Anda di halaman 1dari 3

PKES 3053 : PERTOLONGAN CEMAS

SENGATAN SERANGGA / BINATANG


PENGENALAN
Kita seringkali mendengar berita kematian akibat sengatan serangga berbisa. Sengatan serangga
berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga
boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat berlakunya
kejutan anafilaksis. Tindak balas ini boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

JENIS-JENIS SENGATAN SERANGGA BERBISA


1. Tebuan
2. Labah-labah
3. Lebah
4. Semut Api

Serangga daripada spesis himenoptera ini sebenarnya boleh menyebabkan tindak balas keracunan
mendadak serta alahan. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tempat sengatan
dan kemudian bahan racun tersebut mengalir ke seluruh tubuh mangsa.

TANDA DAN GEJALA


- Kesakitan yang teruk pada bahagian yang disengat.
- Rasa gatal di sekeliling tempat sengatan.
- Lebam di sekeliling tempat sengatan
- Titik kesan sengatan kelihatan kemerah-merahan.
- Sengatan kadang-kadang masih melekat pada tisu badan.
- Bernanah.

GEJALA SISTEMIK
Bagi mangsa yang sangat sensitif kepada racun sengatan ini, mereka akan mengalami gejala :-
- pengsan dan turun tekanan darah.
- kejutan anafilaksis yang boleh membawa maut, kalau tidak mendapat rawatan segera.

Gejala kejutan anafilaksis adalah seperti :


o Pucat dan kulit yang sejuk.
o Berpeluh.
o Ruam menyeluruh
o Bengkak pada salur darah.
o Pertuturan yang tidak jelas (slurred)
o Gangguan emosi, keliru dan resah-gelisah.
o Kadar pernafasan meningkat.
o Kesukaran bernafas.
o Tidak sedarkan diri.
o Komplikasi
o Bengkak yang serius
o Kegagalan sistem pernafasan
o Kegagalan fungsi jantung
o Kematian9

PENCEGAHAN AWAL
Elakkan diri dari berada di tempat yang berisiko sebagai sarang serangga berbisa :-
Semak-samun dan hutan bagi tebuan, lebah, penyengat dan semut api.
Bangunan lama dan tempat gelap bagi labah-labah.
Kawasan tanah lembap dan kayu buruk bagi tungau.
Elakkan bahagian tubuh yang terdedah dengan memakai seluar panjang, baju berlengan
panjang dan berkasut semasa bekerja di kawasan semak dan hutan.
Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi kerana ia boleh menarik perhatian serangga
bila berada di kawasan belukar.

RAWATAN PERTOLONGAN CEMA


 Bagi sengatan lebah, penyengat dan tebuan, cuba buangkan sengatan menggunakan penyepit
(tweezers)
 Bagi tungau yang masih melekat pada kulit jangan sekali-kali menarik secara paksa kerana
dikhuatiri mulutnya akan tertanggal dan memasuki tisu badan yang akan menyebabkan
inflamasi yang teruk.
 Cuci luka dengan air bersih atau antiseptik selepas membuang sengat dari tempat sengatan.
 Letakkan demahan sejuk atau ais untuk meredakan kesakitan.
 Bagi rawatan bengkak di dalam mulut atau kerongkong, berikan ais untuk diletakkan di
dalam mulut dan dihisap. Nasihatkan juga berkumur dengan air sejuk .
 Hadkan pergerakan anggota yang terkena sengatan.
 Letakkan mangsa dalam kedudukan menyandar sekiranya mangsa mengalami kesukaran
bernafas.
 Letakkan mangsa dalam kedudukan mengiring sekiranya mangsa tidak sedarkan diri.
 Selimutkan mangsa sekiranya dalam kesejukan.
 Hantar segera mangsa ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

RAWATAN DI HOSPITAL
 Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap
kesedaran.
 Tempat sengatan dan gigitan akan dirawat dan dibalut sekiranya ada pendarahan.
 Ubat antihistamin akan diberi sama ada dalam bentuk suntikan atau tablet.
 Preskripsi ubat penahan kesakitan juga mungkin akan diberikan sekiranya mangsa mengalami
kesakitan yang teruk.
 Sekiranya mangsa mengalami gejala kejutan anafilaksis, infusi cecair intravena dan alat
bantuan pernafasan akan diberikan.

Sumber Rujukan Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan dengan sengatan
serangga / binatang.

Anda mungkin juga menyukai