Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 3 : PENGERTIAN ISLAM

SOALAN

Baca Beberapa pendapat ulamak tentang pengertian Islam

Berdasarkan Pendapat Ulamak tentang perngertian Islam, huraikan mengapa agama Islam yang
diturunkan Allah sangat sesuai untuk kehidupan manusia?

JAWAPAN

i. Islam merupakan agama yang mentauhidkan penciptaNya (Allah), tunduk, patuh dan
ikhlas kepada Allah serta beriman dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh-Nya.
ii. Islam menuntut penganutnya supaya sentiasa beriman kepada Allah sebagai Pencipta
dan bukan sahaja manusia malah sekalian makhluk yang ada di langit dan juga di bumi
turut tunduk kepada Allah sehingga mereka dikembalikan.
iii. Hanya agama islam yang mampu untuk menjawab segala persoalan denga jawapan
yang menepati fitrah akal manusia.
a. Antara persoalannya adalah “Dari mana datangnya manusia?” dan jawapannya
kesemuanya telah disebutkan di dalam Al-Quran surah Al-Haj ayat 5 yang
menyatakan bahawa manusia dicipta dari tanah, kemudian setitik air bersih,
kemudian sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan
kejadiannya dan tidak disempurnakan kejadiannya.
iv. Islam merupakan agama yang memberi cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan
dan ubat yang mujarab bagi segala penyakit dan memberi jalan yang lurus dan selamat
bagi manusia yang melaluinya iaitu berpandukan AL-Quran dan juga Hadits.
v. Islam juga merupakan agama yang bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan
manusia menjadi seorang hamba yang terbentuk akhlaknya serta disampaikan oleh Nabi
Muhammad S.A.W sebagai panduan bagi seluruh umat manusia. Disebabkan itulah
Islam ini adalah agama yang sesuai dengan kehidupan manusia (pemimpin dalam
kalangan manusia sendiri).

Anda mungkin juga menyukai