Anda di halaman 1dari 43

3.

1 Pengenalan PSM

a) Definisi

Program pembangunan dan pentadbiran sumber


manusia untuk meningkatkan prestasi dan kualiti
di samping memenuhi keperluan dan kepuasan
mereka.
b) Kepentingan

i. Menarik calon yang layak untuk


memohon pekerjaan

ii. Membangunkan tahap kebolehan dan


kepakaran pekerja bagi mendapatkan
tingkat prestasi yang tinggi

iii. Mengekalkan kakitangan/ sumber


manusia yang berkualiti dan beroperasi
Proses Pengurusan Sumber Manusia

PERANCANGAN

PENGREKRUTAN

PEMILIHAN

ORIENTASI

LATIHAN & PEMBANGUNAN

PENILAIAN PRESTASI

GANJARAN & FAEDAH

KESELAMATAN & KESIHATAN


PEKERJA
PERANCANGAN

Melibatkan penganalisaan situasi pekerjaan


sekarang dan masa depan serta membentuk
strategi untuk memenuhi keperluan sumber
manusia bagi organisasi.
Ramalan sumber manusia

Menganggar bilangan dan jenis tenaga buruh yang


diperlukan oleh organisasi pada masa akan dating.

Mengenalpasti keperluan sumber manusia di masa


depan berdasarkan perancangan organisasi.
Analisis kerja

Mengumpul dan menganalisis maklumat


berkenaan kerja, tugas dan tanggungjawab serta
kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yang
diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja,
tugas dan tanggungjawab.

Terbahagi kepada 2;
i. Penghuraian kerja (Job description)
ii. Spesifikasi kerja (Job specification)
Penghuraian kerja

 Dokumen formal yang menerangkan tentang kerja, tugas


dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seseorang
penjawat.

 Mengandungi maklumat seperti tajuk kerja, ringkasan


kerja, tanggungjawab dan hubungan autoriti.

 Digunakan sebagai sumber rujukan semasa proses


merancang dan mengambil pekerja, menjalankan induksi
untuk pekerja baru dan menentukan faedah, ganjaran dan
pampasan.
Spesifikasi kerja

 Dokumen formal yang menerangkan tentang kelayakan


yang perlu dimiliki oleh seseorang individu untuk
melakukan sesuatu kerja dengan berkesan.

 Mengandungi maklumat berkenaan identifikasi kerja,


kelulusan, pengalaman, kemahiran dan ciri-ciri peribadi
yang perlu dimiliki oleh pekerja.

 Perlu bagi tujuan pengambilan, induksi, pemberian latihan


dan pembangunan serta pemberian faedah, ganjaran dan
pampasan.
PENGREKRUTAN

 Proses mengenal pasti dan menarik minat calon


yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong
dalam organisasi.

 Calon yang sesuai boleh diperoleh melalui sumber:


i. Dalaman ( kaedah tertutup dan terbuka)
ii. Luaran (pengiklanan, agensi pekerjaan, kampus)
Sumber dalaman

Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pekerja sedia


ada di dalam organisasi itu sendiri.

Pemilihan calon akan dijalankan dengan merujuk


kepada maklumat pekerja yang disimpan oleh
jabatan sumber manusia
Sumber dalaman

Terdapat dua kaedah:

i. Kaedah tertutup: pengurus akan memutuskan


pekerja mana yang perlu dinaikkan pangkat
setelah mengambil kira pandangan dari penyelia
yang berkaitan

ii. Kaedah terbuka: maklumat tentang jawatan


kosong di hebahkan melalui papan buletin atau
surat pekeliling / memo organisasi.
Sumber luaran

 Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pihak dari luar


organisasi.

 Antara kaedah yang boleh digunakan:


 Pengiklanan: mengiklankan dalam media massa
 Agensi pekerjaan: mendapatkan khidmat daripada agensi
pekerjaan swasta dan awam
 Kampus: menghubungi pihak universiti, kolej untuk
mendapatkan maklumat mengenai penuntut yang akan
menamatkan pengajian.
PEMILIHAN

 Proses mengambil pekerja yang terbaik daripada


sejumlah calon–calon yang memohon sesuatu
pekerjaan.

 Pekerja yang dipilih mestilah mempunyai


kelayakan yang diperlukan berdasarkan
spesifikasi kerja.
 Antara kaedah lazim yang digunakan dalam
melakukan pemilihan kakitangan (bergantung
pada jenis pekerjaan):

i. Borang permohonan
ii. Saringan
iii. Ujian
iv. Temu duga
v. Semak rujukan dan latar belakang
vi. Ujian fizikal dan kesihatan.
Borang permohonan

Calon yang berminat akan mengisi borang


permohonan kerja.

Calon perlu menyertakan maklumat peribadi


(resume) seperti nama, alamat, tahap pendidikan,
pengalaman kerja dan disertakan dengan salinan
sijil-sijil yang disahkan.
Saringan

Tapisan awal ke atas borang permohonan bagi


memilih calon yang memenuhi syarat untuk di
pilih ke proses seterusnya.

Ia menyenaraipendekkan calon-calon


berkelayakan dan mengetepikan calon yang tidak
layak
Ujian

Ujian dilakukan untuk


memilih pemohon yang
benar-benar mempunyai
pengetahuan, kebolehan
dan keupayaan untuk
memegang jawatan yang
ditawarkan.
Contoh: ujian personaliti
atau sikap, ujian
kecekapan dan kemahiran.
Temuduga

Calon yang sesuai dan memenuhi syarat akan


dipanggil untuk temu duga.

Ia adalah proses pertukaran maklumat antara pihak


organisasi yang menjalankan pengambilan dengan
calon yang layak.
Ia adalah untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci daripada calon berhubung dengan
kelayakan, pengalaman, kemahiran, sikap
terhadap pekerjaan, komunikasi, idea dan
sebagainya.

Calon akan diberitahu tentang tugas-tugasnya,


sekiranya ditawarkan tempat untuk berkhidmat,
polisi syarikat, gaji yang ditawarkan dan aspek lain
yang berkait rapat dengan organisasi.
Semak rujukan dan latar belakang

Pihak yang boleh dihubungi oleh pengurus sumber


manusia bagi mendapatkan maklumat tambahan
mengenai calon.

Mereka yang dinamakan mestilah mengenali calon


dan dapat memberi maklumat tentang sikap,
personaliti dan pengalaman kerja lalu.

Sumber rujukan adalah dari majikan terdahulu atau


tenaga pengajar di mana calon belajar.
Ujian fizikal dan kesihatan

Merujuk kepada ujian yang dijalankan ke atas


tubuh badan calon.

Bertujuan untuk memastikan calon tersebut sihat


dan bebas daripada penyakit berbahaya.

Contoh: ujian dadah & pemeriksaan tahap


kesihatan.
ORIENTASI
Proses memperkenalkan, menyesuaikan dan
membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan
dalam organisasi.

Orientasi akan dijalankan kepada calon-calon yang


berjaya.

Tujuan : Pihak pengurusan akan menerangkan polisi


dan peraturan organisasi, tanggungjawab pekerja
sebagai penyandang jawatan dan ahli organisasi serta
memperkenalkan pekerja lain kepada pekerja baru.
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

a) Latihan
Usaha organisasi untuk meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan pekerja serta membina sikap
positif terhadap kerja selaras dengan perkembangan
semasa dalam bidang pekerjaan tertentu.

Terdiri daripada:
i. Latihan semasa kerja (On the job training)
ii. Latihan di luar waktu kerja (Off the job
training)
Latihan Semasa Kerja (On The Job Training)
Merupakan latihan dijalankan semasa pekerja
sedang bekerja.

Jenis latihan yang biasa diamalkan ialah:


i. Program Perantisan
ii. Program Mentor
iii.Pusingan Kerja
PROGRAM PERANTISAN
Program yang perlu dilalui oleh calon dalam masa
yang telah ditetapkan dengan mempelajari dan
melakukan tugas-tugas yang telah ditentukan
sebelum diterima sebagai pekerja bertaraf.
MENTOR
Pekerja baru dibimbing oleh pekerja lama dalam waktu
bekerja dengan berkongsi pendapat, kemahiran dan
kepakaran di antara mereka.

PUSINGAN KERJA
Latihan kepada pekerja melalui pemindahan secara
sistematik dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
Pekerja dapat memperoleh pelbagai kemahiran dan
pengetahuan.
Latihan Di luar Kerja (Off The Job Training)
Latihan yang dijalankan di luar waktu dan tempat
bertugas pekerja.

Pekerja akan dihantar mengikuti kursus yang akan


dikendalikan oleh pihak pengurusan organisasi sendiri
atau pihak luar di tempat-tempat tertentu seperti di
bilik seminar dan pusat latihan.

Ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran latihan


yang terkawal dan menawarkan pembelajaran
berfokus tanpa gangguan.
b) Pembangunan
Program ini dijalankan bagi meningkatkan
kemahiran konseptual, analitikal dan
penyelesaian masalah di kalangan pekerja
khususnya kakitangan pengurusan.

Contohnya : Memberi latihan kepimpinan


kepada pengurus
PENILAIAN PRESTASI
 Satu proses yang sistematik bagi menilai kekuatan atau
kelemahan pekerja dalam melakukan kerjanya.

 Tujuan :
i. Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung prestasi mereka.
ii. Menyediakan langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan
prestasi mereka.
iii. Memberi asas kepada pihak pengurusan dalam menentukan
ganjaran kepada pekerja.
iv. Beri maklumat berhubung keberkesanan aktiviti-aktiviti pemilihan,
latihan dan pembangunan perja.
v. Beri maklumat kepada pengurus tentang kualiti dan kekuatan
sumber manusia yang terdapat dalam organisasi.
Kaedah Penilaian Prestasi
i. Skala perkadaran
ii. Perbandingan pekerja
Skala perkadaran

 Skala digunakan untuk menilai dan mengambarkan prestasi


pekerja. Nilai skala yang rendah menggambarkan prestasi
yang lemah manakala nilai tinggi menggamabarkan prestasi
yang baik.

 Contoh; Skala 1 hingga 5 ( 1 = sangat tidak memuaskan – 5 =


sangat memuaskan)

 Biasanya menggunakan boring yang diformatkan.

 Pekerja dinilai dari segi kualiti atau ciri-ciri lain seperti


sikap, tabiat kerja dan kualiti kerja.
Perbandingan pekerja

Melibatkan perbandingan prestasi antara seorang


pekerja dengan pekerja yang lain.

Pemeringkatan (ranking) akan dibuat daripada


pekerja yang menunjukkan prestasi paling baik
kepada pekerja yang menunjukkan prestasi paling
lemah.

Sesuai digunakan apabila bilangan pekerja dalam


organisasi sedikit dan untuk memberi ganjaran
kepada pekerja yang layak.
GANJARAN DAN FAEDAH

a) Ganjaran
 Merupakan bayaran dan imbuhan yang diberikan
kepada pekerja sebagai balasan bagi pelaksanaan
sesuatu kerja yang telah ditetapkan.
 Setiap pekerja perlu dibayar berdasarkan
sumbangan, tenaga dan usaha yang diberikan
kepada organisasi.
Antara bentuk-bentuk ganjaran adalah:
 Gaji:
 Upah :

 Elaun : seperti Elaun Sara Hidup (COLA),


Elaun Perkhidamtan Awam, Elaun
Perumahan dan lain-lain.
b) Faedah
 Sesuatu manfaat yang diberikan dalam bentuk
wang atau bukan wang.
Bentuk-bentuk faedah

Faedah bukan
Faedah bentuk
kewangan
wang:
- Bonus - Insurans pekerja
- Komisen - Caruman KWSP
- Pencen - Kemudahan kesihatan
- Gratuiti - Kemudahan pinjaman
- Bantuan pendidikan
(pinjaman, biasiswa)
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJA

a) Keselamatan
 Melindungi kakitangan organisasi daripada
kecederaan atau kemalangan berkaitan dengan
kerja.
 Bertujuan mewujudkan tahap kepuasan serta
motivasi yang tinggi di kalangan pekerja.
b) Kesihatan
 Melindungi pekerja daripada gangguan emosi
dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh kerja.
Aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerja

AKTIVITI KESIHATAN
AKTIVITI KESELAMATAN
PEKERJA PEKERJA

 Memberi latihan  Kempen menjaga


keselamatan dan
kecemasan kepada pekerja kesihatan dan ceramah
 Menyediakan alat kesihatan
keselamatan
 Pemeriksaan kesihatan
 Menubuhkan jawatankuasa
keselamatan  Larangan merokok,
 Kempen keselamatan
minuman keras
 Panel perubatan percuma
TAMAT

SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai