Anda di halaman 1dari 4

DIALOG FORUM

Moderator : Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang menonton rakaman
forum dari kumpulan kami. Seperti sedia maklum kami telah di beri amanah untuk
menyediakan satu forum tentang program gotong-royong yang telah kami jalankan.

Sebelum saya perkenalkan rakan-rakan yang bakal mengulas lebih lanjut mengenai
hasil dapatan dari projek program gotong royong ini, saya ingin memberi se

rangkap pantun:

Pergi mendaki gunung daik,

Hendak menjerat kancil dan rusa,

Bergotong royong amalan yang baik,

Elok diamal setiap masa.

Perkenalkan disebelah kanan saya saudari Nor Aini Binti Md Jali, seterusnya saudari
Geetha A/P Martin dan satu-satunya hero dalam kumpulan kami Azman Bin Abu
Hassan.

Pada hari ini, program gotong-royong dipandang enteng atau dipandang remeh oleh
sesetengah masyarakat. Budaya acuh tak acuh ini banyak dipengaruhi oleh banyak
faktor antaranya sikap, perubahan cara hidup, perbezaan persepsi dan faktor-faktor
lain. Dalam hal ini, saya ingin mengajukan satu soalan kepada saudari Noraini,
Adakah masih releven program gotong royong ini di kalangan masyarakat kita hari
ini dan pada pendapat saudari apakah faktor-faktor yang menyebabkan budaya
gotong-royong ini semakin dilupakan.

Kak Nor : * Masyarakat hari ini bersikap materealistik sehingga amalan hidup bermasyarakat.

*kesibukan dalam kerjaya.

*Institusi rukun tetangga yang tidak berfungsi.

*Malas.

*Ego , kurang bersosial, sikap acuh tak acuh terhadap kegiatan kemasyarakatan.

Moderator : Terima kasih saudari Noraini atas kupasan yang begitu dekat sekali dengan isu
realiti masyarakat kita pada hari ini. Saya percaya jika masyarakat tidak mempunyai
kesedaran tentang amalan bergotong- royong ini, semangat perpaduan pastinya
tidak dapat dikekalkan. Kita dengarkan pula ulasan dari saudari Geetha, Jika
masyarakat masih tiada kesedaran terhadap kepentingan gotong- royong ini, apakah
kesannya kepade individu dan masyarakat secara umumnya?. Silakan saudari.

G : Aktiviti gotong-royong sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada


masyarakat. Walaupun perkara ini nampak remeh tetapi kesan yang akan
dialami adalah agak serius, jika tidak dipraktikan. Kalau kita melihat secara
teliti, kesan secara individu yang mungkin kita akan alami adalah mempunyai
persekitaran yang kotor dan tidak bersih. Malah seseorang itu juga tidak
dapat memupuk nilai cinta akan persekitaran. Ini sekaligus membawa
kerugian kepada pihak individu tersebut. Sikap mementingkan diri sendiri
juga akan menebal dalam diri seseorang individu

Manakala dari aspek masyarakat,isu ini merupakan suatu isu yang hangat kerana, perkara
ini mampu membawa banyak masalah.salah satu perkara yang mungkin kita
dapat melihat ialah semangat perpaduan pelbagai etnik sukar untuk dipupuk.
Perkara ini akan meluaskan lagi jurang perbezaan antara satu sama lain.
Sekaligus menyebabkan pembangunan negara tidak mampan kerana
penglibatan masyarakat tidak selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu selaras dengan wawasan 2020

*Semangat perpaduan berbilang bangsa sukar untuk dipupuk.

*Terdapat jurang antara satu sama lain.

* Sikap mementingkan diri sendiri semakin memadamkan semangat perpaduan.

* Pembangunan negara tidak mampan dek kerana penglibatan masyarakat dalam


menyokong aspirasi negara tidak dapat sokongan padu.

Moderator : Terime kasih kepaga saudari Geetha atas ulasan tersebut. Gerun sebenarnya bile
masyarakat tidak mengetahui kepentingan program gotong-royong ini. Bukan
sekadar kesannya pada individu malahan juga kepada negara juga. Seterusnya kita
cuba dapatkan ulasan dari saudara Azman, bagaimanakah tindakan umum yang
boleh di lakukan untuk menaikkan semangat masyarakat untuk melibatkan diri
dalam program gotong royong?, silakan saudara.
Azman : * Sekolah sebagai rumah generasi kedua wajar menerapkan amalan mulia dalam
aktivtiti- aktiviti sekolah seperti hari guru, hari sukan tahunan, gotong royong dan
hari Anugerah cemerlang.

*Badan- badan kerajaan dan sukarelawan harus lebih bergerak majudan efisien
dalam usaha menaikkan semangat gotong royong kembali.

*Amalan budaya gotong royong di rumah juga harus dipraktikkan.

*Wujudkan program-program kesedaran tentang kepentingan budaya bergotong-


royong.

Moderator :Terima kasih saudara atas ulasan tadi, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
gotong-royong ini amat penting. Saudari Noraini, berdasarkan kepada hasil tindakan
melalui program gotong royong yang kita jalankan apakah antara nilai- nilai murni
yang boleh digarap dari dari program gotong royong tersebut.

Kak Nor :* Komitmen- Penglibatan, keperihatinan dan tanggungjawab ibu bapa

*Pemerkasaan – silaturahim, perpaduan kaum,kerjasama.

Moderator :Terime kasih kepade saudari atas ulasan tersebut, kalua boleh saudari tambah
mengenai nilai- nilai murni yang boleh digarap hasil dari program gotong- royong
yang kita jalankan.

G :antara nilai murni yang boleh diperolehi ialah berjimat-cermat.

Aktiviti gotong royong ini mampu menjimatkan banyak wang, masa dan tenaga kerana ahli
akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti gotong royong. Malah mereka
akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan
wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja
perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokan
sampah yang tidak sempurna diuruskan

aktiviti gotong-royong secara keseluruhannya cukup bermakna baik untuk pembangunan


material masyarakat mahupun pembangunan insan.

*Pembangunan- Berjimat cermat dan penambahbaikan.


Azman :Boleh saya tambah nilai- nilai murni yang terdapat dalam program gotong-royong
tersebut.

Moderator :Silakan saudara

Azman :*Demokrasi- Bertolak ansur,bebas beri pendapat.

*Sosial- Kebersihan, keceriaan.

Moderator : Terime kasih saya ucapkan kepada ke tiga- tiga rakan yang sudi memberi pendapat
masing- masing. Semoge dengan sedikit sebanyak huraian tersebut dapat memberi
kesedaran kepada kita semua bahawa program gotong-royong ini masih relevan
untuk dijalankan dengan adanya penglibatan dan kerjasama antara satu sama lain.

Kita semua juga harus mengembleng tenaga untuk sama- sama membuka mata dan
minda masyarakat terhadap kepentingan gotong royong ini.

Sekian terima kasih dan salam hormat dari kami semua.

Anda mungkin juga menyukai