Anda di halaman 1dari 2

JAWAPAN

Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak covid-19 yang
mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu. Namun, penyakit ini mula
menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang keduanya yang turut mencatatkan dua
kematian pada hari 17 Mac lalu. Pada pandangan saya, boleh saya katakan PKP 2.0 ini tindak
mencapai obektif kerana hampir dua minggu keadaan jumlah pesakit yang diserang wabak pandemik
Covid-19 sentiasa bertambah dan kekal dalam empat angka. Hal ini berlaku adalah rentetan daripada
ketirisan dari pihak kerajaan yang telah membuka pintu sempadan dan lambat bertindak untuk
mengenakan tindakan terhadap majikan yang mempunyai pekerja asing. Pihak kerajaan juga gagal
melaksanakan PKP 2.0 dengan lebih awal. Saya rasa ini adalah punca mengapa situasi Covid-19 di
Malaysia semakin kronik. Selain itu, kebergantungan yang tinggi kepada buruh asing pada saya akan
menambahkan kemudaratan kepada penambahan risiko pandemik Covid-19 berlaku dan melarat. Hal
ini kerana, seperti yang kita ketahui, warga asing terutama sekali Bangladesh, Myanmar, Nepal dan
Vietnam biasanya mereka tidak menjaga kebersihan dengan baik dan ini boleh menyebabkan risiko
dijangkiti virus covid kepada mereka sangat tinggi.
Cadangan saya ialah pertama sekali pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bergerak secara
proaktif dengan membuat sekatan jalan raya merentas negeri dengan lebih ketat dan menutup pintu
sempadan. Pada saya, sekiranya dari awal lagi pintu sempadan ditutup, pastinya wabak pandemik
Covid-19 ini dapat ditangani dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat Malaysia
khususnya adalah sangat degil dan ingkar untuk mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa dan
ini berlaku disebabkan oleh kelonggaran penguatkuasaan dari pihak berkuasa tidak seperti PKP 1.0
dahulu.
Selain daripada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu
berterusan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat berkenaan dengan situasi pandemik covid-
19 yang melanda negara ini telah mencapai satu aras yang boleh dikatakan kronik sehingga pihak
hospital juga kekurangan kakitangan dan juga fasiliti katil dan sebagainya yang lengkap untuk
membantu merawat pesakit Covid -19. Ada hopsital juga yang pesakitnya terpaksa memakai baju
pesakit wanita dan juga baju hospital untuk ibu hamil. Ini kerana, kekurangan fasiliti akibat lambakan
pesakit yang diserang virus Covid-19 semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, saya merasakan
bahawa pihak SKMM perlu memikirkan strategi yang berkesan dalam usaha membantu pihak
berkuasa dan juga kerajaan menangani isu ini.
Akhir sekali, sistem politik. Apa yang saya rasa ialah, isu-isu politik semasa di dalam negara
perlulah dihentikan seketika dan kerajaan perlu fokus dalam membantu pihak Hospital menangani
wabak ini. Ini kerana, apa yang saya lihat sekarang ini, pemimpin di atas sibuk dengan perbahasan
politik mereka tatkala Virus Covid-19 kian melanda negara dan telah sampai ke puncak kronik dan ini
sepatutnya membimbangkan mereka. Rakyat amat gusar dengan situasi ini kerana mereka terpaksa
menjalankan kerja dari rumah bagi mereka yang bekerjaya, menjalankan kuliah dan pembelajaran dari
rumah bagi mereka yang bergelar pelajar dan pendapatan bagi mereka yang menjalankan aktiviti
perniagaan juga turus terjejas akibat kelumpuhan ekonomi Malaysia asbab penularan wabak ini.
Jika anda kontak rapat dengan pesakit covid-19, apa yang ada harus lakukan adalah seperti
Pertama sekali ialah lakukan Saringan. Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma
di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani
pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak
tabligh di Masjid Seri Petaling.
Kuarantin diri. Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China,
Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan
melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut. Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat
sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk
bernafas.
Memakai topeng muka. Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah
topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng
muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.
Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’. Dengan kekal berada di rumah dapat
menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan
masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai
aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan
bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.
Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah. Sentiasa mengutamakan kebersihan diri
seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan
bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan
untuk membasmi virus. Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula
disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala
paip dan pintu peti ais.
Jaga jarak 1 meter. Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke
tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya
tidak bersentuhan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti
makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah. Alternatif lain
aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa
dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.
Justeru, apa yang saya harapkan adalah kerajaan seharusnya berganding bahu menggembleng
tenaga dengan mengutamakan isu wabak pandemik covid-19 ini berbanding isu politik demi
kesejahteraan negara dan masyarakat sejagat. Masyarakat juga perlu membantu pihak kerajaan dalam
usaha memutuskan rangkaian covid-19 ini supaya Malaysia kekal bersih dari Covid-19 yang banyak
meragut nyawa. Sekiranya kita semua berganding bahu sejak awal, saya rasakan bahawa sudah pasti
gelombang ketiga ini dapat diatasi dengan baik dan rakyat dapat menjalankan aktiviti harian seperti
biasa.

Sekian sahaja daripada saya,


“Stay home, Stay Safe!”

Anda mungkin juga menyukai