Anda di halaman 1dari 42

lOMoARcPSD|18604235

Kertas Kerja MPU3031 - Lawatan Sambil Belajar

Pengurusan Kokurikulum (Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)
lOMoARcPSD|18604235

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA


JALAN PUTRA PERDANA 3B
47130 PUCHONG,SELANGOR

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MEMBINA KERJAYA

KE KIDZANIA KUALA LUMPUR

2022

TARIKH :

3 SEPTEMBER 2022

SABTU

TEMPAT :

KIDZANIA KUALA LUMPUR

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

1.0 PENGENALAN

Proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan efektif apabila pelajar dapat menikmati
dan merasai sendiri pengalaman sebenar terutama dalam membina minat untuk menentukan
bidang kerjaya yang akan diceburi.Dalam erti kata lain pengalaman sebenar dapat menjadi
panduan kepada pelajar untuk menentukan cita-cita apabila mencapai usia
dewasa.Tambahan pula,kesedaran kerjaya pada usia muda dapat membantu mempengaruhi
konsep kendiri,perasaan nilai,kesejahteraan serta pembentukan identiti seseorang individu
(Muhd Mansur & Siti Nordinar,1989).

Selain itu,pendedahan awal kepada pelajar mengenai suatu bidang kerjaya dapat
menjadi titik permulaan untuk mereka membuat keputusan terbaik dalam kehidupan bermula
ketika berada di peringkat sekolah menengah.Hal ini dikatakan demikian kerana masih ramai
pelajar yang berada di alam sekolah menengah masih keliru untuk membuat pilihan mata
pelajaran yang hendak dipelajari di mana ianya dapat menjejaskan pilihan kerjaya.Masalah
ini timbul apabila seseorang pelajar tersebut masih kurang berpengetahuan mengenai
maklumat kerjaya dan minat diri sendiri sehingga mereka tidak mampu untuk membuat
sebarang keputusan.

Kesedaran kerjaya ini tidak dapat dipupuk hanya melalui pembelajaran teori di dalam
bilik darjah semata-mata malah perlu diberikan pendedahan secara lebih mendalam
lagi.Menyedari akan hakikat dan kepentingan mengenai pengetahuan bidang kerjaya
ini,Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana di bawah anjuran Kelab Kerjaya berhasrat
untuk menganjurkan lawatan sambil belajar ke taman tema KidZania Kuala Lumpur.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman


sendiri dalam suatu bidang kerjaya
2.2 Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan hala tuju kerjaya
2.3 Pendedahan awal kepada pelajar agar mereka bijak membuat keputusan dan
mengetahui minat kerjaya yang terdapat dalam diri sendiri
2.4 Mempertingkat kemahiran kehidupan yang tidak dapat diperoleh di dalam bilik
darjah
2.5 Kemahiran berinteraksi dan bersosial dapat dikukuhkan dalam diri pelajar

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

3.0 NAMA PROGRAM

Lawatan sambil belajar membina kerjaya ke KIDZANIA Kuala Lumpur

4.0 TARIKH DAN MASA

4.1 Tarikh : 3 September 2022 (Sabtu)


4.2 Masa : 10.00 pagi sehingga 6.00 petang

5.0 TEMPAT

KidZania Kuala Lumpur

6.0 PERASMIAN

Lawatan sambil belajar membina kerjaya di KidZania Kuala Lumpur ini akan
dirasmikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Puan
Norlia binti Daya

7.0 KUMPULAN SASARAN

Peserta adalah seramai 80 orang dari kalangan murid-murid tahun 6 dengan peserta
lelaki seramai 30 orang dan peserta perempuan seramai 50 orang.Senarai nama
peserta adalah seperti yang dinyatakan di lampiran 8 .

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

8.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti

• Ketibaan pelajar dan guru


8.00 pagi • Berkumpul di kantin sekolah
• Pelajar diberikan sarapan pagi

9.00 pagi Bertolak ke KidZania Kuala Lumpur

• Dijangka sampai di Kidzania


10.00 pagi • Pengurusan tiket masuk

Pelajar menjalankan aktiviti di


10.20 pagi
KidZania
3 September 2022
• Pelajar berkumpul di surau KidZania
(Sabtu)
1.30 tengahari • Solat Zuhur
• Makan tengah hari

2.30 petang Aktiviti di KidZania disambung semula

5.30 petang Guru dan pelajar bersedia untuk pulang

6.00 petang Bas bertolak pulang ke sekolah

7.00 petang Dijangka sampai di SKTPP

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

9.0 JAWATANKUASA INDUK KELAB KERJAYA

Pengerusi : Pn. Norlia binti Daya (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Ahmad Mustaffa bin Mt. Said (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Ezura binti Nasir (PK 1)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Fatma binti Muhammad (PK HEM)
Setiausaha : Cik Nur Faiqah Akmal binti Zamiri
Pen. Setiausaha : Pn. Roslina binti Jaafar
Bendahari : Pn. Rosni binti Abdul Kadir
Pen. Bendahari : Cik Nurul Alia binti Mohd Amin

10.0 JAWATANKUASA KERJA

Guru Penasihat : Cik Nur Faiqah Akmal binti Zamiri


Penyelaras / Ketua Lawatan : En. Zaidi bin Yassin
Bendahari : Pn. Rosni binti Abdul Kadir
AJK Unit Dokumentasi : En. Arumugam a/l Kunaisekaran
AJK Unit Fotografi : En. Khairuddin bin Abbas
AJK Unit Jamuan : Pn. Rosalinda binti Mansor
AJK Unit Pengangkutan : En. Muhammad Yaziz bin Kasran
AJK Unit Disiplin : Pn. Sharifah Afrina binti Zaid
AJK Unit Keselamatan dan Kecemasan : En. Muhaimin bin Said

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

11.0 KEWANGAN

BIL. PENDAPATAN RM Bil. PERBELANJAAN RM

Pengangkutan (Bas) Pengangkutan

• Guru
(Ditanggung kerana Bas (Pergi dan Balik) 1200.00
1 1200.00 1
bertugas) (2 buah x RM 600.00)
• Murid
(80 orang x RM 15.00)

Tiket Masuk KidZania Tiket Masuk KidZania

• Guru Pengiring • Guru pengiring


2 (Tiada bayaran) 4960.00 2 (8 orang x RM 0.00) 4960.00
• Murid • Murid
(80 orang x RM 62.00) (80 orang x RM 62.00)

Makanan dan Minuman Makanan dan minuman

• Guru Pengiring • Bihun goreng


(8 orang x RM 14.00) (80 bungkus x RM 2.00)
• Murid • Nasi dan lauk
3 912.00 3 912.00
(80 orang x RM 10) (88 bungkus x RM 6.00)
• Air mineral
(4 kotak x RM 16.00)
• Air Kotak
(80 kotak x RM 2.00)

JUMLAH KESELURUHAN 7072.00 JUMLAH KESELURUHAN 7072.00

12.0 SUMBER KEWANGAN

i. Kutipan daipada guru pengiring : RM 14.00 seorang


ii. Kutipan daripada ibu bapa atau penjaga murid : RM 87.00 seorang

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

13.0 PENUTUP

Lawatan sambil belajar yang telah dirancang ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar bagi
mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan terutama dalam menyuntik kesedaran
kerjaya dalam diri murid-murid.Hal ini bertujuan bagi memastikan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Taman Putra Perdana mendapat gambaran masa hadapan mereka dan
mengejar minat serta cita-cita dalam mencipta kehidupan dewasa yang lebih
baik.Sehubungan dengan itu,besar harapan yang diletakkan agar kertas kerja ini dapat
diluluskan agar lawatan sambil belajar yang telh dirancang ini dapat direalisasikan.Akhir
sekali,diucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan oeh
pihak Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,kedua ibu bapa penjaga murid-murid dan
pihak-pihak yang berkenaan.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

Faiqah mustaffa
(NUR FAIQAH AKMAL BINTI ZAMIRI) (AHMAD MUSTAFFA BIN MT. SAID)
Guru Penasihat Kelab Kerjaya Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Diluluskan/Tidak diluluskan oleh :

(NORLIA BINTI DAYA)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Lampiran 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA


JALAN PUTRA PERDANA 3B,TAMAN PUTRA PERDANA,
47100,PUCHONG,
SELANGOR.
KOD SEKOLAH : BBA9224 NO. TEL : 03-83119204

Kepada, Ruj. Tuan :


Semua Jawatankuasa Kelab Kerjaya, Ruj. Kami : JKK 2030/02/12/2022(1)
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,
47100,Puchong,Selangor Tarikh : 6 Jun 2022

Tuan/Puan,

MESYUARAT PELAKSANAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA KUALA


LUMPUR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa mesyuarat
tersebut akan diadakan seperti yang berikut :
Tarikh : 13 Julai 2022
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat,Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

2. Sehubungan itu,tuan/puan dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut :


3.1 Perutusan pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat
3.3 Perkara-perkara berbangkit
3.4 Hal-hal lain
3.5 Penangguhan mesyuarat

Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Yang benar,

Faiqah
(NUR FAIQAH AKMAL BINTI ZAMIRI)
Setiausaha Kelab Kerjaya
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Lampiran 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA


JALAN PUTRA PERDANA 3B,TAMAN PUTRA PERDANA,
47100,PUCHONG,
SELANGOR.
KOD SEKOLAH : BBA9224 NO. TEL : 03-83119204

Kepada, Ruj. Tuan :


Semua Jawatankuasa Kelab Kerjaya, Ruj. Kami : JKK 2030/02/12/2022(1)
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,
47100,Puchong,Selangor Tarikh : 23 Jun 2022

Tuan/Puan,

MESYUARAT PERANCANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA KUALA


LUMPUR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa mesyuarat
tersebut akan diadakan seperti yang berikut :
Tarikh : 13 Julai 2022
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat,Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

2. Sehubungan itu,tuan/puan dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut :


3.1 Perutusan pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat
3.3 Perkara-perkara berbangkit
3.4 Hal-hal lain
3.5 Penangguhan mesyuarat

Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Yang benar,

faiqah
(NUR FAIQAH AKMAL BINTI ZAMIRI)
Setiausaha Kelab Kerjaya
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

MINIT MESYUARAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA KUALA LUMPUR


Bil 2 Tahun 2022

Tarikh : 13 JULAI 2022


Masa : 2.30 Petang
Tempat : BILIK MESYUARAT

HADIR
1. Pn. Norlia binti Daya : Penasihat (Guru Besar)
2. En. Ahmad Mustaffa bin Mt. Said : Pengerusi(PK Kokurikulum)
3. Pn. Ezura binti Nasir : Naib Pengerusi 1(PK 1)
4. Pn. Fatma binti Muhammad : Naib Pengerusi 2 (PK HEM)
5. Cik Nur Faiqah Akmal binti Zamiri : Setiausaha / Guru Penasihat Kelab
6. Pn. Roslina binti Jaafar : Pen. Setiausaha
7. En. Zaidi bin Yassin : Penyelaras / Ketua Lawatan
8. Pn. Rosni binti Abdul Kadir : Bendahari
9. Cik Nurul Alia binti Mohd Amin : Pen. Bendahari
10. En. Arumugam a/l Kunaisekaran : AJK Unit Dokumentasi
11. En. Khairuddin bin Abbas : AJK Unit Fotografi
12. Pn. Rosalinda binti Mansor : AJK Unit Jamuan
13. En. Muhammad Yaziz bin Kasran : AJK Unit Pengangkutan
14. Pn. Sharifah Afrina binti Zaid : AJK Unit Disiplin
15. En. Muhaimin bin Said : AJK Unit Keselamatan dan Kecemasan

TIDAK HADIR BERSEBAB : Tiada

HADIR BERSAMA
1. Pn. Diyanah binti Amir : Penyelaras Murid Tahun 6
2. Pn. Hannah Delisha binti Mustaffa : Pen. Penyelaras Murid Tahun 6

URUS SETIA : Tiada

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

AGENDA

1.0 PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA PENGERUSI

1.1 Pengerusi mesyuarat,Encik Ahmad Mustaffa bin Mt. Said mengalu-alukan dan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan jawatankuasa yang hadir ke
Mesyuarat Perancangan Lawatan Sambil Belajar ke KidZania Kuala Lumpur.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan surah al-Fatihah.

1.3 Memaklumkan semula kandungan emel yang diterima daripada Pejabat Pendidikan
daerah Sepang mengenai Prosedur Lawatan/Pelancongan Sekolah-Sekolah di Daerah
Sepang Tahun 2022.

1.4 Berharap agar semua Jawatankuasa Pelaksana dapat mengambil cakna dan mematuhi
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan agar permohonan untuk mengadakan lawatan
dipermudahkan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil. 1/2022 bertarikh 6 Julai 2022 disahkan tanpa sebarang pindaan

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara yang dibincangkan

4.0 PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

4.1 Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Membina Kerjaya ke KidZania Kuala Lumpur telah
dibentangkan oleh Cik Nur Faiqah Akmal binti Zamiri selaku setiausaha dan guru penasihat
Kelab Kerjaya.

4.2 Kertas kerja yang telah disediakan bertujuan bagi merancang satu aktiviti lawatan di
bawah Kelab/Persatuan dengan jayanya.

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

4.3 Butiran Lawatan adalah seperti yang berikut :


Tarikh : 3 September 2022
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi-6.00 petang
Tempat : KidZania Kuala Lumpur
Anjuran : Kelab Kerjaya
Kumpulan Sasaran : 80 orang murid tahun 6

4.4 Semua ahli mesyuarat meneliti dan membincangkan kertas kerja yang mengandungi
butiran berikut :
a) Pengenalan
b) Objektif
c) Tarikh dan Masa
d) Tempat
e) Perasmian
f) Kumpulan sasaran/peserta
g) Tentatif
h) Jawatankuasa Induk dan Pelaksana
i) Kewangan
j) Penutup

Keputusan :
Semua ahli mesyuarat sebulat bersura bersetuju dengan Kertas Kerja Lawatan Sambil
Belajar Ke KIDZANIA seperti yang telah dibentangkan.

Satu salinan kertas kerja lawatan ini perlu dihantar kepada guru besar untuk
mendapatkan kelulusan.
Tindakan : Setiausaha

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Kebenaran kuasa mengutip wang dan membelanjakan wang untuk tujuan Lawatan
Sambil Belajar Membina Kerjaya ke KidZania Kuala Lumpur tahun 2022 :

5.1.1 En. Zaidi bin Yassin telah mencadangkan Puan Rosni binti Abdul Kadir diberikan
kebenaran kuasa untuk mengutip dan membelanjakan wang untuk tujuan Lawatan
Sambil Belajar Ke Kidzania,Kuala Lumpur Tahun 2022.

Keputusan :
Semua ahli mesyuarat sebulat bersuara bersetuju dengan cadangan di atas.

Surat Kebenaran Kuasa mengutip dan membelanjakan wang untuk tujuan lawatan
sambil belajar ke KidZania tahun 2022 akan disediakan oleh setiausaha dan perlu
dihantar kepada Guru Besar untuk mendapat kebenaran.
Tindakan : Setiausaha

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan
memberikan harapan agar dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dan akur dengan
setiap prosedur lawatan yang telah ditetapkan agar segala perancangan berjalan dengan
lancar.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dengan bacaan surah al-Asr.

TARIKH

Minit Mesyuarat telah disediakan pada 15 Julai 2022

Disediakan oleh,

faiqah
(NUR FAIQAH AKMAL BINTI ZAMIRI)
Setiausaha
Jawatankuasa Kerja Lawatan Sambil Belajar Ke KidZania
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Lampiran 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA,


JALAN PUTRA PERDANA 3B,TAMAN PUTRA PERDANA,
47100,PUCHONG,
SELANGOR.
KOD SEKOLAH : BBA9224 NO.TEL : 03-83119204

Kepada, Ruj. Tuan :


Ibu Bapa/Penjaga Ruj. Kami : SKTPP/02/04/037 R/ (14)
.................................................................
................................................................. Tarikh : 24 OGOS 2022

Tuan/Puan,

KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR MEMBINA


KERJAYA

Adalah dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/puan ...................................................................


dari kelas .......................................... telah terpilih sebagai peserta lawatan sambil belajar
mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 3 September 2022


Tempat : KidZania Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Bayaran : RM 87.00 Sahaja

2. Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memastikan keselamatan
murid-murid sepanjang lawatan ini dan ibu bapa/penjaga juga hendaklah menasihati anak
jagaan masing-masing untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang
aktiviti ini berjalan.

3. Pihak sekolah berharap agar pihak tuan/puan tidak akan mengambil sebarang tindakan
undang-undang terhadap sekolah sekiranya berlaku kemalangan ke atas anak jagaan
tuan/puan setelah langkah-langkah keselamatan diambil dan dipatuhi.Sila hubungi Cik Nur
Faiqah Akmal binti Zamiri di talian 017-3991620 untuk mendapatkan aklumat lanjut berhubung
dengan aktiviti di atas.

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

4. Bersama-sama dengan surat ini turut dilampirkan keratan surat jawapan yang perlu diisi oleh
kedua ibu bapa/penjaga untuk dihantar secepat mungkin.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih

Yang menjalankan amanah,

Norlia
(NORLIA BINTI DAYA)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Lampiran 4

KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA


Kepada:-
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,
Jalan Putra Perdana 3B,Taman Putra Perdana,
47100,Puchong,
Selangor.

Saya _____________________________ Nombor Kad Pengenalan ___________________


Ibu / Bapa / Penjaga kepada _____________________________________________ No. K/P
kelas ______________ dengan ini *MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN anak saya
untuk turut serta dalam aktiviti :-
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MEMBINA KERJAYA
Tarikh : 12 Februari 2022
Masa : 10.00 pagi-6.00 petang
Tempat : KidZania Kuala Lumpur

2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak
sekolah.Walau bagaimanapun,saya mengaku bahawa anak/anak jagaan saya perlu mematuhi
peraturan dan arahan sepanjang aktiviti dijalankan.
3. Saya mengesahkan bahawa anak/anak jagaan saya tidak menghidap sebarang penyakit
kritial dan membenarkan beliau menyertai aktiviti ini.Saya juga mengizinkan supaya anak saya
diberi rawatan/perubatan/pembedahan jika keadaan memerlukan tindakan segera diambil.
Sekian,terima kasih.
Tandatangan : .............................................................................................................
Nama : .............................................................................................................
Alamat Penuh Rumah : ............................................................................................................
...........................................................................................................
No. Tel Kecemasan : ...........................................................................................................

Disahkan oleh,

Norlia

(NORLIA BINTI DAYA)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Lampiran 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA,


JALAN PUTRA PERDANA 3B,TAMAN PUTRA PERDANA,
47100,PUCHONG,
SELANGOR.
KOD SEKOLAH : BBA9224 NO. TEL : 03-83119204

Kepada, Ruj. Tuan :


Yang Berbahagia Tuan Hairuddin bin Abdullah, Ruj. Kami : SGR 0092/100-22/2/1
Ketua Pengarah Pendidikan Selangor,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E,Seksyen 4,
40604 Shah Alam.
Selangor Tarikh : 1 Ogos 2022

(u.p.:Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

Tuan/Puan,

Lawatan Sambil Belajar Ke Luar Negeri-Kuala Lumpur

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan bersama-sama ini disertakan
perkara-perkara berikut untuk penerimaan dan tindakan selanjutnya :

1. Borang permohonan dari sekolah ini


2. Butiran kewangan dan intisari lawatan
3. Maklumat peserta lawatan

Sekian terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Norlia
(NORLIA BINTI DAYA)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Lampiran 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA,


JALAN PUTRA PERDANA 3B,TAMAN PUTRA PERDANA,
47100,PUCHONG,
SELANGOR.
KOD SEKOLAH : BBA9224 NO. TEL : 03-83119204

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ruj. Tuan :


Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Ruj. Kami : SGR 0092/100-22/2/1
Jalan Jambu Bol 4/3E,Seksyen 4,
40604 Shah Alam.
Selangor Tarikh : 1 Ogos 2022

Tuan,

Permohonan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Merujuk kepada perkara di atas,adalah saya dengan segala hormatnya memohon


kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan lawatan ke Taman Tema Kidzania Kuala
Lumpur pada 3 September 2022.

2. Bersama-sama surat ini disertakan butir-butir yang dikehendaki untuk tujuan di atas.

Sekian terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Norlia
(NORLIA BINTI DAYA)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

LAMPIRAN 7

PERATURAN-PERATURAN (PELANCONGAN SEKOLAH 1957)

Borang-borang permohonan untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 5 salinan


ditambah 2 salinan bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui dan disampaikan
ke Pejabat Pendidikan Daerah 5 Minggu dalam Negeri dan 5 Minggu luar Negara sebelum
tarikh pelancongan.

1. NAMA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA

3. NAMA GURU YANG MENGELOLA


2. NAMA PENGETUA/GURU BESAR
LAWATAN
NORLIA BINTI DAYA NUR FAIQAH AKMAL BINTI ZAMIRI

4. TUJUAN LAWATAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MEMBINA KERJAYA

5. NAMA GURU YANG MEMBANTU


NAMA NO. K/P
5.1 ZAIDI BIN YASSIN 940318-10-2017

5.2 MUHAIMIN BIN SAID 981116-02-4057

5.3 ROSNI BINTI ABDUL KADIR 011214-10-0686

5.4 ARUMUGAM A/L KUNAISEKARAN 020413-03-6573

5.5 KHAIRUDDIN BIN ABBAS 990731-14-9845

5.6 ROSALINDA BINTI MANSOR 010506-10-5674

5.7 MUHAMMAD YAZIZ BIN KASRAN 950210-02-6753

5.8 SHARIFAH AFRINA BINTI ZAID 941002-03-4087

6. Jenis Kenderaan : Bas (Bas sekolah / Bas Pelancongan)* / Kapal terbang


7. Tempat yang dilawati :

TARIKH NAMA DAN ALAMAT


NAMA TEMPAT
DARI HINGGA TEMPAT LAWATAN
Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5,
KIDZANIA KUALA
7.1 03.09.2022 - Mutiara Damansara, 47810
LUMPUR
Petaling Jaya, Selangor

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

LAMPIRAN 7

8. Punca pendapatan wang :


8.1 Yuran daripada murid menurut senarai dalam borang ini RM : 87.00
8.2 Punca pendapatan lain-lain RM : -
JUMLAH RM : 7072.00

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

9. Nama dan keterangan mereka yang diberikan kuasa untuk mengutip wang

Alamat penuh&No.
Bil. Nama Jawatan No. K/P Umur
Tel.
1. ROSNI BINTI BENDAHARI 011214- 21 LOT 4,TMN. PUTRA
ABDUL KELAB/PERSATUAN 10-0686 PERDANA,PUCHONG,
KADIR SELANGOR.
017-388-1720

*Potong yang tidak berkenaan


Nota : Cetakan komputer ini tidak memerlukan tanda tangan

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

LAMPIRAN 8

SENARAI MAKLUMAT PESERTA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

NO. KAD
BIL. NAMA KELAS NO. TEL
PENGENALAN

ABDUL RAQIB BIN


1 6 SERAYA 101218020187 011-2336745
ABDUL SAID

AHMAD AAQIB BIN


2 6 RESAK 101114010965 010-4562390
HASNAN

AHMAD IZZUDDIN
3 6 SERAYA 100804100873 012-3648728
BIN ABD RAHMAN

AIN BATRISYA BINTI


4 6 KERUING 100712100276 019-8753463
MUHAMMAD

ALIFF NAJMI BIN


5 6 NYATUH 100912038093 015-6377238
HAYWATA

ANIQ HAIKAL BIN


6 6 NYATUH 100408100065 016-4237237
KHALID

ASMAA SAFIYYAH
7 6 RESAK 100201105098 011-2784837
BINTI ZAIDI

AUNI SYAHIRAH
8 6 KERUING 100504140686 012-3748900
BINTI MOHD. FAUZI

9 FAIQ BIN ASMUI 6 SERAYA 100101020187 013-7257238

FALEEQ HAYYAN BIN


10 6 NYATUH 101021010641 017-3991620
ISMAIL

FARIS AIMAN BIN


11 6 RESAK 101010140175 014-0237846
SAMSUL

IFFA IZZATI BINTI


12 6 MERANTI 100308021134 019-8765342
ABDUL MALEK

IMAN FATHIAH BINTI


13 6 MERANTI 100210105646 014-2738642
RASHIDI

14 JARJIT A/L KUMAR 6 SERAYA 100810100731 011-7382647

KHAIRUL AFIQ BIN


15 6 KERUING 101101040657 018-3665780
KHAIRUL

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

NO. KAD
BIL. NAMA KELAS NO. TEL
PENGENALAN

16 LEE JONG SUK 6 RESAK 101218020187 011-2336745

MEGAT AIMAN
17 FATIHIN BIN MEGAT 6 MERANTI 101114010965 010-4562390
ABDUL AZIZ

MOHAMAD YUSUF
18 6 KERUING 100804100873 012-3648728
BIN TAIYIB

MUHAMAD QAYYUM
19 6 NYATUH 100712100271 019-8753463
BIN HUSAINI

MUHAMMAD ALIFF
20 FIRDAUS BIN MD 6 SERAYA 100912038093 015-6377238
JUSOH

MUHAMMAD AMER
21 6 KERUING 100408100065 016-4237237
HAZIQ BIN HASRIN

MUHAMMAD AQIL
22 6 SERAYA 100201105093 011-2784837
IZZUDIN BIN YAHYA

MUHAMMAD FAIEZ
23 6 MERANTI 100504140685 012-3748900
BIN NIZAM

MUHAMMAD FARIS
24 6 SERAYA 100101020187 013-7257238
BIN ROSLI

MUHAMMAD FATTAH
25 6 KERUING 101021010641 017-3991620
BIN AMIN

MUHAMMAD HAIKAL
26 6 NYATUH 101010140175 014-0237846
BIN SJAMSUDDIN

MUHAMMAD HAZIM
27 6 NYATUH 100308021139 019-8765342
BIN ZAKARIA

MUHAMMAD HISYAM
28 6 MERANTI 100210105641 014-2738642
BIN HAMID

MUHAMMAD NAIM
29 6 MERANTI 100810100731 011-7382647
BIN MOHD NIZAM

MUQRI MUSTAQIM
30 6 MERANTI 101101040657 018-3665780
BIN RAZAK

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

NO. KAD
BIL. NAMA KELAS NO. TEL
PENGENALAN

NUR AIMI NABILAH


31 6 SERAYA 101218020182 011-2336745
BINTI HUSSIN

NUR AMANINA BINTI


32 6 MERANTI 101114010964 010-4562390
AZMAN

NUR ASHIMAH BINTI


33 6 KERUING 100804100876 012-3648728
ROSLI
NUR DAYANA SAFWA
34 BINTI AHMAD 6 SERAYA 100712100278 019-8753463
MISBAH
NUR FARRAH
35 WAHIDAH BINTI MD 6 RESAK 100912038090 015-6377238
SHAHRIL
NUR HAZIQAH BINTI
36 6 NYATUH 100408100066 016-4237237
SHAH HARUDDIN

NUR HAZWANI BINTI


37 6 NYATUH 100201105098 011-2784837
MOHD SANI
NUR HUSNINA
38 WADHIHAH BINTI 6 NYATUH 100504140686 012-3748900
MOHD SHARIF
NUR IRDINA BINTI
39 6 SERAYA 100101020182 013-7257238
IDERIS

NUR SHAFIQA ELYSA


40 6 RESAK 101021010644 017-3991620
BINTI AMRAN
NUR SHAFIQAH
41 ATIRAH BINTI AHMAD 6 KERUING 101010140170 014-0237846
FIDRUS
NURAZREN SOFEA
42 6 KERUING 100308021134 019-8765342
BINTI ABD AZIZ

NURUL AIMI AFIQAH


43 6 MERANTI 100210105646 014-2738642
BINTI JAMALULLAIL

NURUL AIN BINTI


44 6 MERANTI 100810100738 011-7382647
AMRAN
NURUL AINA
45 NATASYA BINTI 6 MERANTI 101101040654 018-3665780
ARSYAD

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

NO. KAD
BIL. NAMA KELAS NO. TEL
PENGENALAN

NURUL AKMALIAH
46 6 NYATUH 101218020186 011-2336745
BINTI MOHD ZAIN

NURUL ATIQAH BINTI


47 6 MERANTI 101114010964 010-4562390
IDRUS

NURUL IZZATI BINTI


48 6 RESAK 100804100878 012-3648728
NOR AMLI

NURUL NADIAH BINTI


49 6 SERAYA 100712100276 019-8753463
AZMI
NURUL ZARIFAH
50 HANNANI BINTI 6 KERUING 100912038092 015-6377238
RAMLAN
NURULAIN
51 MARDHIAH BINTI 6 KERUING 100408100062 016-4237237
ABDUL JALIL

52 ROSLAN BIN NGAH 6 RESAK 100201105099 011-2784837

ROZAKI BIN
53 6 RESAK 100504140681 012-3748900
MAHMUD

54 ROZALI BIN MAHMUD 6 MERANTI 100101020187 013-7257238

SAIYYIDAH MARYAM
55 AMINAH BINTI 6 SERAYA 101021010642 017-3991620
ZULKAFLI
SHARIFAH AFRINA
56 6 SERAYA 101010140178 014-0237846
BINTI SYED JAFRI

SYAFIQ AIMAN BIN


57 6 SERAYA 100308021133 019-8765342
KHAIRUDDIN

SYUHADAH BINTI
58 6 NYATUH 100210105646 014-2738642
MOHD NIZAM

WAFIQ RIZQI BIN


59 6 MERANTI 100810100731 011-7382647
SULAIMAN

ZAIRUL HAKIM BIN


60 6 KERUING 101101040657 018-3665780
JAFFRI

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

NO. KAD
BIL. NAMA KELAS NO. TEL
PENGENALAN

NUR AMNAH BINTI


61 6 NYATUH 101218020186 011-2336745
LATIP

AISHAH FARHANAH
62 6 MERANTI 101114010964 010-4562390
BINTI JAMALULLAIL

ADIBAH ALYA BINTI


63 6 RESAK 100804100878 012-3648728
IDRIS

NUR SABRINA BINTI


64 6 SERAYA 100712100276 019-8753463
RAUBEL

NURATIKAH BINTI
65 6 KERUING 100912038092 015-6377238
RUSLI
DEWI ZULAIKHA
66 BINTI ACHMAT 6 KERUING 100408100062 016-4237237
SAKUR
ADREANNA SOFEA
67 6 RESAK 100201105099 011-2784837
BINTI ABDUL AZIZ

FATIEHA NADHIRA
68 6 RESAK 100504140681 012-3748900
BINTI FAIZUL AZMI

ERIKA SYAHIRAH
69 6 MERANTI 100101020187 013-7257238
BINTI AHMAD
NOR NADHIRAH
70 AFIQAH BINTI MD 6 SERAYA 101021010642 017-3991620
SAMSUDDIN
NUR AININA
71 SYUKRIAH BINTI 6 SERAYA 101010140178 014-0237846
MOHD AMAN
AMIRAH SYAFIQAH
72 6 SERAYA 100308021133 019-8765342
BINTI SOFIAN
NOR SYALSABILA
73 ADRIANA BINTI 6 NYATUH 100210105646 014-2738642
ANUAR
NIK HANI AQILA
74 6 MERANTI 100810100731 011-7382647
BINTI NIK YUSOFF

NURMAZUANI AZLIN
75 6 KERUING 101101040657 018-3665780
A/P LON

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

NO. KAD
BIL. NAMA KELAS NO. TEL
PENGENALAN

SYIFA HAZIQAH BINTI


76 6 SERAYA 101218020182 011-2336745
KAMARUDDIN

NUR ADILAH BINTI


77 6 MERANTI 101114010964 010-4562390
KHAWI

78 IZZA BINTI ENAZ 6 KERUING 100804100876 012-3648728

NUR FARISHA BINTI


79 6 SERAYA 100712100278 019-8753463
HAMZAH

ZARITH SOFEA BINTI


80 6 RESAK 100912038090 015-6377238
MUIN

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Lampiran 9

Poster hebahan aktiviti

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

TAKWIM AKTIVITI KOKURIKULUM 2022


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA

Bil. TARIKH AKTIVITI

JANUARI

1 5 JANUARI 2022 Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab,dan Unit Beruniform -1

2 12 JANUARI 2022 Mesyuarat Agung Permainan dan Rumah Sukan -1

3 19 JANUARI 2022 Latihan Sukan

4 26 JANUARI 2022 Latihan Sukan

FEBRUARI

5 2 FEBRUARI 2022 Latihan Sukan

6 9 FEBRUARI 2022 Latihan Merentas Desa

7 16 FEBRUARI 2022 Merentas Desa Peringkat Sekolah

8 23 FEBRUARI 2022 Latihan Sukan/Sukaneka

9 26 FEBRUARI 2022 Acara Akhir Sukan/Sukaneka

MAC

10 2 MAC 2022 Raptai Kejohanan Balapan dan Padang

11 9 MAC 2022 Raptai Penuh Kejohanan Balapan dan Padang

12 16 MAC 2022 Kejohanan Balapan dan Padang ke-28

13 23 MAC 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -2

15 30 MAC 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -2

APRIL

16 6 APRIL 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -3

17 13 APRIL 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -3

18 20 APRIL 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -4

19 27 APRIL 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -4

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Bil. Tarikh Aktiviti

JUN

20 8 JUN 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -5

21 15 JUN 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -5

22 22 JUN 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -6

23 29 JUN 2022 Perkhemahan Unit Beruniform

JULAI

24 6 JULAI 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -7

25 13 JULAI 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -8

26 20 JULAI 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -6

27 27 JULAI 2022 Perjumpaan Unit beruniform -7

OGOS

28 3 OGOS 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -8

29 10 OGOS 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -9

30 17 OGOS 2022 Perjumpaan Unit Beruniform – 9

31 24 OGOS 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -10

SEPTEMBER
Lawatan Unit Kokurikulum – Diuruskan oleh
32 3 SEPTEMBER 2022
Kelab/Persatuan

33 7 SEPTEMBER 2022 Perjumpaan Unit Beruniform-10

34 14 SEPTEMBER 2022 Perjumpaan Permainan -10

35 21 SEPTEMBER 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -11

36 28 SEPTEMBER 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -11

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Bil. Tarikh AKTIVITI

OKTOBER

37 5 OKTOBER 2022 Perjumpaan Kelab/Persatuan -12

38 12 OKTOBER 2022 Bulan Sukan Negara

39 19 OKTOBER 2022 Perjumpaan Unit Beruniform -12

40 26 OKTOBER 2022 Karnival Kokurikulum -Permainan/Sukan -11

NOVEMBER

41 2 NOVEMBER 2022 Karnival Kokurikulum -Permainan Sukan -12

42 9 NOVEMBER 2022 Raptai Apresiasi Kokurikulum

43 16 NOVEMBER 2022 Raptai Penuh Apresiasi Kokurikulum

44 23 NOVEMBER 2022 Majlis Apreasasi Kokurikulum

*Bulan Mei tidak akan dijalankan aktiviti kokurikulum bagi memberi ruang untuk
murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan mengulangkaji pelajaran

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

CARTA GANTT
PELAKSANAAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA KUALA
LUMPUR

JULAI OGOS SEPTEMBER


Bil PERKARA
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

Mesyuarat aktiviti Kelab


1
Kerjaya

Pelantikan jawatankuasa
2
dan pembahagian tugas

Mesyuarat perancangan
3
program
Setiausaha membuat
kertas kerja untuk
4
mendapatkan kelulusan
dari guru besar
Guru besar meluluskan
permohonan dan ahli
5
jawatankuasa
memulakan tugasan
Pengurusan surat-
6
menyurat
Merangka aturcara yang
7 akan dilakukan
sepanjang program
Ahli jawatankuasa
makanan mencari dan
8
membuat tempahan
makanan
Ahli jawatankuasa
pengangkutan membuat
9 surat kelulusan untuk
menggunakan
pengangkutan
Perjumpaan
10 Jawatankuasa Kerja
bersama pelajar
Pengagihan surat
11 kebenaran ibu bapa
kepada pelajar
Penghantaran surat
12
jawapan pelajar
13 Pelaksanaan lawatan
14 Mesyuarat post mortem

15 Pelaporan dan penilaian

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA

AJK TUGAS

1. Guru Penasihat /
Setiausaha
• Merancang aktiviti yang hendak dijalankan
• Membuat kertas kerja
• Cik Nur Faiqah Akmal binti
Zamiri
2. Penyelaras/Ketua Lawatan
• Memastikan lawatan berjalan dengan lancar
mengikut perancangan sewaktu hari kejadian
• En. Zaidi bin Yassin

• Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal


kewangan
3. Bendahari
• Menjaga dan memastikan wang kutipan
digunakan untuk lawatan sahaja
• Pn. Rosni binti Abdul Kadir
• Memastikan perbelanjaan tidak melebihi anggaran
yang ditetapkan

4. Unit Dokumentasi

• Bertanggungjawab merakam dan merekod segala


• En. Arumugam A/L
aktiviti yang berlangsung sepanjang program
Kunaisekaran
• Membantu setiausaha untuk membuat laporan
5. Unit Fotografi
atau dokumentasi setelah program berakhir

• En. Khairuddin bin Abbas

• Mendapatkan kedai makan yang menawarkan


6. Unit Jamuan perkhidmatan tempahan makanan mengikut bajet
yang ditetapkan
• Pn. Rosalinda binti Mansor • Memastikan makan dan minuman disediakan
waktu yang telah ditetapkan

7. Unit Pengangkutan • Mencari agensi yang menyediakan perkhidmatan


sewa bas yang berdaftar dan berkelulusan
• En. Muhammad Yaziz bin • Memastikan pengangkutan tersebut selamat untuk
Kasran perjalanan pergi dan balik

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

• Memantau dan memastikan murid-murid


8. Unit Disiplin
mematuhi peraturan dan arahan yang telah
ditentukan terutama ketika berada di tapak
• Pn. Sharifah Afrina binti Zaid
lawatan tersebut

• Menjaga keselamatan murid-murid terutama


9. Unit Keselamatan dan
melibatkan aktiviti luar sekolah
Kecemasan
• Sentiasa bersedia dengan pelan tindakan
sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang
• En. Muhaimin bin Said
tidak diduga

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

KEKUATAN,KELEMAHAN DAN CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN SEMASA


MEMBUAT PERANCANGAN KERTAS KERJA

Menurut Tzu (1992),apabila kita mengetahui suatu kekuatan dan kelemahan diri
sendiri dan mengetahui kekuatan serta kelemahan daripada pihak lawan,maka setiap
halangan dan cabaran pasti akan dapat ditempuhi dengan jayanya.Begitu juga konsep yang
diguna pakai sepanjang membuat perancangan kertas kerja ini di mana elemen analisis
SWOT iaitu kekuatan dan kelemahan dijadikan sebagai alat atau langkah pertama yang
membantu dalam menyediakan suatu perancangan kertas kerja yang lebih teratur dengan
peningkatan kualiti serta hasil kerja yang lebih baik pada masa akan datang
(Robinson,2007).Seterusnya,apabila kita dapat mengenal pasti kelemahan semasa
perancangan kertas kerja,cadangan atau strategi untuk mengatasi kelemahan tersebut juga
dapat dihasilkan (Porter,1985).

Analisis pertama adalah dari segi strength atau kekuatan semasa melaksanakan
perancangan kertas kerja program.Kekuatan utama semasa membuat kertas kerja ini adalah
penerimaan kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung terutama sekali daripada jawatankuasa pelaksana dan
jawatankuasa induk.Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2007),kerjasama adalah
suatu bentuk sumbangan dalam pelbagai rupa seperti bantuan
tenaga,sokongan,persefahaman dari satu pihak kepada pihak yang lain bertujuan untuk
memperoleh faedah dan kebaikan bersama.Bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing.Sebagaimana maksud kepada peribahasa ini,begitu jugalah kerjasama yang padu
diberikan oleh semua guru dalam memastikan perancangan program lawatan sambil belajar
ini dapat dihasilkan baik.Kekuatan berikutnya adalah pengalaman dalam merancang dan
menyediakan kertas kerja.Menurut Goodwin (1999),kebiasaannya jika hendak dibandingkan
dengan seseorang yang pertama kali melakukan sesuatu dengan mereka yang sudah
mempunyai pengalaman,orang yang berpengalaman dapat menyumbang kepada sesuatu
hasil kerja yang lebih baik.Hal ini dikatakan demikian kerana hasil pengalaman dan ilmu
daripada pelaksanaan kertas kerja pada sebelum ini dapat membimbing dan membantu
seorang guru untuk mengelakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama sekali gus dapat
mengembangkan pengetahuan ke arah perancangan program dan kertas kerja yang lebih
baik.Menurut Becker (1994),pengalaman dapat dikategorikan sebagai suatu aspek penting
bagi memastikan tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan bahkan pengalaman kerja
juga amat diperlukan untuk menyumbang kemahiran menghasilkan kertas kerja yang lebih
baik.Kekuatan ketiga semasa membuat kertas kerja adalah dari segi faktor insaniah yang

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

terdapat pada pihak pengurusan dan pentadbiran.Faktor insaniah yang ingin ditekankan di
sini adalah mengenai sikap atau tangunggjawab yang ditunjukkan oleh pihak atasan dan
pihak pengurusan kokurikulum.Perkara ini dikatakan sebagai sebuah kekuatan kerana
kejayaan dalam menyediakan kertas kerja bukan hanya dilihat pada kerjasama ahli
jawatankuasa bahkan pihak pengurusan sekolah contohnya guru besar turut menjadi
pemudah cara terutama dalam memberi nasihat serta kelulusan untuk menjalankan
program.Menurut Lagrosen dan Lagrosen (2005),faktor insaniah adalah faktor penting dalam
membina pengurusan yang berkualiti serta membantu penambahbaikan secara
berterusan.Kekuatan yang terakhir adalah pengkhususan aktiviti yang terdapat di dalam
takwim aktiviti kokurikulum sekolah.Pengkhususan ini memudahkan perancangan dan
perangkaan kertas kerja kerana tarikh aktiviti telah ditetapkan maka jangka masa penyediaan
kertas kerja juga adalah lebih sistematik dan tersusun.

Seterusnya,kelemahan yang didapati sepanjang membuat kertas kerja.Pertama


adalah di bahagian prosedur-prosedur penyediaan kertas kerja yang rumit.Hal ini dikatakan
demikian kerana kelulusan kertas kerja hanya boleh diluluskan oleh pihak atasan sekiranya
segala maklumat yang terdapat di dalam kertas kerja tersebut adalah tepat dengan mengikut
format yang betul.Oleh itu,kertas kerja ini dihasilkan dangan penuh ketelitian terutama di
bahagian lampiran yang memerlukan penyediaan-penyediaan surat rasmi untuk diberi kepada
pihak berkenaan.Menyentuh mengenai penyediaan surat-surat,kelemahan seterusnya adalah
berlaku kecelaruan format rasmi penulisan surat.Perubahan tahun turut mengubah
pandangan dan pendapat dalam format-format penulisan surat.Buktinya dapat dilihat melalui
contoh-contoh surat yang dipaparkan di laman carian internet.Kekeliruan dalam mencari
format yang betul menjejaskan dan melambatkan penyediaan kertas kerja.Selain
itu,kelemahan semasa membuat kertas kerja ini adalah pindaan tarikh yang berlaku di dalam
takwim aktiviti kokurikulum di mana ianya menjejaskan peruntukan masa yang telah
ditetapkan untuk menyelesaikan kertas kerja ini.Hal ini berlaku apabila terdapat beberapa
aktiviti kokurikulum yang terpaksa dipinda atas sebab-sebab tertentu contohnya keadaan
cuaca yang buruk maka secara tidank langsung ianya juga dapat menganggu tarikh-tarikh
yang dinyatakan di dalam kertas kerja.Kelemahan terakhir adalah perbezaan dan
kepelbagaian pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.Perbezaan
pandangan adalah suatu perkara biasa dalam kehidupan seorang manusia,lebih-lebih lagi
dalam mencapai kata putus untuk membuat sesuatu keputusan atau mendapatkan hasil yang
sempurna.Masalah perselisihan pendapat ini hanya timbul apabila kertas kerja menyentuh
mengenai beberapa perkara berbangkit misalnya mengenai bajet kewangan,jenis
pengangkutan dan sebagainya.

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Wujudnya kelemahan dalam penyediaan kertas kerja dapat diatasi dengan cadangan-
cadangan dan beberapa jalan penyelesaian yang bernas.Menurut Maddux dan Snyder
(1997),apabila seseorang itu mencari kaedah penyelesaian masalah,sebenarnya telah
terdapat beberapa penyelesaian lain yang masih kurang jelas yang mendorong individu
tersebut mencapai matlamatnya dengan bersungguh-sungguh.Cadangan bagi mengatasi
masalah prosedur kertas kerja yang rumit antaranya adalah dengan sentiasa berfikiran
positif.Meskipun suatu tugasan yang dibuat adalah sukar namun sekiranya seseorang individu
tersebut sentiasa berfikiran positif,ianya akan membantu kepada pencapaian hasil yang baik
mengikut langkah demi langkah.Hal ini dikatakan demikian kerana tahap pemikiran yang
positif dapat meningkatkan aspek positif dalam diri seperti potensi,semangat,tekad serta
keyakinan diri sendiri yang amat berguna sepanjang proses menyiapkan kertas kerja (Roseni
Arifin,2011).Penyelesaian kedua ini adalah bagi mengatasi kelemahan untuk mencari format-
format penulisan rasmi yang betul.Hal ini dapat dikaitkan dengan satu pepatah Melayu yang
menyebut “malu bertanya sesat jalan,malu mengayuh perahu hanyut”.Oleh itu,masalah
kecelaruan ini dapat diatasi sekiranya kita rajin menggunakan kemahiran bertanya kepada
seseorang yang lebih mahir bagi mencapai matlamat dan menyelesaikan permasalahan
(Ribowo,2006).Contohnya,dalam masalah kekeliruan format penulisan ini boleh diselesaikan
dengan merujuk kepada guru-guru mahir dalam bidang persuratan di
sekolah.Kemudian,cadangan yang dapat dikemukakan masalah pindaan tarikh yang berlaku
di dalam takwim aktiviti kokurikulum adalah dengan mengatasi sikap bertangguh.Perubahan
tarikh adalah satu masalah yang tidak dapat dijangka oleh semua pihak tidak kira siapa pun
mereka.Maka antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan tidak melengah-lengahkan
proses penghasilan kertas kerja tersebut di mana jika terdapat masalah di luar jangkaun
seperti berlakunya pindaan tarikh di takwim aktiviti kokurikulum,kesilapan yang hanya perlu
dibetulkan berada pada kuantiti yang sedikit.Selain itu,kelemahan perbezaan pendapat
dicadangkan untuk diselesaikan melalui perbincangan atau mesyuarat.Menurut Noresah
Baharom (2000),mesyuarat dapat ditafsirkan sebagai satu perundingan yang diadakan oleh
dua orang atau sekumpulan individu bagi membicarakan sesuatu atau bagi memperoleh
sesuatu keputusan dan perbicaraan.Jelaslah perselisihan pendapat yang berlaku dalam
kalangan jawatankuasa ini juga dapat diatasi melalui perbincangan.

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

Tuntasnya,dapat disimpulkan bahawa analisis SWOT dalam melihat kekuatan serta


kelemahan semasa membuat kertas kerja merupakan langkah atau medium yang dapat
membantu mengembangkan pengetahuan serta mengesan perkara-perkara yang dianggap
remeh di mana sebenarnya ianya dapat mempengaruhi sama ada dalam penghasilan kertas
kerja atau tugas-tugas lain (Steiner dan Miner,1997).Bukan itu sahaja,kekuatan yang dikenal
pasti dapat dijadikan sebagai satu alat penting untuk kekal menghasilkan sesuatu yang
berkualiti manakala setiap kelemahan yang terdapat sepanjang perancangan projek dapat
membuahkan cadangan untuk mencapai sesuatu matlamat tidak kira sama ada berhubung
dengan matlamat jangka panjang atau menjadi satu panduan untuk tidak mengulangi
kesilapan yang sama pada masa akan datang (Chandler,1962).

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)


lOMoARcPSD|18604235

RUJUKAN

Noresah Baharom, N. (2000). Mengapa Pelajar Takut Bertanya dalam Kuliah?: Sebuah Kajian di
Universiti Malaysia Kelantan. Jurnal Personalia Pelajar, 13-22.

Becker, H. (1994). Human capital : a theoritical and emprimical analysis. Journal of Linguistic, 201-
285.

Chandler, A. D. (1962). Struktur dan Strategi. Retrieved from Researchgate:


https://www.researchgate.net/publication/256495098_Strategy_and_Structure

Goodwin, M. (1999). Penyertaan (Participation). Journal of Linguistic Anthrpology, 177-180.

Lagrosen, L. d. (2005). “Effects of Quality Management A Survey of Swedish Quality Professionals”.


International Jurnal of Operation & Production Management, 52-940.

Miner, S. a. (1997). Kebajikan dan strategi pengurusan. Erlangga Publication.

Porter, M. E. (1985). Competitive Advantage ; Performance Consistency. New York Publication.

Dewan Bahasa dan Pustaka, D. B. (2007). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ribowo. (2006). Menggabungkan Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam. LSP
International Journal, 101-116.

Robinson, V. (2007). The leadership of the improvementof teaching and learning: lessons from
initiatives with positive outcomes for students. Australian Journal of Education, 247-262.

Siti Rahayah Ariffin, R. A. (2011). Faktor kecerdasam pelbagai dalam pembantukan profil remaja.
Malaysia Journal of Learning and Instruction, 183-204.

Snyder, C. R. (1997). Teori harapan : Pelangi pemikiran. Jurnal psikologi dan klinikal, 184-200.

Tzu, S. (1992). Seni Berperang. PT Gramedia Group.

Downloaded by MOHAMAD SAUFI BIN BADRUNNAHAR (t12244@serdangbaru2.edu.my)

Anda mungkin juga menyukai