Anda di halaman 1dari 8

PRINSIP HUKUM

TAUHID
HAZIM YUSOFF X HANA
Pengertian Tauhid
◦ Bahasa : Sesuatu esa

◦ Istilah : ilmu Tauhid ialah ilmu yang membahas segala kepercayaan-kepercayaan

yang diambil dari dalil dalil keyakinan dan hukum-hukum di dalam Islam

termasuk hukum mempercayakan Allah itu esa.


Perkara dasar yang wajib dipercayai dalam ilmu tauhid adalah perkara yang dalilnya atau buktinya cukup

terang dan kuat dan terdapat di dalam Al Quran atau Hadis yang shahih. Perkara ini tidak boleh dita’wil

atau ditukar maknanya yang asli dengan makna yang lain.


Tujuan mempelajari ilmu tauhid adalah untuk kita mengenal Allah dan rasul-Nya dengan dalil dalil yang

pasti dan menetapkan sesuatu yang wajib bagi Allah dari sifat sifat yang sempurna dan mensucikan Allah

dari tanda tanda kekurangan dan membenarkan semua rasul rasul Nya.
Ilmu Tauhid Terbagi Dalam Tiga Bagian:
1. Wajib

2. Mustahil

3. Harus
WAJIB
◦ menentukan suatu hukum dengan menggunakan akal bahwa sesuatu itu wajib atau tidak boleh tidak.
Hukum wajib dalam ilmu tauhid ini ditentukan oleh akal tanpa lebih dahulu memerlukan penyelidikan
atau menggunakan dalil.

◦ Contoh mudah :

1. duit RM730 adalah lebih banyak dari rm430.

2. seorang ayah usianya lebih tua dari usia anaknya.


MUSTAHIL
◦ Mustahil dalam ilmu tauhid adalah kebalikan daripada perkara wajib. Mustahil dalam ilmu tauhid bererti
akal boleh menentukan dan memustahilkan bahawa sesuatu perkara itu harus tidak sedemikian.

◦ Contoh mudah :

1. duit RM430 adalah lebih banyak dari rm730.

2. seorang ayah usianya lebih muda dari usia anaknya.


JAIZ (MUNGKIN)
◦ Jaiz (mungkin) dalam ilmu tauhid ialah akal kita dapat menentukan atau menghukum bahawa sesuatu
benda atau sesuatu zat itu boleh demikian keadaannya atau boleh juga tidak demikian.

◦ Hukum jaiz (Mungkin) tidak memerlukan hujjah atau dalil.

◦ Contoh mudah :

1. bila langit mendung, mungkin akan turun hujan lebat, mungkin turun hujan rintik rintik, atau mungkin
tidak turun hujan sama sekali.seorang ayah usianya lebih muda dari usia anaknya.

2. Penyakit seseorang itu mungkin boleh sembuh atau mungkin saja tidak boleh sembuh.

Anda mungkin juga menyukai