Anda di halaman 1dari 5

z

Waqi’iyyah
(Realiti)
z

 Waq’iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu


bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia.

 Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia. Dalam


menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil kira
realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan.

 Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat atau


budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara
mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam
Islam.
z
 Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu,
pada masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan
manusia di alam ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan
fizikal dan mental, taraf ekonomi dan lain-lain.

 Dengan itu, dalam menunaikan keadilan ekonomi umpamanya, Islam tidak


menuntut agar harta kekayaan dibahagikan sama rata antara manusia. Hal ini
kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi keupayaan fizikal, mental,
kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain.

 Oleh itu, anugerah dan habuan ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan


perbezaan setiap individu dari segi usaha dan kesungguhan, kerajinan,
kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.
z
Islam Dinamik
z
Sumber Hukum

Anda mungkin juga menyukai