Anda di halaman 1dari 1

UJIAN PEMILIHAN

• Ujian pemilihan digunakan untuk menilai kelayakan yang ada pada seseorang pemohon.

• Dapat membantu pengurus mengenal pasti potensi pemohon sebagai bakal pekerja.

• Contoh: ujian personaliti atau sikap, ujian kecekapan dan kemahiran.

TEMUDUGA

• Semua maklumat tentang pemohon yang diperolehi akan digunakan sebagai asas
pertanyaan semasa temuduga.

• Temuduga merupakan komunikasi dua hala antara penemuduga dan pemohon untuk
bertukar-tukar maklumat. Temuduga juga merupakan kaedah utama yang sering digunakan
untuk tujuan pemilihan.

• Semasa temuduga, matlamat penemuduga adalah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut
tentang pemohon iaitu maklumat yang tidak dapat diketahui melalui borang permohonan.

UJIAN KESIHATAN

• Merujuk kepada ujian yang dijalankan ke atas tubuh badan calon.

• Bertujuan untuk memastikan calon tersebut sihat dan bebas daripada penyakit berbahaya.

Contoh: ujian dadah & pemeriksaan tahap kesihatan

Latihan

Usaha organisasi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja serta membina sikap
positif terhadap kerja selaras dengan perkembangan semasa dalam bidang pekerjaan tertentu.

Terdapat dua bentuk latihan iaitu semasa kerja dan diluar waktu kerja.

ii. Pembangunan

Program yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran konseptual, analitikal dan penyelesaian
masalah di kalangan pekerja dipelbagai peringkat pengurusan.

Contohnya : Memberi latihan kepimpinan kepada pengurus.

Anda mungkin juga menyukai