berbanding dengan organisasi lain, Nestlé perlu
mematuhi strategi persekitaran organisasi serta di mana ianya beroperasi atau dapat
membentuk semula organisasi tersebut dengan lebih baik melalui pilihan strategi yang
berkesan. Apa yang dapat dilihat disini adalah langkah yang perlu di ambil untuk mengurus
elemen ini ialah dengan membuat perancangan yang baik di mana sesebuah organisasi perlu
memahami persekitaran makro terlebih dahulu. Ini kerana, sesebuah organisasi bukan sahaja
perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan operasi organisasi, malah perlu juga
mengkaji semasa operasi organisasi sedang berkembang. Sesebuah organisasi dilihat gagal
apabila strategi organisasinya tidak sesuai dengan persekitaran di mana organisasi tersebut
beroperasi.

Dalam erti kata lain, sesebuah organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini namun,
organisasi tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah organisasi itu perlu
mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan agar organisasi boleh mendapatkan
dan mengekalkan syarikat tersebut terutama dalam aspek berdaya saing. Justeru, persekitaran
makro terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di luar organisasi dan secara amnya dan tidak
boleh diubah oleh tindakan organisasi tersebut. Persekitaran ini dilihat berhubung secara
tidak langsung dengan organisasi.

Setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh persekitaran makro kepada
sesebuah organisasi terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung yang boleh
memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu pendek atau panjang dan menjadikan
organisasi semakin kukuh atau sebaliknya bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang
di ambil oleh organisasi tersebut. Oleh itu, sesebuah organisasi perlulah mengawasi sebarang
perubahan yang berlaku di dalam elemen-elemen tersebut agar tidak memberi kesan yang
buruk kepada organisasi itu sendiri.

2496 Perkataan

APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Macro Environment Forces. (n.a.). [Online].
Available : http://www.studymode.com/essays/Description-Of-The-Macro-
Environment-Elements-734276.html. [2014, Februari 16].

Macro Environment Elements. (n.a.). [Online].


Available : http://www.studymode.com/essays/Macro-Environment-731464.html.
[2014, Februari 17].

Mengenalpasti Faktor-faktor Persekitaran Makro Yang Mempengaruhi Aktiviti Perniagaan


Syarikat. (n.a.). [Online].
Available : http://unclemilydungun.blogspot.com/2011/07/mengenalpasti-faktor-faktor.html.
[2014, Februari 17].
Keusahawanan. (2009). [Online].
Available : http://ghirlygz.blogspot.com/2009/06/entrepreneurship-
keusahawanan.html. [2014, Februari 17].

Persekitaran Perniagaan. (n.a.). [Online].


Available : http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-2-
persekitaran-perniagaan/. [2014, Februari 18].

Impact Of Macro Environment Forces On The Components Of The Core Marketing System.
(n.a.). [Online].
Available : http://www.termpaperwarehouse.com/essay-on/Impact-Of-
Macro-Environment-Forces-On/162521. [2014, Februari 18].

Nestlé. (n.a). [Online].


Available : http://www.nestle.com.my/. [2014, Februari 19].

Sejarah Nestlé. (n.a.). [Online].


Available : http://isuglobalisasi.blogspot.com/2013/02/sejarah-nestle_26.html.
[2014, Februari 19].

Nestle Tambah Jumlah Pelaburan Di Malaysia. (20110 [Online].


Available : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nestletambahjumlah
pelaburandiMalaysia/Article. [2014, Februari 19].

Komitmen Nestle Malaysia Diiktiraf. (2013). [Online].


Available : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/komitmen-nestle-

malaysia-diiktiraf-1.216044. [2014, Februari 19]

Anda mungkin juga menyukai