Anda di halaman 1dari 3

1.

Senaraikan mana-mana EMPAT (4) aktiviti yang lazimnya dikaitkan dengan jabatan sumber
manusia.

-Penstafan (perancangan/analisis pekerjaan/perekrutan/pemilihan)


-Pembangunan Sumber Manusia (Orientasi/Latihan/Pembangunan Kerjaya/Pengurusan Prestasi)
-Pampasan & Faedah (Pentadbiran gaji/Insentif/Faedah)
-Perhubungan Pekerja (Dasar Sumber Manusia/Hak Pekerja/Hubungan Pekerja – Majikan)

2. Terangkan dengan ringkas DUA (2) faktor persekitaran luaran yang memberi kesan
terhadap amalan pengurusan sumber manusia.

- Persekitaran Luaran
Persekitaran luaran terdiri daripada faktor-faktor diluar sempadan organisasi dan
sukar dikawal oleh organisasi.

a) Ekonomi
Tekanan-tekanan ekonomi turut mempengaruhi pengurusan sumber manusia.Apabila keadaan ekonomi berubah,pihak
pengurusan organisasi mesti mengubahsuaikan rancangannya agar organisasi dapat memenuhi keperluan keadaan
semasa.Mereka bentuk dasar rancangan sumber manusia untuk mencapai matlamat yang barunya.Umpamanya dalam keadaan
ekonomi meleset,keputusan tentangpemberhentian pekerja perlu dibuat dan pihak organisasi mesti berusaha mengurangkan kos
buruhnya.Setengah-setengah organisasi akan mengurangkan belanjawan program latihan atau program
keselamatan dan kesihatan pekerja.Apabila keadaan ekonomi pulih kembali,organisasi akan menghadapi tekanan untuk
menyediakan program pampasan yang lebih menarik

b) Teknologi
Perubahan teknologi dapat memberi perubahan terhadap cara sesuatu kerja dilakukan atau jenis kemahiran yang diperlukan
untuk melakukan kerja.Perubahan yang demikian sudah tentu akan memberi kesan terhadap pengurusan sumber
manusia.Pengenalan peralatan dan kaedah operasi yang lebih cekapakan memindahkan orientasi daripada kerja yangmemerlukan
kemahiran yang tinggi.Pihak majikan harus menyediakan program-program pembangunkan manusia untuk membantu pekerja
memperoleh kemahiran yang dapat memenuhi tuntutan-tuntutanteknologi baharu.
3. Jelaskan DUA (2) kepentingan sumber manusia dalam pengurusan sumber manusia
strategik.

pengurusan sumber manusia strategik ialah satu perkaitan antara pengurusan sumber manusia
dengan pengurusan strategik organisasi. Perkaitan ini perlu diwujudkan untuk meningkatkan prestasi dan kelebihan daya
saing organisasitersebut. Ini adalah kerana setiap organisasi yang ingin meningkatkankelebihan daya saingnya perlu
meningkatkan keupayaan pekerja pekerjanya setiap masa secara berterusan.

a) Pengurusan sumber manusia berperanan membangunkan sumber manusia bagi meningkatkan nilainya kepada
organisasi. Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan keupayaan dan kecekapan mereka yang berpotensi dan cuba
mengekalkan mereka dengan memberi ganjaran yang sesuai
dengan prestasi yang ditunjukkan. Melalui cara ini, para pekerja akan berasa diri mereka telah diberikan perhatian dan
penghargaan yang sewajarnya oleh organisasi.

b) mengenal pasti prinsip dan budaya sumber manusia yang konsisten dengan kehendak organisasi, membangun dan
melaksanakan polisi, program dan amalan sumber manusia yang sejajar dengan budaya organisasi serta memastikan
proses sumber manusia yang selari dengan aktiviti-aktiviti sumber manusia yang lain bagi memenuhi matlamat-matlamat
strategik dan keperluan-keperluan organisasi.

4. Bincangkan secara ringkas sama ada deskripsi kerja yang sedia ada untuk wakil jurujual
masih sesuai dengan Syarikat KingCream untuk kekal berdaya saing?

Deskripsi kerja sedia ada yang diamalkan oleh Syarikat KingCream dilihat tidak lagi sesuai digunakan untuk kekal berdaya
saing kerana deskripsi tugas tersebut telah lama digunakan dan boleh dikatakan ketinggalan zaman. Syarikat KingCream
perlu lebih inovatif memandangkan para pesaingnya juga sudah memulakan transformasi di dalam penyediaan deskripsi
kerja yang digunakan. Syarikat KingCream juga boleh mencipta kelainan di dalam mempamerkan deskripsi kerja asalkan
ianya tidak melanggar elemen-elemen asas yang sepatutnya terkandung di dalam deskripsi kerja seperti Nama Jawatan,
tugas kerja, tarikh deskripsi ditulis, penyedia deskripsi, fungsi & aktiviti kerja dan persekitaran atau keadaan kerja. Selain
daripada itu juga, Syarikat KingCream perlu menyesuaikan deskripsi kerja tersebut berdasarkan peredaran zaman lebih-
lebih lagi di era teknologi globasisasi yang serba mencabar ini.

5. Jelaskan perkaitan analisis pekerjaan dengan deskripsi kerja dan spesifikasi kerja.

Data yang dikumpul hasil daripada analisis pekerjaan digunakan untuk menulis deskripsi kerja dan spesifikasi kerja.
Justeru, output tersebut menjadi hubungan yang istimewa dalam memastikan keselarasan antara kedua-dua elemen
tersebut untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh organisasi. Sekiranya data tersebut diperoleh daripada sumber
yang berlainan, pasti ianya akan menyukarkan pihak Jabatan Sumber Manusia untuk menulis deskripsi kerja dan spesifikasi
kerja.
Deskripsi pekerjaan biasanya menceritakan mengenai tugas, tanggungjawab, keadaan pekerjaan, dan aktiviti-aktiviti yang
terlibat di dalam sesuatu pekerjaan. Spesifikasi pekerjaan pula menceritakan tentang kelayakan pekerjaan seperti
pengalaman, pengetahuan, kemahiran, atau keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja.
6. Jelaskan proses perancangan sumber manusia yang boleh dilaksanakan oleh syarikat
KingCream.

Matlamat Utama Syarikat KingCream adalah untuk menaikkan peratusan jualan produk syarikat daripada aspek pemasaran dan
jualan. Daripada matlamat ini, syarikat dikenalpasti memerlukan pekerja-pekerja yang memiliki kecekapan dan kemahiran seperti
berkomunikasi, mempunyai perwatakan yang menarik, mempunyai kemahiran inter-personal yang baik dan juga mempunyai
pengetahuan tentang produk yang ditawarkan oleh Syarikat KingCream. Selain daripada itu juga, Syarikat KingCream dapat
mengenalpasti kategori pekerjaan yang diperlukan di mana dalam situasi ini, syarikat memerlukan Pengurus Jualan dan ini
dinamakan sebagai Keperluan Sumber Manusia. Setelah mengenal pasti keperluan sumber manusia seperti yang dinyatakan,
pihak syarikat melalui Jabatan Sumber Manusia perlu menilai Bekalan Sumber Manusia semasa di dalam syarikat melalui sistem
maklumat pekerja untuk menentukan sama ada ia mempunyai bilangan calon yang menepati kriteria yang telah dikenalpasti.
Daripada rekod pekerja, syarikat KingCream akan dapat mengenalpasti pekerja-pekerja yang sesuai dan layak untuk memikul tugas
bagi jawatan yang ditawarkan. Sekiranya bilangan calon yang berada di dalam syarikat tidak dapat mencapai keperluan sumber
manusia, jawatan tersebut boleh ditawarkan kepada calon luar daripada organisasi. Proses ini dinamakan sebagai Perbandingan
Keperluan-Bekalan. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat perlu melaburkan perbelanjaan untuk menanggung kos Latihan yang
akan diberikan kepada calon luar tersebut bagi memasikan mereka dapat melaksanakan tugas tersebut cekap dan berkesan.
Keputusan ini merujuk kepada proses Tindakan Pengurusan dan juga Pelaksanaan & Pemantauan.

7. Terangkan secara ringkas TIGA (3) pilihan yang boleh diambil oleh KingCream untuk
mengatasi masalah kekurangan pekerja.

8. Hak pekerja di Malaysia dilindungi dengan jelas di sisi undang-undang. Nyatakan mana-
mana DUA (2) akta yang menggariskan hak tersebut.
- Akta Kerja 1955 - perundangan yang paling meluas sekali dalam pengurusan sumber manusia
- Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (KWSP) - akta yang mewajibkan skim penyimpanan untuk persaraan.

Anda mungkin juga menyukai