Anda di halaman 1dari 13

TOPIK KE 2

CIRI –CIRI KHUSUS


AGAMA ISLAM
CIRI-CIRI KHUSUS AGAMA ISLAM
RABBANIYYAH

ATTHABAT SYUMULIAH

CIRI-
CIRI
KHUSU
ALAMIYYAH S TAWAZUN

INQILIBIAH WAQIIYAH
SUMBER ISLAM

Segala hukum, konsep, prinsip, nilai, & peraturan yang


terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah

semua peraturan hidup telah ditentukan oleh Allah sebagai


pencipta & penguasa alam ini.
MATLAMAT DAN TUJUAN HIDUP
MENGIKUT PANDANGAN DRYUSUF AL-QARDAWI DALAM
KITABNYA AL-KHASHOISH AL-AMMAH LIL ISLAM

• Rabbaniyyah al-ghoyah (tujuan/matlamat)

• Menggambarkan betapa setiap matlamat atau tujuan sesuatu usaha, amal, cita-cita,
sasaran, perjuangan, pengorbanan dan hala tuju kehidupan manusia haruslah dalam
acuan dan kerangka menuju dan mencapai keredaan Allah.

Firman Allah : Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan)
dari urusan (ad-din) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui (al-Jaatsiyah 18)
• Rabbaniyyah al-wijhah (Persepsi)

• Sesuatu persepsi, tanggapan dan worldview adalah dilihat melalui kerangka kaca
mata atau acuan yang dipandukan oleh Allah
• Sebagai contohnya bagaimana persepsi dan worldview rabbaniyyah berkaitan
dengan tentang kehidupan dunia dan akhirat

Firman Allah : Katakanlah : Matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini


adalah sedikit sahaja (dan ahkirnya akan lenyap), dan balasan hari akhirat itu
lebih baik lagi bagi orang yang bertaqwa dan kamu pula tidak akan dianiaya
sedikitpun (an-Nisa’ 77)
• Rabbaniyyah al masdar (sumber)

• Segala sumber dan akar umbi kepada kehidupan di seluruh alam ini
adalah berpunca dari acuan Allah dan mengembalikan sumber yang
menjadi rujukan serta sandaran peraturan kehidupan manusia seluruhnya
kepada ketetapan Allah.

• Firman Allah : Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari
Allah lah (datangnya)… (an-Nahlu 53)
• Rabbaniyyah al-manhaj (sistem)

• Setiap sistem, peraturan, kaedah, dan undang-undang bagi menyempurnakan


kehidupan insaniah manusia adalah berteras dan berasaskan kepada acuan Allah.

• Firman Allah : Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat
(peraturan) dari urusan (ad-din) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu
ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (al-Jaatsiyah 18)
SYUMULIAH (MENYELURUH)
Islam merupakan agama sempurna dalam semua aspek
bidang kehidupan manusia;
• UNDANG-UNDANG
• KEADILAN
• KEHAKIMAN
• BERNEGARA
• AKHLAK
• ILMU
TUTORIAL
• Kesyumulan Islam dari sudut undang-undang:
1. Mempunyai kesan dan pengajaran hasil daripada undang-undang yang Islam
kuatkuasakan seperti hudud, qisas
2. Undang-undang yang dikuatkuasakan bersifat sejagat iaitu tanpa mengira status,
pangkat, bangsa.
3. Membela golongan yang tertindas dan lemah dan menjaga kemaslahatan hak-
hak kemanusiaan
4. Undang-undang yang tidak berubah mengikut peredaran zaman dan masa
5. Undang meliputi 4 aspek : muamalat, jenayah, munakahat dan ibadat
• Kesyumulan dari sudut keadilan:
1. Memberikan hak kepada pihak yang berhak akan hak-haknya
2. Meliputi balasan dunia dan akhirat terhadap segala perbuatan, amalan, tutur kata
3. Tanpa diskriminasi dalam memberikan hak termasuk perlindungan, keselamatan, keperluan
asas
• Kesyumulan terhadap kehakiman :
1. Berdasarkan panduan wahyu
2. Menghapuskan kemungkaran dan menegakkan kebaikan (amar makruf)
3. Sistem kehakiman yang memenuhi tuntutan syariat dan keperluan manusia
• Kesyumulan dari sudut bernegara
• Melaksanakan pemerintahan Islam yang mengandungi sistem yang berpandukan kepada
perintah Allah.
• Adanya sistem syura yang membolehkan pelbagai pandangan diambil kira/diberi perhatian
• Menjamin kesejahteraan dan kerukunan hidup rakyat
KELUASAN SYARIAT ISLAM
• Prinsip dan hukum menyentuh semua hal kehidupan
• Meliputi semua hajat dan keperluan manusia
• Bersesuaian dengan tujuan utamanya
• Dinyatakan matlamat kejadiannya
• Ditetapkan peraturan hubungannya dengan Tuhan
• Ditetapkan hak dan kewajipannya, hubungan dengan saudara-saudaranya dan
masyarakat yang didiaminya
• Ditegakkan asas keadilan antara manusia dalam segenap segi kehidupan, kegiatan
dan pekerjaan mereka
• Menghimpunkan antara dunia dan agama

Anda mungkin juga menyukai