Anda di halaman 1dari 8

Tajuk forum : REMAJA LARI DARI RUMAH.

Punca dan jalan penyelesaiannya Pengerusi: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan forum remaja peringkat Daerah Kuala Selangor di dalam dewan yang damai dan indah ini. Pada pagi yang cukup berbahagia ini, saya .. dan ahli-ahli panel akan membincangkan satu tajuk yang cukup panas pada masa kini iaitu, remaja lari dari rumah. Punca dan jalan penyelesaiannya Bagi memperincikan isu ini secara halus dan telus, saya dengan rasa besar hati memperkenalkan tiga orang ahli panel yang cukup berwibawa dan berketrampilan. Semoga dengan kehadiran ketiga-tiga ahli panel kita ini, Masalah remaja lari dari rumah. Punca dan jalan penyelesaiannya dapat dikupas dan dirungkai sedalam-dalamnya sebentar sahaja lagi. Baiklah saya perkenalkan yang di sebelah kanan dahulu. Orangnya .. . Beliau ialah Saudari , pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah dari kelas 5 .. . Apa khabar ? Di sebelah kiri saya ialah , dari kelas 5 , memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Kadet Polis . Manis senyumannya pagi ini, tampak sihat dan berseri-seri. Panel kedua jawab: Ya cik pengerusi.. Ahli panel kita yang ketiga, duduk di hujung sana, saudari , pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dari kelas 5 pun sama nampak begitu bersemangat dan bertenaga pada pagi ini.. Saudari pula bagaimana hari ini? Sihat? Hadirin sekalian, sejak kebelakangan ini, kita semakin kerap mendengar berita mengenai remaja yang hilang atau lari dari rumah. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, beliau mengingatkan ibu bapa agar membuat laporan polis jika mendapati anak mereka hilang dalam tempoh 48 jam. Laporan polis mestilah dibuat kerana dibimbangi kes tersebut ada hubung kait dengan jenayah. Namun persoalannya di sini, adakah mereka ini benar-benar hilang? Atau sebaliknya lari dari rumah? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan remaja semata-mata kerana terdapat pelbagai punca mengapa golongan ini lari dari rumah? Bagi membincangkan isu ini dengan lebih terperinci, eloklah kiranya kita mengetahui pengertian dan konsep remaja lari dari rumah supaya kita semua lebih jelas akan permasalahan ini. Justeru itu saya mempersilakan panel pertama untuk memulakan sesi perbincangan kita pada pagi ini dari segi konsep remaja lari dari rumah. Punca dan jalan penyelesaiannya. Dipersilakan cik .. .

Panel 1 : Terima kasih cik pengerusi yang .. . Secara umumnya, remaja yang lari dari rumah adalah remaja yang meninggalkan rumah dengan serta-merta tanpa memberitahu ibu bapa ke mana hala tujuan mereka. Mengikut kamus dewan Edisi Keempat, lari bermaksud meninggalkan sesuatu tempat tanpa kebenaran. Menurut kajian Loh Kha Bee (2009), lari dari rumah ialah satu tingkah laku atau perbuatan meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa. Biasanya mereka ini akan menuju ke satu tempat yang tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Terdapat pelbagai punca yang dikesan telah mendorong mereka untuk bertindak sedemikian. Mereka ini sebenarnya telah berniat untuk tidak pulang semula ke rumah mereka. Sesetengah golongan remaja pula hanya akan pulang dalam jangka masa tertentu seperti dalam beberapa hari, beberapa bulan dan adakalanya bertahun-tahun. Malah ada juga remaja yang langsung tidak kembali ke pangkuan keluarga hingga disahkan sebagai orang hilang. Berbalik kepada tajuk perbincangan ini, kita akan memperincikan punca mengapa remaja lari dari rumah dan langkah-langkah untuk menanganinya. Sebenarnya, remaja yang lari dari rumah adalah mereka yang putus asa dan tidak gembira apabila berada di rumah (Santrock,2005). Mereka yang terlibat dalam masalah ini kerap menunjukkan simptom mudah bosan, tangan dan kaki berpeluh, hilang selera makan, panik, sering mengelamun, takut gagal, bimbang keterlaluan dan fikiran bercelaru. Paling parah lagi mereka ini hidup dalam tekanan, mudah menangis dan kecewa.Sebagai contoh, remaja yang mempunyai konflik keluarga , ibu bapa yang bercerai-berai, ditambah lagi dengan masalah kemiskinan menjadikan remaja hidup dalam tekanan yang amat dahsyat. Segelintir remaja di luar sana didapati tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu masalah yang melanda diri mereka. Konflik dan keretakan rumah tangga jika dibiarkan menjadikan anak-anak menanggung penderitaan jiwa lalu lari dari rumah dengan tujuan mencari kedamaian. Cik pengerusi, saya rasa cukuplah dahulu penjelasan saya terhadap soalan yang dikemukakan tadi.

Pengerusi: 2

Terima kasih cik pengerusi kerana memberikan pengertian yang begitu jelas dan padat sekali. Sememangnya kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan. Keadaan ini jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadikan isu ini sebagai berita utama. Dan sebentar tadi juga, panel pertama ada menyebut konflik antara ibu dan bapa serta keretakan rumah tangga menyebabkan anak-anak remaja yang bermasalah ini bertindak lari dari rumah. Soalan saya kepada panel kedua, apakah benar kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi punca utama masalah ini? Untuk itu, dipersilakan cik untuk memberikan pendapat.

Panel ke-2 : Terima kasih cik pengerusi kerana melontarkan satu soalan yang cukup baik sekali. Ya, kegagalan ibu bapa memainkan peranannya menjadi penyebab utama kepada permasalahan ini. Percayakah anda semua, bahawa rumah adalah punca remaja lari dari rumah? Sejak tahun 2010 hingga 2012 sahaja terdapat 1,309 kes remaja dan kanak-kanak lari dari rumah. Sebahagian besar mereka berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Mengapa mereka perlu lari jika rumah mereka sangat aman, tenteram dan bahagia? Mengapa mereka perlu lari jika mereka mendapat cukup kasih-sayang daripada ibu bapa mereka? Mengikut statistik, remaja yang lari mengikut teman lelaki menduduki ranking teratas berbanding terpengaruh dengan rakan, diikuti masalah keluarga dan inginkan kebebasan. Memang benar cinta itu buta, tetapi anak-anak yang buta kerana cinta ini pastinya kurang mendapat perhatian ibu bapa ketika di rumah. Kegagalan ibu bapa memberikan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya sehingga mengabaikan keperluan anak-anak menjadi pendorong kepada remaja untuk melarikan diri dari rumah. Segelintir ibu bapa dilihat tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin bagi membimbing dan mencorak peribadi anak-anak ke arah kebaikan. Contohnya ibu bapa berperanan membina jati diri dan keyakinan terhadap diri anak-anak. Walaupun sudah nampak ada tanda-tanda kemurungan dalam kalangan anak-anak mereka namun sikap lepas tangan mereka, anak-anak terus memendam rasa. Ibu bapa kerap memberi alasan yang mereka sibuk di tempat kerja sehingga waktu bersama anak-anak terbatas. Ibu bapa juga kurang berkomunikasi dengan anak-anak malah tidak pernah bertanya apakah masalah yang sedang mereka hadapi. Paling menyedihkan rata-rata remaja yang lari dari rumah ini didapati kurang didikan agama. Mereka bertindak mengikut perasaan kerana tidak mampu berfikir secara rasional terhadap tindakannya itu. Ramai ibu bapa di luar sana yang tidak menekankan pendidikan agama anak-anaknya. Sebilangan besar remaja ada yang tidak tahu membaca al-quran dan tidak mengerjakan solat. Mereka tidak dirotan dan dihukum sekiranya tidak melaksanakan perkara yang wajib dituntut oleh agama islam ini. Sebagai contoh, ada sebahagian ibu bapa yang membiarkan anak gadisnya keluar rumah dengan teman lelaki sehingga lewat malam. Ada juga si gadis yang berani membawa teman lelaki sekolah mereka masuk ke bilik kononnya untuk mengulang kaji pelajaran. Mereka juga tidak suka ditegur dan ditegah daripada melakukan perkara di luar batasan tersebut. Akibatnya, jika hati sudah tidak tahan dikongkong mereka akan melawan ibu bapa dan sanggup keluar dari rumah Sesungguhnya, ibu bapa wajar menerapkan pendidikan agama dalam diri anak-anak supaya mereka tidak mudah melakukan sesuatu perkara di luar batasan. Cik pengerusi, saya kira saya sudah menjawab pertanyaan cik pengerusi tadi. Terima kasih.

Pengerusi: Saya setuju dengan pandangan .. . Fakta telah membuktikan bahawa institusi kekeluargaan adalah penentu kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Dalam hubungan ini, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dapat dibuktikan melalui hadis nabi Muhammad SAW yang berbunyi : Setiap anak yang dilahirkan adalah suci bersih, maka terpulanglah ibu bapanya mencorakkan masa depan anaknya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Namun begitu, ibu bapa tidak wajar dipersalahkan 100% terhadap masalah yang berlaku. Sebenarnya, setiap ahli masyarakat memikul tanggungjawab dalam memastikan masalah moral remaja dapat dibendung. Soalan saya kepada panel ketiga, apakah benar pengaruh luar menyebabkan anak remaja sekarang terutama perempuan mudah terpedaya untuk lari dari rumah? Dipersilakan.

Panel ke-3: Memang benar kata-kata pengerusi tadi. Punca kedua remaja lari dari rumah adalah disebabkan oleh persekitaran luar. Kecenderungan terkini menunjukkan anak gadis kita begitu mudah percaya dan terpedaya dengan lelaki yang mereka baru kenali terutama melalui internet. Perkara ini terjadi jika diteliti berbalik semula kepada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai naluri dan ilmu keibubapaan pastinya menyebabkan anak-anak tidak mesra dengan mereka. Apabila tidak mesra, anakanak lebih banyak berbual dan mencurahkan permasalahan dengan rakan-rakan sebaya atau orang luar. Ini akan menjadikan hubungan anak akan lebih dominan dengan rakan atau orang lain. Remaja juga terlalu ghairah terhadap laman sosial seperti facebook dan twitter hingga memberi jalan kepada mereka untuk melakukan masalah ini. Kita tahu, laman sosial selalu dijadikan oleh para remaja bermasalah ini sebagai tempat untuk meluah perasaan dan masalah mereka. Dibimbangi ada antara rakan-rakan laman sosial ini mencucuk mereka supaya keluar dari rumah untuk melegakan tekanan. Remaja yang tidak matang dan tidak mampu berfikir natijah daripada perbuatan tersebut tentunya menuruti cadangan untuk melarikan diri dari rumah. Berdasarkan laporan daripada pihak polis, sebanyak 74% daripada kes lari dari rumah, adalah akibat terpengaruh daripada persekitaran luar yakni membabitkan 1,061 daripada keseluruhan 1,436 kes. Jumlah tersebut sangat membimbangkan kita. Terdapat segelintir remaja yang terlalu menginginkan kebebasan menjadikan mereka sanggup untuk melarikan diri dari rumah. Mereka sanggup mengikut rakan yang baru dikenali kerana terpedaya dengan helah rakan yang tidak baik ini yang sering menjanjikan pekerjaan jika lari dari rumah. Misalnya, seseorang remaja lepasan sekolah ingin berasa hidup bebas di luar dengan alasan untuk bekerja. Oleh sebab ibu bapa tidak membenarkan mereka untuk keluar bekerja, menjadikan jiwa mereka memberontak. Akibat bosan dan banyak perkara tidak dapat dilakukan, mereka berani meninggalkan keluarga jika ada orang luar yang acap kali mengajak mereka untuk lari dari rumah. Sememangnya remaja adalah golongan yang singkat akalnya, suka melakukan sesuatu itu mengikut kata hati. Apabila sudah terkena barulah mereka sedar akan kesilapan. Jika masih belum terkena akibatnya, bagilah nasihat banyak manapun hati mereka bagaikan tertutup. Jadi tidak hairanlah mengapa semakin banyak yang kita dengar hari ini ramai gadis diperdaya menjadi keldai dadah dan lari ke Lombok gara-gara tidak mampu berfikir secara waras. Itu sahajalah pendapat saya cik pengerusi dalam hal ini.

Pengerusi: Saya tertarik dengan ayat terakhir panel ketiga tadi berkenaan episod remaja lari ke Lombok. Mutakhir ini, seolah-olah tren remaja hilang adalah mengikut jejaka Lombok. Apa sebenarnya sudah jadi dengan gadis-gadis di Malaysia ini ya, ahli-ahli panel. Adakah semua ini akibat panahan asmara jejaka Lombok ? Saya mohon panel pertama memberikan penjelasan. Dipersilakan. Panel pertama: Ya terima kasih cik pengerusi. Remaja lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki dikatakan sebagai punca ketiga mengapa remaja terlibat dalam kes ini . Cuma merujuk kepada soalan cik pengerusi tadi, saya akan fokuskan kepada tren remaja perempuan mengikut jejaka Lombok, memang patut kita perbincangkan pada hari ini. Satu demi satu kita dengar, kebanyakan remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini sebenarnya lari dari rumah mengikut jejaka Lombok pulang ke kampung halaman mereka di Lombok. Sebelum itu, marilah kita mengenali siapa sebenarnya jejaka Lombok ini. Mereka ini adalah pekerja kontrak di negara kita yang bekerja dengan subkontraktor kecil seperti membuat rumah, melantai, membina pagar dan ubah suai rumah. Kemahiran bertukang rumah membolehkan mereka membawa balik sejumlah wang dan membina rumah besar di Lombok. Mereka bergaul mesra dengan penduduk Melayu dan masyarakat di negara kita. Mereka pandai mengaji, tidak tinggal sembahyang, berjemaah di surau dan di masjid serta banyak membantu masyarakat setempat ketika kenduri-kendara. Semasa di kampung-kampung inilah mereka berkenalan dengan anak gadis tempat mereka bekerja. Perkenalan awal inilah akhirnya berubah pula kepada cinta yang tidak direstu. Mereka yang terjebak dalam permasalahan ini sebenarnya memberi isyarat kepada kita yang dirinya memerlukan kasih sayang dan seseorang untuk didampingi. Jejaka Lombok sangat pandai mengayat, tutur katanya sangat manis sehingga mampu mencairkan hati si gadis yang dahagakan kasih sayang ini. Mereka juga seorang pendengar yang baik. Mereka pandai merancang dan mengumpan dengan cara halus untuk memikat gadis-gadis di negara ini. Mereka suka menabur hadiah terutama sekali topup(kredit tambah nilai). Ya topup. Ada yang kata, ukuran cinta bagi kanak-kanak dan remaja sekolah ialah topup Bagi jejaka Lombok pemberian topup dan menjadi pendengar yang baik akan menambahkan lagi rasa cinta gadis-gadis ini. Jika rahsia cinta sudah sampai ke pengetahuan keluarga sudah tentu ibu bapa akan menghalangnya. Oleh sebab terlalu cinta, mereka sanggup mengikut jejaka Lombok ini pulang ke Indonesia. Contoh satu kes,sebuah keluarga dari Pahang berkongsi masalah yang dihadapi keluarganya akibat sikap warga Indonesia yang tidak tahu mengenang budi. Ini kerana sudah enam tahun keluarganya hidup dalam kesedihan setelah anak sulung perempuan keluarga itu dilarikan ke Lombok. Warga Indonesia terbabit hanyalah pekerja kontrak yang membantu membuat pagar di rumah keluarganya sebelum kejadian itu. Begitulah cik pengerusi, demi cinta mereka rela melakukan apa sahaja walaupun terpaksa membelakangkan orang tua dan keluarga.

Pengerusi: Memang sungguh menyedihkan kisah yang berlaku di Pahang itu. Itu antara kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa, bagaimana pula dengan kes-kes sebegitu yang tidak dilaporkan. 5

Dianggarkan masih ada sekitar 500 ke 600 gadis melayu yang masih berada di sana. Mereka ini rataratanya meminta bantuan untuk kembali pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan hidup di sana. Itulah antara bahana akibat terlalu ikutkan kata hati, lari dari rumah. Baik, soalan saya seterusnya, tanggungjawab siapakah sebenarnya untuk menangani isi remaja lari dari rumah ini ? Saya mohon panel kedua untuk mengulas persoalan ini. Panel ke-2: Terima kasih pengerusi. Salah satu langkah terpenting mengatasi masalah ini ialah dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Kita sedia maklum bahawa, salah satu punca yang menyebabkan remaja ini lari ialah masalah keluarga yang berlaku dalam rumah. Bagi mengelakkan anakanak atau remaja lari dari rumah, ibu bapa sepatutnya menggunakan pendekatan emosi dan psikologi dan bukannya dengan hanya memberikan anak-anak keperluan material semata-mata. Ibu bapa seharusnya sedar, keperluan berbentuk material seperti memberi mereka wang, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain sudah cukup menjadikan anak-anak hidup bahagia. Sebenarnya anak-anak remaja juga menginginkan keperluan dari sudut psikologi seperti keperluan keselamatan dan dimiliki, memerlukan kasih sayang dan penghargaan kendiri serta minta sentiasa difahami. Kepada ibu bapa, berlemah lembutlah ketika menangani sesuatu masalah yang nak timbulkan. Kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati 69% daripada remaja yang terlibat dalam masalah lari dari rumah adalah mereka yang mengalami masalah psikologi seperti kemurungan, tekanan dan kecelaruan tingkah laku. Ibu bapa perlulah melayani anak-anak bagaikan menatang minyak yang penuh. Contohnya, ibu bapa wajar membelai dan mengucapkan kata-kata sayang dan memberikan pujian ikhlas ketika anak-anak mereka mencapai sesuatu kejayaan. Dengan itu, anak-anak akan berasa seronok dan gembira pabila berada di rumah. Secara langsung, mereka boleh meluahkan isi hati ketika mereka menghadapi sebarang masalah kerana mereka tahu ibu bapa mereka sedia untuk mendengar rintihan mereka. Dengan cara ini ibu bapa dapat membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ibu bapa juga janganlah terlalu tegas hingga tidak mahu menerima pandangan mereka. Ketegasan yang melampau boleh menyebabkan anak-anak mengikut kata hati tanpa memikirkan nasihat orang tua. Kita tidak mahu kes yang pernah terjadi kepada seorang rema yang berumur 15 tahun lari dari rumah garagara bapanya yang terlalu tegas kerana tidak mahu menerima pandangan anaknya. Saya kira itu sahaja pandangan saya. Terima kasih.

Pengerusi: Selain ibu bapa, apakah ada jalan penyelesaian lain untuk mengatasai masalah remaja lari dari rumah supaya tidak akan berulang dan terus berulang sehingga menjadi satu wabak dalam masyarakat kita pada hari ini? Dengan itu saya persilakan panel ketiga untuk menghuraikan soalan ini. Dipersilakan saudari. 6

Panel ke-3: Terima kasih cik pengerusi. Saya melihat Institusi-institusi kemasyarakatan boleh memainkan tanggungjawab ini. Pada masa kini, terdapat beberapa institusi telah ditubuhkan yang berfokuskan kepada golongan remaja. Institusi atau pertubuhan yang ditubuhkan melalui agensi kerajaan dan badanbadan bukan kerajaan ini mampu membantu mengelakkan golonga remaja di Negara ini agar tidak terbabit dalam masalah social seperti lari dari rumah. Kebiasaannya institusi seperti ini menggalakkan lebih ramai remaja untuk menyertai program yang diajurkan. Antara program yang boleh diikuti oleh para remaja ialah mengikuti bengkel kepimpinan, ceramah, kem perkhemahan, aktiviti sukan, aktiviti keagamaan, aktiviti kemasyarakatan, khidmat social dan sebagainya. Semua aktiviti yang saya sebutkan ini sememangnya memberi manfaat kepada mereka yang terlibat. Secara tidak langsung masa mereka terluang dengan perkara-perkara berfaedah dan menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, rakan sebaya turut boleh memainkan peranannya. Ibu bapa perlulah mengambil tahu pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka. Hal ini adalah untuk memastikan anakanak tidak bergaul dengan rakan yang tidak baik. Kita sedia maklum, rakan sebaya adalah individu yang paling rapat dengan remaja. Jadi tidak hairanlah mereka cenderung terikut dengan tingkah laku rakan mereka, tidak kiralah sama ada perbuatan tersebut baik atau buruk. Dibimbangi jika remaja yang sedang menghadapi konflik akan termakan kata-kata rakan supaya keluar dari rumah dan tinggal bersama mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa seharusnya tahu dengan siapa anak mereka berkawan dan hendaklah menghalang mereka berkawan dengan rakan yang tidak berakhlak. Cik pengerusi, ini sahaja pendapat yang mampu saya lontarkan setakat ini. Terima kasih.

Pengerusi: Dengan terjawabnya soalan yang terakhir tadi maka saya berharap anda semua telah jelas tentang konsep remaja lari dari rumah, mengapa masalah ini berlaku dan usaha menanganinya. Memang benarlah kata ahli-ahli panel, remaja yang lari dari rumah adalah individu yang telah bertekad untuk meninggalkan rumah, ibu bapa, abang, kakak atau adik tanpa memikirkan natijah yang bakal mereka hadapi. Akibat tekanan yang melampau daripada krisis yang ada di rumah, mereka sanggup mencemar maruah dan harga diri dengan keputusan yang pendek akal ini. Ditambah pula dengan kegagalan ibu bapa membina institusi kekeluargaan yang bahagia, faktor persekitaran dan bahana cinta si jejaka Lombok. Ahli-ahli panel turut menyarankan institusi kekeluargaan diperkukuh demi masa hadapan anak-anak. Peranan Institusi kemasyarakatan dan rakan sebaya turut ditikberatkan dalam perbincangan ini. Justeru itu, saya hanya berharap remaja yang mempunyai niat untuk lari dari rumah supaya berfikir dahulu sebelum buat sesuatu seperti ini. Hal ini kerana, kita bimbang perbuatan dan tindakan yang dilakukan secara melulu akan membawa padah kepada golongan ini. Dalam usia yang masih mentah, golongan terbabit sangat berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah sama ada dirogol, dilacurkan atau dibunuh. Marilah sama-sama kita fikirkan. Sekian wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Pengerusi: Saya buka kepada Ketua hakim untuk melontarkan soalan. Dipersilakan

*pengerusi catat soalan ketua hakim. Kemudian mulakan forum sebagaimana mula-mula mengendalikan forum - pengerusi memberi respon soalan dengan memulakan mukadimah yang sesuai. Selepas itu mohon panel 1 jawab. ; panel kedua dan panel ketiga. *setiap ahli panel perlu jawab dalam satu perenggan yang mantap. Kena ada ayat topic(ayat utama), ayat huraian, ayat contoh dan ayat simpul. *contoh soalan benarkah remaja lari dari rumah disebabkan kelemahan system pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di sekolah? Fokuskan dengan persekitaran sekolah

*apakah langkah yang akan anda ambil sekiranya ada di antara rakan di sekolah yang ingin lari dari rumah? *

Anda mungkin juga menyukai