Anda di halaman 1dari 7

AL-THABAT

WAL MURUNAH (TETAP


& ANJAL)
Maksud Al-Thabat
Thabat (‫)الثبات‬membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah.
Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan
hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan secara tetap atau qat’i (pasti) dalam
al-Qur’an dan al-Sunnah yang tidak boleh dipinda dan diubah dasar dan
prinsipnya.
Konsep Thabat
Akidah
◦ Dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah s.w.t. yang Maha Esa dan tiada
sekutu bagi-Nya. Perkara² berkaitan akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda
atau diubah-ubah.
Firman Allah SWT :

‫الر ْح َٰ َم ُن ا‬
‫الر ِحم ُم‬ ِ ‫َو ِإ َٰلَ ُه ُك ْم ِإ َٰلَهٌ َو‬
‫اح ٌد اَّل ِإ َٰلَهَ ِإ اَّل ُه َو ا‬
“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang
berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.”
(Suroh Al-Baqarah ayat 163)
Ibadat
◦ Dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah ditetapkan
cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam.
Ketetapan hukum syariah yang diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith
seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah perlaksanaannya.
Begitu juga hukum haram bagi khinzir, minum arak, berjudi dan riba.
Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, ketetapan dan keanjalan dalam syariat Islam
adalah seperti berikut:
Tetap pada tujuan dan matlamatnya tetapi anjal pada bentuk pelaksanaannya.
Tetap pada dasar dan kaedah umumnya tetapi anjal pada perkara-perkara
cabang atau furu’.
Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak tetapi anjal pada urusan keduniaan
dan ilmu pengetahuan.
Murunah
MURUNAH (‫ )المرونة‬pula membawa maksud anjal iaitu boleh berubah
mengikut kesesuaian namun masih tetap atas prinsip asasnya.
Konsep Murunah dari sudut:
a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat dan tujuannya.
b) Cabang-cabang dan ranting-ranting bagi usul-usul dan prinsip-prinsip umumnya.
c) Urusan-urusan keduniaan, ‘uruf dan adat masyarakat.

Kelebihan sifat Murunah:


◦ Menunjukkan sifat toleransi dan berhikmahnya Islam.
◦ Menarik minat orang bukan Islam untuk memahami keindahan dan mudahnya
ajaran Islam.
◦ Menggalakkan umat Islam mentaati dan melaksanakan perintah Allah SWT dengan
sempurna.
Prinsip-prinsip Murunah
Islam agama yang mudah
Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan
Kesimpulan
Konsep al-Thabat dan al-Murunah ini jelas ditonjolkan dalam beberapa
perkara ibadah.
Contoh, kewajipan menunaikan solat akan terus kekal dalam apa-apa keadaan
sekalipun, akan tetapi terdapat kelonggaran dalam melaksanakannya.
Dengan adanya ciri-ciri Thabat, maka Islam akan terus kekal kukuh dan teguh
di sepanjang zaman. Ajaran, pegangan dan prinsip-prinsip Islam tidak pernah
goyah dan terumbang-ambing menghadapi apa sahaja suasana dan cabaran
zaman.
Pada masa yang sama, ciri-ciri murunah pula menjadikan Islam sebuah agama
yang dinamik dan berdaya maju. Ciri ini mengelakkan Islam daripada bersifat
jumud dan beku. Dengan itu Islam merupakan agama yang sesuai dengan
kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan meningkat dari masa ke masa.

Anda mungkin juga menyukai