Anda di halaman 1dari 17

NAMA KUMPULAN : NURUL AIN BINTI KHOLAD @ KHALID

: NURUL SYAZWANI BT MOHD NASOBER


: SITI SALSABILA BINTI MOHAMAD ESA
NAMA PENSYARAH: USTAZ WAN ANUAR BIN YAACOB
• Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan
salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan
mahu pun global.

• Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini
adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat individu.
PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

• eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar


• Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri.
DOMINASI • Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.

• Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan


mengeksploitasinya secara sembarangan.
Kekhalifahan • Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling
(Stewardship) berkaitan di antara satu sama lain.

• Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu
dihormati haknya.
• Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang
Romantisisme sama.
(Romanticism /
Deep Ecology)
Tauhid

PRINSIP-PRINSIP ISLAM
Keadilan & DI DALAM HUBUNGAN Khalifah &
kesederhanaan MANUSIA DAN ALAM
SEKITAR amanah

Syariah
TAUHID
 Konsep tauhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam
seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya.

 Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat.

Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia
hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies
yang mendiami bumi ini.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, ‘Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu
keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.’
Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan
seimbang dan harmoni.

Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54, yang bermaksud: ‘Yang telah menjadikan bagimu bumi
sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air
hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-
macam... Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.’

Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran
berbanding makhluk-makhluk lain.
Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap
individu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.

Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat.

Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia
meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh
menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi
sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.’
Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat
Islam.

Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan
Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat.

Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua
makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang
bermaksud: ‘Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh
menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi
Maha Penyayang.’
KEADILAN DAN KESEDERHANAAN
 Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam
kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
 Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak
 Adil bermaksud meletakkan sesuatu melarang manusia menggunakan sumber
pada tempatnya. semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah
sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup
sekadar memenuhi keperluan.
 Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90
menyatakan bahawa: ‘Sesungguhnya  Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada
Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya
adil dan berbuat kebajikan.’ untuk kalian daripadanya mendapat pakaian panas dan
keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk kalian
makan’.
 Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan
sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam
penggunaan air.
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM HUBUNGAN
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Hubungan
Penggunaan
manusia dan pemilikan
Hubungan manusia
dan haiwan dan tumbuh-tumbuhan tanah
Hubungan manusia & haiwan
• Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik
walaupun kepada haiwan.

• Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap haiwan adalah sama
baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan
yang dilakukan terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang
dilakukan terhadap manusia.’

• Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk


dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau
menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain
yang berpatutan.

• Kisah pada zaman Rasulullah saw : Wanita dengan kucing.


HUBUNGAN MANUSIA & TUMBUH-TUMBUHAN
• Hadis Rasulullah s.a.w. : ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik
kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’

• Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan


kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam.

• Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai


makanan manusia. Ayat itu bermaksud:
‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah
benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-
baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran.
Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-
rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang ternakmu.’
• Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik
sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat.’

• Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di


mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau membunuh tumbuhan
sekiranya tidak diperlukan.
Penggunaan dan pemilikan tanah

Amir

4 JENIS PENGGUNAAN
Hima TANAH MENURUT Mawar
UNDANG-UNDANG ISLAM

Harim
• Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana
kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti
pertanian.

• Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan
tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan
kawasan hutan.

• Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau
dirizabkan secara kekal yang diuruskan oleh kerajaan.

• Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang
letaknya di sekitar tanah yang dimajukan yang mana diuruskan oleh seseorang individu
atau masyarakat setempat.
KRISIS ALAM SEKITAR

Pemanasan Krisis tenaga


Suhu dunia nuklear

Pencemaran udara
dan jerebu Banjir kilat
KESIMPULAN
• Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan menjadi ‘ayat’ dalam
memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.

• Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi
mendapat keredaan Allah.

• Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam
merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.

• Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan
kesejahteraan alam pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai