Anda di halaman 1dari 45

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

Warga tua merujuk kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Mereka merupapan ibu, bapa, datuk atau
nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.
Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka
dilupakan oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan
sumbangan warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.
Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan
mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki
untuk keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak, kita perlu
menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah
orang tua-tua. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit.
Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua. Kita perlu
memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila
berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka. Hal ini
demikian kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa.
Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta
hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing. Kedua-dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai
kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan
penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka. Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan
percuma di hospital kerajaan. Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah
di hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira
pangkat, demi keselesaan warga tua.
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan televisyen
serta Internat boleh menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua.
Sebagai contoh, rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu Bersamamu, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang
sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang
pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka
siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana
suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi tua juga. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah
yang telah berkorban melahirkan, membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.

Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin
baik.
Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang
semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut
menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu
menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?
Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang
separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan
udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau
rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi
keselesaan hidup kepada warga emas ini.
Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah
sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan
kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua
yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah
moden dan tidak nampak membosankan.
Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah
diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti
beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas
dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar
pengalaman yang dialami oleh warga emas.
Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada
warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang
dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan
mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke
arah sesuatu yang lebih bermakna.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai
satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan
terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh
masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG


Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus
pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian
jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Kejadian-kejadian
tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat antaranya sikap mengambil
berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat penyayang hanya
dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga yang merupakan asas
kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang
sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa tercinta ini.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak harus
diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi
seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan
lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini,
kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa
berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk
menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan
berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli keluarga.
Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak kerana ibu
bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita. Hal ini demikian
kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar dan ganas
kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya
mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang
boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganutpenganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh
menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta
bersikap kasih sayang kepada binatang. Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta
melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan
mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan
lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka.
Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa mengamalkan semangat
kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang
sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap zalim dan menindas atau menipu
orang lain khususnya di hadapan anak-anak. Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Jelas
bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-membantu dalam masyarakat akhirnya
membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga merupakan ahli masyarakat.
Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi melahirkan
individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga yang
stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi kewangan serta mampu menyediakan
segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah
keluarga yang saling-menyayangi , hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat
dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami
sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding

menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping itu juga, ibu bapa
harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang.
Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak akan mencari kasih sayang di
luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan mereka.
Masyarakat penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Ibu bapa
harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau
solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan
peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai
kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan seperti perang saudara yang berlaku di
Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak dapat diajar tentang kepentingan amalan kasih
sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara-negara
yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan
silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang penyayang di
negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan peranan mereka semaksimum mungkin, namun dalam masa
yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah
amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan akan mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah!,
individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa
yang terbilang.
Posted by Subbash Ekambaram at 23:43

Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan
sekiranya dimulakan dari rumah
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ".
Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan
menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi
"Satu Malaysia". Walau bagaimanapun , alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari kian di telan
dek kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini . Untuk mengelakkan semangat perpaduan daripada
terkubur begitu sahaja , institusi keluarga memainkan peranan vital untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur
dalam sanubari generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih dikenali sebagai "role
model" merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatik untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan
anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan
perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah
mengadakan majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan
memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan bertambah
utuh dan teguh .
Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar anakanak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan
penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsipprinsip Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik
tolak daripada itu , ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati
adat istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi mengelakkan konflik antara kaum .
Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda melalui dorongan
yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum
di sekolah seperti PLKN , RIMUP dan sebagainya. Maka , program-program khas yang diwujudkan untuk remaja ini
amatlah efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi antara generasi muda. Strategi serampang dua
mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu
menyemarakkan semangat patriotisme mereka , bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".
Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak juga
merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menekankan bahawa kemerdekaan tanah
air kita yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan semua anak watan wajib menghargai titik
peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini. Sebagai analoginya , generasi muda yang umur baru setahun
jagung , darah baru setampuk pinang tidak akan terlalu taksud dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup
dalam kepompong sendiri dan mengambil enteng tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam tanah air
sendiri .
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem , drama dan iklan yang
bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang jauh lebih efektif
dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana persembahan media elektronik lebih menarik , kreatif dan
inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahanpersembahan elektronik ini . Rentetan itu, wujudlah garis panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran
yang diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian .
Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat
perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat sakinat dan
harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini , iaitu membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara

kaum , segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsinafsi bagai enau dalam belukar ,melepaskan pucuk masing-masing . sebagai intihanya , iltizam dan komitmen
masyarakat amatlah vital dan berperanan signifikan .

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar


Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap
dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos
kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke
dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak
diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai
penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup.
Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paruparu. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah
akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran
darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam
proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan
karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu
tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokokpokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan
terancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia
buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid.
Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam
tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan
keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunanbangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahanbahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan
meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar
diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar
seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana
bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan
kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi
atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia,
maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan
penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas
pencemaran udara dapat diminimumkan.

Pelancongan
Pendahuluan
-negara beriklim Khatulistiwa
-unik dengan deretan pulau yang menawan
-alam semula jadi dieksploitasi
-negara ini mempunyai tarikannya yang tersendiri
-keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting
-Menteri Kebudayaan, Kesenian dan pelancongan menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong
harus menjadi tanggungjawab semua pihak
Isi 1 : kerajaan menyediakan kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan
-pelancong ingin keselesaan dan mencari ketenangan
-kerajaan wajar melengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi untuk memudahkan pelancong
sampai ke destinasi yang akan dituju
-Misalnya, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa
buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula
jadi
-kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan
tersebut.
Isi 2: Pengusaha penginapan perlu menyediakan kemudahan yangs selesa seperti hotel, chalet dan sebagainya.
-akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lebih lama atau sebaliknya.
-negara akan memperolah lebih banyak mata wang asing
-pembinaan hotel dan rumah penginapan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh
negara
-penyediaan kemudahan penginapan harus mengambil kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu
Isi 3: Kerajaan melalui Lemabaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat
lengkap
-maklumat tentang sesuatu destinasi menarik yang dikenal pasti menjadi daya tarikan yang menguntungkan tak
kenal maka tak cinta
-dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah dan akhbar atau media
eletronik seperti radio dan televisyen
-mewujudkan halaman pelancongan dalam internet
-Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah di kota London pada
suatu tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit.
Isi 4: Usaha Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya unik di negara kita sebagai daya tarikan utama
dengan memperkemas persembahan yang sedia ada
-Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan dapat menarik banyak pelancong datang ke nagara
ini
-Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina dan suku kaum di Savah serta
Sarawak
-mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar sesuatu yang baru
-pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat
-Contohnya, Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum
di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana.

Isi 5: Pihak Kementerian mengadakan promosi di luar negara


-mengadakan pelbagai aktiviti seperti mengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan
acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu
-Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara
-Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) berjaya menarik banyak pelancong datang ke negara ini
-memberikan keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing
Penutup
-terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini
-pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesa, mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang
besar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini
-tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita harus dikongsi bersama.
-industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan
negara

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Kelebihan Malaysia sebagai destinasi


pelancongan.
Pendahuluan
-Malaysia merupakan salah satu destinasi yang sangat digemari oleh pelancong dari serata dunia
-dapat memberikan pendapatan kepada negara
-Buktinya, pendapatan sektor pelancongan berjumlah jutaan ringgit pada setiap tahun
-Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke
Malaysia pada tahun 2011 dan Berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion.
Isi 1: Malaysia banyak mempunyai bangunan bersejarah
-bangunan bersejarah mempunyai seni bina unik
-sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan Kota AFamosa di Melaka
-nyata bangunan bersejarah merupakan daya tarikan pelancong untuk ke negara kita
Isi 2: Mempunyai tempat peranginan yang indah
-tempat peranginan merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan para pelancong
-Contohnya, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan di Sabah dan Cameron Highlands.
-Di kawasan ini para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik dan boleh
menenangkan minda
- memang tidak dapat disangkal lagi bahawa tempat-tempat peranginan yang indah merupakan salah satu
keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
Isi 3: Kepelbagaian budaya menjadi salah satu kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
-negara kita mempunyai rakyat yang pelbagai kaum
-warna-warni kebudayaan rakyat Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian, kesenian dan pertuturan
sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pelancong
-para pelancong asing hanya perlu datang ke Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia

Isi 4: Faktor makanan yang beraneka jenis merupakan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
-Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong
-sebagai contoh, nasi lemak, rendang, roti canai dan sate.
-Keunikan budaya masyarakat di Malaysia menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara
kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara
Penutup
-sungguh banyak kelebihan Malaysia sebagai produk pelancongan
-setiap anggota masyarakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing agar bilangan pelancong ke negara
kita akan bertambah dari semasa ke semasa
-diharapkan sektor pelancongan akan menjana pendapatan negara, seterusnya akan mnjulang nama negara yang
tercinta ini ke persada dunia

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Kemahiran-kemahiran yang perlu para pelajar kuasai
sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan.
PENDAHULUAN
Isu : Kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran
dan rintangan yang bakal menghambat bagi para pelajar. Para pelajar atau golongan remaja ini merupakan
asset paling berharga buat sesebuah negara dan peneraju tampuk pemerintahan negara kelak.
Cadangan : Para pelajar haruslah bersedia dari sekarang untuk menempuhi dunia yang semakin mencabar
ini agar tidak mudah ditindas bak kata peribahasa melayu sediakan payung sebelum hujan
Penegasan : Oleh itu, para pelajar haruslah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai bidang kemahiran
sebelum memasuki dunia pekerjaan
ISI KARANGAN
ISI 1 : KEMAHIRANBERKOMUNIKASI
Fakta : Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang sangat penting dan wajar dikuasai oleh para
pelajar.
Huraian : Hal ini demikian, kerana,setiap pekerjaan memerlukan kita untuk berinteraksi dan berkomunikasi
dengan masyarakat .
Contoh : Misalnya, para pelajar yang petah berbicara mengeluarkan hujah atau pendapat yang matang dan
berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien akan mudah mendapat tawaran pekerjaan .
Penegasan Isi : Oleh itu jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi dalam diri pelajar
yang bakal memasuki alam pekerjaan ini.

ISI 2 : KEMAHIRAN BAHASA


Fakta : Pelajar juga haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran bahasa kerana kemahiran ini memainkan
peranan penting sebagai pelengkap bagi para pelajar untuk memasuki alam pekerjaan
Huraian : Hal ini kerana,individu yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam pelbagai Bahasa lebih mudah
mendapat peluang pekerjaan terutamanya dalam era globalisasi ini.
Contoh : Contohnya bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun dan Korea
Penegasan Isi : Jelaslah di sini kemahiran berbahasa juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seseorang pelajar sebagai asas untuk memasuki alam pekerjaan.

ISI 3 : KEMAHIRAN TEKNOLOGI


Fakta : kemahiran teknologi juga penting selaras dengan kemajuan teknologi globalOleh hal yang demikian di situ
ada jalan.Dengan ini kita mampu memiliki asset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor.
Huraian : .Hal ini kerana kemahiran ini mungkin berguna kepada pelajar berdasarkan bidang pekerjaan yang pelajar
minati seperti teknologi pembuatan dan penciptaan .
Contoh : pelajar perlulah mengambil prakarsa untuk mempelajari kemahiran tersebut dengan meminta tunjuk ajar
dari orang yang mahir dan menghadiri kursus teknologi bak kata pepatah di mana ada kemahuan,
Penegasan Isi : Oleh itu,jelaslah kemahiran teknologi merupakan salah satu pelengkap bagi pelajar untuk menjamin
masa depan yang cerah.

ISI 4 : KEMAHIRAN ICT


Fakta : Para pelajar juga haruslah mempelajari dan menguasai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
Huraian : Hal ini, demikian kerana teknologi maklumat ini dapat mempercepatkan proses penyebaran dan
pemerolehan maklumat melalui rangkaian intenet dan laman web.
Contoh : Untuk menguasai bidang ini ,para pelajar digalakkan menyertai kelab teknologi maklumat di sekolah dan
memasuki pertandingan mereka cipta laman sesawang.
Penegasan Isi : Jadi ,mempelajari bidang teknologi maklumat amatlah penting kepada para pelajar kerana di zaman
yang semakin maju ini kegunaan teknologi maklumat semakin meluas dalam pelbagai bidang pekerjaan tidak kira
swasta mahupun kerajaan.
PENUTUP
Pandangan : Secara keseluruhannya,jelaslah bahawa kemahiran dalam pelbagai bidang sangat penting bagi para
pelajar sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan
Harapan : Oleh itu,pelajar merupakan harapan kepada tonggak kemajuan negara kelak.Persis kata pepatah,pemuda
harapan bangsa,pemudi tiang Negara. Justeru itu, impian negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain akan tercapai.

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Punca-punca granduan mengganggur


PENDAHULUAN
Masalah pengangguran dalam kalangan graduan baru semakin meningkat. Berikutan dengan pergelutan ekonomi,
ramai mahasiswa dan mahasiswi masih tidak mempunyai pekerjaan walaupun sudah lama digelar graduan. Apakah
punca sebenar permasalahan ini?
ISI 1
A Sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan
M Pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah berpunca daripada sikap tidak ingin bekerja jika bukan dalam
bidang atau kursus yang mereka pelajari waktu di universiti.
P Oleh itu, sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan mereka mengganggur
ISI 2
A Tidak fasih berbahasa Inggeris
M Pertuturan yang baik menambahkan keyakinan untuk sesebuah syarikat ambil bekerja. Bahasa Inggeris
merupakan sangat penting antara kelayakan yang diambil kira ketika sesi temu duga.
P Oleh itu, ramai granduan yang tidak fasih berbahasa Inggeris gagal mendapat pekerjaan.
ISI 3
A Majikan memilih pekerja yang berpengalaman
M Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di luar sana hanya memerlukan pekerja yang
sudah ada pengalaman bekerja
P Jadi, dimanakah peluang pekerjaan bagi graduasi baru? Bagaimana mereka ingin mencari pengalaman jika
kebanyakan syarikat hanya mahukan pekerja yang sudah berpengalaman?
PENUTUP
Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif
dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang
sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Pidato Tanggungjawab generasi muda pada alaf baru
Pendahuluan
-Kata-kata aluan- memberi definasi tanggungjawb generasi muda pada alaf baru.
Cadangan isi
1.
Berkemahiran tinggi
Sentiasa berusaha menguasai teknologi terkini- meningkatkan produktiviti negara- menggunakan jentera moden
dalam bidang pertanian meningkatkan pendapatan - duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
2.
Mempunyai semangat patriotik
Ciri generasi patriotik yang dapat ditonjolkan secara langsung atau tidak langsung- sentiasa bangga dengan
kejayaan negara- semangat berjuang mempertahankan maruah negara- menghayati sambutan hari kebangsaan
dapat memajukan diri sendiri, keluarga dan negara- mengelakkan negara dijajah oleh kuasa asing- Dimana bumi
dipijak, disitu langit dijunjung,
3.
Menuntut ilmu
Kepentingan ilmu kepada generasi muda- mengurus dan mentadbir negara- mengajar generasi yang akan datangmengelakkan dari penjajahan minda- pemuda hahapan bangsa, pemudi tiang negara
4.
Dinamik dan proaktif

Sentiasa berusaha memajukan diri- menggunakan teknologi moden sentiasa memajukan diri- menjadi contoh dan
teladan menjadi masyarakat pengeluar yang berjaya- hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
5.
Mengamalkan nilai-nilai murni
Kepentingan amalan berbudi Bahasa- mengeratkan perpaduan kaum- meningkatkan persefahan dan keharmonian
hidup bermasyarakat- perpaduan pelbagai etnik orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
6.
Isi lain yang relevan diterima
Penutup
generasi muda hendaklah berusaha memajukan diri menjelang alaf baru- berganding bahu membentuk generasi
berwawasan- agar melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing- Ucapaan terima kasih

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Ciri-ciri generasi berwawasan.


Rangka karangan dicadangkan:
1.0 Pendahuluan.
Wawasan 2020 cetusan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad- masyarakat Malaysia mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020-peranan generasi muda cogan kata Generasi
berwawasan negara gemilang
2.0 Cadangan isi
2.1 Berusaha menuntut ilmu
Kepentingan ilmu kepada generasi muda- memenuhi peluang pekerjaan pelbagai sector pekerjaan- mengelakkan
kekurangan tenaga kerja- tuntutan ilmu walau sampai ke negeri Cina
2.2 Berkemahiran tinggi
Keperluan industeri berkemahiran tinggi- mengeluarkan produk yang setanding negara maju- mengeluarkan
barangan dengan lebih banyak- menambah pendapatan negara- meningkatkan pendapatan negara- mengurangkan
kebergantungan import barangan- usaha tangga kejayaan
2.3 Memiliki semangat patriotik
Semangat patriotik dapat menghasilkan warga negara cinta akan negara- menghargai sejarah dan budaya negarasemanagat patriotik dapat menyatupadukan pelbagai bangsa. bersatu teguh bercerai roboh
3.0 Penutup
Generasi muda merupakan pewaris bangsa- memiliki ciri generasi berwawasan agar sebuah negara bangsa dapat
dibina- Malaysia gemilang dan terbilang

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Usaha anda mengelakkan obesiti

Tugasan soalan : Usaha saya mengelakkan obesiti


Cadangan Idea
:
i.
Pemakanan seimbang
Mengikut piramid makanan seperti yang dipelajari dalam subjek PJPK dan Sains.
Membawa bekalan makanan daripada rumah elak makan makanan di kantin sekolah.
Minum air secukupnya.
ii.
Bersenam
Selain waktu PJPK, bersenam secara berkala di rumah.
Bersenam dalam bilik jika malu.
Mencari masa yang sesuai.
iii.
Pemeriksaan Kesihatan secara berkala
Walaupun masih muda.
Untuk memastikan BMI badan seimbang dan tidak menghidap penyakit.
Mencegah dari peringkat awal.
Mendapatkan nasihat penjagaan kesihatan daripada doktor.

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Langkah-langkah melestarikan alam sekitar.


Tugasan soalan : langkah-langkah melestarikan alam sekitar
Cadangan Idea
:
i.
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.
Memantau dengan lebih kerap dan menguatkuasakan undang-undang.
Memberi pengajaran kepada masyarakat melalui hukuman terhadap individu atau syarikat yang
mencemarkan alam sekitar.
ii.
Menyediakan sistem pelupusan sampah yang lebih berkesan
menyediakan lebih banyak tempat kitar semula.
Penyediaan tong-tong sampah yang lebih banyak.
iii.
Kempen memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar
Kempen yang berterusan
melibatkan semua lapisan masyarakat.
Melibatkan kerjasama dengan pelbagai kementerian.
Penglibatan syarikat-syarikat swasta.

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Faedah aktiviti riadah

Pendahuluan
Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada waktu senggang mereka
Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan.
Namun, jika dilihat pada era globalisasi ini, aktiviti riadah semakin terhapus dalam kalangan anggota
masyarakat
terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka
tidak boleh dipandang enteng.
Persoalannya....
Isi 1: Menyihatkan tubuh badan
Apabila bersukan tubuh badan kita akan berpeluh dan perkara ini secara tidak langsung dapat
menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh badan kita
Apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan
Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan
sebagainya.
Jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total
Menjadikan kita seorang yang sihat dan aktiviti-aktiviti seharian yang lain dapat dijalankan dengan
sempurna
Beriadah adalah penting supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas bak kata peribahasa Melayu, badan
cergas otak cerdas.
Oleh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki
dapat dinikmati kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
isi 2: Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
Aktiviti riadah juga dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang bahagia
Aktiviti seperti berkelah, anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama terutamanya pada hujung minggu
memandangkan ada dalam kalangan mereka yang sibuk bekerja pada hari-hari biasa
Medium ke arah pembentukan keluarga sakinah.
Misalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama
sama ada di taman atau padang.
Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka
bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan
jurang antara mereka.
Oleh itu, hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.
Isi 3 : Mengukuhkan perpaduan kaum
Kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum
Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur.
Kondisi ini akan memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing.
Hubungan silaturahim dapat dieratkan menerusi aktiviti riadah
Sebilangan besar komuniti masyarakat akan berkumpul
Proses perkenalan antara masyarakat/komuniti akan berlaku
Setiap ahli akan bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang bagai tebu.
Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing.

Kesimpulan

Mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita


Aktiviti ini wajar diteruskan
Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri
masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah
Melahirkan generasi masa hadapan yang sihat
Penyumbang kepada kemajuan negara.

Karangan Buku Teks Ramalan 2016: Usaha anda mengekalkan permainan tradisional.
Tugasan soalan : Usaha saya mengekalkan permainan tradisional
Cadangan Idea
:
i.
Memupuk minat sendiri
Mencari maklumat berkaitan permainan tradisional melalui laman-laman sesawang.
Bermain permainan tradisional sebagai mengisi masa lapang
ii.
Syorkan kepada pihak sekolah
Jadikan sebagai aktiviti kokurikulum atau pertandingan
Lebih ramai murid akan berminat.
iii.
Memberi dorongan kepada rakan
menyampaikan maklumat berkaitan permainan tradisional yang menarik kepada rakan.
Menunjukkan kehebatan permainan tradisional.
Bermain bersama rakan.

Ramalan SPM 2016


CARA-CARA MENGATASI TEKANAN
Pelajar-pelajar sering berhadapan dengan tekanan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Kemukakan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengatasi tekanan.
Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan
dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora.
Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan
dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula
tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang
berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan
dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan
penderitaan sehingga tekanan yang dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai
pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor
terutamanya faktor pelajaraan. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah
saya ambil bagi menangani masalah tekanan.
Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk
kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada
waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal,
joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain
futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan.
Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik
apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan tidur dengan
sangat lena. Hilang sebentar segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran
menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang keemasan itu saya
gunakan sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi,
mahupun masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap
kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi
salah satu cara untuk mengurangkan tekanan.
Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya
kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, saya
sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Apabila menerima
pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian
terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan
pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan.
Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran
pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka
dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan
oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya
lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala
kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak

dapat menerima kritikan tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat
dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.
Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun muzik antarabangsa.
Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa saya yang membuatkan
kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan, walaupun sesekali muzik mengundang
kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah
satu wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati
akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik
yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai
perasaan. Seni katanya yang melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya
turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Jika tekanan menghimpit perasaan,
tanpa disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan
kata-kata pujangga yang menukil bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa
muzik juga kehidupan akan menjadi sepi. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik
seperti memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi, bertepatan dengan
maksud peribahasa sambil menyelam minum air.
Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Setiap hari
saya akan mendirikan sembahyang, sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana sembahyang merupakan tiang
agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, sembahyang
memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Sembahyang yang khusyuk akan
menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri
saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang
pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik Norhisham Mustaffa bahawa sembahyang
merupakan senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk
dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua
sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang
begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan
kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat
membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk
menghindari dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah dan ibu akan
membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja
dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan
dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak
langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau
setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan
keunikan panorama negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara
tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta
di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun kita masih
dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari
tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan
untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut. Keunikan
Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong
itu termasuk sesi membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan.
Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan yang ada demi
kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan sumber
motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah

fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya masih
memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi
sumber rujukan saya di samping rakan-rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak
melupakan guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan
dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.

PERPADUAN

Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk
meningkatkan perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengukuhkan perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa.
Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah
terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan rakyat? Mengikut definisi
yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat
berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.
Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat
dapat dikekalkan dan ditingkatkan?
Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang
tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang
pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr.
Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan
menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang
aman dan saling membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.
Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan
pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah
yang bertajuk seperti Perpaduan Teras Kejayaan. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan
dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut,
rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang
berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan.
Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, sesebuah
negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup porakperanda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!
Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum.
Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini,
perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah
Terbuka sempena hari perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara
sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan

tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka
juga harus memahami bahawa bersatu teguh bercerai roboh.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan
perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah
menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi.
Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak
mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan
kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni.
Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan
menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan
perpaduan tidak dapat dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah samasama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan
impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan
biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita
membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM


Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada
pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpinpemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang
pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di
dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan
telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia
perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada
seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap
jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu
dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia.
Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan
perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh
itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada
Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada
Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri
daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang
mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang
lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain
telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah
menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi.
Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang
drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.
Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk
perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum
di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu
masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain
dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam
kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan
sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia
bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita
dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu
marilah sama-sama kita menghayati cogan kata bersatu teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi
kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan
tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang
berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata
negara, yakni Bersekutu Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di
Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.
Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama
membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara
satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat;
perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa
sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap
kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan
untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu,
sikap buang yang keruh , ambil yang jernihternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang
tersedia utuh.
Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat
dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat
memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan
oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk
tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen
perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan
pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan
perselisihan faham antara kaum.
Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah
kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah
perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin
ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal
ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat
diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak
kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat
di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah
dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya
bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang
sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat
perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila
agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Tajuk : Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat


Kepada Sesebuah Negara. Huraikan Kepentingan-Kepentingan dan LangkahLangkah Amalan Berjimat-cermat.

Pendahuluan :
Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini. Adakah
masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya berjimat-cermat merupakan istilah keramat
yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahilah
negara akan terdedah kepada krisis ekonomi,maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalam konteks ini,
semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimatcermat.Terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada amalan itu.

Isi 1: Persediaan dan Jaminan Masa Hadapan.


Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?
Amalan berjimat-cermat membolehkan individu merancang masa depan mereka.

Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?


Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habiskerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan berlakupada masa hadapan.

Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan?


Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat terutamanya dalam aspek
kewangan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukitdan sehari selembar benang lama-lama menjadi
kain. Hal ini akan dapat membantu mereka membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan
pelajaran ke menara gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka agar
tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia emas kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi
masalah kerana mereka gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak seperti
pepatah sudah terhantuk baru tengadah.

Contoh
Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan memerlukan kos yang
banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka tidak menghadapi apa-apa masalah, sebaliknya
jika ibu bapa tidak mempunyai wang simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut kewangan sekali gus akan
mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.

Rumusan isi
Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan dan
melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat-cermat ini dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana
mempunyai wang simpanan mereka sendiri.

Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan.


Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?.
Malang tidak berbau. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada sesiapapun yang
mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat
boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti
perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau
kaum keluarga.

Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?


Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu mengemis di merata-rata tempat apabila
memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu
persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.

Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang?


Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh pesakit terutamanya apabila
melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan
yang terlalu tinggi ini tentulah membebankan pesakit tersebut.

Contoh.
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser, rawatan
pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu ringgit. Kegagalan pesakit menyediakan

sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan
berakhir dengan kematian.
Rumusan isi.
Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan menghadapi
waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa pesakit.

Isi 3 : Kestabilan Ekonomi Negara.


Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?
Salah satu faedah berjimat-cermat ialah ekonomi negara dapat distabilkan.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan. Komitmen seseorang
amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi Negara.

Bagaimanakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?


Seseorang itu dapat berjimat cermat dengan cara membeli barangan buatan tempatan atau melancong dalam
negara mereka sendiri. Apabila seseorang itu membeli barangan buatan tempatan, hal ini akan
mengelakkan pengaliran wang keluar wang dan menggalakkan wang beredar dalam negara. Jika kita membeli
barangan buatan tempatan dan bukannya barangan import, wang yang kita bayar atau belanjakan itu akan diterima
oleh pengeluar tempatan dan wang tersebut boleh mengalirdalam negara.

Contoh
Maka pendapatan yang ada, negara akan dapat membiayai pelbagai projek yang mendatangkan keuntungan, lebihlebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Negara juga tidaklah perlu memuat pinjaman kewangan dari Bank Dunia
justeru, maruah negara dapat diselamatkan. Oleh yang demikian itu, kegiatan ekonomi tempatan dapat dihidupkan
secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih mampan.Seseorang individu atau masyarakat turut
dapat membantu kestabilan ekonomi negara dengan mengamalkan pelancongan domestik. Mereka digalakkan
melancong dalam negara mereka sendiri seperti peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri lebih baik di negeri sendiri Apabila hal ini berlaku, maka secara tidak langsung mereka telah memberi
sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi. Ekonomi negara akan menjadi lebih teguh dan mantap. Wang yang
dibelanjakan akan diterima oleh pengusaha tempatan dan hal ini bermakna wang itu seterusnya akan beredar dalam
kalangan rakyat tempatan.

Rumusan isi
Oleh itu, jelaslah bahawa sikap berjimat-cermat merupakan salah satu punca yang menyumbang ke arah kekukuhan
ekonomi negara. Sejajar dengan itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan yang terpuji itu.

Langkah-Langkah Amalan Berjimat-cermat


Isi 4: Peranan ibu bapa
Apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan berjimat -cermat.
Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka berjimatcermat,sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan sikap berhemah ketika berbelanja?


Ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan contoh yang baik kepada
anak-anak sama juga seperti peribahasa bapa borek anak rintik.

Bagaimanakah ibu bapa boleh memupuk amalan berjimat-cermat?


Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah menggalakkan anak-anak membawa bekal makanan ke
sekolah.Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja ditanam minat suka menabung dan berjimat-cermat tetapi
juga membawa bekalan makanan seimbang yang disediakan oleh ibu dari segi khasiatnya malah terjamin
kebersihannya. Tidak timbul lagi masalah keracunan makanan yang sering dihadapi oleh pelajar seandainya mereka
makan makanan di kantin sekolah atau yang dibeli di luar.

Contoh
Sebenarnya, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan untuk membeli barang keperluan
yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku rujukan.Hal ini, sebagai serampang dua mata, selain
berjimat-cermat, pada masa yang sama dapat merasai air tangan ibu dan boleh mengeratkan kasih sayang ibu dan
anak.

Rumusan isi.

Kesimpulannya, membawa bekalan makanan dari rumah ini perlu dijadikan satu budaya yang patut diamalkan oleh
setiap pelajar.

Isi 5: Peranan kerajaan dan rakyat

Apakah peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha menggalakkan sikap berjimat-cermat?
Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru rakyat agar membuat
pelaburan pendidikan untuk anak-anak.

Mengapakah pelaburan pendidikan ini amat berguna kepada ibu bapa dan anak-anak?
Pelaburan pendidikan ini amat berguna kerana para ibu bapa dapat mempersiapkan diri awal-awal lagi untuk
membiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan masalah kewangan ketika sampai masanya
anak-anak memasuki institusi pendidikan. Janganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung
pelajaran disebabkan masalah kewangan.

Bagaimanakah caranya ibu bapa boleh melabur dalam skim pelaburan pendidikan?
Para ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat simpanan dalam
skim pelaburan pendidikan.

Contoh
Pada hari ini, banyak syarikat insuran, umpamanya Malaysian National Insurance (MNI), Malayan Alliance Assurance
(MAA), Insuran Takaful dan Takaful Nasional serta bank-bank perdagangan lain yang menawarkan pelan pendidikan
untuk meringankan beban ibu bapa bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan. Amalan
ini sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan.

Rumusan isi.
Sesungguhnya, kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana kita perlu berusaha sendiri
untuk menempa kejayaan anak-anak. Pelaburan awal ini dapat menjamin penerusan kegemilangan generasi
cemerlang.

Isi 6: Peranan golongan wanita

Apakah peranan golongan wanita dalam amalan berjimat-cermat?


Kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam mencorak perbelanjaan keluarga.

Mengapakah wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi?


Bagi golongan wanita yang celik ekonomi,mereka akan sentiasa peka dan mengambil berat tentang wang yang
dibelanjakan.

Bagaimanakah golongan wanita boleh menstabilkan ekonomi rumahtangga?


Oleh itu, untuk memastikan ekonomi dalam rumahtangga mereka sentiasa stabil, wanita yang bergelar suri rumah
harus bertindak dengan bijaksana serta teliti ketika berbelanja. Suri rumah perlu mengikis sikap terburu-buru semasa
membuat pilihan kerana hal ini akan merugikan diri.

Contoh
Sebagai contoh, mungkin mereka terpaksa membeli barangan yang tidak perlu atau tidak berkualiti hanya kerana
tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang indah khabar daripada rupa. Selain itu, sekiranya mereka ada masa
terluang, suri rumah ini juga boleh menyahut seruan kerajaan agar berjimat-cermat melalui penanaman sayursayuran atau memelihara ayam itik di belakang rumah. Kebaikannya memang ketara iaitu di samping dapat
menghidangkan sayur-sayuran yang segar untuk keluarga, mereka juga dapat membantu suami mengurangkan
perbelanjaan rumahtangga. Pada masa yang sama, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar membeli barangan
buatan tempatan perlu dimanfaatkan oleh golongan wanita. Jika selama ini mereka terlalu taksub dengan barangbarang buatan luar negara yang kononnya berkualiti tinggi,kini mereka boleh beralih arah dengan barang-barang
buatan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Selain murah, barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang lebih
baik.

Rumusan isi
Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana ekonomi negara.

Penutup
Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar hasrat murni
kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai.Sesungguhnya, amalan berjimat-cermat dapat
meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan
warga negara yang bijak dan berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.Maka, sekiranya
kita sayang akan keluarga dan negara daripada dibebani kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam
mengamalkan budaya berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian.

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN


Dalam menempuh milenium yang sarat dengan cabaran reformasi ini ciriciri remaja yang kamil dan mempunyai nilai keinsanan yang syumul amat
penting untuk membangunkan negara. Malahan, darah setampuk pinang
inilah yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara.
Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.
Hal ini demikian kerana akhlak yang luhur, datang dari hati yang bersih.
Remaja yang berakhlak mulia akan suka didampingi malah akan meraih
rasa hormat daripada orang sekeliling. Remaja yang berakhlak mulia pasti
tidak akan terjebak dengan kemelut sosial yang mementingkan dunia
hedonistik semata-mata serta berusaha untuk menghindarkan diri
daripada bergaul dengan remaja-remaja yang bermasalah. Taat pada
agama sudah pasti dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia
kerana semua agama di dunia menyeru kepada kebaikan dan melarang
kepada kemungkaran. Secara tidak langsung, remaja yang mempunyai
sikap mahmudah dapat dilahirkan seterusnya dapat menjadi seorang
insane yang kamil. Remaja yang berakhlak mulia juga sudah pasti dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang mana kaca, yang
mana permata, bak kata peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang
buruk dijadikan sempadan. Jelaslah bahawa berakhlak mulia merupakan
salah satu ciri remaja berwawasan.

Selain itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai ilmu


pengetahuan yang luas dan tinggi. Remaja yang berwawasan pasti akan
berusaha untuk mencari ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu. Pepatah ada juga
mengatakan carilah ilmu sehingga ke negeri China kerana ilmu yang ada hanya
setitik daripada selautan. Malahan, Albert Einstein juga pernah berkata semakin
banyak yang dipelajari, semakin banyak yang tidak diketahui. Dengan
melahirkan remaja yang berilmu pengetahuan, anak muda ini tidak akan mudah
ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta akan sentiasa dihormati dan
disanjung oleh masyarakat sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja yang berilmu
pengetahuan juga merupakan ciri yang vital dalam melahirkan remaja yang
berwawasan.
Di samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk
menggapai gamitan menara impian. Sudah tentulah budaya pesimistik dan culas
dikikis serta dibuang jauh untuk mencapai kejayaan walau seruwet manapun yang
diamalkan oleh remaja berwawasan ini. Secara langsung, remaja berwawasan akan
gigih berusaha menggunakan setiap detik dan waktu agar diisi dengan perkara
yang bermanfaat dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain itu, masa yang pergi
tidak mungkin akan kembali. Oleh itu, remaja yang berwawasan akan memastikan
setiap masa yang terluang diisi dengan perkara yang mendatangkan maslahat
seperti menelaah buku, beriadah atau melakukan ibadah kerana cendekiawan ada
mengatakan masa ibarat pedang,sekiranya kita leka mata pedang itu akan
memenggal kita. Jelaslah bahawa, gigih berusaha merupakan ciri yang signifikan
dalam melahirkan remaja yang berwawasan.
Sementelahan itu, bersemangat patriotik juga merupakan ciri remaja
berwawasan. Remaja yang berwawasan akan berusaha menjaga nama baik negara
serta memerah keringat untuk menaikkan nama negara. Remaja yang berwawasan
juga akan mengekalkan perpaduan negara yang sudah sedia terjalin ukhuwah
sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi menyahut seruan
Satu Malaysia yang diuar-uarkan oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
Terbuktilah bahawa, remaja yang berwawasan akan mempunyai semangat patriotik
yang tinggi.
Tuntasnya, semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja
yang berwawasan agar Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok
dunia pada masa hadapan.

LAMAN SOSIAL
Karangan : Kebaikan & Keburukan Laman Sosial

Pendahuluan
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti
Facebook, My Space, Frienster, Twitter dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara
ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam
kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini
sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di
laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung,
penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja.
Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di
samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah
menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama
lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah
terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu
sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan.
Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat
dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan
masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan
laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang
sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di
samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang
sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai
alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman
sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli
barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual.
Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli
sesuatu barangan.
Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan negatif iaitu
penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini
demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan.
Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut
semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku
apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan
menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah

dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial
itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu
tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik
minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai
untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada
prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada
masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang
diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan
untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran
penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir
masa.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan
remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang
berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu
lebih baik daripada mengubati".

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah.


Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara
satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan
sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti
pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat
menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.


Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan
perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui
dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

3. Mudah menyebarkan maklumat.


Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan
masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan
kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk
membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam
usaha membanteras jenayah.

4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan
yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat
menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui
twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi
dan sebagainya juga dapat disebarkan.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan
dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan
ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.

1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat


Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat
dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan
pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian
maklumat tentang perniagaan.

2. Sekadar untuk mengisi masa lapang


Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka
dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa

lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan
twitter.

3. Untuk mencari pasangan hidup


Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan
hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada
mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial.

4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.


Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook
dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri
dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi
kegilaan sesetengah individu.

5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat


Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat
dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu
yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

6. Aplikasi menarik dan ketagih game


Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi
mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian
tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang
disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan
sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.

Keburukan laman sosial

1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadangkadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya
jika anda menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini
menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan
dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.

2. Obses/ketagihan.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan
kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan
obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari
berterusan kerana melayari web.

3. Terhakis pergaulan secara realiti.


Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat
komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.

4. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk
mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala,
terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa
merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.

5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.


Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan
mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan
terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.

6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.

Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada
Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook
sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti
sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang
selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web social

Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan
sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman
web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah
semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta
dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain

KEPENTINGAN KEJIRANAN

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang


mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara
bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak
serai.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota
masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di
kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu
dan berurusan antara satu sama lain. Namun ada lakaran
suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang
menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin
terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen
dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk
merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana
semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan
bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk
kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu
tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan
anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan
di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan
seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua
jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka
akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan
tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau
kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk
ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat
kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali
Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan
berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa
dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat
memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari
perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti

mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat
kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat
memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di
samping
itu,
semangat
kejiranan
juga
penting
kepada negara
kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan
membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan
apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan
pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang
kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni
maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan
dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah
berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman
perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun
pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh
anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan
penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati
pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup
bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan
kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat
kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vitalyang membantu melahirkan
anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan
negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai
patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang,
mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai
perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas,
dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo
mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas
menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan
sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada
antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan
pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang
unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam
komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik
kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada
sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu
menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh
para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti
Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan
semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat

kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan
ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi
budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan
masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan
bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di
negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia
terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang
bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat
memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

MEMUPUK MINAT MEMBACA SASTERA


Sedarsawasa yang lalu,karya sastera amat di minati
oleh semua bangsa di Tanah Melayu.Karya sastera juga
boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk
menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.Karya sastera
merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli
dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan
Negara yang ternama dan terbilang.Saban hari, karya
sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih
dan moden.Pemuda dan pemudi pada zaman canggih
ini,kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada
masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti
cerpen,drama,sajak puisi dan sebagainya.Justeru,kerajaan
perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk memupuk

minat membaca karya sastera di kalangan masyarakat agar


karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden.
Antara usaha
yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memupuk minat
membaca karya sastera di kalangan masyarakat.Bagaimana?Dengan meganjurkan kursus
penulisan karya sastera terutamanya di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Dengan ini,pelajarpelajar akan dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga
mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya
kursus seperti ini mereka akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya
kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang tersendiri.Contohnya menganjurkan
Perkampungan Penulis Muda bagi pelajar sekolah dan juga masyarakat.Ibu bapa juga perlu
memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang meminati karya
sastera.Bagaimana?Membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan oleh
kerajaan.Seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai karya sastera yang lain.
Usaha yang kedua adalah mengadakan kempen membaca secara besar-besaran
bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar mahupun masyarakat.Justeru,untuk
menghasilkan sebuah karya yang baik memupuk minat membaca di dalam diri seseorang
merupakan satu intensif yang bijak.Dengan wujudnya minat membaca para pelajar
mahupun masyarakat dapat memperolehi perkataan yang baru dan indah sebutannya
untuk menghasilkan karya sastera yang baik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan
lebih kerap lagi,agar minat membaca dan minat terhadap karya sastera tidak akan hilang
begitu sahaja.Melalui kempen seperti ini,para pelajar dan juga masyarakat akan dapat
melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun
sasterawan Negara.Contohnya,kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan
sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat
dikembangkan
dan
diperluaskan
dengan
lebih
pesat
lagi.
Usaha yang seterusnya adalah menerapkan minat membaca karya sastera
semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Sekiranya cara ini
dijalankan,kemungkinan besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan di dalam
diri para pelajar dan juga guru-guru.Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu karya
sastera,Walaupun tugasnya sebagai seorang guru, belum pasti guru itu tahu apa yang
dimaksudkan dengan karya sastera.Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya
sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah,secara automatiknya para
pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera.Pihak sekolah atau pihak yang
berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minat terhadap karya sastera
tidak akan hilang dari jiwa para pelajar mahupun guru-guru.Contohnya,menambahkan
masa mata pelajaran bahasa melayu agar guru dapat menerangkan dengan lebih
terperinci,memberi perhatian semasa guru mengajar.Guru juga perlulah memberi komitmen
yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera.
Selain itu,kementrian pelajaran perlulah mengadakan minggu sastera seperti
minggu yang diadakan sekarang.Seperti,minggu bahasa melayu,minggu bahasa inggeris
dan sebagainya.Dengan adanya minggu sastera ini,karya sastera tidak akan lupus ditelan
zaman dan para pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera.Minggu
sastera ini juga dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk
membaca karya sastera.Melalui minggu sastera ini,pihak sekolah dapat mencungkil bakatbakat baru untuk menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya
sastera.Secara tidak langsung,minggu sastera ini dapat memberi input yang positif terhadap
usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera di kalangan para
pelajar,guru-guru dan juga masyarakat.Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah
di Malaysia,minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman.
Usaha seterusnya adalah memperluaskan perpustakaan di sekolah dan
memperbanyakkan buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan juga

perpustakaan awam.Setiap sekolah mempunyai perpustakaan sendiri,namun kadar


kemasukan para pelajar sangat mengecewakan.Untuk memupuk minat membaca karya
sastera dn juga minat membaca buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan
perpustakaan di sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai
jenis buku dan juga karya sastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan
sebagainya.
Dengan wujudnya usaha-usaha yang drastik dan konkrit,masalah memupuk minat
membaca karya sastera dapat diatasi dengan begitu mudah sekali.Pihak kerajaan dan pihak
sekolah juga perlu berusaha untuk memupuk minat membaca karya sastera dikalangan para
pelajar mahupun masyarakat.PUPUKLAH MINAT MEMBACA KARYA SASTERA DARI KECIL

AMALAN MENABUNG
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Menabung Dalam Diri Anak-Anak
Posted by Noraini Ismail
Sebagaimana yang kita tahu, pada tahun 2010, sebanyak tujuh purnama telah mengucapkan salam permisi
bulan demi bulan. Bagaimanapun, dalam aspek sosial, pelbagai lakaran suram telah terpahat akibat kurang
kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan menabung. Masyarakat lebih gemar menghabiskan wang
yang ada daripada menabung. Stigma yang negatif ini sememangnya sudah lama berakar umbi dalam jiwa
masyarakat. Walaupun pihak kerajaan pernah memerah keringat untuk menggalakkan rakyat menabung,
khususnya anak-anak, tetapi usaha murni tersebut telah menemui jalan buntu, seperti hujan di atas pasir.
Secara literalnya, menabung dapat ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang di bank, di dalam tabung

dan yang seumpamanya. Dalam usaha menjayakan amalan menabung, ibu bapa memainkan peranan yang
paling penting untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak.
Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam
kalangan anak, sepantun peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir
dengan rasional dan matang serta tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan
mencontohi pelakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa yang sering
terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anakanak akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat menabung.
Antaranya, ibu bapa harus menyimpanwang yang berlebihan di dalam tabung. Ibu bapa juga harus membuka akaun
bank untuk menyimpan wang. Kontranya, sekiranya ibu bapa membazir wang mereka, anak-anak tidak mungkin
akan menabung. Gambaran di atas memanifestasikan peranan ibu bapa sebagai suri teladan untuk memupuk
amalan menabung dalam kalangan anak.
Mutakhir ini, pihak bank telah memberikan galakan kepada masyarakat untuk membuka akaun bank. Pihak bank
juga menyediakan pelbagai insentif yang menarik, seperti kadar faedah yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang
membuka akaun bank untuk menambat hati masyarakat. Lantas ibu bapa harus memanfaatkan peluang ini untuk
membuka akaun bank bagi anak-anak mereka. Amalan menyimpan wang di dalam bank dapat dicerminkan dengan
peribahasa, menyediakan payung sebelum hujan. Hal ini berlaku demikian kerana wang yang akan disimpan di
dalam bank dapat digunakan semasa kecemasan. Dengan membuka akaun bank, anak-anak berpeluang
didedahkan dengan kepentingan amalan menabung. Anak-anak juga akan mengambil iktibar bahawa menabung
merupakan amalan kudus yang harus disemai. Ibu bapa juga harus mengambil inisiatif tanpa mengenal penat dan
lelah untuk membawa anak-anak ke bank dua bulan sekali. Usaha untuk menyimpan wang di bank harus dilakukan
secara istiqamah dan konsisten, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Ilustrasi di atas menggambarkan
bahawa ibu bapa harus mengorak langkah yang proaktif untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.
Semasa meraikan hari ulang tahun kelahiran anak-anak, ibu bapa gemar menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal
kepada anak-anak sebagai tanda kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai misalan, terdapat segelintir ibu bapa
yang akan menghadiahkan komputer, alat permainan video dan sebagainya kepada anak-anak sebagai bukti mereka
telah menatang minyak yang penuh. Pernahkah terlintas dalam jalur fikiran anak-anak tentang impak negatif
pemberian hadiah-hadiah sedemikian kepada anak-anak? Kesan yang paling ketara ialah anak-anak akan bersifat
hedonistik. Lantaran itu, langkah yang paling afdal ialah ibu bapa sewajarnya menghadiahkan tabung kepada anakanak sempena ulang tahun kelahiran anak-anak. Hal ini bukan sahaja dapat menyerlah kasih sayang ibu bapa
terhadap anak-anak, tetapi juga dapat menanam amalan menabung dalam hati nurani anak-anak. Ibu bapa
digalakkan menghadiahi anak-anak tabung yang cantik dan bercorak menarik agar anak-anak akan
menggunakannya untuk menabung. Anak-anak juga akan menyedari kepentingan amalan menabung dalam
kehidupan seharian. Deduksinya, memang tidak ada sesiapa yang berupaya menyangkal bahawa tindakan ibu bapa
memberikan tabung sebagai hadiah adalah sangat wajar untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.
Sementelahan itu, ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk amalan menabung
dalam kalangan anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang amouh kerana dengan adanya
penerangan, anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan menabung. Sebagai
contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimat-cermat dan mengikis sikap boros anak-anak. Anak-anak
juga berupaya menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran. Pada masa yang
sama, ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Antaranya, anak-anak akan dikuasai keborosan. Penerangan harus
diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh anak-anak. Ibu bapa juga wajar
menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran untuk menyampiakan informasi tersebut kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media tersebut amat mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam

kalangan anak. Sebagai penalinya, ibu bapa harus menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk
membentuk generasi masa hadapan yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.
Setiap tahun, pihak kerajaan akan bahu-membahu dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan
Kempen Menabung. Matlamat utama aktiviti tersebut dianjurkan adalah untuk mempraktikkan amalan menabung
dalam kalangan anak. Dalam majlis pelancaran Kempen Menabung, pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan,
seperti sayembara menulis esei, kuiz pengetahuan am dan pertandingan melukis. Hadiah-haidah yang lumayan
telah disediakan untuk pemenang-pemenang. Oleh itu, ibu bapa harus membawa anak-anak untuk memeriahkan
majlis tersebut serta memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan kempen tersebut. Usaha pihak kerajaan
yang bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) adalah seperti sambil menyelam minum air. Hal ini
demikian, usaha yang murni ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga dapat
memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Anak-anak memang akan memperoleh kemaslahatan yang
banyak sehingga tidak dapat dihitung oleh jari. Antaranya, anak-anak akan diperkenalkan kepada teknik menabung
yang berkesan. Anak-anak juga dapat menghabiskan masa dengan berfaedah. Natijahnya, ibu bapa berperanan
untuk membawa anak-anak ke Kempen Menabung agar dapat memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.
Akhirulkalam, seluruh strata masyarakat khususnya ibu bapa harus melangkah sederap dengan pihak-pihak ataupun
agensi-agensi yang lain untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Amalan menabung merupakan
nadi pembangunan dan kesentosaan negara. Justeru, jangan meranapkan impian Wawasan 2020 yang lantang
diuar-uarkan oleh mantan perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammah. Bersama-samalah kita
memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadinegara yang maju yang dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara moden di seantero dunia. Hal ini kerana salah satu elemen kearah kemajuan negara ialah
amalan menabung. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gilanggemilang di persada antarabangsa hingga kekal abadi. Semoga dengan saranan-saranan pragmatik di atas menjadi
kenyataan, fajar sidik 2020 yang akan menyingsing nanti akan membawa sinar baru kepada masa hadapan anak
watan Malaysia. Nik kasa nir jaya. Ungkapan berirama Sanskrit ini mencerakinkan bahawa kejayaan tidak mungkin
dibuahkan tanpa usaha yang padu dan konkrit daripada ibu bapa untuk memupuk amalan menabung dalam
kalangan anak, seperti juga yang digambarkan dalam rangkap puisi berikut:

Kulit upih dihiris mayang,


Bersarang ulat di tepian kolek,
Yang pipih tidak dating melayang,
Yang bulat tak dating bergolek.

Anda mungkin juga menyukai