Anda di halaman 1dari 4

Perjuangan menentang dadah memerlukan penglibatan masyarakat secara total.

Kefahaman masyarakat terhadap tanggungjawab mereka amat diperlukan memandangkan usaha menangani gejala dadah tidak harus diletakkan di bahu kerajaan semata-mata. Mereka tidak harus mengambil sikap terus menghukum atau membiarkan mana-mana penagih atau bekas-bekas penagih kerana kerjasama masyarakat amat penting dalam memulihkan golongan penagih untuk kembali kepada kehidupan normal. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahupun bekas penagih cenderung bergelumang dengan kancah itu kerana sikap masyarakat yang meminggirkan golongan itu untuk mendapat tempat dalam kelompok sosial mahupun ekonomi. Lantaran itu, masalah dadah akan menjadi semakin serius jika kite tidak memberi peluang kepada penagih untuk kembali ke jalan yang betul. Persepsi masyarakat terhadap penagih juga perlu diubah kerana mereka bukanlah penjenayah, tetapi pesakit yang perlu diberikan rawatan. Memang besar mereka melakukan kesilapan pada peringkat awal kerana terjerumus dengan penagihan dadah. Tegasnya, sikap yang positif daripada masyarakat amat diperlukan bagi memastikan golongan ini dapat dibimbing agar dapat memperbaik cara hidup mereka.

Di samping itu, institusi keluarga juga memastkan peranan amat penting dalam menangani masalah ini. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mendidik anak -anak mereka supaya tidak terjebak ke lembah yang hina ini. Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini agar seluruh anggota masyarakat memperkasa institusi kekeluargaan harus disahut dengan penuh muhasabah. Tanpa kekuatan dan kesungguhan untuk membina komuniti terpenting ini, pasti usaha mereformasikan bangsa akan gagal. Dadah dan jenayah masih menjadi dua musuh tegar yang sering mengancam kesejahteraan institusi kekeluargaan. Setiap ahli keluarga perlu sentiasa peka terhadap tindak-tanduk anggota keluarga sendiri agar tidak-sesekali membuka ruang kepada dua musuh tersebut menyelinap masuk dalam kehidupan berkeluarga. Dadah ialah satu masalah sosial yang dihadapi oleh pelbagai kaum. Selain kerajaan, peranan besar ibu bapa yang berfungsi sebagai tapak pembentukan peribadi den sahsiah diri perlu lebih diperkasakan. Kita kerap mendengar kisah anak-anak yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah disebabkan perceraian ibu bapa, derita anak yang ketandusan kasih sayang keluarga, di samping pengaruh rakansebaya.Punahnya ikatan kekeluargaan telah menjadi penyumbang kepada tercetusnya banyak gejala sosial dalam kalangan anak m uda. Justeru, peranan institusi kekeluargaan masih terus berada di puncaknya. Sekolah ialah tempat yang paling sesuai untuk menggerakkan kempen membenci dadah dan cara paling berkesan ialah memfokuskan kepada pelajar yang disyaki atau cenderung untuk teribat. l Dalam usia tahap rebung ini, lebih mudah untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan melalui

kaedah kaunseling, dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam usaha itu, masalah utama pentadbiran sekolah ialah mengesan pelajar yang menagih dadah sebelum tndakan susulan lainnya i dapat dilakukan. Kaedah ujian air kencing tidak dapat dilakukan secara menyeluruh, tetapi hanya secara rawak menyebabkan ada pelajar terlibat terlepas, serta terus dibiarkan mempengaruhi rakan rakan sebaya lainnya. Tetapi, melalui bantuan teknologi, iaitu mesin pengimbas mata canggih yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran, masalah mengesan pelajar yang menagih dadah menjadi lebih mudah. Justeru, mesin berharga RM200,000 yang beroperasi secar bergerak ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan setiap sekolah bebas daripada pengaruh dadah. Begitu pun teknologi sahaja tidak mencukupi jika semua pihak khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak mengambil langkah proaktif. Usaha pencegahan dan pemulihan di peringkat sekolah tentunya dapat dijalankan dengan lebih agresif lagi jika dilakukan secara bersepadu. Janganlah hanya tertumpu kepada usaha ke arah kecemerlangan semata -mata sehingga mengabaikan masalah sosial dalam kalangan pelajar khususnya penagihan dadah. Secara tuntas, ancaman dadah di negara ini semakih menggawatkan dan menimbulkan pelbagai permasalahan sosial yang kronik. Fenomena ini merupakan satu ancaman besar kepada negara sekiranya langkah menanganinya tidak diambil segera. Jika tidak, hasrat melihat negara bebas daripada ancaman dadah yang juga musuh nombor satu negara menjelang tahun 2015, mungkin tidak kesampaian. Justeru, keadaan itu menuntut satu gerakan pembasmian yang lebih berfokus, tersusun, jitu, dan menyeluruh tanpa bergantung kepada usaha kerajaan bagi menanganinya. Diharap semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, dan pihak sekolah tampil bersama -same kerajaan menggembleng tenaga membanteras gejala tersebut. Contoh Karangan Pendapat :

Isu Dadah
Jun 4, 2007 mindabahasa

Apabila anda merdengar ungkapan Enam Jahanam, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan Karnival Enam Jahanam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara. Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan hippie dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemudapemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak

boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama. Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati. Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayangibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih penagih ini mengulangi kegiatan mereka. Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah. Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesankesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni. Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang menjahanamkan masyarakat daripada terus hadir di

Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu Perangi Dadah Habis-Habisan.

Anda mungkin juga menyukai