Anda di halaman 1dari 5

CASE STUDY

SITI SALSABILA BINTI MOHAMAD ESA, IPG KAMPUS KOTA BHARU.

PENGENALAN

Seorang guru matematik yang dikenali sebagai Cikgu M telah menyatakan pendapat beliau
bahawa penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran murid sekolah rendah untuk
menggalakkan perkembangan pemahaman konseptual murid dalam matematik adalah
suatu kaedah pembelajaran yang membazir masa dan menjejaskan kualiti masa yang
diperuntukkan. Oleh itu, perbezaan pendapat yang timbul menyebabkan beberapa hujah
diusulkan untuk menentang kenyataan yang telah dibuat oleh Cikgu M ini terhadap
penggunaan bahan konkrit untuk membangunkan pemahaman konseptual murid.

Bahan konkrit adalah suatu bahan ataupun alatan yang digunakan oleh guru sebagai
bahan sokongan mereka sepanjang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan konkrit ini dalam pengajaran matematik adalah sangat membantu dan
mempunyai pelbagai kebaikannya jika dibandingkan dengan keburukan. Oleh itu, saya tidak
setuju dengan kenyataan yang dibawa oleh Cikgu M yang menyatakan ia adalah suatu
proses yang dapat membuang masa malah saya melihat ia sebagai satu langkah yang
efektif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

ISI PENTING/ HUJAH

Kelebihan seorang guru matematik yang menggunakan bahan konkrit dalam pengajarannya
dapat memberikan kefahaman yang mendalam kepada murid tentang konsep sesuatu
perkara semasa belajar. Contohnya, melalui topik nombor operasi yang melibatkan operasi
tambah, murid dapat memahami konsep yang cuba disampaikan oleh guru seperti konsep
‘combine two set’, ‘altogether’ dan ‘modelling’ melalui bantuan bahan konkrit yang
menjadikan mereka lebih faham seperti yang ditekankan dalam konsep ARM Model yang
melibatkan ‘action’, ‘reflection’ dan ‘modelling’. Hal ini disokong oleh Noor Azlan dan
Nurdalina. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan
peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada
bertujuan untuk menarik  minat   pelajar   dalam   mata pelajaran. Bahan konkrit ini
merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para murid kerana ia memudahkan
penyampaian guru terhadap sesuatu konsep yang hendak diajar.Penerokaan sendiri oleh
murid terhadap bahan konkrit ini akan mempercepatkan proses penguasaan murid terhadap
sesuatu topik yang diajar.

2
Tambahan lagi, penggunaan bahan konkrit ini akan menimbulkan minat dan
kesungguhan murid untuk belajar dan dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya
semasa proses pengajaran berlangsung kerana bahan konkrit ini membantu merangsang
dunia murid untuk belajar dan memberikan keseronokan semasa belajar. Ini bertepatan
dengan pernyataan oleh Abu Zahari (1987), minat memainkan peranan yang penting dalam
kejayaan sesuatu pembelajaran dan minat dapat mempengaruhi pencapaian seseorang
murid itu sendiri. Seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan
menunjukkan pencapaian yang tinggi dan cemerlang dalam peperiksaan malah setiap
aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas juga mendapat penglibatan yang aktif.

Dengan demikian, matlamat dan objektif pembelajaran tentang sesuatu konsep


seperti konsep dalam nombor operasi yang mana melibatkan 4 operasi utama iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi dapat dicapai dengan jelas. Pembentukan minat yang menebal
dalam diri murid dapat mengelakkan murid berasa bosan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas tetapi murid akan sentiasa tertunggu-
tunggu untuk belajar kerana perspektif murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan
berubah apabila mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran serta
timbul perasaan minat untuk belajar. Hal ini akan menyebabkan murid berasa masa yang
diperuntukkan selama sejam adalah singkat dan tidak mencukupi kerana pembelajaran
secara bermain adalah sangat efektif dan disyorkan.

Keupayaan murid menganalisis sepenuhnya fungsi sesebuah bahan konkrit ini


dalam pembelajaran mereka dapat mengembangkan kemahiran prosedur kecekapan
kerana elemen prosedur ini adalah suatu elemen yang penting dalam pembelajaran untuk
memahami sesuatu konsep matematik. Keberkesanan penggunaan bahan konkrit ini dapat
mempercepatkan proses pemahaman konsep matematik murid terutamanya dalam topik
operasi bahagi. Operasi bahagi adalah sukar untuk murid memahaminya. Oleh itu, guru
hendaklah menggunakan bahan konkrit ini untuk menjelaskan kepada murid tentang konsep
yang digunakan untuk operasi bahagi seperti ‘repeated substraction’ dan juga ‘sharing
patition’. Melalui kaedah ini, murid dapat mengetahui dan dapat membuat perbezaan setiap
konsep yang digunakan dalam setiap nombor operasi tersebut. Hal ini menyebabkan
berlakunya perkembangan kemahiran prosedur kecekapan dalam operasi bahagi dengan
mudah dan tepat serta masa yang diperuntukkan dapat digunakan secara berkualiti.

Selain itu, hujah lain tentang kebaikan dan kelebihan dalam penggunaan bahan
konkrit ini adalah murid mendapat pengalaman pancaindera. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan ini akan memberi peluang kepada murid untuk
memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan,

3
deria sentuh dan deria pendengaran (Saridah, 2006). Penglibatan deria-deria ini akan
menguatkan ingatan murid terhadap konsep yang dipelajari kerana ransangan melalui deria
akan lebih mudah untuk murid ingat dan faham dalam jangka masa yang lebih lama.
Dengan penggunaan bahan konkrit ini murid dapat menyentuh dan melihat sendiri prosedur
dalam pelaksanaan sesuatu operasi nombor.

Sehubungan dengan itu, hal ini dapat mencetuskan mutu pembelajaran yang
optimum oleh murid malah murid dapat menguasai konsep dan kemahiran prosedur
kecekapan dengan baik terhadap pengajaran tentang nombor operasi ini kerana topik ini
perlu dikuasai oleh murid dengan sebaik mungkin sebelum melangkah kepada topik yang
seterusnya dan topik nombor operasi ini sangat penting untuk kegunaan dalam kehidupan
seharian. Cara penggunaan bahan konkrit hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap
supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam
ingatan mereka (Norma,2004). Penggunaan pengalaman pancaindera murid ini menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Di samping itu, penggunaan bahan konkrit bukan hanya terhad kepada bahan yang
berbentuk alatan sahaja tetapi melibatkan juga perisian-perisian komputer yang boleh
digunakan oleh guru dalam memudahkan proses pengajarannya. Kemahiran perkomputeran
ini dapat merangsang perkembangan pemikiran murid kepada tahap yang lebih tinggi keran
murid akan lebih tertarik untuk belajar. Penerapan kemahiran ini akan menyebabkan murid
menjadi celik IT dan dapat mengakses maklumat berkaitan dengan matematik dengan
cepat. Pemikiran murid juga dapat ditingkatkan apabila mereka menggunakan bahan ini
sebaik mungkin kerana pembelajaran sebegini akan menjadikan pembelajaran mereka lebih
kekal dan teguh serta menyeronokkan.

Dengan ini, murid dapat memperkayakan pengetahuan mereka yang tidak hanya
terhad terhadap penulisan sahaja malah melalui pengalaman-pengalaman yang diperoleh
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Tambahan lagi, murid
dapat mengukuhkan kefahaman terhadap konsep yang diajar oleh guru dalam topik nombor
operasi melalui kaedah perkomputeran yang telah diterapkan dalam diri murid. Hal ini sekali
gus dapat membina murid minda kelas pertama yang mampu meluaskan tahap pemikiran
mereka dan mampu membuat perkaitan antara masalah dalam kehidupan dengan
pengetahuan tentang nombor operasi yang dipelajari.

Seterusnya, pengajaran tentang nombor operasi akan lebih efektif apabila


melibatkan penggunaan bahan konkrit kerana ia menunjukkan keberkesanan yang lebih
tinggi malah kualiti pembelajaran yang terhasil juga adalah bermutu dan mampu mendorong
kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Kelebihan penggunaan bahan konkrit ini akan

4
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan akan memberikan kesan
dan keberksanan yang tahan lama sekiranya guru dapat merancang pengajaran dengan
baik berdasarkan waktu yang telah ditetapkan. Kebanyakan guru di sekolah menggunakan
bahan konkrit ini kerana ia dapat mengukuhkan penerangan guru dan murid dapat
memahami dengan mudah. Penggunaan bahan konkrit ini tidak membazir masa dan
menelan kos yang mahal kerana guru dapat menggunakan barang-barang kitar semula
untuk dijadikan sebagai bahan konkrit seperti penutup botol, batang asiskrim, biji saga dan
lain-lain lagi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan bahan konkrit dalam mengembangkan pemahaman


konseptual murid dan perkembangan kemahiran prosedur kecekapan akan lebih berkesan
jika dibandingkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan hanya
berdasarkan ‘chalk and talk’. Istilah pembaziran masa adalah tidak logik kerana peruntukan
masa adalah di bawah tanggungjawab guru untuk merancang pengajaran mereka.
Perancangan yang teliti akan memberikan kelebihan kepada murid untuk menguasai
sesuatu konsep yang diajar. Oleh itu, penglibatan bahan sokongan seperti bahan konkrit ini
adalah membawa lebih banyak kebaikan dan kelebihan jika dibandingkan dengan
keburukan yang dilihat seperti Cikgu M yang menyebabkan beliau menolak penggunaan
bahan konkrit ini untuk mengembangkan pemahaman konseptual muridnya kerana baginya
ia adalah suatu usaha yang membazir masa. Konklusinya, pemahaman konseptual dan
kemahiran prosedur kecekapan dapat dikembangkan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran yang efektif dan berkesan.

(1212 Patah Perkataan)

5
RUJUKAN

Abu Zahari. (1987). Pengajaran Matematik. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hasmizi Abdul Hamid. (2011, Februari 12). Kemahiran Penggunaan Sumber Pengajaran

dan Pembelajaran. Retrieved September 12, 2017, from

http://miji75tm.blogspot.my/2011/02/kemahiran-penggunaan-sumber-

pengajaran.html

Khairrurazaq Mohd Fadilah. (2010, Ogos 28). Maujud. Retrieved September 1, 2017, from

https://www.slideshare.net/razaq88/maujud

Mohd Shamsurizal Herma. (2016, Mei 1). Kebaikan Bahan Bantu Mengajar. Retrieved Ogos

25, 2017, from http://mohdshamsurizal.blogspot.my/p/kebaikan-bahan-bantuan-


mengajar-bbm.html

Noor Azlan & Nurdalina. (2010). Pedagogi Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Nor Amira Tayabu. (2014, Mac 19). Penggunaan Bahan Maujud. Retrieved Ogos 27, 2017,

from https://www.scribd.com/doc/213246098/penggunaan-bahan-maujud

Norma Azid. (2004). Pedagogi Berkesan. Kuala Lumpur: Pelangi Sdn. Bhd.

Saridah . (2006). How To Teach. Selangor: Penerbitan Abadi.

Yahya Buntat & Noor Al Mahdin Mohamad. (2012). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu

Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran Dan. 1-7.

Anda mungkin juga menyukai