Anda di halaman 1dari 6

BAB 2: RANCANGAN PERNIAGAAN

Takrif Rancangan Perniagaan (RP):


 Dokumen bertulis yang menggambarkan keseluruhan operasi perniagaan atau usaha teroka yang merangku
penetapan visi, misi, objektif, rancangan pengeluaran, strategi pemasaran, rancangan kewangan kewangan, d

Kepentingan Rancangan Perniagaan

1. RP merupakan hala tuju perniagaan. RP memberikan gambaran menyeluruh berkenaan operasi perniaga
secara komprehensif yang menjadi garispanduan dalam melaksanakan sesuatu usaha teroka. Rp akan da
meningkatkan keyakinan dan keupayaan usahawan untuk menjalankan operasi perniagaan.

2. RP yang merupakan pendokumentasian idea-idea perniagaan di samping mengenalpasti masalah-masa


yang berpotensi serta mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Oleh itu usahawan da
mengurangkan risiko kegagalan apabila melakukan perancangan di peringkat awal .

3. RP dapat digunakan untuk menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial teknologi, pasaran d
persaingan.

4. RP berperanan dalam mengagihkan sumber-sumber seperti kewangan, tenaga kerja, mesin, bahan dan la
lain dalam menjalankan operasi perniagaan.

Kegunaan RP kepada Usahawan

1. Garis panduan untuk menguruskan perniagaan


 Sebagai garis panduan kepada usahawan/pengursan syarikat untuk melaksanakan aktiviti perniaga
yang dirancang dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
 Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, objektif,
belanjawan, ramalan kewangan, target pasaran dan sebagainya.

2. Mengurangkan kesilapan
 RP menjadi garispanduan kepada setiap pekerja yang terdiri daripada pegawai atasan hinggalah peke
bawahan mengenai sasaran yang dikongsi bersama serta perlu dicapai dalam usaha untuk menca
matlamat yang sama.
 RP turut memberi gambaran yang jelas tentang tugas mereka dalam melaksanakan misi organisasi.
 Ini akan dapat mengurangkan kesilapan semasa menjalankan tugas.

3. Menggunakan sumber-sumber organisasi dan meningkatkan produktiviti


 Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang terkandu
dalam RP.

1
 Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran.

4. Memudahkan kawalan
 Kawalan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan berdasarkan perancangan di dalam RP
 Usahawan akan dapat mengukur serta menilai sejauh mana perancangan itu mencapai matlamatnya.
 Sekiranya matlamat tidak dicapai, penambahbaikan perlu dilakukan.

5. Meyakinkan pihak-pihak berkepentingan


 Pihak-pihak berkepentingan terdiri daripada pelabur, pembekal pihak bank dan lain-lain.
 Mereka menyumbangkan modal serta memberi kredit kepada organisasi perniagaan. RP da
menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak tersebut.
 Pihak-pihak ini juga akan turut menilai perancangan yang dibuat serta menjangkakan prestasi d
pertumbuhan syarikat.
 Pemberian kredit dan modal untuk meluaskan operasi perniagaan akan di berikan sekiranya pela
yakin tentang masa depan syarikat.

6. Menilai prestasi dan kemajuan syarikat


 RP memberi peluang kepada usahawan untuk menilai prestasi pengurusan operasi kemajuan syarikat
 Penilaian dapat dilakukan dengan memastikan apa yang dirancang adalah sama dengan apa ya
dilaksanakan.

7. Menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap


 Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang teliti bermu
dari awal lagi.
 Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran dan membantu mencapai
kapasiti penuh.

Kegunaan RP kepada Pihak-pihak Berkepentingan.

Pihak-pihak berkepentingan adalah seperti berikut:

1.Pembekal
 Pembekal menyediakan sumber modal yang cepat dan murah kepada perniagaan melalui jualan kredit.
 Pembekal perlu meneliti RP sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk membekalkan bara
mentah, separuh siap atau bahan siap perniagaan terbabit.
 Penelitian ini bertujuan untuk melihat kemampuan usahawan membuat bayaran terhadap barangan ya
dibekalkan.
 Pembekal akan hanya memberikan jualan kredit jika kedudukan kewangan dan perniagaan usahaw
mempunyai potensi untuk berjaya.

2.Pelanggan
 Pelanggan merujuk kepada syarikat atau organisasi yang akan menggunakan produk atau perkhidma
yang ditawarkan.

2
 Oleh itu mereka perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dan kemampuan syarikat yang menawark
perkhidmatanyang diperlukan supaya tidak menghadapi masalah bekalan pada masa hadapan.

3.Pembiaya/Pemberi Pinjam
 Pihak bank atau institusi kewangan perlu memastikan perniagaan yang bakal dijalankan itu berdaya ma
Penelitian dan penganalisisan dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan bayar balik pinjaman sebel
permohonan pinjaman diluluskan atau sebaliknya.

4.Pelabur
 Bagi pelabur khususnya pemodal perniagaan (venture capitalist) mereka juga perlu menilai d
memperhalusi RP.
 Penilaian yang terperinci dibuat bertujuan untuk memastikan keputusan pelaburan dapat dilakukan deng
tepat dan menguntungkan pelabur.

Format RP adalah seperti berikut:

1. Rumusan Eksekutif
Mengandungi maklumat, di antaranya:
 Tujuan RP di sediakan
 Kos Projek dan cara pembiayaan. Jika ingin memohon pembiayaan nyatakan jumlah dan tempoh
pembiayaan.
 Butiran ringkas tentang usahawan dan kakitangan utama dalam perniagaan.
 Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan serta keunikannya.
 Ringkasan pemasaran yang member fokus kepada sasaran pasaran, pesaing-pesaing utama dan strategi
pemasaran
 Rekod-rekod kewangan yang lalu jika ada atau ramalan kewangan bagi sesuatu perniagaan baru.

2. Pengenalan
Mengandungi maklumat diantaranya:
 Menyatakan jenis perniagaan yang diceburi dan maklumat penting berkenaan perniagaan
 Tempat ataupun liputan perniagaan dijalankan
 Tarikh perniagaan ini dimulakan atau hendak dimulakan

3
 Cara-cara perniagaan ini diuruskan atau dilaksanakan
 Menyatakan sama ada RE ini kali pertama atau yang ditambahbaik drpd yang lepas
 Strategi-strategi utama yang mapan dan berkesan sebagai penyokong pelaksanaan perniagaan ataupun
projek.

3. Objektif
Mengandungi maklumat diantaranya :
 Visi, misi syarikat atau perniagaan
 Matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek.
 Kekuatan syarikat yang boleh menjadi strategi perniagaan bagi mencapai matlamat tersebut, jika terdapat
kelemahan atau masalah, tunjukkan strategi mengatasi masalah tersebut.

4. Latarbelakang Syarikat
Mengandungi maklumat-maklumat di antaranya :
 Menyatakan pengasas syarikat/perniagaan
 Menjelaskan sebab asalnya produk disediakan dan rasional keperluan atau kesesuaian dengan pasaran ata
keadaan
 Menyatakan bentuk/entiti perniagaan
 Latarbelakang atau biodata syarikat pemilik syarikat
 Tarikh syarikat dan lokasi syarikat
 Modal asal syarikat
 Menjelaskan tahap kejayaan yang dicapai
 Masalah-masalah tertentu yang dihadapi oleh syarikat serta penyelesaiannya dan kesan terhadap perniaga

5. Latarbelakang Pemilik/ Ahli Kongsi


Perlu mengandungi maklumat diantaranya:
 Nama pemilik/rakan kongsi, alamat, nombor telefon, faks
 Umur, kelulusan, pengalaman pemilik dan rakan kongsi
 Kemahiran pemilik dan rakan kongsi
 Syer pemilikan modal/saham

6. Latar belakang Projek


Perlu mengandungi elemen-elemen berikut:
 Menjelaskan lokasi tapak projek hendak dijalankan. Sertakan pelan lokasi
 Kelebihan lokasi
 Menjelaskan jenis dan struktur bangunan. Pelan bangunan perlu disertakan.
 Menjelaskan kemudahan asas yang ada (contoh, talian tel, elektrik, air, jalanraya)

7. Rancangan Organisasi
Mengandungi elemen-elemen di antaranya adalah seperti berikut:
 Senarai jawatan dan bilangan pekerja
 Carta organisasi
 Tanggungjawab dan tugas pekerja

4
 Imbuhan gaji pekerja
 Keperluan pejabat

8. Rancangan Pemasaran
Perlu mengandungi maklumat diantaranya:
 Pelanggan
 Trend Pasaran
 Saiz pasaran
 Ciri-ciri pasaran
 Sasaran pasaran
 Pesaing-pesaing
 Strategi Pemasaran
 Ramalan jualan
 Kos pemasaran
 Kaedah promosi

9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Dalam bahagian ini, perlu mengandungi pelbagai elemen. Di antaranya adalah seperti berikut:
 Huraian tapak projek, kesesuaian, dan pelan lokasi kilang
 Susun atur ruang opersai
 Mesin dan peralatan yang digunakan
 Proses pengeluaran (langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan
 Carta aliran operasi
 Penggunaan bahan mentah
 Stok simpanan bulanan atau tahunan
 Jadual pelaksanaa projek
 Premis perniagaan dibeli, disewa atau dipajak

10. Rancangan Kewangan


Mengandungi elemen-elemen berikut:
 Kos pelaksanaan projek
 Peruntukan modal pusingan
 Perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti perbelanjaan praoperasi dan peruntukan luar jangka
 Sumber pembiayaan
 Keperluan Pembiayaan
 Penyata-penyata Kewangan
 Analisis Titik Pulangan Modal

11. Kesimpulan
Bahagian ini menekankan keunikan dan kelebihan perniagaan.

12. Lampiran
 Bahagian ini menyertakan maklumat tambahan seperti pelbagai ilustrasi, senarai, data, borang, carta,

5
laporan dan lain-lain maklumat yang menyokong dan berkaitan dengan perniagaan dan syarikat.
 Contoh-contoh lampiran ialah Sijil Pendaftaran Perniagaan, Perjanjian Perkongsian, gambar atau contoh
brosur produk yang dikeluarkan, statistik atau maklumat kajian pasaran, pelan lokasi tapak kilang atau
perniagaan,sebut harga daripada kontraktor pembelian aset dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai