Anda di halaman 1dari 7

3.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL

Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu program yang


perlu dilaksanakan oleh setiap guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
di mana, ianya meliputi aspek tugas guru dalam kerjaya sebagai seorang pendidik.
Program PBS ini juga memberi pengetahuan kepada saya tentang hal-hal yang
berkaitan dengan sistem pengurusan sekolah seperti kawalan tingkah laku murid-
murid yang pelbagai latar belakang di dalam kelas dan pengurusan bilik darjah
mengikut proses pembelajaran Abad ke-21.

Untuk Amalan Profesional PBS Fasa 1 kali ini, saya memilih untuk
menjalankannya di sebuah sekolah di kampong halaman saya di Johor, iaitu di
Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang, Pekan Nanas, Pontian, Johor. Saya
menjalankan amalan Profesional PBS Fasa 1 ini secara individu selama 5 hari iaitu
bermula pada 16 Februari 2020 hingga 20 Februari 2020.

3.1 Pernyataan sebelum Pengenalan Berasaskan Sekolah (PBS)

Pengalaman Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS merupakan


satu program yang diwujudkan khas untuk memberi pendedahan kepada
bakal guru dan menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan sebagai
tenaga pengajar sebelum diiktiraf sebagai pegawai pendidikan yang tetap.
Amalan PBS juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan
kepada guru pelatih tentang suasana persekolahan sama ada dari aspek
latar belakang murid, mahupun guru-guru di sekolah. Amalan PBS juga
memberikan pengetahuan kepada guru pelatih mengenai tanggungjawab
sebagai seorang guru dalam mendidik generasi modal insan yang akan
menyumbang kepada kemajuan negara disamping sebagai mempersiapkan
diri ke arah potensi menjadi guru cemerlang pada masa hadapan.
3.1.1 Objektif Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Amalan PBS memberikan guru pelatih :-

1. Memahami dan mendalami tanggungjawab sebagai golongan


pendidik.
2. Menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah sebagai
warga pendidik.
3. Memberi pendedahan awal mengenai proses Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc) mengikut abad ke-21 di sekolah.
4. Memahami pengurusan PdPc yang strategik dan efisien.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan antara guru
dengan murid, guru dengan guru, dan guru dengan warga
sekolah.
6. Meningkatkan mutu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
guru pelatih.
7. Membentuk profesion guru yang aktif, proaktif, optimistik dan
positif dalam setiap perkara.
8. Mengumpul data tentang sistem pengurusan sekolah, murid,
PdPc dan sebagainya.
9. Membuat refleksi tentang tanggungjawab sebagai warga
pendidik yang bukan sahaja mendidik, tetapi perlu
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan sekolah.
10. Mendokumentasikan pengalaman yang diperolehi untuk
perbincangan refleksi selepas melaksanakan amalan PBS.
a. Fokus utama tugasan

Fokus utama tugasan saya sewaktu menjalani amalan PBS adalah


mengikut kriteria kursus teras yang ditawarkan bagi semester ini. Berikut
merupakan aspek penting yang saya fokuskan :-

o Murid dan Pembelajaran


o Mengenal pasti dan membuat analisis berkenaan dengan
sejauhmanakah konsep perbezaan individu penting dan
memberi kesan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah PBS sewaktu menjalankan kajian
lapangan.
o Mencari maklumat, mengumpul bahan, merekodkan data
berkenaan implikasi dan pelaksanaan perbezaan individu
terhadap pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
guru di sekolah PBS menerusi kajian lapangan.
o Mendokumentasikan dapatan kajian menerusi laporan
PBS.

b. Tujuan tugasan
o Tugasan dari Unit Praktikum
o Ringkasan Maklumat Kursus.
o Melibatkan aspek pemerhatian tentang proses Pengajaran
dan Pembelajaran.
o Tugasan di dalam dan di luar bilik darjah. Bagaimana untuk
menguruskan kawalan murid.
o Melibatkan pengetahuan tentang aspek persekitaran
sekolah (iklim dan budaya sekolah)
o Sumber dan strategi perancangan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP).
o Melibatkan pengetahuan tentang aspek kemahiran
mengajar.
c. Merancang strategi pelaksanaan

Jangka masa yang diberikan kepada saya untuk menjalani amalan


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini adalah sangat singkat iaitu
selama 5 Hari sahaja. Oleh sebab itu, sepanjang saya menjalankan kajian
lapangan di SK Seri Bukit Panjang, saya telah membuat perancangan
strategi pelaksaan PBS bagi setiap hari seperti yang berikut :-

o Menyenaraikan fokus tugasan sebelum, semasa dan


selepas melaksanakan PBS di sekolah.
o Menyediakan soalan-soalan yang berkaitan semasa sesi
temubual untuk mendapatkan maklumat dan data kajian
lapangan.
o Mengumpul data menerusi warga SK Seri Bukit Panjang.
o Melaksanakan pemerhatian, mengambil gambar sepanjang
PBS berlangsung dan mendokumentasikan laporan
berpandukan senarai semak yang telah disediakan.
o Melaksanakan perbincangan dengan Guru Besar, guru-
guru, guru pembimbing (mentor), kakitangan sekolah dan
murid sekolah.
o Dalam soal selidik yang dilaksanakan kepada golongan
murid, saya menggunakan bahasa yang mudah untuk
mereka fahami.
o Mencatatkan aktiviti harian yang telah saya laksanakan
sebagai bukti pelaksanaan amalan PBS Fasa 1.
o Mendapatkan data berkenaan dengan prinsip perbezaan
individu dan impak terhadap proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP).

d. Instrumen penilaian kendiri

Menerusi amalan PBS Fasa 1 kali ini, saya berharap agar dapat
melaksanakan refleksi mengenai pengetahuan dan pengalaman saya
mengenai setiap aktiviti sewaktu PBS di sekolah. Saya akan
mengaplikasikan segala pengalaman dan ilmu yang saya peroleh melalui
amalan PBS sewaktu menjadi guru pada masa akan datang. Saya
berusaha untuk memberikan yang terbaik di dalam setiap yang saya
lakukan dan menjaga nama baik institut dan mematuhi setiap peraturan.

3.2 Pernyataan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Sebelum melaksanakan amalan Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS) Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang, terdapat beberapa
tindakan yang telah difokuskan bagi melancarkan lagi tugasan PBS Fasa 1
kali ini. Berikut merupakan perancangan tindakan sepanjang menjalani
amalan PBS Fasa 1 di sekolah SK Seri Bukit Panjang :-

TARIKH (HARI) TINDAKAN


o Datang awal ke sekolah dan melapor diri
kepada Guru Besar dan GPK 1 di pejabat
pentadiran.
o Menjalinkan komunikasi dengan Guru Besar,
GPK 1, GPK HEM, GPK Kokurikulum dan
guru-guru di SK Seri Bukit Panjang.
o Mendapatkan guru pembimbing atau mentor
dan mendapatkan serta mengumpulkan
maklumat dan data berkenaan sekolah
tersebut.
o Melakukan pemerhatian terhadap iklim
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),
takwim sekolah dan budaya yang terdapat di
16 FEBRUARI 2020 sekolah tersebut.
(AHAD) o Mendapatkan maklumat tentang carta
organisasi sekolah dan maklumat umum
berkenaan dengan sekolah tersebut.
o Melakukan pemerhatian berkenaan dengan
Perhimpunan pagi di sekolah tersebut.
o Melakukan perbincangan kolaboratif
bersama GPK Kokurikulum mengenai
pengurusan Kokurikulum dan sukan sekolah.
o Melakukan pemerhatian berkenaan dengan
corak budaya yang diamalkan di sekolah
tersebut.
o Melakukan pemerhatian terhadap bilik darjah
dan bilik-bilik yang terdapat di sekolah
tersebut.
o Melakukan tinjauan dan mengambil gambar
persekitaran sekolah.
o Mendapatkan maklumat umum berkenaan
dengan sekolah tersebut.
o Melakukan pemerhatian terhadap kelas
17 FEBRUARI 2020 Pendidikan Jasmani yang dijalankan di
(ISNIN) sekolah tersebut.
o Melakukan pemerhatian berkenaan dengan
tingkah laku murid.
o Melakukan perbincangan kolaboratif
bersama dengan GPK 1 sekolah mengenai
aspek pengurusan akademik/kurikulum
sekolah.
o Melakukan pemerhatian berkenaan dengan
Fasiliti sukan yang terdapat di sekolah
tersebut.

o Mengemas kini maklumat-maklumat sekolah


yang telah dikumpulkan.
o Meninjau tingkah laku murid pada waktu
rehat (perbezaan dalam kalangan murid).
o Melakukan pemerhatian kepada amalan
memberi salam dalam kalangan murid.
18 FEBRUARI 2020 o Memerhati sesi PdP di dalam bilik darjah.
(SELASA) (pengajaran guru dan kawalan murid)
o Perbincangan Kolabortif dengan wakil
pelajar SK Seri Bukit Panjang yang
merupakan Ketua Pengawas Sekolah
mengenai penerimaan pembelajaran di
sekolah.
o Mengemas kini maklumat yang dikumpul
daripada pihak sekolah.
o Memerhati dan mendokumentasikan sesi
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.
o Memerhati dan mendokumentasikan sesi
PdP yang berlangsung di dalam bilik darjah.
o Melakukan pemerhatian dan mengumpul
19 FEBRUARI 2020 data mengenai prestasi akademik dan
(RABU) kokurikulum murid SK Seri Bukit Panjang.
o Melakukan perbincangan kolaboratif
bersama dengan pengusaha kantin sekolah
berkenaan dengan pengurusan dan
pengoperasian kantin di SK Seri Bukit
Panjang.

o Mengemas kini dan memastikan maklumat


yang dikumpul lengkap dan tepat.
o Mendapatkan maklumat tentang kewujudan
prasarana sekolah.
o Memerhati dan mendokumentasikan
prasarana sekolah.
o Perbincangan kolaboratif bersama dengan
Guru Besar selaku pengurus sekolah
20 FEBRUARI 2020 berkenaan dengan sistem pengurusan
(KHAMIS) sekolah.
o Mendapatkan pengesahan kolaboratif,
pengesahan kedatangan, dan penilaian
daripada Guru Besar.
o Memberi penghargaan kepada warga SK
Seri Bukit Panjang.
o Mengambil gambar kenangan bersama
warga SK Seri Bukit Panjang.

Anda mungkin juga menyukai