Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2016
Program : Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP)
Kod: PIMK3023

Nama Pelajar :

Nama Kursus:
Pengajian Tafsir al-Quran dan Ulum al-Hadis

Ambilan: Jun 2016

Tugasan
1. Penulisan Esei:

Tarikh Mula
20 JULAI 2016

Tarikh Hantar
20 OGOS 2016

2. Kuiz 3 soalan sturktur

30 OGOS 2016

30 OGOS 2016

3. Pembentangan

5 SEPT 2016

21 SEPT 2016

Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1

Kumpulan: PISMP PI

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan perbezaan metodologi mufassir dan Tafsir bil Mathur dan Tafsir bi al-Rayi. (C5, P2, A3, PLO1).
2. Membincangkan penyerapan unsur, Israiliyat dalam tafsir dan kesannya kepada umat Islam secara berkumpu

CS3,TS2).
3. Menghuraikan pembahagian hadis dari sudut kualiti perawi beserta contoh. (C5,PLO6,LL1).
4. Menganalisis punca penyebaran hadis-hadis palsu dan impikasi pengalamannya kepada umat Islam. (C4, PLO
5. Menghubungkait hadis-hadis pilihan dengan isu-isu semasa secara pembentangan. (C4, PLO3, PLO4, CTPS4
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3 dan 4 .
Objektif Kerja kursus:
Pelajar akan dapat:
1. Menghasilkan satu kajian tentang perbandingan metodologi mufassir dalam Tafsir bil
Mathur dan Tafsir bil Rayi.
2. Menganalisis kekuatan metodologi tafsir dalam Kitab Tafsir al-Tabari dan Tafsir alMunir.
3. Menganalisis punca penyebaran hadis-hadis palsu dalam kalangan umat Islam
4. Memberi penjelasan berhubung implikasi hadis-hadis palsu kepada umat Islam dan
menghubungkait hadis-hadis pilihan dengan isu-isu semasa.
Tafsir ialah ilmu yang membicarakan maksud ayat al-Quran mengikut kemampuan akal
manusia supaya menepati kehendak Allah S.W.T Ulama tafsir menggunakan seluruh

kemampuan dan pengetahuan yang ada untuk menjelaskan maksud al-Quran dan cuba
membuat kesimpulan yang paling tepat terhadap maksud-maksud ayat al-Quran.
Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran yang wujud
dalam perkembangan tafsir al-Quran iaitu:
Pertama : Tafsir bi al-Mathur atau juga dikenali dengan Tafsir bi al-Riwayah dan Tafsir bi alNaqli.
Kedua : Tafsir bi al-Rayi atau dikenali juga dengan Tafsir bi al-Dirayah atau Tafsir bial-Aql.
Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
Tugasan 1: Esei: (30%)
a. Dalam kumpulan, anda diminta untuk membuat satu perbandingan bagi Tafsir alTabari dan Tafsir al-Munir dalam metodologi mufasir bagi Tafsir bi al-Mathur dan
Tafsir bi al-Rayi. Analis juga mesti meliputi perbincangan tentang penyerapan unsur,
Israiliyat dalam tafsir dan kesannya kepada umat Islam.
b. Secara individu, bincangkan implikasi hadis-hadis palsu kepada umat Islam.
Bagaimanakah anda dapat mengemukakan beberapa hadis sahih untuk menangani
isu-isu tersebut.

Tugasan 2 : Kuiz : (10%)


Tarikh mula : 30 Ogos 2016
Soalan : Menjawab soalan kuiz yang mengandungi 3 soalan struktur (HP 4)
Topik : Punca penyebaran hadis-hadis palsu dan impikasi pengalamannya kepada
umat Islam.
Tugasan 3 : Pembentangan : (10%)
Tarikh : 6 - 21 Ogos 2016
Pembentangan
- Bentangkan implikasi hadis-hadis palsu kepada umat Islam serta menghubungkaitkan
hadis-hadis pilihan dengan isu-isu semasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1. a adalah secara kumpulan dan tugasan 1.b. adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
3.1
3.2
3.3
3.4

Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.


Font jawi-biasa dan yang berhubungan dengannya.
Saiz huruf - 18 point.
Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
2

4.

Panjang esei adalah antara 1000 patah perkataan dan tidak melebihi 10 muka surat.
Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

5.

Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6.

Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 5 buah buku, 3 sumber
Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain).

7.

Anda perlu menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan dalam
tugasan anda.

8.

Tugasan mesti dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

Disediakan oleh,

...............................................
(JAMALUDDIN BIN ADAM)
Penyelaras Kursus PIMK3013.
(Pengenalan Kurikulum Pend. Islam SR)
Jabatan Pendidikan Islam Moral,
IPGK Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

Disemak oleh,

..................................................
(DR KHAIRUDDIN BIN SAID)
Pakar Bidang(SME)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

Disahkan oleh,

...........................................
(JAMALUDDIN B ADAM)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPGK Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis.

Anda mungkin juga menyukai