Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum : 12

Tarikh : 26. 09. 2021

Tajuk Jurnal : Kekurangan Pengalaman / Pengalaman Sedia Ada

1. Isu Yang Difokuskan :


Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah saya kekurangan
pengalaman dan juga pengetahuan sedia ada dari segi teknikal.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Kelebihan sesi Pengajaran dan Pembelajaran


Dari Rumah) :-
Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan teknik dan
perlakuan yang betul dalam sesuatu topik. Dalam sesi PDPR saya, murid baru
belajar kemahiran dalam sesuatu bidang misalannya bidang olahraga. Olahraga pula
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu balapan dan padang. Oleh itu, bagi satu-satu
teknik, guru perlu menguasai dengan terperinci terlebih dahulu sebelum mengajar
kerana murid masih baru dengan teknik yang dipelajari. Jadi semasa saya
memberikan tugasan merakam video perlakuan kemahiran sukan, didapati murid
agak sukar (lambat) menghasilkannya dan ada juga yang menghasilkan video
tersebut dengan teknik yang salah. Banyak teguran terhadap proses kerja yang
murid laksanakan. Hasilnya juga kurang memuaskan walaupun aktiviti sangat
bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :
James R. Stronge dalam buku terbitannya yang berjudul Qualities of Effective
Teachers menggariskan 12 kualiti dan antara tiga yang utamanya ialah berbal Ability
(Kebolehan Bercakap). Disini guru tidak ada pilihan dan perlu banyak praktis dan
bukan hanya mengajar dengan pembacaan slaid. Kedua, Educational Coursework :
pedagogy skills (Memantapkan kemahiran pedagogi). Bagaimana untuk
melaksanakan pembelajaran bermakna, bagaimana untuk engage secara atas talian,
bagaimana untuk berkolaboratf kognitif murid secara atas talian dan sebagainya.
Dan yang ketiga Certificate in the field area. Ini bermaksud menggalakkan guru-guru
untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah dan
sebagainya dimana ini sahaja cara untuk meningkatkan kualiti seseorang individu
bergelar pendidik. Pemantapan Kemahiran Pedagogi boleh dilakukan menerusi
kajian tindakan.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
a) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara
untuk memilih aktiviti yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan
pengetahuan sedia ada pada murid.
b) Saya akan memperkenalkan kepada murid kemahiran asas dalam sesebuah
topik yang mereka pelajari pada hari tersebut. supaya murid dapat fahami
teknik yang akan mereka lakukan dengan lebih jelas.
c) Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan PDPR
saya lebih menarik untuk memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan
guru pelatih.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


3 hari

6. Tindakan Susulan :
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan
menjadikan murid ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid
menjadi rendah sedangkan tahap / pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih
baik.

7. Tarikh dan Tindakan Susulan Dilaksanakan :


28. 09. 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti memberikan impak yang positif. Berdasarkan tindakan
susulan yang saya laksanakan dan telah mendapat persetujuan bersama daripada
murid-murid yang menjalani sesi PDPR bersama saya dan juga guru pembimbing,
ternyata mereka jelas dan dapat mengikut arahan yang saya berikan dengan baik
daripada mula sesi PDPR sehingga tamat. Hasil yang mereka berikan lebih baik
berbanding hasil sebelumnya.

9. Kesimpulan :
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang sangat baik yang
telah diberikan murid tahun 3 Karisma pada sesi PDPR kali ini. Mereka dapat
mengikut segala arahan yang saya berikan dengan baik dan kelas juga berjalan
dengan lancar. Hasil kerja mereka juga dilihat banyak peningkatan.

RUJUKAN :

Stronge, J. H. (2018). Qualities of effective teachers. ASCD.

Teacher Bie Suhaili (2021). GURU SEBAGAI PENYELIDIK MENDEPANI

TREND PdPR 3.0 BERSAMA DR ZAILAH BINTI ZAINUDIN.


Retrieved 20 Julai 202, from https://www.youtube.com/watch?
v=hnMvLFUD2jA

Anda mungkin juga menyukai