Anda di halaman 1dari 1

Wan Muhammad Hazim Bin Wan Mohd Zuhaidi,

PPISMP Pendidikan Agama Islam Ambilan Jun 2014,


IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.

Pengarah,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur. 10 Januari 2015
Untuk Perhatian : Ketua Unit Kediaman

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENUKAR BILIK

Merujuk perkara di atas.

2. Untuk maklumat pihak tuan, saya ingin memohon kebenaran untuk menukar bilik. Tujuan saya ingin
menukar bilik kerana saya ingin berada sebilik dengan rakan sekelas saya. Hal ini dapat memudahkan
saya menguruskan urusan kelas seperti perbincangan kerja kursus serta kerja-kerja tutorial. Justeru itu,
saya akan dapat melakukan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah dengan lebih baik.

3. Di samping itu, rakan sebilik saya yang asal juga telah merancang untuk tinggal sebilik dengan rakan
sekelasnya. Oleh itu, kami telah bersepakat untuk menukar rakan sebilik.

4. Akhir kata, saya ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk memberi kebenaran kepada
saya untuk menukar bilik. Segala perhatian daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

………………………………………..

(WAN MUHAMMAD HAZIM BIN WAN MOHD ZUHAIDI)


PPISMP Pendidikan Agama Islam Ambilan Jun 2014

Anda mungkin juga menyukai