Anda di halaman 1dari 2

Cara cara kerajaan mengurangkan beban

hidup rakyat
Kenaikan harga petrol bermaksud harga barang mentah ini akan
dinaikkan lebih kerap apabila harga pasaran dunia melonjak naik. Perkara ini
menyebabkan golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana akan
menderita kerana kos hidup melambung tinggi. Lantaran itu, pihak berkuasa
boleh melakukan pelbagai tindakan untuk menjamin kehidupan rakyat lebih
selesa.
Tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu
meringankan beban kehidupan rakyat dalam isu ini ialah kerajaan
menggalakkan rakyat berkongsi kereta. Amalan ini bukan sahaja
mengurangkan kos petrol individu tetapi turut membantu mengekalkan
keindahan alam sekitar daripada tercemar. Ringkasnya, amalan yang mudah
seperti berkongsi kereta akan membantu pengurusan perbelanjaan rakyat
menjadi lebih baik lagi.
Selain itu, kerajaan boleh memajukan sistem pengangkutan awam
negara untuk membantu rakyat jelata. Kos tambang pengangkutan awam
terutamanya bas dan lrt begitu murah berbanding kos menggunakan
kenderaan sendiri apabila pergi ke pejabat atau bersiar-siar. Jadi, semakin
maju pengangkutan awam negara semakin banyaklah rakyat yang akan
menggunakannya lalu kos hidup mereka menjadi kurang berbanding
menggunakan kenderaan sendiri.
Tambahan pula, usaha menambah jumlah produk menjadi barang
kawalan dilihat satu kaedah untuk meringankan beban kehidupan rakyat
negara. Semua barang kawalan akan ditetapkan harganya oleh kerajaan lalu
peniaga tidak boleh menaikkannya sesuka hati seperti harga beras, gula,
tepung, susu, dan minyak masak. Akibatnya, rakyat tidak akan dibebankan
dengan alasan harga barang naik ekoran harga petrol yang melambung itu.
Kerajaan juga boleh mengurangkan cukai pendapatan individu dalam
usaha membantu rakyat hidup dengan selesa. Pengurangan ini membolehkan
setiap orang mempunyai wang lebihan yang berguna untuk disimpan atau
membiayai kos lain yang meningkat ekoran harga minyak mahal tersebut.
Sesungguhnya, cukai yang berkurangan akan memberikan satu kelegaan
kepada rakyat dalam mengharungi cabaran harga petrol yang tinggi tersebut.
Kesimpulannya, semua kaedah yang diberikan tadi berupaya
meringankan beban kehidupan rakyat apabila harga petrol menjadi mahal.

Rakyat harus bijak dan menilai sendiri keperluan yang utama dalam
kehidupan jika mereka mahu hidup dengan tenteram ketika masalah minyak
ini berterusan. Peribahasa ukur baju di badan sendiri mengingatkan kita
supaya berbelanja mengikut gaji yang diterima setiap bulan dan bukannya
mengikut hawa nafsu.

Anda mungkin juga menyukai