Anda di halaman 1dari 17

KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT

DBF 1143 PRINSIP PEMASARAN


CAMPURAN PEMASARAN

Commented [J1]: Tidak perlu perkataan sem 6


DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

SYARIKAT GARDENIA

NAMA : SITI NUREZZYWANNIE BINTI SUHAIMI (011015-12-1184)

: NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZIR (010410-12-1542)

: NUR AZIZAH BINTI AGUS (010923-12-0756)

: NUREZATUL BINTI TASLI (010210-12-0924)

: NURSYAFIQA BINTI JURUPI (010611-12-1688)

1|Page
BIL ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENGENALAN 3

PRODUK

2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT


2.2 KLASIFIKASI PRODUK
2.3 STRATEGI PEMBUNGKUSAN

2.0
Strategi Penjenamaan
4 -5 Commented [J2]: Jangan campur aduk jenis tulisan
 Strategi Perlabelan
2.4 KITARAN HAYAT PRODUK
 Tahap pengenalan
 Tahap pertumbuhan
 Tahap kematangan
 Tahap kejatuhan

HARGA

3.1 DEFINISI HARGA DAN PERANAN HARGA DALAM PEMASARAN


3.2 PERANAN HARGA DALAM PEMASARAN.
3.3 KAEDAH PENENTUAN HARGA
3.0 6-7
 Penentuan Harga Berasaskan Kos.
 Penentuan Harga Berasaskan Pembeli.
 Penentuan Harga Berasaskan Pembeli.
3.4 KAEDAH PENENTUAN HARGA BAGI SYARIKAT GARDENIA

AGIHAN

4.1 DEFINISI SALURAN AGIHAN


4.0 8-9
4.2 PERANAN PERANTARA DALAM SALURAN AGIHAN
4.3 TAHAP SALURAN AGIHAN

PROMOSI

5.1 DEFINISI PENGIKLANAN DAN JENIS PENGIKLANAN


5.0 5.2 PERHUBUNGAN AWAM 10 - 13
5.3 JUALAN PERIBADI
5.4 PROMOSI JUALAN
MANUSIA

6.1 DEFINISI MANUSIA


6.0 6.2 JUALAN PERIBADI 14
6.3 PERKHIDMATAN PELANGGAN
6.4 LATIHAN
PROSES

7.1 DEFINISI PROSES


7.0 15 – 16
7.2 PROSES ELKEKTRONIK
7.3 PROSES TEKNOLOGI

KESIMPULAN
8.0 17

2|Page
PENGENALAN

Pada tahun 1969, seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocumm telah
dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (International
Executive Service Corporation) (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan
perniagaan bakeri. Slocumm yang sebelum ini tiba di Malaysia, telah membawa 35
tahun pengalaman berniaga bakeri di beberapa rangkaian kedai roti bersamanya
sewaktu menetap di Amerika Syarikat. Sejak dari itu tertubuhnya Gardenia.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pertama kali mengadun bebuku roti pada tahun
1986. dalam hanya tempoh 4 tahun sahaja, Gardenia Bakeries (KL) menjadi pelopor
pasaran roti terkemuka di Malaysia. Sejak beberapa tahun mutakhir ini, Gardenia
telah berjaya mencipta dan memasarkan pelbagai produk bakeri berkualiti tinggi Commented [J3]: justify
yang mendapat sambutan hebat berterusan dari rakyat Malaysia khususnya.

3|Page
2.0 PRODUK
2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT
● Ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Horatio Sye Slocumm.
● Mempunyai 2 buah anak syarikat iaitu di singapura dan Filipina

2.2 KLASIFIKASI SYARIKAT GARDENIA


➢ Gardenia ialah produk mudah beli iaitu produk yang ditawarkan oleh syarikat ini Commented [J4]: sebelum jelaskan ini, kena jelaskan
kerap dibeli oleh pengguna kerana ia adalah produk asas yang menjadi barang setia jenis produk secara umum dahulu. Masukkan semua
jenis produk secara umum.
keperluan pengguna

2.3 STRATEGI PEMBUNGKUSAN


● Bungkusan yang berbeza bagi setiap roti
● Mempunyai keistemewaan tersendiri
● Contohnya: bungkusan roti bun sambal bilis berwarna oren manakala
bungkusan roti bun fluffy read bean berwarna merah.

STRATEGI PENJENAMAAN
● Amat mementingkan kualiti sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
● Contohnya: setiap buku roti yang dihasilkan bertahan selama empat hari
termasuk hari penjualan.
● Mempunyai reka bentuk yang tersendiri
● Contohnya: gardenia delicia waffles yang berbentuk segi empat.

STRATEGI PERLABELAN
● perlabelan dalam syarikat gardenia sangat penting supaya pembeli dapat
mengetahui apa yamg terkandung dalam roti gardenia serta kualiti dan
kuantiti barang tersebut.

4|Page
2.4 KITARAN HAYAT PRODUK Commented [J5]: mana rajah kitaran hayat produk?

TAHAP PENGENALAN
● Pada masa pengenalan ini pertumbuhan jualan bagi syarikat gardenia adalah
lembab. Syarikat gardenia baru mula diperkenalkan. Perbelanjaan bagi syarikat
gardenia adalah tinggi. Keuntungan syarikat tidak wujud dan memerlukan sokongan
promosi yang hebat.

TAHAP PERTUMBUHAN
● Jika syarikat gardenia ini memuaskan, seterusnya produk akan memasuki peringkat
pertumbuhan. jualan bagi syarikat gardenia mula mengalami peningkatan dan
keuntungan bagi syarikat gardenia mula meningkat.

TAHAP KEMATANGAN
● Pertumbuhan jualan bagi syarikat gardenia adalah perlahan kerana produk tersebut
telah diterima oleh kebanyakan pembeli berpotensi. Tahap keuntungan bagi syarikat Commented [J6]: semua alignment kena justify
gardenia adalah statik atau menurun kerana peningkatan didalam perbelanjaan
pemasaran untuk mempertahankan produk. Syarikat gardenia akan menggunakan
pelbagai strategi dari membuat pengubahsuaian produk sehinggalah kepada
pengubahsuaian elemen campuran pemasaran yang lain.

TAHAP KEJATUHAN
● Syarikat gardenia akan mengalami tahap kejatuhan jika syarikat gardenia tidak
menggunakan pelbagai strategi membuat pengubahsuaian yang baik. Jualan
syarikat gardenia boleh menurun kerana kemajuan teknologi, perubahan citarasa
pengguna, dan persaingan yang semakin meningkat. Cara penyelesaiannya syarikat
gardenia boleh membuat keputusan samada untuk mengekalkan jenamanya, menuai
produknya atau menggugurkan produk tersebut daripada lini produk syarikat.

5|Page
3.0 HARGA

3.1 DEFINISI HARGA DAN PERANAN HARGA DALAM PEMASARAN GARDENIA.

 Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang
diberikan atau jumlah nilai yang dibelanjakan oleh pengguna untuk mendapatkan keuntungan.
 Harga dengan nilai yang dilihat semasa transaksi dan bergantung jumlah kepuasan yang
dijangkakan dari barang atau perkhidmatan.

3.2 PERANAN HARGA DALAM PEMASARAN.

 Untuk membentuk pemasaran yang konsisten dan berkesan, perletakan harga mesti
diselaraskan dengan strategi campuran pemasaran yang lain, iaitu strategi pengedaran
(tempat), strategi promosi dan kualiti produk.
 Harga sesuatu produk juga mempengaruhi imej produk tersebut kepada mata pengguna . Harga
memainkan peranan dalam promosi melalui diskaun ,elaun, dan rebat, yang menarik pelanggan
untuk membeli lebih banyak.

3.3 KAEDAH PENENTUAN HARGA.

Kaedah penentuan harga dalam sesebuah produk terbahagi kepada 3 iaitu :

1. PENENTUAN HARGA BERASASKAN KOS.


Dalam penentuan harga ini, kos penjual akan ditentukan dan sejumlah wang tertentu atau satu
peratusan kos akan ditambah ke atas kos penjual dalam menetapkan harga dan tokokan
piawaian ke atas kos produk akan dikenakan.

2. PENENTUAN HARGA BERASASKAN PEMBELI


Penentuan harga ini menggunakan tanggapan pembeli tentang nilai keluaran, bukan kos
penjual. Firma menggunakan elemen-elemen bukan harga dalam campuran pemasaran untuk
membina nilai anggapan dalam fikiran pembeli.

3. PENENTUAN HARGA BERASASKAN PEMBELI.


Biasanya pengguna membuat penilaian berasaskan harga yang pesaing kenakan untuk produk
yang serupa. Oleh itu, penjual haruslah peka dengan harga yang diletakkan untuk sesebuah
produk.

6|Page
Dalam membuat penentuan harga berasaskan pesaing ini, kita dapat membincangkan penentuan
harga kadar kini dan penentuan harga bida tertutup iaitu :
i. Penentuan harga kadar kini.
- Sesebuah syarikat mungkin meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau
lebih rendah daripada harga pesaing utama.
- Syarikat yang kecil akan mengikut pemimpin pasaran. Apabila pemimpin
pasaran mengubah harga maka mereka pun akan mengubah harga.
ii. Penentuan harga bida tertutup
- Menurut penentuan harga ini, syarikat menetapkan harga sebagaimana yang
dilakukan oleh pesaing.
- Jika sesebuah syarikat ingin memenangi kontrak, ia perlu meletakkan harga
yang rendah dari pesaing tersebut.
- Tetapi syarikat tidak boleh menetapkan harga dibawah kos kerana akan
menyebabkan kedudukan syarikat terancam. Ia juga tidak boleh meletakkan Commented [J7]: kenapa tulisan tidak sama dengan di
atas? Ini times new roman. D atas tu arial. Guna 1 jenis font
harga yang tinggi yang mana akan mengurangkan peluang syarikat untuk sahaja
memenangi kontrak tersebut.

3.4 KAEDAH PENENTUAN HARGA BAGI SYARIKAT GARDENIA ialah:

Penentuan harga berasaskan kos


- Menetapkan harga roti berdasarkan kemampuan pengguna.
- Harga roti yang diberikan amatlah berpatutan.
- Contohnya- RM0.50 sen iaitu Waffle Gardenia Twiggles Tea Cake sehingga
RM4.45 sen iaitu Speciality Bread Gardenia Dlicia Butterscotch.
Penentuan harga berasakan pesaingan
- Menetapkan harga produk yang dikeluarkan berdasarkan harga pesaing
- Contohnya Syarikat pesaing - Massimo & Mighty white

7|Page
4.0 AGIHAN

4.1 DEFINISI SALURAN AGIHAN


● Pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan
sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna.

4.2 PERANAN PERANTARA DALAM SALURAN AGIHAN

1.SUMBER PEMYAMPAI MAKLUMAT


● mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran.

2. PENGHUBUNG
● Ahli penghubung dapat mencari dan berkomunikasi dengan pembeli berpotensi.

3. PROMOSI
● Membentuk dan menyebarkan komunikasi persuasif berhubung dengan sesuatu tawaran.

4. PEMADANAN
● membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli.

5. PERUNDINGAN
● persetujuan dicapai keatas harga dan terma-terma lain

6. PENGAGIHAN FIZIKAL
● mengangkut dan menyimpan barang

7. PEMBIAYAAN
● mendapatkan dan menggunakan dana untuk menutup kos kerja saluran.

8. PENGAMBILAN RISIKO
● Mengambil risiko dalam menjalankan kerja-kerja saluran.

8|Page
4.3 TAHAP- TAHAP SALURAN AGIHAN

SALURAN 1
● Saluran 1 djsebut sebagai saluran pemasaran langsung, di mana hubungan secara langsung
berlaku di antara pengeluar dan pengguna. Saluran ini tidak mempunyai orang tengah atau
perantaraan.

SALURAN 2
● Saluran ini terdapat orang tengah iaitu peruncit. Dikatakan ia mempunyai satu tahap orang
tengah sahaja dan saluran ini sentiasa di gunakan.

SALURAN 3
● Mempunyai dua tahap orang tengah iaitu pemborong dan peruncit. Saluran ini sering
digunakan oleh pengeluar kecil makanan, farmasi dan lain-lain.

SALURAN 4
● Mempunyai tiga tahap orang tengah seperti pemborong, ejen dan peruncit. Saluran ini biasa
digunakan dalam industri pembuatan roti.

Syarikat gardenia menggunakan saluran 3. Kerana syarikat gardenia mempunyai 2 tahap untuk
mengagihkan barang kepada pengguna seperti pemborong dan peruncit .

9|Page
5.0 PROMOSI

5.1 DEFINISI PENGIKLANAN

Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat
tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi dan
meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk. Selain itu, pengiklanan juga dikategorikan
sebagai komunikasi bersifat tidak peribadi yang ditunjukkan kepada sasaran pasaran yang ramai.
Aktiviti pengiklanan tidak melibatkan komunikasi atau usaha promosi daripada pihak pengeluar atau
pemasar secara bersemuka atau secara langsung dengan pengguna sasaran.

JENIS-JENIS PENGIKLANAN

Banyak jenis-jenis pengiklanan yang diguna pakai oleh syarikat-syarikat yang lain. Jenis-jenis
pengiklanan yang sering dilakukan ialah ;

*Surat khabar/majalah

Pengiklanan bagi surat khabar boleh dibuat secara berwarna-warni, liputan lebih luas dan kos murah
berbanding yan lain.

*Direktori

Senarai direktori perniagaan yang disusun mengikut nama dan kategori seperti Yellow Pages.

*Televisyen

Ianya sangat berkesan kerana mempunyai visual, audio, warna dan pergerakan yang dapat memujuk
pengguna dan kos pengiklanan di televisyen adalah tinggi.

*Radio

Iklan di radio adalah cara yang baik untuk mencapai sasaran. Jika pasaran sasaran anda mendengar
stesen tertentu, maka pengiklanan biasa boleh menarik pelanggan baru. Walaupun bagaimanapun,
penyampaian iklan di radio adalah terhad.

*Internet

Boleh terus pesan barang online dan liputan luas ke seluruh dunia.

*Pameran/ekspo

Boleh kesan masalah pengguna dan pengguna boleh cuba barang dan tanya mengenai barang tersebut.

10 | P a g e
*Papan iklan(bilboard)

Papan iklan boleh diletakkan di tepi jalan atau papan dinding di stadium sukan. Selain itu, papan iklan
besar boleh menyampaikan mesej dan kesan yang baik kepada pengguna dan kos pengiklanan yang
tinggi.

Pengiklanan produk gardenia

Gardenia menggunakan kaedah yang sangat ringkas, kreatif dan terkesan. Memang tidak dapat
dinafikan di Malaysia terdapat pelbagai jenama roti di pasaran, namun atas usaha promosi yang
dihasilkan, gardenia mendapat pilihan di hati penguna. Pengiklanan bagi produk gardenia ialah media
elektronik seperti televisyen contohnya, mengiklanan produk gardenia sebelum rancangan dimulakan.
Selain itu, internet juga salah satu pengiklanan yang kerap kami iklankan contohnya, di media sosial
seperti youtube, facebook, dan sebagainya. Seterusnya, pengikalanan bagi produk gardenia juga sering
dilakukan dengan menggunakan media cetak seperti suart khabar contohnya, mempromosikan produk
baru gardenia iaitu Muffin Supreme di Harian Metro. Gardenia menghasilkan 16 jenis produk roti
secara besar-besaran dan ia ditawarkan dengan harga berpatutan kepada pelanggan.

11 | P a g e
5.2 PERHUBUNGAN AWAM

- Perhubungan awam adalah merupakan aktiviti-aktiviti ataupun program-program yang dijalankan


oleh syarikat untuk mendapatkan kepercayaan, penerimaan pemahaman daripada orang ramai.

Perhubungan awam bagi produk Gardenia dengan mengadakan program kerja sosial/kerja
perkhidmatan contohnya, gardenia turut terlibat dengan aktiviti yang melibatkan aktiviti-
aktiviti amal. Seperti, menghantar roti-roti segar secara percuma ke 45 buah rumah dan
pusat pertubuhan amal iaitu rumah orang tua , rumah anak-anak yatim dan juga pusat
jagaan otang kurang upaya.

Fungsi-fungsi perhubungan awam

1. Hubungan akhbar atau wakil akhbar mencipta dan menempatkan maklumat berharga dalam media
berita untuk menarik perhatian.

2. Publisiti keluaran: Memberi publisiti untuk sesuatu keluaran tertentu.

3. Hubungan awam:membina dan mengekalkan hubungan nasional serta dengan komuniti


tempatan.

4. Lobi:Membina dan mengekalkan hubungan dengan pihak pegawai perundangan.

5. Hubungan pelabur:Mengekalkan hubungan dengan pemegang saham.

12 | P a g e
5.3 JUALAN PERIBADI

- Jualan peribadi ialah satu kaedah komunikasi penjualan yang membolehkan komunikasi dua hala
tentang idea, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Komunikasi berlaku di antara
penjual dengan pengguna dan ia tidak melibatkan perantaraan media seperti televisyen, radio, majalah
atau khabar.

5.4 PROMOSI JUALAN

Promosi jualan ialah segala rangsangan secara langsung yang menawarkan insentif ataupun nilai yang
lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan, agihan keluaran kepada pengguna. Alat untuk
menjayakan promosi jualan boleh dibahagikan mengikut sasaran pasaran seperti berikut:

I. Promosi jualan pengguna

- Merupakan promosi jualan yang dibentuk untuk meransang pengguna akhir agar membuat pembelian
segera.

II. Promosi jualan perdagangan

- Promosi jualan yang dibentuk untuk mendapatkan sokongan daripada penjulan dan juga sebagai satu
galakan kepada penjual agar memperbaiki usaha-usaha penjualan yang dilakukan.

III. Promosi tenaga jualan

- Bentuk promosi jualan ialah dengan promosi jualan pengguna.

Promosi merangkumi semua aktiviti pemasaran yang dijalankan untuk memaklumkan


pengguna tentang produk mereka dan untuk menggalakkan pelanggan yang berpotensi
unutuk membeli produk ini. Promosi jualan bagi produk Gardenia bread ialah tawaran
istimewa dengan membeli roti Gardenia Original Classic Jumbo 600gm, percuma 250gm
bagi setiap pembelian. Selain itu, gardenia juga mempromosikan jualan dengan membuat
‘tester’ atau sampel di kaunter jualan bagi setiap produk baru yang dihasilkan. Promosi
jualan yang dijalankan melalui hidangan ‘tester’ memberikan peluang untuk pelanggan
untuk menilai produk tersebut sama ada memenuhi citarasa mereka atau sebaliknya.

13 | P a g e
6.0 MANUSIA
Semua manusia yang memainkan peranan dalam penyediaan barangan dan perkhidmatan dan mampu
mempengaruhi persepsi pembeli.
- Kakitangan firma
- Pelanggan
- Pelanggan lain dalam persekitaran perkhidmatan

6.1 DEFINISI MANUSIA


Manusia adalah salah satu unsur campuran pemasaran. Manusia yang mencipta produk dan
menentukan perkhidmatan. Bagi menarik perhatian pelanggan, semua pekerja anda hendaklah
memainkan peranan untuk mendapatkan kepercayaan, keyakinan dan jaminan supaya pelanggan yang
telah menggunakan produk atau perkhidmatan bukan sahaja akan membuat pembelian berulang dan
menjadi pelanggan yang setia, malahan mereka akan menyampaikan maklumat tersebut kepada rakan
dan kenalan mereka. Gabungan pekerja yang baik dan pelanggan yang berpuas hati akan membantu
syarikat kami untuk mengembangkan perniagaan dan menjana keuntungan. Serta menambah lebih Commented [J8]: semua kena justify
banyak lagi cawangan di negara negara yang lain.

6.2 JUALAN PERIBADI


Bagaimana jurujual ataupun pekerja kami yang terlibat dalam syarikat menggunakan kemahiran
komunikasi dan pengetahuan dalam menjual produk ataupun perkhidmatan untuk sesebuah
perniagaan. Seterusnya, jurujual kami perlulah mempunyai bakat dan kemahiran dalam
mempromosikan produk kami iaitu Gardenia atau perkhidmatan kepada pelanggan yang berpotensi.

6.3 PERKHIDMATAN PELANGGAN


Perkhidmatan pelanggan adalah tindakan menjaga keperluan pelanggan dengan menyediakan dan
menyampaikan, membantu perkhidmatan yang berkualiti tinggi secara professional dan bantuan
sebelum,selepas, semasa dan selepas keperluan pelanggan dipenuhi.

6.4 LATIHAN
Latihan adalah perancangan yang sistematik untuk mengubah atau mengembangkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap melalui pengalaman bekerja, ia bertujuan untuk mencapai prestasi kerja yang
efektif. Seterusnya latihan yang berkaitan dalam campuran pemasaran merangkumi program
terancang yang direka untuk meningkatkan prestasi pekerja dalam organisasi terutamanya cara
memasarkan sesuatu produk bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

14 | P a g e
7.0 PROSES

7.1 DEFINISI PROSES

Merujuk kepada proses setiap produk atau perkidmatan yang ditawarkan . Proses / aliran
kerja termasuk arahan dan prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti merupakan elemen
yang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pemasaran

Proses menyediakan barang dan perkhidmatan, serta tingkah laku mereka yang
menyampaikan adalah penting untuk kepuasan pelanggan.

 Masa
 Maklumat yang diberikan kepada pelanggan

7.2 PROSES ELEKTRONIK

 Bagi GARDENIA , produk ini mempunyai penggunaan kod bar berserta warnanya. sekiranya
anda membeli roti gardenia dengan kod berwarna kuning pada hari jumaat, ini
bermakna anda telah membeli roti yang telah dihasilkan hampir seminggu.
Pengetahuan mengetahui warna kod akan membantu anda mendapatkan roti yang
lebih berkualiti dan segar. Untuk mudah ingat tentang warna dan hari pada penyepit
kod ini, anda boleh melihat susunan hari per warna.

15 | P a g e
7.3 PROSES TEKNOLOGI

 Bagi produk GARDENIA , pihak kilang telah mempelbagaikan jenis roti dan perisa
bagi menepati cita rasa pengguna.selain itu , mereka pembungkusan yang menarik
dan moden serta menawarkan produk dari pelbagai jenis harga bagi memenuhi
keperluan dan kehendak setiap golongan pengguna

16 | P a g e
KESIMPULAN

Gardenia yang menghasilkan 16 jenis produk roti secara besar- besaran dan ia ditawarkan
dengan harga berpatutan kepada pelanggan. Pengguna adalah keutamaan syarikat dan
sentiasa menitikberatkan keperluan serta kehendak mereka bagi mengeluarkan atau menaik
taraf yang sedia ada. Sepanjang 26 tahun menapak di pasaran Malaysia, Gardenia kini
mampu memenuhi keperluan pengguna melibatkan pelbagai golongan sasaran tanpa
mengira faktor usia dan tahap kesihatan .

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai