Anda di halaman 1dari 4

Minggu Praktikum :4

Tarikh : 25. 07. 2021

Tajuk Jurnal : Pengaplikasian Strategi/ kaedah/ teknik/ aktiviti PdPR yang berimpak

tinggi untuk guru mendepani trend PdPR 3.0 bersama Dr.Zailah Binti
Zainudin, Pensyarah Cemerlang IPGK Raja Melewar.

1. Isu Yang Difokuskan :


Saya mengikuti satu bengkel yang dianjurkan oleh PPD Daerah Kudat berkenaan
dengan Guru Sebagai Penyelidik Mendepani Trend PdPR 3.0 dan berikut
merupakan dapatan saya :-
a. Guru sebagai penyelidik.
Kebanyakan guru tidak termotivasi untuk melakukan banyak kajian tindakan.
mengapa?
i. Volatile – guru tidak ada kuasa untuk sesuatu yang datang. Misalannya
trend PdPR. Guru perlu cepat, selesakan diri dengan situasi baharu.
ii. Uncertain – Guru perlu kreatif dan perlu cepat cari sumber inspirasi
baharu dan perlu banyak buat kajian tindakan.
iii. Complex – Guru perlu berkerjasama dengan ibu bapa untuk memastikan
kehadiran murid.
iv. Ambigous – Guru perlu cepat kuasai persekitaran norma baharu seperti
PdPR.

Berdasarkan kepada isu guru sebagai penyelidik, saya rasakan sewaktu


menjalankan sesi PDPR bersama murid-murid SK Parit Selangor, saya perlu
melakukan banyak kajian tindakan. Saya juga perlu menganalisis tentang isu
kehadiran murid saya sepanjang sesi PDPR yang saya jalankan. Hal ini kerana,
saya kurang berpuas hati dengan status jumlah kehadiran murid saya sewaktu
sesi PDPR dijalankan. Sedikit sebanyak perkara ini telah mengganggu peratusan
pencapaian objektif pengajaran saya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Berdasarkan isu yang saya jelaskan di atas, jika dilihat daripada peratusan kehadiran
sewaktu saya menjalankan sesi PDPR, yang menyebabkan kehadiran murid berada
pada tahap yang kurang memuaskan adalah berpunca daripada strategi PDPR yang
saya gunakan mungkin kurang menarik perhatian murid-murid untuk hadir ke kelas
saya. Saya perlu perbanyakkan melakukan kajian tindakan terhadap strategi
pengajaran saya pada sesi akan datang. Selain itu, saya juga rasa kekurangan
berkomunikasi dengan pihak ibu bapa juga merupakan punca utama mengapa status
jumlah kehadiran murid kurang memuaskan pada sesi PDPR yang saya laksanakan.
Saya juga mengakui saya masih lemah dalam kemahiran pedagogi.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :
Menurut James R. Stronge dalam buku terbitannya yang berjudul Qualities of
Effective Teachers menggariskan 12 kualiti dan antara tiga yang utamanya ialah
berbal Ability (Kebolehan Bercakap). Disini guru tidak ada pilihan dan perlu banyak
praktis dan bukan hanya mengajar dengan pembacaan slaid. Kedua, Educational
Coursework : pedagogy skills (Memantapkan kemahiran pedagogi). Bagaimana
untuk melaksanakan pembelajaran bermakna, bagaimana untuk engage secara atas
talian, bagaimana untuk berkolaboratf kognitif murid secara atas talian dan
sebagainya. Dan yang ketiga Certificate in the field area. Ini bermaksud
menggalakkan guru-guru untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana,
Doktor Falsafah dan sebagainya dimana ini sahaja cara untuk meningkatkan kualiti
seseorang individu bergelar pendidik. Pemantapan Kemahiran Pedagogi boleh
dilakukan menerusi kajian tindakan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah dikatakan oleh Dr. Zailah, disini terdapat
beberapa cadangan dan idea penyelesaian masalah berkaitan dengan isu yang saya
bangkitkan di atas. Ini juga adalah langkah yang saya cuba untuk laksanakan untuk
menarik perhatian murid untuk menghadiri kelas saya supaya dapat meningkatkan
peratusan kehadiran :-
i. Sentiasa membuat inkuiri dan muhasabah untuk tambahbaik amalan
pedagogi.
ii. Penggunaan lesson study untuk approach kepada pelajar.
iii. Cipta lebih banyak inovasi dan kreativiti seperti memberikan e-sijil kepada
mereka yang menghadirkan diri di dalam sesi PDPR yang saya jalankan.
iv. Menggunakan teknik ganjaran kepada mereka yang dapat mengikut arahan
dengan baik pada setiap sesi PDPR.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu
6. Tindakan Susulan :

Saya telah menyiapkan beberapa rekaan sijil penghargaan dan sijil kehadiran untuk
diberikan kepada murid-murid yang hadir pada kelas yang saya laksanakan.
Pemberian sijil adalah menerusi pengisian google form. Saya juga telah
menyediakan buku sticker terkumpul sebagai ganjaran kepada murid yang
memberikan komitmen dengan baik.

7. Tarikh dan Tindakan Susulan Dilaksanakan :


01. 08. 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Apa yang saya lihat adalah dari segi sedikit peningkatan kehadiran murid yang hadir
ke dalam kelas yang saya laksanakan. Saya juga dapat lihat murid-murid lebih
banyak berkomunikasi dan memberikan idea mereka dalam menjawab segala soalan
dan pertanyaan yang saya berikan. Murid-murid juga saya lihat seronok menjalani
sesi PDPR bersama saya.

9. Kesimpulan :
Selepas mengikuti perkongsian daripada Dr. Zailah mengenai perkongsian toik “Guru
Sebagai Penyelidik Mendepani Trend PdPR 3.0”, Saya dapati terlalu banyak
kelemahan yang ada di dalam diri dan perlu saya perbaiki. Ini adalah penting supaya
saya dapat memastikan sesi PDPR yang saya laksanakan dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Saya juga perlu membuat banyak bacaan tentang
teori-teori pembelajaran yang disyorkan supaya murid berasa seronok mengikuti sesi
PDPR walaupun terpaksa dijalankan secara atas talian. Saya juga perlu
memperbanyak strategi pengajaran dan lebih kreatif dalam menarik minat murid-
murid untuk hadir dan memberikan komitmen 100% sepanjang sesi PDPR yang saya
jalankan.
Rujukan :

Stronge, J. H. (2018). Qualities of effective teachers. ASCD.

Teacher Bie Suhaili (2021). GURU SEBAGAI PENYELIDIK MENDEPANI

TREND PdPR 3.0 BERSAMA DR ZAILAH BINTI ZAINUDIN.


Retrieved 20 Julai 202, from https://www.youtube.com/watch?
v=hnMvLFUD2jA

Anda mungkin juga menyukai