Anda di halaman 1dari 33

BAB 1

PENGENALAN ILMU
KETAMADUNAN
Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun
Pengajian ketamadunan
membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara
konseptual, teoritikal dan abstrak
Sejarah tamadun
Iaitu pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian,
kemajuan dan kemundurannya.

Pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan zaman, manakala


sejarah tamadun dibatasi faktor masa.

Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan


menjadi subjek yang hambar.
Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan
dibangunkan serta dikembangkan.
Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi
kompenan dlm pengajian ketamadunan spt agama, falsafah, kajian bandar,
sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi dsb.
Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang masa
lampau, masa kini dan masa depan.
KONSEP TAMADUN

Dua istilah digunakan dalam Bahasa Melayu bagi maksud tamadun:


Tamadun – kebudayaan, kemajuan, peradaban
Peradaban – tingkahlaku / tutur kata yang sopan.

Kata tamadun berasal daripada kata Arab ‘madana’ – kehalusan budi pekerti dan
akhlak seperti orang kota

Istilah dalam Bahasa Arab yg membawa maksud tamadun sebelum penggunaan


istilah tamadun:
Umran – bermaksud membangun dan memakmurkan bandar
Hadharah – bermaksud kehidupan menetap
Tamaddun – bermaksud membina dan membangunkan bandar
Madinah – bandar-bandar (nama yang diberi oleh Rasulullah bg menggantikan Yathrib)
Madaniyyah – bandar / kehidupan bandar
Tamadun dlm Bahasa Inggeris :
‘civilization’ – berasal drpd perkataan latin ‘civitas’ (kota / bandar).
Istilah lain – renaissance dan culture
Pengertian Tamadun dari Sudut Pengistilahan
Idris al-Marbawi
 Kehalusan adat @ kemurniaan pencapaian manusia yang hidup di kota dan berjaya
menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi yg
membantu menyempurnakan kehidupan kota yg bahagia.
Arnold Toynbee
 Kebudayaan yg berkembang di dalam kota.
 Pemikiran berbagai-bagai manifestasi, orientasi yg berterusan, satu gaya kebudayaan yg
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.
Syed Mohammad Naquib al-Attas
 Keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yg luhur.
Kesimpulan
– Tamadun diertikan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,
pemikiran dan kemajuan (spt. sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dll) yang
tinggi, luhur, baik, halus dan sopan yang berpusat di kota/bandar
CIRI TAMADUN

1. Wujud sistem kepercayaan dan agama


2. Wujud penempatan di sesebuah @ beberapa kawasan yang membentuk
bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus
3. Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik
4. Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg teratur
5. Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem tulisan tersendiri
sebagai perantaraan komunikasi
6. Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai
7. Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg keselesaan hidup
8. Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati falsafah, kesenian,
sastera dan nilai estetika.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN
AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA
Hubungan Tamadun dengan Kepercayaan / Agama

Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia dan mempunyai pertalian.


Agama Islam menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat utk membentuk tamadun.
Tamadun barat bersumberkan fahaman materialism bukan agama.
Pekerti mulia dan bermoral terhasil drpd kepercayaan beragama dan ianya penting dalam
kehidupan bertamadun.
Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap
kehidupan berasaskan kepercayaan dan beragama.
Dalam konteks hubungan, agama pentingkan hubungan sesama manusia dan dengan
Tuhan. Tetapi yang menolak agama hanya pentingkan hubungan sesama manusia dan
kebendaan sahaja.
Tamadun Barat kontemporari memperlihatkan pemisahan nilai keagamaan dlm
kehidupan.
Kesimpulan, terdapat 2 pandangan:
 Agama mempunyai pengaruh dan peranan terhadap tamadun
 Sangsi tentang peranan agama terhadap tamadun
Hubungan Tamadun Dengan Budaya

Budaya ialah tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm mengurus kehidupan


bermasyarakat.
Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya yang terpuji menandakan
kehidupan bertamadun.
Masyarakat berbudaya terpuji bermakna mempunyai kehalusan budi dan
kesempurnaan moral
Tamadun berbeza daripada budaya apabila:
Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah
budaya. Erti kata lain, budaya yang kekal lama adalah natijah tamadun
Cth: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) dlm masyarakat Jepun walaupun
sistem politik telah berubah. Manakala cara berpakaian & pemilihan makanan
(natijah budaya) kerana mengalami banyak perubahan dlm tempoh 100 tahun.
Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan
dengan negara/wilayah.
Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut Negara. Cara
berpakaian masyarakat Islam di rantau Melayu berbeza dgn masyarakat Islam di
Semenanjung Arab walaupun dibawah naungan tamadun yang sama.
Hubungan Tamadun dan Bangsa

Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn sejarah, tradisi dan budaya
kawasan geografi tertentu.
Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi dan
melampui bangsa dan kebangsaan.
Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt
tamadun Barat di Eropah dan Amerika.
Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan bangsa.
Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan
melampui batas kebangsaan.
Namun imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa peneraju.
Cth: tamadun Islam yg berkembang di Alam Melayu –
memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa yg sama Islam
sebagai asas nilai.
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
Kedudukan Strategik

Rangsangan
Interaksi antara
keagamaan dan
tamadun
kerohanian

Ekonomi mantap Penghayatan


Faktor terhadap moral

Kemunculan /
Kelahiran
Tamadun

Politik kukuh Kesengsaraan hidup

Budaya masyarakat Toleransi


yang tinggi Terhadap
tamadun lain
Kejatuhan dan Kemerosotan Tamadun
Kemerosotan Tamadun

Sejarah merakamkan, setiap tamadun mengalami zaman


kemerosotan / kejatuhan
Menurut Ibn Khaldun, kebangkitan dan kejatuhan
sesebuah tamadun adalah mengikut hukum kitaran
sejarah.
Pada peringkat permulaan Berjaya kerana mempunyai
nilai2 baik, namun akhirnya jatuh akibat kemewahan,
penyelewengan dsb akibat nilai2 buruk.
Jurang kaya-
miskin

Keruntuhan
Sikap tertutup
akhlak / moral
Faktor Kejatuhan
/ Kemerosotan

Penindasan dan
Bencana Alam
kezaliman
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun

Perbezaan antara tamadun lazimnya dilihat dari aspek teologi /


kepercayaan.
Ianya sering menimbulkan percanggahan pendapat.
Namun persoalan etika kurang menimbulkan kontrovesi.
Persamaan dan perbezaan antara tamadun, dpt dilihat pada persoalan
etika berikut:
1. Alam sekitar
2. Keluarga
3. Masyarakat
4. Kerajaan
5. Ekonomi
6. Pendidikan
7. Kesihatan dan Kesejahteraan
Memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun sewajar
menjadikan kita bersikap terbuka ke arah keharmonian.
Etika Persamaan Perbezaan
Alam • Semua agama menerima prinsip • Alam bukan sahaja perlu dipelihara
Sekitar hidup harmoni dgn alam malah ada setengah tamadun
• Alam anugerah Tuhan dan manusia menyembah alam yg kaitkan dengan
berperanan mentadbirnya kuasa dewa.
Keluarga • Asas pembentukan masyarakat • Pengabaian hubungan kekeluargaan
• Wujud hierarki kuasa yg menentukan oleh kebanyakan masyarakat Barat
kedudukan lelaki dan perempuan moden yg bertentangan dgn kosep
keadilan
• Dalam Islam hubungan kasih sayang
dan hormat menghormati adalah
penting

Komuniti • Cukup berpengaruh bg menentukan • Sejarah membuktikan identiti


identiti seseorang seseorang dan kemantapan komuniti
• Dapat memastikan nilai2 murni dlm mencapai keseimbangan seperti
masyarakat dihormati Islam dan Buddhisme

Kerajaan • Akhlak dan moral ditekankan sbg • Sebahagian tamadun


dasar kerajaan memperlihatkan rakyat ada kuasa
• Sifat raja adil diutamakan menyanggah pemerintah yang
melanggar konsep adil
Etika Persamaan Perbezaan
Kegiatan • Konsep Moral Semesta seperti • Dalam Islam, prinsip halal
Ekonomi dlm ajaran Buddha iaitu Jalan dan haram amat ditekankan
Lapan Lapis yg mampu membentuk
akhlak manusia

Pendidikan • Matlamat pendidikan iaitu bina • Ajaran Islam menekankan


sifat manusia persoalan tauhid dlm
• Manusia perlu kuasai dalaman pembentukan insan.
terlebih dahulu sebelum luaran • Dalam ajaran Buddha n
Hindu pembentukan insan
melalui proses mengenal diri
sendiri

Kesihatan • Menjaga kesihatan merupakan • Kesan konsep holistic bg


suatu diberi perhatian melalui rawatan penyakit begitu
konsep holistik iaitu kesihatan mendalam.
dipengaruhi oleh alam • Mengubati penyakit
bermakna memulihkan
keseimbangan seseorang
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Interaksi
hubungan yang saling bertindak balas / saling mempengaruhi antara satu
sama lain

Agama, pegangan nilai, Bahasa, budaya, adat dan sistem sosial


mempengaruhi interaksi
Wujudnya interaksi disebabkan semangat toleransi dan saling
menghormati
Peranan pemimpin
Faktor
Peranan golongan agama
Interaksi
Kedudukan geografi yg strategic
Perkahwinan
Perdagangan
Misi politik
Lingkungan Budaya dan Tamadun yang Kuat
Bangsa yang Sama dengan yang lemah

Jenis Interaksi

Budaya dan Tamadun


yang Berbeza Interaksi dalam Sejarah
• Kedudukan geografi atau daerah yg
berbeza
• Semangat nasionalisme yg sempit
• Tiada toleransi antara kaum migran
dan bukan migran
• Perbezaan Bahasa
• Perbezaan agama

Penghalang • Perbezaan budaya


• Penguasaan ekonomi yg tidak
Interaksi seimbang
• Penguasaan politik yang tidak
seimbang
• Tiada kumpulan dominan
• Pemikiran penjajah
• Penguasaan teknologi
• Konflik antara etnik
• peperangan
Contoh Interaksi Sejarah di Malaysia

• Percampuran Bahasa – maharaja,


mahaguru, kepala, mantra, amma

Interaksi • Kesenian –
seni taman, seni bina berunsur India

dengan
spt masjid India
• Kesusasteraan –
wayang kulit, hikayat Seri Rama

Tamadun • Pengaruh system pemerintahan – konsep


dewaraja, institusi beraja, pembinaan
candi, pertabalan

India • Penggunaan gelaran –


duli yang maha mulia, seri paduka
baginda
Interaksi • Kebudayaan – baba dan nyonya
dengan • Kesenian – seni bina cina seperti
masjid Tanjung Kling
tamadun • Bahasa – tauke, tauhu, mi, cincau
Cina

Interaksi • Agama
dengan •

Bahasa dan tulisan
Sastera
Tamadun • Pendidikan
Arab • Budaya
Kesan Pertembungan Antara
Tamadun
Kesan Positif Kesan Negatif

• Mendapat perlindungan, • Peperangan dan


keamanan, kestabilan. pembunuhan atas factor
• Penyebaran agama agama dan kuasa serta
• Pengembangan dan ekonomi
pertukaran ilmu dan
kemahiran
• Pengembangan
ekonomi
• Kemajuan teknologi
dan kebendaan
• Pengaruh budaya
DIALOG ANTARA TAMADUN /
PERADABAN
Dialog :
1. satu perbincangan @ perundingan antara dua pihak yang
bertelingkah (Kamus Dewan)
2. Suatu percubaan antara dua pihak yang berlainan pendapat,
kepercayaan, pandangan untuk melakukan satu aktiviti
pertukaran pendapat dgn tujuan menambah pengetahuan,
meningkatkan kefahaman dan membolehkan utk saling
memahami.

Perlunya dialog apabila manusia menyedari kepelbagaian


masyarakat dari segi geografi, budaya dan agama.
Pembudayaan Dialog di Malaysia

Berlaku sejak 1980an – seperti dialog antara agama


Melibatkan sarjana, ahli agama dan cendiakawan
Dialog dalam kehidupan harian melalui proses bekerjasama dan
komunikasi – pekerjaan, perniagaan, sekolah
Prinsip Dialog

1. Memahami dan menyedari tujuan dialog


2. Mendatangkan manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat
3. Dialog perlu dijalankan dengan keikhlasan
4. Berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan nilai)
5. Cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialog
6. Menunjukkan sikap berhemah semasa memberi pandangan
7. Tidak mempunyai prejudis
Halangan Dialog

1.Ada yang beranggapan dialog boleh mengakibatkan pendialog bertukar


agama atau berpaling tadah
2. Perasaan rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog
3.Sindiran sosial iaitu mempersoalkan kemampuan wakil pendialog
sekiranya ia berbaik-baik dengan pendialog daripada agama atau
tamadun lain.
4.Syak wasangka terhadap penganjur terhadap tujuan dialog diadakan
Rumusan
Teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup
dalam tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan

Namun begitu, dlm persoalan-persoalan tertentu terutamanya yg berkaitan


dgn teologi, wujud beberapa perbezaan yg kita harus fahami.

Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dgn tamadun yg


lain seharusnya mendorong kita utk lebih bersikap toleransi ke arah
mewujudkan keharmonian sejagat.

Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dgn ilmu


ketamadunan membuka ruang kpd seluruh manusia utk berinteraksi
secara positif ke arah kehidupan yg lebih saksama.

21/2/10

Anda mungkin juga menyukai