Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 1 : PENGERTIAN ISLAM

Arahan
Setelah mempelajari pengertian Islam secara bahasa dan istilah, jelaskan :
1. Apakah pentingnya kewujudan Islam kepada manusia?
2. Mengapa Islam dianggap bertentangan dengan maksudnya dari segi
bahasa iaitu selamat dan aman?
* rujuk mana-mana artikel ilmiyah dan berikan pendapat.

JAWAPAN
1. Pada pandangan saya, kewujudan Islam sangat penting kepada Manusia khususnya
kepada penganut agama Islam kerana bagi saya, Islam mempunyai satu sistem hidup yang
bersifat rab-bani dan amat menganjurkan kepada manusia supaya sentiasa adil dalam
setiap tindakan yang diambil. Selain itu, Islam penting kepada manusia kerana Islam
merupakan Agama Allah yang banyak memberikan panduan hidup kepada manusia
menerusi Al-Quran dan juga As-Sunnah. Agama Islam juga mendidik manusia untuk
sentiasa menekankan kepada kedamaian hidup individu sama ada dari segi fizikal
mahupun mental seseorang. Bukan sahaja menerusi individu malah Agama Islam sangat
menekankan tentang aspek kedamaian dan keamanan dalam kehidupan masyarakat
sejagat.
Selain daripada itu, kewujudan Islam banyak memimpin manusia untuk sentiasa
melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (Amar makruf nahi munkar). Agama
Islam menyeru supaya kita (Umat Islam) sentiasa taat dan patuh kepada Sang Pencipta
(Allah). Kewujudan Agama Islam juga menjadikan manusia itu seorang yang bertamadun
terutama dari segi penampilannya, akhlaknya mahupun bahasanya. Seperti yang kita
ketahui, Nabi Muhammad sebagai Rasulullah SAW telah diutus oleh Allah untuk
menyempurnakan akhlak, seperti sabda Baginda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku
diutus untuk menyempurnakan akhlak mulis.” (Hadis Riwayat al-Hakim). Oleh sebab itu,
saya percaya kewujudkan Islam amat penting di dalam kehidupan manusia kerana, ianya
boleh membentuk muslim yang sejati dan dihormati oleh seluruh masyarakat penganut
agama selain Islam.

2. Mengapa Islam dianggap bertentangan dengan maksudnya dari segi bahasa iaitu selamat
dan aman? Pada pandangan saya, kenyataan ini dapat dikaitkan dengan “Agama Semua
Sama” menerapkan tentang keselamatan dan kemanan. Tetapi Islam tidak sama sekali,
Islam adalah agama Allah, dan tidak semua yang dianjurkan oleh agama Islam itu sama
dengan agama lain. Sebagai contoh, jika diambil dari konteks bersih, agama Islam adalah
lebih teliti dengan menekankan konsep bersih dan suci dimana suci tidak terdapat di
dalam mana-mana agama selain Islam. Oleh sebab itu, bagi saya Islam dianggap
bertentangan dengan maksudnya dari segi bahasa iaitu selamat dan aman adalah Islam
merupakan agama yang menerapkan penganutnya untuk melakukan suruhan Allah dan
meninggalkan larangan Allah.

Anda mungkin juga menyukai