Anda di halaman 1dari 48

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

1.0 PENGENALAN

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

1.2 SKOP KAJIAN

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

2.0 KAJIAN LEPAS

2.1 KERANGKA TEORITIKAL

2.2 DEFINISI KONSEP

3.0 KAEDAH KAJIAN

4.0 DAPATAN KAJIAN

5.0 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN UTAN PARADISE, KIMANIS

6.0 PENGLIBATAN KOMUNITI SETEMPAT DALAM AKTIVITI PELANCONGAN ATAU


PERHUTANAN DI UTAN PARADISE, KIMANIS.

7.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PIHAK PENGURUSAN UTAN PARADISE


UNTUK MENGEKALKAN KEDATANGAN PELANCONG.

8.0 KESIMPULAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

1
1.0 PENGENALAN

Pelancongan adalah sumber pendapatan yang berpotensi besar dalam pembangunan sesebuah
negara serta pelancongan merupakan aktiviti perindustrian yang mampu menjana ekonomi
kawasan tempatan. Disini, pelancongan dalam pembangunan adalah saling kebergantung
diantara satu sama lain dimana ia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat. Menurut
Zatul Iffah (2008) telah menyatakan bahawa perancangan pelancongan perlu melibatkan
komuniti tempatan supaya dapat menyumbangkan kepada pembangunan mampan. Hal ini secara
tidak langsung dapat mengelakkan konflik antara penduduk tempatan dan pihak kerajaan dalam
membangunkan aktiviti pelancongan. Pelancongan bukan sahaja dapat meningkatkan taraf
ekonomi negara. Bahkan, ia merupakan sumber pendapatan yang lumayan dalam pelancongan.
Pembangunan dalam pelancongan adalah sangat penting terutamanya penglibatan penduduk
setempat. Menurut Rina Ilyana (2007), penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti
pelancongan dapat memberikan pelbagai impak positif kepada mereka. Buhalis (2003)
menegaskan bahawa penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti pelancongan dapat
membantu mereka meningkatkan lagi taraf ekonomi, sosial dan budaya. Dengan ini, penduduk
secara tidak langsung akan mendapat peluang pekerjaan dengan menjual hasil produk tempatan
dan mengusahakan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan (Mawforth,
2003; Timothy, 1999).

Pelancongan dan pembangunan adalah saling berkait diantara satu sama lain dengan
pembangunan. Menurut Nurul Azhani (2008) mmenyatakan sekiranya pelancongan dilihat
sebagai sesuatu yang akan memanfaatkan kepada penduduk tempatan, maka ia juga seharusnya
berkait rapat dengan tindak balas penduduk tempatan yang terlibat, penglibatan dan juga
sokongan mereka adalah sangat penting. Bagi pembangunan, menurut Haliza (2010), dalam
penulisannya mendapati masyarakat awam seharusnya dilibatkan diri secara langsung dalam
setiap proses pembangunan yang dirancang dan dijalankan di kawasan mereka dalam usaha
mencapai pembangunan mampan. Oleh hal demikian, kajian yang telah dibuat pada tahun 2006
dan 2008 sangat memberikan impak positif yang baik kepada negara. Kajian Yahaya (2006,
2008) pula melihat penglibatan penyertaan penduduk di dalam industri ini biasanya tertumpu di
kawasan-kawasan pelancongan pada masa kini amat menggalakkan.

2
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah sangat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan
masalah mahupun permasalahan kajian merupakan isu atau masalah yang hendak dikaji dalam
penyelidikan. Masalah kajian diperolehi melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan bahkan, ia juga boleh diperolehi melalui penelitian dokumen dan soal selidik.
Permasalahan atau masalah kajian menurut Uma Sekaran (2000), masalah ialah sebarang situasi
dimana wujud jurang keadaan sebenar dan keadaan ideal. Permasalahan kajian adalah untuk
mengetahui apakah sebenarnya masalah atau permasalahan kajian yang timbul terhadap kajian
yang hendak dikaji. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengetahui apakah langkah-langkah
dan cara-cara untuk yang perlu diambil untuk mengatasi masalah yang hendak dijalankan.

Antara masalah kajian yang di utarakan dalam permasalahan kajian yang kami kaji
adalah adakah komuniti setempat yang berada di sekeliling perkampungan melibatkan diri
dengan aktiviti pelancongan yang dianjurkan oleh pengurus Utan Paradise walaupun dalam
keadaan yang sibuk. Bahkan, kami juga melihat adakah masalah kajian yang dikaji melalui
pelancong yang melancong mahupun pekerja itu sendiri dan juga komuniti setempat khususnya
mengetahui akan asal-usul Utan Paradise itu sendiri. Selain itu, antara masalah kajian yang
dilihat adalah mengenai apakah cabaran yang dihadapi oleh pengurus Utan Paradise dan
adakahkah cabaran tersebut menganggu masa peribadi pengurus Hutan tersebut mahupun
terganggu oleh kedatangan pelancong.

Permasalahan kajian adalah permasalahan yang meliputi pengutipan data, pemilihan,


penyusunan sumber dan penganalisis bahan-bahan. Oleh hal demikian, penyelidik perlu sendiri
untuk turun ke tempat kajian di Utan Paradise bagi memudahkan penyelidik untuk menemubual
responden di lokasi kajian. Justeru, hal ini sekaligus dapat memudahkan penyelidik untuk
mendapatkan maklumat dan menjalankan kajian dengan lebih terperinci.

3
1.2 SKOP KAJIAN

Dalam skop kajian ini, ia lebih tertumpu kepada pihak pengusaha atau komuniti yang telah
menubuhkan pusat pelancongan di Utan Paradise, Kimanis, Sabah. Isu yang diberikan perhatian
dalam kertas kerja ini adalah meneliti tentang usaha pelancongan yang sedang giat dijalankan
oleh masyarakat setempat di kawasan tersebut. Di mana, para pengkaji akan lebih memfokuskan
objektif kajian iaitu mengenalpasti latar belakang dan sejarah penubuhan Utan Paradise sebagai
destinasi pelancongan, mengetahui sejauhmanakah penglibatan komuniti setempat dalam
aktiviti-aktiviti dan perhutanan yang dijalankan serta mengetahui penjelasan cabaran yang turut
dihadapi oleh pihak pengurusan Utan Paradise bagi mengekalkan kedatangan pelancong di masa
akan datang. Lokasi kawasan kajian pengkaji hanya akan berpusat di kawasan pelancongan Utan
Paradise, Kimanis disebabkan beberapa faktor yang membolehkan pengkaji untuk menjalankan
kajian seperti tempat tersebut diusahakan oleh pihak komuniti sendiri, kawasan pelancongan
yang tetap dan berada di tempat yang lebih jauh daripada suasana bandar. Justeru, kawasan
kajian ini lebih memberikan keselesaan kepada para pengkaji untuk melakukan kajian. Semasa
kajian ini dijalankan pengkaji akan ke lokasi kajian di Utan Paradise, Kimanis untuk
menemubual responden atau pihak komuniti pengusaha di tempat tersebut. Manakala, kaedah
kajian yang digunakan adalah lebih berfokus kepada kualitatif berdasarkan temubual di mana
para penyelidik akan menemu bual secara bergilir bagi penduduk yang dipilih dalam temubual
yang akan dijalankan semasa kajian. Pemilihan responden adalah menggunakan skala yang
sederhana iaitu, pengkaji akan memilih sekurang-kurangnya lima responden untuk ditemubual
semasa kajian akan dijalankan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN:

1. Mengenalpasti latar belakang dan sejarah penubuhan Utan Paradise sebagai destinasi
pelancongan.
2. Mengetahui penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti pelancongan atau perhutanan
di Utan Paradise.
3. Mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pengurusan Utan Paradise untuk mengekalkan
kedatangan pelancong.

4
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini banyak memberi faedah kepada masyarakat dan generasi akan datang.
Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada ahli-ahli penyelidik pada masa akan
datang. Selain itu, penduduk yang mendiami sekitar kawasan pembangunan pelancongan yang
berasaskan alam semula jadi ini juga dapat mengetahui lebih mendalam tentang latar belakang
dan sejarah penubuhan Utan Paradise di kawasan mereka sebagai destinasi pelancongan
terutamanya bagi golongan muda-mudi. Melalui kajian ini, para penyelidik juga dapat
mengetahui penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti atau perhutanan di Utan Paradise.
Para penyelidik juga dapat mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan Utan
Paradise untuk mengekalkan kedatangan pelancong serta dapat menambah pengalaman yang
baru. Semasa menjalankan kajian ini, para penyelidik turut berpeluang untuk membina hubungan
silaturahim dengan responden kerana para penyelidik telah mendekati responden untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Selain itu, kajian ini juga dapat memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan penyelidik. Oleh itu, kajian ini sangat
penting untuk dijadikan sebagai rujukan oleh generasi akan datang supaya penyelidikan serta
kajian terhadap pembangunan pelancongan berasaskan alam semula jadi iaitu kajian kes di Utan
Paradise ini dapat diteruskan lagi oleh penyelidik yang akan datang. Kajian ini juga boleh
dijadikan sebagai bahan bacaan kepada semua masyarakat agar dapat mengenali lebih lanjut
mengenai Utan Paradise Kimanis sebagai salah satu lokasi sektor pelancongan di Sabah.

2.0 KAJIAN LEPAS

Kajian Rosazman dan Velan (2014), yang bertajuk ‘Pelancongan Mapan Berasaskan komuniti
(CBT) melalui program homestay di Sabah, Malaysia’ mengatakan bahawa program homestay

5
adalah salah satu pelancongan yang ditubuhkan dengan kerjasama komuniti sendiri yang
berpotensi untuk berkembang dan membangunkan masyarakat luar bandar khususnya. Pihak
penguasaha homestay perlu mengenalpasti cara-cara yang boleh memenuhi tahap kepuasan
pelancong dan pada masa yang sama dapat memberikan faedah kepada mereka. Kepuasan
pelancong perlu diberikan perhatian supaya homestay ini dapat dikekalkan dan berterusan
dengan jangka masa yang panjang. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa tahap
kepuasan pelancong domestik terhadap ketiga-tiga elemen adalah berpuas hati.

Dalam kajian Maimon (1992), iaitu ‘Kajian penglibatan penduduk di dalam industri
pelancongan kes kajian : pinggir pantai negeri Terengganu (Daerah Marang, Terengganu)’
menyatakan bahawa penglibatan penduduk tempatan sebagai guna tenaga industri pelancongan
pada masa kini juga amat menggalakkan. Penyertaan penduduk di dalam industri ini biasanya
tertumpu di kawasan-kawasan pelancongan yang baru berkembang. Penduduk agak ghairah
melibatkan diri di dalam industri ini memandangkan industri ini boleh menambahkan pendapatan
mereka. Walaupun demikian, masih terdapat golongan yang memandang serong kepada industri
ini yang pada anggapan mereka boleh menyebabkan penyakit sosial seperti kemasukan budaya
kuning, pelacuran, perjudian, kadar jenayah yang meningkat dan sebagainya. Di negeri
Terengganu, industri pelancongan baharu sahaja diberi penekanan oleh kerajaan negeri. Namun
demikian, sumbangannya kepada ekonomi negeri adalah menggalakkan. Ini telah menyebabkan
berbagai usaha dan galakan untuk membangunkan dan memperkembangkan industri ini giat
dijalankan oleh pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Terengganu juga berhasrat untuk
menjadikan pelancongan sebagai penyumbang kedua kepada KDNK negeri Terengganu selepas
petroleum. Apabila industri pelancongan ini telah dapat berkembang dengan baik, sudah tentu
ianya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu penduduk haruslah
mengambil setiap peluang di dalam bidang ini dengan sebaik-baiknya untuk faedah bersama.
Penyertaan penduduk juga amat penting untuk memastikan setiap projek pelancongan dapat
dijalankan dengan jayanya. Namun demikian, penyertaan penduduk semata-mata tidak akan
menjamin kejayaan industri ini tanpa kerjasama dari semua pihak seperti kerajaan dan pihak-
pihak swasta.

Jamaluddin (2009) di dalam kajian beliau, ‘Pembangunan Pelancongan dan Impaknya


terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai’ mengatakan bahawa, sejak lebih tiga dekad yang

6
lalu industri pelancongan negara telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Perkembangan
ini, terutamanya pada peringkat awal lagi telah menjadikan zon pinggir pantai sebagai daya
tarikan utama industri pelancongan negara. Kini, walaupun banyak destinasi pelancongan lain
yang begitu pelbagai telah dibangunkan, kawasan pinggir pantai masih lagi menjadi tumpuan
bukan hanya oleh pelancong luar negara, tetapi juga pelancong domestik. Sehubungan dengan
kemajuan industri ini dan kepentingannya dalam menjana pendapatan penduduk setempat,
pengusaha dan negara, impak negatifnya terhadap zon pinggir pantai juga sedang meningkat.
Perkara ini adalah kerana zon pinggir pantai merupakan suatu zon yang bukan hanya paling
dinamik, tetapi juga rapuh. Justeru, jumlah pengunjung ke sesuatu destinasi pelancongan, aktiviti
dan jangka masa penggunaan kawasan tersebut sekiranya dilampaui mampu menyebabkan
kemerosotan destinasi pelancongan tersebut. Impak negatif terhadap persekitaran fizikal seperti
kehilangan habitat, masalah pencemaran, hakisan, dan pemendapan biasanya tidak begitu mudah
untuk dilihat dan sukar pula untuk diberikan nilai ekonomi dalam suatu jangka masa yang
singkat. Namun, aktiviti manusia di zon pinggir pantai didapati telah bukan hanya mengganggu,
tetapi juga mempercepatkan proses fizikal pinggir pantai untuk bertindak. Aktiviti
membangunkan sesuatu destinasi pelancongan sendiri menyebabkan kepupusan habitat semula
jadi. Apabila destinasi tersebut telah beroperasi dengan pelbagai aktiviti pelancong mampu
menyebabkan masalah hakisan pinggir pantai, pemendapan dan juga pencemaran sehinggakan
ada kalanya destinasi tersebut ”ditinggalkan” oleh pelancong.

2.1 KERANGKA TEORITIKAL

Teori Fungsional

7
Talcott Parsons (1902-1979) menerangkan pembentukkan masyarakat daripada perspektif
struktur fungsional. Setiap elemen struktur sosial dalam masyarakat membantu mewujudkan
kestabilan masyarakat tersebut. Parsons (1964), masyarakat perlu memenuhi 4 fungsi bagi
memastikan yang masyarakat tersebut terus wujud. 4 fungsi tersebut ialah penyesuaian.
masyarakat perlu ada matlamat, integrasi dan kerjasama masyarakat serta perlu ada pengekalan
pola. Parson berpendapat sistem kebudayaan adalah yang terpenting dalam masyarakat dan akan
mempengaruhi sistem lain yang di bawahnya, iaitu mempengaruhi pola sosial, membentuk
personaliti dan memberi makna simbolik terhadap kewujudan manusia secara biologi. Maksud
teori fungsional ini ialah wujud saling kebergantungan diantara kalangan masyarakat. Sebagai
contoh, dalam organisasi badan iaitu semua anggota badan manusia hendaklah memainkan
peranan masing-masing untuk meneruskan kehidupan. Iaitu, semua angota badan seperti kaki,
tangan, jantung, mata, otak dan sebagainya saling memerlukan antara satu sama lain. Manakala,
dalam sistem keluarga wujud saling kebergantungan didalam sesebuah keluarga tersebut untuk
melahirkan keluarga yang seimbang dan harmoni.

Melalui teori fungsional yang diperkenalkan oleh Talcott Parson maka kami akan
mengaitkan dengan kajian kami yang bertajuk pembangunan pelancongan bersaskan alam
semulajadi dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan pelancongan di Utan Paradise
Kimanis. Melalui teori fungsional ini kami dapat mengaitkan dengan objektif kajian kami yang
kedua iaitu ingin mengetahui penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti atau perhutanan di
Utan Paradise Kimanis. Penyelidik akan melihat bagaimana komuniti yang tinggal dikawasan di
kawasan Utan Paradise saling memainkan peranan dalam membangunkan pelancongan
dikawasan tersebut. Kami akan melihat adakah komuniti masyarakat di kawasan tersebut juga
terlibat dalam pembangunan pelancongan di Utan Paradise Kimanis. Teori fungsional bermaksud
saling berkerjasama atau memainkan peranan penting dalam kumpulan masyarakat tersebut
untuk mencapai objektif atau matlamat yang ingin dcapai oleh mereka. Melalui teori ini kami
akan melihat bagaimana komuniti yang tinggal disana saling membantu dan memainkan peranan
dalam pembanguan pelancongan berasakan alam semulajadi di kawasan tersebut. Penyelidik
juga akan melihat bagaiamana pekerja dan pengarah di kawasan pelancongan tersebut saling
memainkan peranan antara satu sama lain dalam memajukan kawasan tersebut. Oleh itu, teori
fungsional boleh dikaitkan dengan kajian kami kerana kami ingin melihat peranan komuniti
dalam membangunkan pelancongan ala semulajadi dikawasan Utan Paradise Kimanis.

8
Penyelidik akan tinggal di kawasan Utan Ulu Paradise untuk melihat bagaimana komuniti
memainkan peranan dalam pembangunan pelancongan dikawasan tersebut.

Teori Butler

Butler R.W telah menulis buku yang bertajuk “The concept of the tourist area life-cycle of
evolution: implications for management of resources” pada tahun 1980. Butler telah
memperkenalkan konsep evolusi kitaran hidup di kawasan pelancongan iaitu Butler telah melihat
bagaimana perkembangan pembangunan peancongan di sesuatu kawasan tersebut. Butler telah
membahagikan kepada 6 tahap dalam perkembangan pelancongan. Antara tahap-tahap kitaran
perkembangan pelancongan yang diperkenalkan oleh Butler ialah tahap penemuan (exploration),
penglibatan (involvement), pembangunan (development), kestabilan (consolidation), kurang
berkembang (stagnasi), penurunan atau penremajaan (Decline/Rejuvenation). Menurut Butler,
perkembangan sesebuah destinasi pelancongan berlaku secara evolusi dari permulaan dan
melalui beberapa peringkat sehingga akhir mengikut bilangan pelancong dan masa.
Pembangunan sesebuah destinasi pelancongan akan menempuhi enam peringkat pembangunan,
bermula dengan penerokaan, penglibatan, pembangunan, konsidilasi, pengukuhan dan tahap tepu
iaitu penurunan atau penremajaan. Setelah berada di tahap tepu, sesebuah destinasi pelancongan
dijangka sama ada menempuhi peringkat nafas baharu, stabil, ataupun merosot dengan segera,
bergantung kepada perkembangannya pada masa depan. Salah satu kelebihan model ini adalah
penekanan terhadap status penglibatan penduduk tempatan dalam evolusi pembangunan destinasi
pelancongan (Butler, 1980; Johan Afendi & Mohamad Zaki, 2012). Teori Butler ini menjelaskan
bagaimana perkembangan pelancongan dikawasan tersebut dari pada permulaan sampai berlaku
perkembangan dan sehingga pada akhirnya bergantung kepada pengusaha pelancongan
dikawasan tersebut iaitu adakah ia berlaku penurunan atau pembangunan semula pelancongan di
kawasan tersebut. Teori Butler ini boleh dikaitkan dengan kajian kami kerana penyelidik ingin
melihat bagaimana perkembangan pelancongan di kawasan Utan Paradise, Kimanis. Melalui
teori ini dapat mencapai objektif kajian kami yang pertama iaitu penyelidik ingin mengenalpasti
latar belakang dan sejarah perkembangan penubuhan Utan Paradise, Kimanis. Teori ini juga
dapat mencapai objektif kajian kami yang ketiga iaitu penyelidik ingin mengetahui cabaran yang
dihadapi oleh pengurusan Utan Paradise untuk mengekalkan kedatangan pelancong ke kawasan

9
tersebut. Iaitu, seperti dalam 6 tahap yang diperkenalkan oleh Butler yang beliau menggatakan
pelancongan dikawasan tersebut akan berlaku perkembangan dan boleh berlaku kemerosotan
dalam kawasan pelancongan. Dalam tahap terakhir iaitu tahap penurunan atau penremajaan
menggatakan perkembangan semula atau kemerosotan pelancong di sesuatu kawasan tersebut
adalah bergantung kepada komuniti dan pengurus yang mengguruskan pelancongan dikawasan
tersebut. Dalam pelancongan boleh berlaku penurunan dan pembangunan semula pelancongan
seperti yang diterangkan dalam teori Butler. Teori ini relevan untuk mengkaji impak
pelancongan ke atas komuniti kerana teori ini mengkaji tentang menerangkan bagaimana tahap-
tahap pelancongan berkembang dan dalam perkembangan itu ada komuniti-komuniti yang turut
serta dalam mengembangkan sektor pelancongan di sesuatu kawasan tersebut. Sebagai contoh,
komuniti yang terlibat ialah para pemimpin atau swasta, pengusaha-pengusaha pelancongan dan
penglibatan masyarakat dalam memajukan pelancongan di sesuatu kawasan tersebut. Teori ini
untuk meninjau transformasi pembangunan pelancongan berasaskan alam semulajadi dan
cabaran dalam pelancongan di Utan Paradise, Kimanis melalui model kitaran hayat destinasi
pelancongan yang dikemukakan oleh Butler (1980) dijadikan asas teori dalam memahami
implikasinya terhadap komuniti dan persekitarannya.

Teori Pembangunan Mapan

Pembangunan mapan atau lestari bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa
tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang (Bruntland Report,
1987). Kelestarian merupakan satu paradigma pemikiran masa depan (futuristik) dengan aspek-
aspek keseimbangan persekitaran, sosial dan ekonomi diambil kira dalam merancang
pembangunan dan penaik taraf akan kualiti kehidupan. Pembangunan Mapan adalah suatu
pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan
keperluan pada masa akan datang. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan
mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan
serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. (White &
Whitney, 1992). Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,
keperluan manusia asas, kesihatan awam,kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah
satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi

10
bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian
dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil (petty commodity
sector) menjadi penting (David Drakakis-Smith, 1995). Melalui teori pembangunan mapan ini
sangat sesuai dikaitkan dengan tajuk kajian kami iaitu iaitu pembangunan pelancongan
berasaskan alam semulajadi dan cabaran yang dihadapi dalam menguruskan pelancongan di Utan
Paradise Kimanis. Melalui teori pembangunan ini penyelidik dapat melihat bagaimana cara Utan
Paradise dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

Komuniti di kawasan ini menjadikan kawasan Hutan yang kaya dengan hidupan flora dan
fauna untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan. Kawasan Utan Paradise ini dibangunkan
sebagai kawasan pelancongan untuk menjaga atau memelihara keindahan alam semulajadi yang
terdapat di Utan Paradise. Penyelidik akan melihat bagaimana cara kawasan ini dibangunkan
menjadi pusat pelancongan tanpa merosakkan alam sekitar atau menggangu dan menjejaskan
alam sekitar dan komuniti yang tinggal dikawasan ini. Melalui kegiatan pelancongan bersaskan
alam semula jadi yang dijalankan di kawasan ini maka komuniti yang tinggal berdekatan
kawasan ini boleh bekerja di kawasan pelancongan ini serta dapat menggubah ekonomi dan
memberi keselesaan kepada mereka. Pembangunan pelancongan yang dijalankan dikawasan
Utan Paradise, Kimanis adalah lebih kepada pembangunan mapan iaitu mereka menjadikan
kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan untuk memelihara dan memulihara keindahan
alam semula jadi yang ada di kawasan tersebut tanpa menganggu keselesaan penduduk yang
tinggal di kawasan tersebut. Oleh itu, pembangunan pelancongan yang dijalankan di Utan
Paradise adalah lebih kepada pembangunan mapan kerana pusat pelancongan ini peka terhadap
alam sekitar dan komuniti yang tinggal di kawasan tersebut. Pembangunan pelancongan ini
dijalankan di kawasan hutan dan jauh dari bandar atau perumahan supaya tidak menganggu
keselesaan penduduk serta dapat memelihara kehidupan flora dan fauna di kawasan tersebut.

2.2 DEFINISI KONSEP

11
Utan Paradise Jungle Lodge adalah merupakan sebuah tempat pelancongan yang terletak di
perantaraan antara kawasan Daerah Kimanis dan Keningau iaitu kawasan bahagian Pedalaman
Sabah. Keindahan panorama serta keunikan tempat ini adalah yang menjadi sebagai salah sebuah
daya tarikkan utama para pelancong untuk datang melawat sama ada pelancong dari dalam atau
dari luar negara yang sememangnya datang dengan bertujuan untuk melancong ke tempat
tersebut. Utan Paradise Jungle Lodge yang menggunakan konsep pelancongan yang berlatarkan
kepada alam semulajadi ini juga sememangya menyediakan pelbagai pakej yang menarik kepada
pelancong yang mana ianya setentunya akan dapat memberi kepuasan ke atas para pelancong
kerana dapat merasai keindahan alam semulajadi.

Definisi pembangunan menurut Siagian (1994) mengatakan bahawa pembangunan


adalah sebagai salah “Suatu usaha atau rangkaian usaha pertumbuhan dan per ubahan yang
berencana dan dilakukan secara sedar oleh sesuatu bangsa, negara dan pemerintah, yang
menuju kepada kearah modernisasi dalam rangka pembinaan bangsa (nation building).
Pertumbuhan pembangunan dalam konsep pelancongan adalah merupakan produk utama negara
yang akan dapat membantu meningkat ekonomi sesebuah negara. Menurut Rosazman (2006),
pembangunan pelancongan di Malaysia telah diberi perhatian yang penting oleh pihak
perancangan pembangunan dan pengubal dasar 43 yang menganggap pembangunan ini sebagai
salah satu alat untuk memajukan Negara sejak tahun 1970-an. Manakala, definisi lain
pembangunan menurut Inayatullah (1976), mengatakan bahawa pembangunan adalah sebagai
sebuah perubahan menuju kepada pola-pola masyarakat yang lebih baik dengan adanya nilai-
nilai kemanusiaan yang memungkinkan suatu masyarakat mempunyai kontrol yang lebih besar
terhadap lingkungan dan tujuan politiknya, yang juga memungkinkan warganya memperoleh
kontrol yang lebih terhadap diri mereka sendiri. Namun begitu, berbeza pula pandangan Rogers
dan Shoemaker (1971), yang mengatakan bahawa pembangunan adalah sebagai salah suatu jenis
perubahan sosial, dimana idea-idea baru diperkenalkan pada suatu sistem sosial untuk
menghasilkan pendapatan per kapita dan tingkat kehidupan yang lebih tinggi melalui metod
produksi yang lebih modern dan organisasi sosial yang lebih baik, dan pembangunan juga adalah
modernisasi pada tingkat sistem sosial.

Definisi pelancongan sememangnya membawa pengertian yang meluas dan sukar untuk difahami
kerana ianya tidak menjelaskan secara mendalam apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah

12
faktor-faktor yang terlibat dalam membangunkan industri pelancongan ini. Sebagai contohnya definisi
pelancongan oleh Leiper (1981) menyatakan pelancongan 29 adalah sebagai “suatu sistem terbuka yang
mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan
iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu
industri pelancongan serta elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan
berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih dari satu hari” (Batta, 2000). Manakala , menurut Jafari
(1977) menyifatkan pelancongan adalah sebagai suatu kajian manusia yang bergerak keluar daripada
habitat semulajadi mereka serta penglibatan indiustri yang dikatakan bertindak balas pada keperluan
pelancong, dan juga kesan ke atas diri pelancong dan industri ini daripada sudut sosiobudaya, ekonomi
dan persekitaran (Batta, 2000). Sehubungan dengan itu , wujud pelbagai definisi yang lain dalam
menerangkan istilah pelancongan ini dengan lebih jelas. Maksud pelancongan mempunyai pelbagai istilah
yang ditakrifkan mengikut perspektif serta pandangan daripada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung ataupun secara tidak langsung dalam industri pelancongan. Seterusnya , berdasarkan pada kajian
yang dijalankan ini, pengkaji merasakan bahawa konsep yang diutarakan oleh Leiper (1981) adalah sesuai
untuk diaplikasikan di dalam kajian yang dijalankan ini dimana, beliau mengatakan bahawa pelancong
adalah merupakan sebagai satu sistem yang terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang
luas, iaitu elemen manusia iaitu sebagai pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan
persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih mengikut kehendak pelancong yang datang melawati
sesebuah kawasan destinasi pelancongan.

Istilah alam semulajadi pula membawa kepada maksud yang pelbagai yang mana alam
semulajadi juga sememangnya adalah membawa maksud yang sama terhadap alam sekitar.
Definisi alam sekitar menurut Mohd Nur Hakimi Razana 2004, mengatakan bahawa “Alam”
bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi , manakala “Sekitar” pula
bermaksud di tempat atau di sekeliling.seterusnya, Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa
Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu,
sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju
kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam
sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu
organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca ,
Mohd Zuhdi Marsuku, 2002. Selain daripada itu, sememangnya terdapat lagi definisi alam
sekitar iaitu menurut A. Bullock & O .Stallybrass, 1997 mengatakan bahawa istilah alam sekitar
yang dimaksudkan adalah lebih kepada kefahaman dalam “environmentalisme“, iaitu

13
menjelaskan bahawa ianya adalah merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang
memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang
berkait dengan aktiviti manusia.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam membuat kajian ini, para pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah kajian dalam
bentuk metodologi kualitatif untuk melengkapi kajian pembangunan pelancongan berasaskan
alam semula jadi dan cabaranya di Utan Paradise, Kimanis, Sabah. Pemilihan kaedah kualitatif
ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, kesesuaian untuk menerokai bidang yang
kurang diselidiki sebelum ini dan dapat memberi kefahaman yang terperinci tentang fenomena
yang dikaji (Creswell, 2002). Kedua, jika menggunakan kajian kuantitatif ia mempunyai batasan
iaitu, tidak dapat menyediakan perspektif yang kaya dan terperinci. Ketiga, kajian kualitatif
membantu penyelidik memahami lebih mendalam tentang aspek pembangunan pelancongan
berasaskan alam semula jadi dan cabaran di Utan Paradise, Kimanis. Oleh itu, berikut adalah
beberapa kaedah kualitatif yang digunakan:

Kaedah pemerhatian

Pada kaedah pemerhatian ini proses meneliti situasi pembangunan pelancongan yang ada di sana
dilakukan secara teliti seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu terutama mengenal pasti
latar belakang dan sejarah penubuhan Utan Paradise sebagai destinasi pelancongan, mengetahui
penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti atau perhutanan dan mengetahui cabaran yang
dihadapi oleh pengurusan Utan Paradise untuk mengekalkan kedatangan pelancong di Kimanis
Sabah. Selain itu, para pengkaji menjalankan kaedah ini secara sistematik iaitu mempunyai
tujuan seperti tajuk yang dipilih. Di samping itu, para pengkaji juga turut mencatat nota lapangan
terhadap pemerhatian yang akan dijalankan di Utan Paradise, Kimanis dan menggunakan
pemerhatian berstruktur. Setiap aspek yang ingin diperhatikan telah cuba dikenal pasti terlebih

14
dahulu oleh para pengkaji, pengkaji juga mahu memerhati, mendengar dan merekod maklumat
berdasarkan set aktiviti yang dikenal pasti.

Kaedah temubual

Dalam kaedah temubual ini para pengkaji mengutip data yang melibatkan interaksi secara
bersemuka (face-to-face) antara penyelidik dengan responden di Utan Paradise, Kimanis. Selain
itu, para pengkaji ini menggunakan teknik temubual tidak berstruktur atau temubual terbuka iaitu
tidak menggunakan soalan yang disediakan terlebih dahulu, ianya berlaku secara spontan supaya
responden tidak berasa segan dan malu untuk mengkongsikan jawapan yang ditanya selepas itu.
Temubual ini juga turut dirakam oleh para pengkaji bagi memudahkan untuk mengimbas
kembali dan mengumpulkan dapatan kajian.

Kaedah kajian perpustakaan

Bagi penggunaan kaedah ini, para pengkaji telah melakukan langkah pertama dengan mencari
sumber awal bagi kegunaan pada masa kajian lapangan dan untuk menambah sumber yang sudah
sedia ada. Kajian perpustakaan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kajian perpustakaan
buku-buku rujukan dan jurnal-jurnal ilmiah, laporan kajian dan maklumat daripada internet.
Untuk buku-buku dan jurnal-jurnal ilmiah, pengkaji telah mendapatkan maklumat melalui buku
rujukan dan jurnal yang terdapat di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Malahan
laporan kajian lepas juga banyak didapati. Penyelidik akan ke perpustakaan Universiti Malaysia
Sabah untuk mencari maklumat dalam bentuk buku, jurnal, tesis atau majalah yang terdapat di
perpustakaan. Penyelidik akan memilih bahan rujukan yang mempunyai kaitan dengan dengan
tajuk dan objektif kajian kami supaya ahli kumpulan penyelidik lebih memahami apa yang
hendak dikaji dan dapat memudahkan proses kajian kami.

15
Perbincangan dalam kumpulan

Penyelidik juga telah mengunakan kaedah perbincangan dalam kumpulan semasa menjalankan
kajian ini. Melalui kajian kumpulan ini penyelidik dapat menyiapkan kajian ini dengan mudah
kerana semasa dalam perbincangan ketua kumpulan telah pun membahagi-bahagikan tugas
kepada setiap ahli kumpulan supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang telah
ditetapkan. Perbincangan kumpulan ini dibuat supaya dapat meluaskan pengetahuan dalam setiap
ahli kumpulan kerana melalui kaedah ini ahli-ahli yang lain bebas untuk mengeluarkan pendapat
masing-masing. Semasa perbincangan ini kami telah mencari maklumat yang berkaitan dengan
kajian kami iaitu yang bertajuk mengkaji pembangunan pelancongan berasaskan alam semula
jadi dan cabaran, kajian kes Utan Paradise, Kimanis. Oleh itu, perbincangan kumpulan ini
merupakan salah satu kaedah yang paling sesuai digunakan semasa hendak menjalankan kajian
supaya pengkaji dapat mengatur langkah-langkah penghasilan esei.

16
4.0 DAPATAN KAJIAN

PENGENALAN

Utan Paradise merupakan sebuah pusat pelancongan pelancong yang jauh daripada kawasan
bandar ia dipenuhi dengan keadaan Hutan yang tebal dimana keadaan tempat pelancongan ini
sangat mencabar kepada pelancong yang datang dengan aktiviti yang dianjurkan. Utan Paradise
merupakan salah satu pusat pelancongan yang berasaskan Alam Semulajadi sebagaimana
sebelum ianya ditubuhkan dan dikelilingi oleh Hutan tebal yang pelbagai tumbuhan alam
semulajadi.

Menurut Rina Ilyana (2007), penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti pelancongan
dapat memberikan pelbagai impak positif kepada mereka. Tempatnya yang terletak di Jalan
Utama Bandaran Croker Kimanis Keningau dapat memberikan pelancong untuk merasai dan
mengalami sendiri situasi sebenar bagaimana berada di dalam Utan Belantara. Terdapat
sebanyak 40 ekar utama tanah yang terletak di sempadan Taman Negara Banjaran Crocker
merupakan salah satu taman yang terbesar di seluruh Sabah dengan keluasan hampir 140,000
hektar yang terlibat. Tempatnya yang terletak berdekatan dengan kawasan berbukit-bukau dan
bergunung-ganang merupakan salah satu kawasan yang dijadikan sebagai kawasan tadahan air
bagi Daerah Pantai Barat dan sekaligus ianya diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun
1984. Tempatnya yang berkordinat 5.48937 N bersamaan 116.01850 E kilometer 35 Ulu
Kimanis. Hal ini demikian, Utan Paradise mengambil langkah bertujuan untuk menjaga
pemuliharaan dan pemeliharaan hutan yang semakin pupus kerana pembangunan yang terlalu
moden. Selain itu, pengunjung juga boleh menyumbang kepada program pemuliharaan yang
dianjurkan ini melalui penanaman mahupun dengan menderma mengikut kemampuan mereka.
Oleh hal demikian, kajian yang telah dibuat pada tahun 2006 dan 2008 sangat memberikan
impak positif yang baik kepada negara. Kajian Yahaya (2006, 2008) pula melihat penglibatan
penyertaan penduduk di dalam industri ini biasanya tertumpu di kawasan-kawasan pelancongan
pada masa kini amat menggalakkan. Kajian kes ini telahpun dijalankan selama beberapa hari
pada 28, 29 dan 30 April 2016.

Menurut Nurul Azhani (2008) menyatakan sekiranya pelancongan dilihat sebagai sesuatu
yang akan memanfaatkan kepada penduduk tempatan, maka ia juga seharusnya berkait rapat
dengan tindak balas penduduk tempatan yang terlibat, penglibatan dan juga sokongan mereka

17
adalah sangat penting. Utan Paradise atau “Jungle Camp” yang terletak terletak nun jauh di
dalam Hutan di Jalan Utama Bandaran Crocker adalah ditengah-tengah Jalan Kimanis selalu
menjadi tumpuan kepada pelancong-pelancong luar seperti negara Arab, Australia, New Zealand
dan negara-negara luar. Tempatnya yang dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok-pokok, tumbuh-
tumbuhan, dan alam semulajadi yang pelbagai menjadikan tempat pelancongan ini bertambah
lebih menarik kepada pengunjung yang datang. Pelbagai aktiviti turut dianjurkan oleh pengusaha
Utan paradise itu sendiri untuk menjadikan percutian pelancong di Utan Paradise ini tidak
membosankan.

5.0 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN UTAN PARADISE

Objektif 1: Mengenalpasti latar belakang dan sejarah penubuhan Utan Paradise.

Hasil temubual daripada pengurus kawasan pelancongan ini, Encik Severinus


mengatakan bahawa pada awalnya, Utan Paradise ini merupakan hutan tebal yang terletak di Ulu
Kimanis iaitu kira-kira 68 kilometer dari bandar Kota Kinabalu atau terletak di tengah-tengah
Banjaran Crocker yang merangkumi 40 ekar tanah utama yang bersambung di sempadan Taman
Negara Banjaran Crocker, yang juga merupakan taman terbesar di seluruh Sabah dengan
keluasan hampir 140,000 hektar. Di kawasan hutan ini, ia tidak mempunyai infrastruktur
pelancongan, setiap aktiviti di hutan berlansung hanya berdasarkan kemahiran dan pengalaman
komuniti. Kawasan ini sangat kaya dengan biodiversiti dan spesies flora dan fauna yang sudah
jarang ditemui pada masa kini. Kerana nilai semula jadi yang unik, maka kawasan ini diwartakan
sebagai Taman Negara pada tahun 1984. Oleh itu, setiap pengunjung terikat dengan peraturan
pemuliharaan dan pemeliharaan yang ketat dan peraturan-peraturan apabila memasuki kawasan
hutan ini.

Justeru, kawasan tersebut pada awalnya tidak mempunyai penduduk mahupun pelancong.
Beliau telah mendapat ilham untuk menubuhkan kawasan tersebut sebagai pusat pelancong
secara persendirian semasa beliau bekerja di bahagian perhotelan yang juga melibatkan tempat
penginapan pelancong. Pekerjaan tersebut, telah memberi inspirasi untuk menubuhkan pusat

18
pelancongan sendiri. Beliau telah melihat dan menilai bahawa kawasan di Utan Paradise tersebut
boleh dibangunkan sebagai kawasan pusat pelancongan kerana terdapat keindahan alam
semulajadi yang masih belum pernah diterokai oleh manusia dan mempunyai cuaca yang sejuk
kerana berada di tempat yang tinggi. Tambahan pula, beliau dan bersama ahli keluarga menetap
di kawasan tersebut. Maka, kawasan pelancongan ini telah mula ditubuhkan pada tahun 1993
secara persendirian dengan keluasannya 8 ekar. Penubuhan kawasan pusat pelancongan ini tidak
mendapat bantuan daripada mana-mana pihak kerajaan mahupun swasta. Encik Severinus hanya
dibantu oleh ahli keluarganya di dalam mendirikan tempat ini seperti pembinaan penginapan
yang dipanggil sebagai Jungle Camp, tandas, dapur dan semua keperluan yang ada.

Pada awalnya, penginapan yang ada hanya terdapat beberapa buah bilik sahaja dan
kawasan pelancongan ini telah diberi nama sebagai ‘Homestay Kinolosodon’ berdasarkan nama
kampung tersebut iaitu Kampung Kinolosodon, Kimanis. Lalu, beliau telah membuka laman web
di internet bagi memperkenalkan kawasan tersebut sebagai percubaan dan beliau telah berjaya
menarik minat sekumpulan pelancong dari luar negara yang kali pertama menjadi pelancong di
tempat tersebut. Mereka adalah merupakan sekumpulan pelajar iaitu, dinamakan sebagai Really
International. Pada tahun 1993 juga, perubahan nama tempat tersebut telah berubah apabila
terdapat seorang pelancong yang datang dari luar negara ke tempat tersebut dan bertanya kepada
Encik Severinus tentang maksud jungle di dalam bahasa tempatan. Hasil daripada penerangan
Encik Severinus bahawa jungle itu adalah bermaksud ‘hutan’ di dalam bahasa Melayu tetapi di
dalam bahasa tempatan ia bermaksud ‘Utan’. Oleh itu, pelancong tersebut telah bercadang
supaya ‘Homestay Kinolosodon’ itu ditukar kepada nama baru iaitu ‘Utan Paradise’. Encik
Severinus telah tertarik dengan cadangan tersebut lalu memberi ketetapan nama kawasan
pelancongan tersebut adalah Utan Paradise. Pelancong tersebut mengatakan bahawa tempat itu
sesuai dinamakan sebagai Utan Paradise kerana keindahan dan kecantikan alam semulajadi yang
terdapat disana serta ia sangat jarang ditemui di luar negara, iaitu berdasarkan penerangan Encik
Severinus semasa temubual. Disamping itu, suasana kawasan ini juga sangat tenang dan sejuk.

Encik Severinus mengatakan bahawa walaupun terdapat pelancong yang datang pada
tahun 1993 semasa tahun penubuhan kawasan ini, namun ia tidak memberansangkan sehingga
Encik Severinus hampir berputus asa untuk meneruskan perniagaan beliau di dalam pelancong.
Tetapi hasil daripada sokongan ahli keluarga dan semangat kesungguhan serta sifat gigih beliau,

19
maka kawasan ini telah diubahsuai serta ditambah baik lagi. Penambahbaikan setiap penginapan
telah dibuat oleh pengusaha dengan bantuan ahli keluarga. Secara perlahan-lahan juga,
penginapan ini ditambah sedikit demi sedikit. Hal ini berlaku disebabkan kekangan dari segi
kewangan yang dihadapi oleh pihak pengurus. Walau bagaimanapun, penginapan ini sangat
selesa dan bersih. Justeru, penginapan yang ada sekarang adalah mengikut cara desa dan asasnya,
namun ia lebih baik baik dari yang sebelumnya. Dinding dan lantai penginapan utama adalah
diperbuat daripada buluh, dan bumbung yang berbentuk curam adalah mengikut kebiasaan cara
orang tempatan mendirikan rumah. Ia mempunyai beberapa bilik dengan dibahagikan kepada
dua barisan yang selari dan masing-masing disediakan empat katil bertingkat yang diperbuat
daripada kayu. Malahan, terdapat dapur disamping penginapan utama ini untuk kegunaan semua
pelancong yang ada dan dilengkapi dengan dapur gas, tempat barbeque (BBQ) dan ruang makan.
Penginapan yang lain adalah dipanggil pondok A-frame atau Jungle Camp dan terdapat juga
beberapa penginapan yang diperbuat daripada buluh selain daripada penginapan utama.

Oleh itu, selepas tempat ini diubahsuai semula mengikut kesesuaian dan atas permintaan
pelancong maka, pengurus memulakan semula perniagaan beliau. Sistem pengurusan yang baik
dan atas dorongan idea pelancong ini akhirnya membuahkan hasil yang lebih baik. Tambahan
pula, Encik Severinus sangat giat untuk mempelajari kemahiran di dalam pelancongan melalui
pengalaman-peNgalaman beliau sebelum ini. Maka kemuncak penubuhan pelancongan di Utan
Paradise ini adalah pada tahun 2002 iaitu semasa kedatangan pelancong tempatan daripada
Borneo Saintific Expediation. Keadaan ini telah menambah semangat dan dorongan kepada
beliau dan ahli keluarga untuk memajukan lagi kawasan tempat pelancongan ini. Bagi kadar
yuran untuk satu malam per seorang pelancong yang datang di tempat ini adalah, pelancong
daripada luar negara RM50, pelancongan tempatan RM 35, pelajar RM25 dan kanak-kanak yang
berumur di bawah 12 tahun ia tidak dikenakan yuran. Dapur pula akan disewa RM 50 untuk satu
malam bagi pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara. Penunjuk jalan yang bekerja
semasa jungle tracking ini adalah terdiri daripada ahli keluarga pengurus, komuniti setempat dan
juga pelajar pelancongan yang sedang mengambil praktikal terutamanya pelajar daripada
Cosmopoint.

Secara keseluruhannya, mengikut data statistik pihak pengurus jumlah pelancong yang
datang ditempat ini sejak kemuncak penubuhan, iaitu pada tahun 2002 adalah berjumlah 11, 182

20
orang atau dalam purata mengikut tahun adalah 799 pada setiap tahun. Jumlah ini sangat
memberansangkan untuk memperkembangkan dan memajukan lagi kawasan pelancongan ini
walaupun ia berada jauh daripada kawasan bandar namun ia mempunyai tarikan yang tersendiri.
Selain daripada aktiviti jungle tracking, ia juga mempunyai pelbagai aktiviti lain yang menarik
iaitu berjalan di dalam hutan, mempelajari kemahiran dan cara hidup semasa berada di hutan,
terdapat ikan urut di sungai, memerhati serangga, aktiviti perkhemahan di hutan, berenang di
sungai, menoreh getah, memerhati pelbagai jenis burung dan berjalan kaki sewaktu malam di
hutan. Semasa aktiviti jungle tracking ini dijalankan pelancong akan diberikan telefon bimbit
untuk kemudahan berhubung dengan pihak pengurus sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang
tidak diingini dan dikembalikan selepas aktiviti tersebut selesai. Aktiviti-aktiviti seperti ini
sangat menarik pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Menurut Encik Severinus,
terdapat juga pelancong yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah melalui pengalaman
seperti aktiviti-aktiviti di Utan Paradise ini dan ia memberi pengalaman yang sangat
menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan. Oleh itu, kawasan pelancongan di Utan Paradise ini
sangat dilengkapi dengan pelbagai aktiviti, penginap, kenderaan semasa kecemasan berlaku di
tempat penginapan, dapur, mini dewan, tandas dan kamar mandi, serta telefon semasa jungle
tracking dijalankan.

21
6.0 PENGLIBATAN KOMUNITI SETEMPAT DALAM AKTIVITI PELANCONGAN
ATAU PERHUTANAN DI UTAN PARADISE, KIMANIS.

Objektif 2: Mengetahui penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti pelancongan atau


perhutanan di Utan Paradise, Kimanis.

Penyelidik telah menemu bual Encik Severinus yang merupakan pengasas dan pengusaha Utan
Paradise Jungle Camp yang terletak di Kimanis. Penyelidik ingin mengetahui komuniti yang
terlibat dalam membangunkan kawasan Utan Paradise sebagai tempat perkemahan dan aktiviti
pelancongan. Hasil daripada temu bual, Encik Severinus menggatakan Utan Paradise telah
dibangunkan sendiri bersama dengan pihak keluarga serta dibantu juga oleh beberapa pihak
tertentu. Encik Severinus telah menetap di kawasan Utan Paradise sejak dari kecil lagi. Pada
awalnya, hanya Encik Severinus dan keluargannya sahaja yang bangunkan kawasan Utan
Paradis. Beliau telah membina Jungle Camp di Utan Paradise Kimanis untuk menarik minat
ramai pelancong datang ke kawasan tersebut dan kawasan tanah di Utan Paradise adalah milik
beliau iaitu seluas 8 hektar. Beliau, mempunyai cita-cita untuk membangunkan suatu kawasan
pelancongan sejak dari kecil lagi. Hasil usaha dan sikap yang tidak pernah berputus asa Encik
Severius telah berjaya menjadikan Utan Paradise sebagai Jungle Camp yang dapat menarik minat
ramai pelancong.

Antara komuniti-komuniti yang datang melawat ke kawasan Utan Paradise adalah


penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara. Antara pelancong tempatan yang datang ke
Utan Paradise ialah dari Labuan, Sarawak, Semenanjung dan penduduk tempatan yang tinggal di
Sabah. Manakala, pelancong dari luar negara yang melawat ke Utan Paradise ialah berasal dari
Amerika Syarikat (US), England (UK), Arab Saudi, Dubai, Denmark, dan Jepun. Menurut Encik
Severinus beliau juga telah dibantu oleh pengunjung tempatan dan dari luar negara yang pernah
datang ke sini untuk mempromosikan kawasan Utan Paradise kepada orang ramai dan
masyarakat di negara mereka. Iaitu, pengunjung-pengunjung yang pernah melawat ke Utan
Paradise akan menulis pengalaman dan aktiviti yang mereka lakukan semasa di Utan Paradise
dengan menggunakan blog, website, facebook, wechat dan whatsapp. Pelancong dari luar negara
akan mempromosikan dan menceritakan pengalaman mereka semasa berada di Utan Paradise
Kimanis kepada keluarga, kawan-kawan dan masyarakat di negara mereka. Melalui pengunaan
media massa maka mereka dapat mempromosikan atau memperkenalkan kawasan Utan Paradise

22
di negara mereka. Oleh itu, hasil daripada bantuan penduduk tempatan dan pelancong asing telah
menolong Encik Severinus untuk mempromosikan kawasan Utan Paradise kepada orang ramai.

Pada awal penubuhan kawasan pelancongan di Utan Paradise, Kimanis pada tahun 1993
masih kurang pengunjung yang datang tetapi pada tahun 2000 ramai pelancong yang datang
sebab ada aktiviti “Borneo Satification Organize by UMS” yang telah diadakan di kawasan Utan
Paradise. Iaitu, pihak UMS telah menjalankan kerjasama kepada Encik Severinus untuk
menjadikan kawasan Utan Paradise sebagai aktiviti Borneo Satification. Kawasan Utan Paradise
salah satu tempat yang telah dipilih dalam aktiviti pelancongan di Sabah. Pada tahun 2000 telah
ramai pengunjung yang melawat ke Utan Paradise kerana ada aktiviti yang dijalankan di
kawasan tersebut. Semasa tahun 2002 pula, baru kawasan ini diiktiraf sebagai pusat pelancongan
kerana baru dikenali oleh orang ramai. Oleh itu, hasil kerjasama daripada pihak Universiti
Malaysia Sabah dengan Encik Severinus yang menggadakan aktiviti di kawasan ini pada tahun
2000 maka kawasan ini menjadi lebih dikenali oleh ramai orang.

Di kawasan Utan Paradise Kimanis tiada organisasi kerja yang ditubuhkan kerana
pengasas Utan Paradise telah diperkenalkan oleh Encik Severinus dan dibantu oleh ahli
keluargannya sendiri. Encik Severinus tidak mengambil pekerja kerana cuma beliau dan ahli
keluargannya sahaja yang membangunkan kawasan tersebut. Menurut, Encik Severinus beliau
tidak mengambil pekerja kerana faktor kewangan yang tidak mencukupi untuk membayar gaji
pekerja dan hanya mereka sekeluarga sahaja yang bangunkan kawasan tersebut. Encik Severinus
juga dibantu oleh penduduk kampung yang ingin mencari pendapatan sampingan yang tinggal
berdekatan di kawasan tersebut. Semua pekerjaan seperti memasak, membersihkan rumah
penginapan dan dapur, membawa pelancong melawat ke kawasan Utan Paradise hanya dilakukan
oleh Encik Severinus dan ahli keluarganya sahaja. Encik Severinus menggatakan hanya dia,
isteri, 2 orang anak, dan 1 orang menantu sahaja yang mengguruskan tempat tersebut. Iaitu cuma
mereka 5 orang sahaja yang menguruskan Utan Paradise. Pembangunan atau pembinaan rumah
penginapan, dapur, khemah dan dewan mini di Utan Paradise cuma dihasilkan oleh mereka
sekeluarga sahaja. Semua kemudahan yang ada dibina mereka sendiri dan tidak mengambil
pekerja untuk membina semua kemudahan tersebut.

Menurut Encik Severinus beliau juga ada mengambil pekerja tetapi yang tidak tetap
kerana pekerja yang diambil itu adalah yang mengambil kursus latihan sahaja atau ambil pratikal

23
di Utan Paradise untuk mereka mengambil lesen di Sabah Tourism Tour. Iaitu, ramai pelajar dari
Kolej atau Universiti yang pergi mengambil pratikal di Utan Paradise Kimanis untuk menambah
pengalaman dan pengetahuan bagaimana cara untuk menguruskan pelancongan. Beliau juga
menerima pelajar yang ingin membuat kursus latihan atau pratikal d Utan Paradise. Terdapat
beberapa pelajar Universiti Malaysia Sabah yang pernah membuat pratikal di kawasan tersebut.
Oleh itu, pelajar dari Kolej atau Universiti juga ada terlibat dalam pembangunan aktiviti
pelancong di kawasan Utan Paradise iaitu pelajar yang telah membuat pratikal di kawasan ini
akan membantu Encik Severinus untuk menguruskan kawasan Utan Paradise supaya dapat
menambahkankan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka. Pelajar yang ambil pratikal di
kawasan tersebut akan ditemu duga dahulu baru dibawa masuk ke kawasan hutan untuk diberi
penerangan apa program dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di kawasan tersebut. Selepas
itu, mereka akan dilantik untuk menjadi guide pelancong atau menjadi setiausaha pelancong
dikawasan tersebut untuk membantu Encik Severinus sepanjang mereka pratikal di Utan
Paradise.

Komuniti yang terlibat juga dalam membantu menguruskan kawasan pelancongan Utan
Paradise ialah pemandu bas mini yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut. Iaitu, apabila
ramai pelancong yang hendak datang ke Utan Paradise maka Encik Severinus akan menelefon
pemandu-pemandu bas mini untuk meminta tolong pemandu bas pergi mengambil pelancong di
Lapangan Terbang Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Sekirannya, pelancong adalah sedikit maka
pelancong akan diambil oleh Encik Severinus dan anaknya sendiri di Lapangan Terbang dengan
menggunakan kereta Avanza. Oleh itu, Encik Severinus telah menjalankan kerjasama dengan
pemandu bas mini yang tinggal berdekatan Utan Paradise untuk mengambil pelancong dari luar
negara atau dalam negara di Lapangan Terbang. Peranan pemandu bas mini sangat penting
terutamannya semasa ramai pelancong yang datang ke Utan Paradise kerana keadaan kereta
Encik Severinus yang tidak mencukupi had muatan untuk mengangkut pelancong yang ramai.

Encik Severinus juga menjalankan kerjasama dengan penduduk tempatan yang menanam
sayur-sayuran yang tinggal berdekatan dengan Utan Paradise. Iaitu, menurut Encik Severinus
beliau akan membeli sayur yang ditanam oleh penduduk tempatan yang tinggal di berdekatan
dengan kawasan tersebut. Beliau akan membeli sayur dengan harga yang rendah dan berpatutan
daripada penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk tempatan juga memainkan peranan penting

24
dalam memajukan pembangunan pelancongan di Utan Paradise. Penduduk tempatan akan
membekalkan dan menjual sayur yang ditanam oleh mereka kepada Encik Severinus. Keadaan
ini memudahkan beliau mendapatkan bekalan sayur tempatan untuk dihidangkan kepada
pelancong dan memudahkan beliau supaya tidak perlu keluar jauh ke Pekan untuk mencari sayur
tempatan.

Encik Severinus juga menjalankan kerjasama dengan penduduk tempatan untuk membuat
persembahan di Dewan Mini Utan Paradise untuk dijadikan tatapan oleh pelancong asing.
Persembahan dari segi tarian, upacara, atau ritual dijalankan untuk memberi kunikan dan
menambahkan lagi aktiviti-aktiviti pelancongan di kawasan Utan Paradise. Sebagai contoh,
tarian yang dipersembahkan ialah tarian tradisional seperti tarian sumazau. Komuniti yang
dijemput untuk buat persembahan di Utan Paradise adalah golongan kanak-kanak, belia dan
dewasa. Mereka akan membuat persembahan sekirannya ada permintaan daripada pelancong
atau dijemput oleh pengusaha Utan Paradise untuk membuat persembahan di kawasan tersebut.
Oleh itu, peranan daripada penduduk Kampung juga sangat penting untuk meningkatkan lagi
mutu pelancongan di Utan Paradise dan dapat menarik ramai pelancong.

Utan Paradise, Kimanis akan dibuka dalam 24 jam untuk menjemput pelancong yang
datang dan menginap dikawasan tersebut. Pengusaha Utan Paradise akan menerima pelancong
tempatan dan dari luar negara untuk menginap di tempat tersebut tidak kira waktu jam berapa
mereka datang. Encik Severinus akan menerima pekerja penduduk tempatan dan pekerja dari
luar seperti mereka yang mengambil kursus latihan atau pratikal. Beliau juga akan mengambil
pekerja tempatan yang pelbagai bangsa seperti Murut, Dusun dan ada juga seorang pelajar
Sarawak yang ambil pratikal di Utan Paradise.

Encik Severinus akan membangunkan kawasan Utan Paradise mengikut sumber modal
yang ada. Iaitu, sekiranya dia ada pendapatan maka ia akan perlahan-lahan membina atau
membangunkan kemudahan mengikut kemampuan modal yang ada. Sekirannya mereka ada
modal maka beliau akan membeli paku, zink, simen dan sebagainnya untuk membina atau
menambahbaikkan kemudahan yang ada. Pada awalnnya, dalam masa 4 bulan sahaja beliau
membangunkan kawasan Utan Paradise bersama ahli keluargannya untuk menjadikan Utan
Paradise tempat pelancongan. Mereka juga akan menambahkan kemudahan yang ada mengikut
permintaan daripada pengunjung yang datang ke kawasan tersebut.

25
Dalam membangunkan Utan Paradise tidak ada agensi-agensi atau badan-badan NGO
atau bantuan daripada pihak kerajaan yang terlibat untuk membangunkan kawasan tersebut
kerana cuma mereka sekeluarga sahaja yang bangunkan kawasan tersebut. Selain di kawasan
Utan Paradise, Encik Severinus juga akan membawa pelancong untuk melawat ke kawasan luar
dari Utan Paradise seperti melawat ke kampung-kampung, bandar dan kawasan pelancongan
yang ada berdekatan di kawasan tersebut mengikut permintaan daripada pelancong. Dari segi
komunikasi pula cuma mereka yang berkomunikasi dengan pelancong kerana Encik Severinus
fasih dalam berbahasa English dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang luar. Beliau telah
belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan pelancong asing.

Dari segi aktiviti jungle tracking pula hanya Encik Severinus dan anaknya yang akan
membawa pelancong masuk ke dalam hutan untuk membuat aktiviti tersebut. Perjalanan aktiviti
jungle tracking mengambil masa selama 9 hari 8 malam. Setiap hari mereka akan berjalan
selama 6 jam dan akan berkhemah sekirannya ada sungai atau tasik. Sekirannya menuju ke
kawasan air terjun mereka akan melintasi kawasan Taman Negara. Encik Severinus telah
berunding dan menjalankan kerjasama untuk memberi laluan kepada mereka untuk melintasi
kawasan Taman Negara untuk meneruskan perjalanan jungle tracking. Beliau telah menghantar
surat kepada Pegawai Taman Negara supaya memberi laluan untuk melintasi kawasan mereka.
Hasil daripada perbincangan mereka telah bersetuju kerana dapat memberi keuntungan kepada
kedua-dua pihak. Setiap pelancong yang melintasi kawasan Taman Negara akan dikenakan
bayaran sebanyak RM 10 seorang dan orang tempatan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 3
seorang. Oleh itu, melalui aktiviti jungle tracking Encik Severinus telah menjalinkan kerjasama
dengan Taman Negara untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

Kebanyakan pelancong yang datang ke Utan Paradise semasa cuti sekolah dan kerja atau
berlaku musim sejuk ditempat negara mereka. Kedatangan pelancong ke Sabah semasa berlaku
musim sejuk di negara mereka adalah kerana ingin mencari tempat yang panas. Semasa aktiviti
jungle tracking, Encik Severinus akan membawa pelancong masuk ke dalam hutan untuk
menerangkan dan memperlihatkan jenis-jenis hidupan semula jadi flora dan fauna yang ada
didalam hutan tersebut. Sebelum mereka memulakan aktiviti jungle tracking pelancong akan
diberikan penerangan dahulu apa yang perlu dibawa dan dibuat semasa perjalanan. Menurut
Encik Severinus, mereka ahli sekeluarga juga akan memperkenalkan adat dan budaya yang

26
mereka amalkan kepada pelancong asing. Iaitu, mereka akan mengajar cara bercakap bahasa
Dusun, cara makan dan menghidangkan makanan tradisional kepada pelancong. Sebagai contoh,
makanan yang dihidangkan ialah Ubi Kayu, Tuhau, Linopot, dan Bosou. Hanya mereka ahli
sekeluarga yang memasak dan menyediakan makanan kepada pelancong.

Kesimpulanya, Encik Severinus telah membangunkan kawasan Utan Paradise, Kimanis


untuk dijadikan sebagai Jungle Camp untuk menarik minat ramai pelancong yang datang ke
kawasan tersebut. Semasa membangunkan Utan Paradise Encik Severinus telah dibantu oleh ahli
keluarganya dan mereka tidak mengambil pekerja untuk membantu dalam menjalankan aktiviti
pelancongan. Tetapi Encik Severinus telah mengambil dan menerima pelajar yang ingin
membuat pratikal atau kursus latihan dikawasan tersebut. Beliau juga dibantu oleh penduduk
kampung untuk mengusahakan kawasan Utan Paradise iaitu orang Kampung akan dijemput
untuk membuat persembahan budaya tradisional di kawasan tersebut. Encik Severinus juga telah
membeli sayur-sayuran yang ditanam oleh penduduk tempatan. Beliau juga meminta bantuan
daripada pemandu bas mini untuk mengambil pelancong di Lapangan Terbang, Bandaraya Kota
Kinabalu, Sabah. Encik Severinus juga menjalankan kerjasama dengan Taman Negara untuk
aktiviti Jungle Tracking. Oleh itu, pelbagai komuniti yang terlibat iaitu penduduk tempatan,
pengusaha, serta pelancong dari luar atau tempatan dalam menjayakan dan mengusahakan
aktiviti pelancongan dikawasan Utan Paradise, Kimanis.

27
7.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PIHAK PENGURUSAN UTAN PARADISE
UNTUK MENGEKALKAN KEDATANGAN PELANCONG.

Objektif 3: Mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan kawasan Utan
Paradise untuk mengekalkan kedatangan pelancong.

Utan Paradise atau nama lainnya ialah Jungle Camp Paradise sememangnya terletak di
kawasan Banjaran Crocker range iaitu bersempadan antara kawasan papar dan kimanis yang
berhampiran dengan kawasan perkampungan Ulu Kimanis. Antara yang menjadi daya tarikkan
utama bagi para pelancong untuk datang ke Utan Paradise ini ialah disebabkan oleh keunikan
tempat pelancongannya yang menggunakan konsep tinggal dalam hutan atau lebih kepada
konsep berkhemah dalam hutan ,dan bagi setiap para pelancong yang datang ke Utan Paradise
semestinya akan dapat merasai pengalaman indah tinggal di dalam kawasan hutan kerana setiap
penginapan yang disediakan di Utan Paradise adalah terdiri daripada khemah-khemah serta bilik-
bilik kecil yang diperbuat daripada batang bambu. Seterusnya, terdapat juga pengalaman lain
yang dapat dirasai oleh para pelancong kerana pusat pelancongan Utan Paradise juga turut
menyediakan aktiviti jungle tracking untuk para pelancong yang berminat untuk melihat sendiri
dan merasai pengalaman tinggal di dalam hutan belantara selama seminggu yang mana akan
diringi oleh guide yang sememangya mempunyai pengalaman dalam arah selok-belok hutan
tesebut.

Namun begitu, meskipun kawasan tempat pelancongan Utan Paradise sering menjadi
pilihan utama bagi setiap pelancong yang datang melawat ke kawasan kimanis. Pada masa yang
sama juga terdapat pelbagai cabaran besar yang sememangya perlu dihadapi oleh pihak
pengurusan Utan Paradise bagi mengekalkan kedatangan pelancongnya. Antara salah satu
cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak pengurusan Utan Paradise iaitu cabaran dari segi
kewangan. Menurut responden iaitu pemilik kepada Utan Paradise mengatakan bahawa ketika
awal permulaan bagi pembukaan tempat pelancongan tersebut ,masalah kewangan menjadi
cabaran utama dalam memastikan projek untuk membina penginapan dapat dilaksanakan dengan
baik serta mencukupi bajet. Hal ini kerana, Utan Paradise adalah merupakan perniagaan
persendirian yang dijalankan oleh pemilik yang hanya diusahakan bersama ahli keluarganya
tanpa berkaitan dengan agensi pelancongan yang lain. Menurut pemilik Utan Paradise juga
kewangan adalah merupakan cabaran utama yang penting bagi memastikan perniagaannya dapat

28
dijalankan serta dimajukkan lagi dari segi pembinaan kawasan-kawasan hutan untuk kegunaan
jungle tracking serta penambahan ruang penginapan.

Selain daripada itu juga, cabaran dari segi persaingan juga turut menjadi sebagai sebuah
isu yang perlu dihadapi oleh pihak pengurusan Utan Paradise. Persaingan yang dimaksudkan
adalah persaingan dari segi kemudahan serta pakej pelancongan yang disediakan oleh pusat
pelancongan yang lain dengan Utan Paradise itu sendiri. Pemilik Utan Paradise mengatakan
bahawa di Sabah hanya terdapat dua tempat sahaja yang menyediakan tempat pelancongan yang
berkonsepkan kepada hutan iaitu di Sandakan dan di Utan Paradise itu sendiri. Bagi memastikan
kedatangan pelancong sentiasa berterusan, pemilik Utan Paradise juga turut menjalinkan
kerjasama antara penduduk kampung iaitu yang merupakan kalangan ahli saudaranya sendiri dan
kenalan rapat. Kerjasama yang dijalankan oleh pemilik Utan Paradise dengan penduduk
kampung iaitu pemilik boleh membawa pelancong melawat ke sekitar kawasan kampung Ulu
Kimanis serta ke kawasan sungai Kinolosodon yang telah “di tagal” (tidak dibenarkan
menceroboh atau menagkap hidupan air) dan mempunyai banyak ikan yang mana mampu
menarik perhatian pelancong kerana ikan-ikan yang terdapat di sungai Kinolosodon tersebut
telah dijinakkan oleh penduduk kampung.

Dalam masa yang sama juga, selain daripada cabaran persaingan wujud juga cabaran lain
yang perlu ditempuhi oleh pihak pengurusan Utan Paradise iaitu cabaran dari segi etika
pelancong. Cabaran daripada pelancong juga menjadi isu yang sering dihadapi oleh pihak
pengurusan Utan Paradise, yang mana terdapat juga pelancong yang kurang berpuas hati dengan
kemudahan yang disediakan terutama sekali pelancong yang pertama kali merasai pengalaman
berkhemah di dalam hutan yang kurang selesa dengan kehidupan di dalam hutan telah memberi
komen yang negatif kepada pihak pengurusan Utan Paradise. Oleh kerana, konsep yang
digunakan oleh pihak Pengurusan Utan Paradise adalah lebih kepada cara yang tradisional dan
berbeza dengan konsep yang digunakan oleh pusat pelancongan yang lain maka wujudlah
beberapa komen yang negatif masyarakat terhadap kemudahan-kemudahan yang terdapat di Utan
Paradise. Sehubungan dengan itu juga, etika pelancong yang lain pula yang sering menjadi
cabaran kepada pihak pengurusan Utan Paradise iaitu pelancong kurang mengambil peduli soal
keselamatan diri mereka. Ketika sesi breifing dijalankan kebiasanya pelancong kurang memberi
perhatian ke atas apa yang di sampaikan oleh guide, dan ini menyukarkan guide untuk

29
menyampaikan sesi taklimat kerana pelancong tidak memberi kerjasama semasa sesi taklimat
dijalankan. Sekiranya pelancong tidak memberi kerjasama semasa sesi taklimat dijalankan dan
ini akan menyebabkan maklumat-maklumat yang penting akan terlepas pandang oleh pelancong
terutama sekali mengenai pantang larang yang perlu dipatuhi semasa menjalani aktiviti junggle
tracking. Sehubungan dengan itu juga, pengorbanan guide dalam memastikan keselamatan
pelancong juga menjadi sebuah cabaran yang besar ketika memasuki hutan. Sememangya
keselamatan pelancong adalah di bawah tanggungjawab guide apabila berada di dalam hutan,
dan sekiranya pelancong tidak memberi kerjasama sepanjang aktiviti jungle tracking dijalankan
hal ini akan memungkinkan berlaku sesuatu kejadian yang buruk. Sebagai salah satu contoh,
pelancong suka mengambil gambar haiwan yang berbahaya seperti ular, dan bagi mengambil
gambar tersebut mereka akan mendekati haiwan tersebut tanpa peduli soal keselamatan diri
mereka. Selain daripada cabaran menjaga keselamatan pelancong, kadang kala guide juga
terpaksa berhadapan cabaran dalam melayan karenah pelancong yang meminta barang-barang
mereka untuk di angkat oleh guide sewaktu di dalam hutan semasa aktiviti jungle tracking
dijalankan.

Walaubagaimanapun, isu dalam pengurusan penginapan juga tidak terlepas dalam


menghadapi cabaran serta masalah kerana pihak pengurusan bagi housekeping juga sering
mengalami masalah terhadap kerosakan serta kehilangan barang-barang. Kerosakan khemah
seperti terkoyak sering berlaku akibat daripada kecuaian dan kekasaran pelancong dalam
menggunakan khemah, msalah ini sememangnya telah menyebabkan kerugian ke atas pihak
pengurusan kerana kerosakan tersebut tidak dapat diganti rugi disebabkan kerja pembersihan
bagi housekeeping hanya dijalankan setelah pelancong check-out daripada penginapan , dan hal
ini bukan sahaja memberi kerugian kepada pihak pengurusan malah turut menyebabkan bilangan
kuantiti untuk penginapan khemah juga semakin berkurangan. Sehubungan dengan itu pula, bagi
mengekalkan pusat pelancongan Utan Paradise supaya sentiasa dapat beroperasi dengan baik,
responden atau pemilik Utan Paradise mengatakan bahawa dalam banyak-banyak cabaran antara
cabaran yang terbesar yang perlu dihadapi ialah bentuk pengurusan yang mana soft skill
diperlukan bagi memastikan Utan Paradise sentiasa dapat menerima pelancong tidak kira antara
dalam atau luar negara melalui iklan-iklan yang dibuat berdasarkan pada laman sosial seperti
web, blog dan juga facebook. Soft skill yang profesional diperlukan bagi memastikan Utan
Paradise sentiasa dapat dimajukkan berdasarkan pada selok belok pengurusan pelancongan yang

30
betul serta efisien. Pihak pengurusan juga mempunyai cabaran dalam berkomunikasi dengan
pelancong terutama sekali pelancong daripada luar negara yang ada kalanya tidak tahu berbahasa
Inggeris. Jesteru itu, pihak pengurusan juga turut mengambil inisiatif dengan mempelajari
banyak bahasa agar mudah untuk berkomunikasi dengan pelancong terutama sekali pelancong
daripada luar negara.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Utan Paradise yang terletak di kawasan Daerah Kimanis adalah merupakan satu
kawasan yang mempunyai keindahan alam semulajadi tetapi kawasan pelancongan ini masih
belum dikenali orang ramai. Kawasan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan
pelancongan kerana mempunyai kawasan yang strategik dan keindahan alam semulajadi di
kawasan Utan Paradise Kimanis masih terjaga. Walaupun kawasan ini belum dikenali oleh orang
ramai tetapi kawasan ini telah banyak didatangi oleh ramai pelancong asing dari luar negara
kerana mereka suka untuk melawat di kawasan-kawasan hutan yang mempunyai hidupan flora
dan fauna serta keindahan alam semulajadi. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada
pelancong yang hendak datang melawat ke Utan Paradise Kimanis. Sebelum kajian dilakukan
penyelidik telah mengetahui apa permasalahan dan objektif kajian yang hendak di kaji.
Penyelidik telah membuat definisi konsep dan kerangka teoritikal dalam rancangan penyelidikan
supaya kumpulan ahli penyelidik dapat mengetahui dan memahami apa isu atau tajuk kajian
yang hendak di kaji. Penyelidik akan membuat kajian di Utan Paradise selama 2 hari 1 malam
kerana ingin mengutip data melalui temu bual bersama pengusaha Utan Paradise serta komuniti
dan pekerja di kawasan tersebut. Penyelidik juga membuat pemerhatian serta mengutip data dan
sumber di kawasan tersebut. Namun begitu, kajian ini juga sangat penting untuk dijalankan oleh
pengkaji supaya orang ramai dapat mengenali dan mengetahui kawasan pelancongan di Utan
Paradise, Kimanis. Kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan, dan rujukan oleh pengkaji
masa akan datang. Justeru itu, kawasan Utan Paradise adalah merupakan salah satu kawasan
pelancongan yang sangat menarik dan sesuai dibangunkan untuk menjadi tarikan ramai
pelancongan tempatan atau pelancong asing. Harapan penyelidik ialah berharap kawasan Utan

31
Paradise akan menjadi pusat pelancongan yang dikenali orang ramai dan penyelidik juga
berharap kajian terhadap pelancongan alam semulajadi hendaklah diteruskan oleh penyelidik
supaya masyarakat dapat menikmati pelancongan yang ada di negara kita berasaskan keindahan
alam semula jadi. Oleh itu, kajian ini sangat penting dalam meningkatkan lagi pembangunan
kawasan pelancongan yang ada di negara kita supaya keindahan alam semulajadi sentiasa dijaga
dan dipelihara untuk genarasi akan datang.

Pelancongan bukan sahaja dapat memberikan keuntungan yang meningkat kepada


pengusaha dan pelancongan. Bahkan, ianya juga sekaligus dapat turut serta menjaga alam
semulajadi yang ada dengan membawa kepada konsep pembangunan mampan itu sendiri. Hal ini
secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk
memperkenalkan budaya dan konsep masyarakat mereka itu sendiri kepada pelancong yang
datang. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi sebelum dan semasa
mengusahakannya. Tetapi, ia memberi pengajaran yang meluas kepada pengusaha serta
organisasi yang terlibat. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi yang semakin tandus
akibat daripada kerakusan manusia untuk membuat pembangunan yang tidak teratur
menyebabkan pelbagai kerosakan yang timbul kepada Bumi. Hal ini sekaligus memberikan
kesan yang negatif kepada kesihatan manusia dimana kesihatan turut terjejas. Justeru itu, pada
masa kini akibat daripada keadaan alam sekitar yang semakin tidak dihargai ianya menyebabkan
hutan-hutan tebal ditebang. Oleh itu, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam
kehidupan seharian manusia itu haruslah dihargai, dijaga dan dipelihara agar ianya secara tidak
langsung dapat diperkenalkan kepada masyarakat umum supaya pada masa hadapan kelak ianya
tidak memberikan masalah kepada Bumi kita.

32
LAMPIRAN

Nama Severinus Usin Majakil


Umur 54 Tahun
Jawatan Pengurus Kem Utan Paradise
Kaum Dusun
Asal Papar
Senarai Nama Responden

Nama Vincent Lamik


Umur 51 Tahun
Jawatan Pemandu Pelancong
Kaum Dusun
Asal Papar

Nama Cicilia @ Brenda


Umur 50 Tahun
Jawatan AJK, Kg. Kinolosodon, Papar
Kaum Dusun
Asal Papar

Nama Ericton Severinus


Umur 33 Tahun
Jawatan Pemandu Pelancong
Kaum Dusun
Asal Papar

Nama Merilyn Severinus


Umur 27 Tahun
Jawatan Housekeeping
Kaum Dusun
Asal Papar

Nama Angelina Madasah


Umur 53 Tahun
Jawatan Housekeeping
Kaum Dusun
Asal Papar
\RRRR\

33
Foto 1.1 Menunjukkan temu bual bersama dengan pemilik Utan Paradise iaitu Encik Severinus.

34
Sumber: Kajian lapangan 2016.

35
Foto 1.2 Menunjukkan antara responden yang telah ditemu bual iaitu Puan Cecelia.

Sumber: Kajian lapangan 2016.

Foto 1.3 Menunjukkan temu bual bersama dengan Puan Angelina dan Cik Marilyn.

Sumber: Kajian lapangan 2016.

Foto 1.4 Menunjukkan penyelidik telah menemu bual Encik Vincent untuk mendapatkan
maklumat lebih lanjut.

36
Sumber: Kajian lapangan 2016.

Foto 1.5 Menunjukan kawasan tempat penginapan untuk pelancong yang datang ke Utan
Paradise, Kimanis.

Sumber: Kajian lapangan 2016.

37
Foto 1.6 Menunjukkan Dewan Mini Utan Paradise untuk pelancong berehat menjamu selera atau
hendak melaksanakan pelbagai aktiviti.

Sumber: Kajian lapangan 2016


38
Foto 1.7 Menunjukkan kawasan dapur tempat pelancong memasak atau menjamu selera.

Sumber: Kajian lapangan 2016.

39
Foto 1.8 Menunjukkan aktiviti perkemahan semasa jungle tracking di Utan Paradise.

Sumber: Kajian lapangan 2016

40
Foto 1.9 Menunjukkan suasana tempat tidur di dalam khemah penginapan.

Sumber: Kajian lapangan 2016.

41
Foto 1.8 Menunjukkan ahli kumpulan penyelidik

Sumber: Kajian lapangan 2016.

RANGKA SOALAN TEMU BUAL

42
Objektif 1: Mengenalpasti latar belakang dan sejarah penubuhan Utan Paradise sebagai
destinasi pelancongan.

-Soal dan tanya sama responden tentang sejarah penubuhan atau latar belakang Utan Paradise.

-Bilakah kawasan Utan Paradise mula dijadikan sebagai kawasan pelancongan?

-Siapakah pengasas yang menubuhkan Utan Paradise?.

-Siapa pengarah atau pengerusi di Utan Paradise Kimanis?.

-Berapakah jumlah pekerja yang bekerja di Utan Paradise?.

-Apakah matlamat atau tujuan penubuhan Utan Paradise?.

-Berapakah anggaran pelancong yang datang dalam setiap hari atau dalam setiap bulan?.

-Apakah kemudahan-kemudahan pelancongan yang ada di Utan Paradise?.

-Siapakah yang mengasaskan nama Utan Paradise?.

-Apakah kemudahan dan perkhidmatan pelancongan yang ada di Utan Paradise?.

-Bilakah tarikh Utan Paradise mula ditubuhkan?.

Objektif 2: Mengetahui penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti pelancongan atau


perhutanan di Utan Paradise.

-Siapakah komuniti yang terlibat dalam memajukan kawasan Utan Paradise sebagai pusat
pelancongan?.

-Adakah pekerja yang berkerja di Utan Paradise rakyat tempatan atau orang asing atau orang
luar?

-Adakah komuniti penduduk kampung terlibat dalam membantu memajukan dan mengusahakan
Utan Paradise, Kimanis atau keluarga Encik yang sendiri bangunkan?.

-Adakah penduduk yang tinggal berdekatan bekerja di Utan Paradise?.

-Semasa menjalankan aktiviti pelancongan, adakah Encik pernah menjalankan kerjasama dengan
mana-mana badan kerajaan atau agensi-agensi pelancongan dan NGO?.

-Semasa membangunkan dan membina kemudahan di kawasan Utan Paradise, Kimanis adakah
Encik ada menggunakan mana-mana tenaga pakar dari luar atau menggunakan kemahiran
penduduk tempatan?.

43
Objektif 3: Mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pengurusan Utan Paradise untuk
mengekalkan kedatangan pelancong.

-Apakah cabaran yang Encik hadapi semasa membangunkan Utan Paradise sebagai pusat
pelancongan?.

-Apakah cabaran yang Encik hadapi untuk mengekalkan pelancong supaya terus datang ke Utan
Paradise?.

-Bagaimanakah Encik mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi?.

-Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi dalam menguruskan Utan Paradise.

44
SURAT KEBENARAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN PENYELIDIKAN DI UTAN
PARADISE.

45
Batta R.N. 2000. Tourism and The Environment: a Quest for Sustainability: With Special
Reference to Developing Countries, and Policy Analysis on Himachal Pradesh. Publish
By Indus, New Delhi.

Butler, R.W. 1980. The concept of the tourist area life-cycle of evolution: implications for
management of resources. Canadian Geographer 24 (1), 5-12.

Gingrich. P. 1999. Fungtionalism and Person in Sosiology 250 subject notes. University of
Regina.
Haliza Abdul Rahman 2010. Penglibatan Masyarakat Pribumi Dalam Isu Berkaitan
Persekitaran:Tinjauan Terhadap Suku MahMeri di Pulau Carey, Kuala Langat Selangor.
KEMANUSIAAN 17.111-134.

Jamaluddin Md. Jahi 2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya Terhadap


Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Dalam Malaysian Journal of Environmental
Management.

Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad. 2012. Perancangan dan pembangunan

pelancongan. (Edisi kedua). Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Maimon Binti Haji Ali. 1992. Kajian Penglibatan Penduduk di dalam Industri
Pelancongan. Kajian Kes: Pinggir Pantai Negeri Terengganu (Daerah Marang,
Terengganu). Institut Teknologi MARA, Shah Alam.

Rosazman Hussin. 2009. Pengkomersialan Budaya Orang Sungai Melalui Eko-pelancongan:


Faktor Kejayaan dan Limitasi. Dalam Persidangan Seni Kebangsaan. Sekolah Pengajian
Seni. Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu pada 24-25 Julai 2009.

Rosazman Hussin dan Velan Kunjuraman. 2014. Pelancongan Mapan Berasaskan Komuniti
(CBT) Melalui Program Homestay di Sabah, Malaysia. Dalam Malaysia Journal of
Society and Space.

46
Rina Ilyana Zainal.2007. Meninjau Penglibatan Penduduk Tempatan dalam Aktiviti
Pelancongan. Kajian Kes:Kampung Serkat. Pontian Johor.(Tesis Sarjana). Universiti
Teknologi Malaysia.

Sondang P.Siagian.1994. Teori dan Praktek Kepemimpinan .Jakarta:Penerbit Rhinek


Cipta.h.192 Terry G.R. Principle Of Management.(New York: Richard.D.
Irwin, Inc.1977).

Yahaya Ibrahim.2006.Komuniti Melayu Pulau Tioman : Isu dan Cabaran dalam Konteks
Pembangunan Pelancongan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yahaya Ibrahim.2008.Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti. Penerbit Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

ZatulIffah Mohd Fuza.2008. Motivasi Sukarelawan Pelancong: Sukarelawan Raleigh


International (Tesis Sarjana). Universiti Teknologi Malaysia.

47

Anda mungkin juga menyukai