Anda di halaman 1dari 11

RUSUHAN KAUM SINGAPURA 1964

Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah diadakan di seluruh
Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Berbagai-bagai unit tentera, polis,
bomba dan bekas kakitangan kerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium
Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islam menyertai perhimpunan tersebut.
Sehingga pukul 1 petang pada 21hb.Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang.
Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi.
Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam
3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab
Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.
Semasa perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah
perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang
berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar jam 5
petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang,
perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan
Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan
berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi
dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. 50 orang yang cedera,
kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada jam 8.30
malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan dahsyat sekali sehingga banyak panggung wayang yang
mengumumkan pembatalan tayangan filem sessi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang
terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan.
Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari
berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22hb. Julai.
Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang
dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan
untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23hb.Julai, dan hanya ditarik semula
sepenuhnya pada 2hb.Ogos, selepas 11 hari. 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut
telah dipenjarakan. Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan
naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3
hari. Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara keseluruhannya, 23 orang telah
terbunuh dan 460 orang lagi cedera

Gambar 1.0 : Keratan


akhbar

FAKTOR-FAKTOR
Sentimen perkauman di Singapura dibangkitkan melalui berbagai cara. Pada 12hb.Julai 1964,
UMNO mengadakan persidangan yang disertai oleh lebih kurang 150 organisasi Melayu di Singapura.
Persidangan itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agong UMNO di Malaya. Beliau
telah membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu di Singapura tidak mendapat layanan yang
adil dari kerajaan PAP memandangkan mereka dilihat tidak berkembang maju dari segi
material. Beliau telah menggesa orang-orang Melayu supaya bersatu bagi menghadapi layanan yang
tidak adil ini. Utusan Melayu, akhbar Melayu di Malaya, yang dimiliki oleh ahli-ahli UMNO yang
terkemuka, juga sering menyuarakan pendirian yang sama di dalam penerbitan mereka, dan ia telah
menuduh PAP sebagai menghina dan cuba untuk memecahbelahkan masyarakat Melayu di
Singapura.
Tidak mudah bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengawal pertambahan elemen-elemen
perkauman di dalam UMNO kerana beliau akan dilihat sebagai tidak menjaga kepentingan orangorang Melayu. Sebelum itu saban hari terdapat tuduhan-tuduhan dari Indonesia yang mengatakan
bahawa beliau telah menjual bangsa Melayu kepada saudagar-saudagar Cina dan India di Malaysia.
Selepas rusuhan kaum, Tunku memberi pendapat bahawa ianya disebabkan oleh pengabaian yang
terlalu lama orang-orang Melayu Singapura, dengan merujuk perkara berikut sebagai contoh : '(orangorang melayu) telah dipaksa keluar dari rumah-rumah milik mereka untuk memberi jalan kepada
pembangunan rumah-rumah pangsa baru dan lain-lain.'
MCA, parti komponen pemerintah di Malaysia turut menyumbang ke arah kebangkitan
suasana perkauman. Menterinya di dalam kerajaan, Khaw KAI Boh, yang merupakan Menteri
Kerajaan Tempatan dan perumahan, sebagai contohnya, mendakwa bahawa kemajuan Singapura
adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan beliau bercakap tentang Cauvinis Cina di
Singapura. Pendirian PAP adalah orang-orang Melayu perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka
bagi membaiki kedudukan ekonomi mereka. Tiada layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan
di dalam perlembagaan Singapura, yang dibayangkan.
Terdapat alasan-alasan yang lebih berasas tentang mengapa ahli-ahli terkemuka UMNO dan
MCA kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk membangkitkan ketegangan sosial dan kaum di
Singapura, dan oleh itu melemahkan peraturan PAP dan mengurangkan ancamam politiknya. Elemenelemen tertentu UMNO adalah bantahan terhadap pergabungan Singapura Dengan Malaya
menadangkan Singapura mempunyai bilangan penduduk berbangsa Cina yang lebih besar. Nasionalisnasionalis Melayu di dalam UMNO juga tidak senang dengan profail tinggi yang diambil oleh Lee
Kuan Yew, seorang ahli politik Cina, semasa perundingan untuk pergabungan dan di dalam tempoh
sebaik sahaja selepas pergabungan. Sebagai contoh, pemimpin Singapura itu mengumumkan tentang
kesukaran yang dihadapinya semasa perundingan untuk pergabungan; dan di dalam satu program
analisa berita TV BBC, 'Panorama', mengenai perjalanan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada
pembentukan Malaysia, hanya Lee Kuan Yew yang dijemput dan pandangan-pandangannya disiarkan.
Pada bulan Jun 1964, Lee Kuan Yew mengetuai sekumpulan 12 orang ahli di dalam satu misi
kunjungan ke 17 negara-negara Afrika dan India untuk menangkis propaganda Indonesia yang
ditujukan kepada Malaysia, satu tindakan yang telah mendapat bantahan dari nasionalis Melayu
seperti Syed Jaafar Albar. Kebimbangan UMNO semakin bertambah apabila parti bersekutunya di
Singapura gagal memenangi sebarang kerusi di dalam pilihanraya yang diadakan pada
21hb.September 1963 di Singapura, walaupun di dalam kawasan yang mempunyai majoriti Melayu.
Kesan dari kejayaan PAP sangat ketara buat UMNO. Dengan marahnya, Tunku mengecap orangorang Melayu di Singapura sebagai 'pengkhianat'. Calon PAP yang diberikan undi oleh orang-orang
Melayu di Singapura juga berbangsa Melayu?? maka ia tidaklah boleh dikatakan 'pembelot' bangsa
seperti yang digambarkan oleh Tunku.

Ahli-ahli terkemuka UMNO juga tidak senang dengan sikap Singapura yang tidak patuh
kepada kerajaan persekutuan. Sekali pun Tunku mengeluarkan kenyataan umum menyatakan
sokongan kepada kepada MCA, PAP tetap bertanding melawan MCA di dalam pilihanraya
persekutuan pada bulan April 1964. Lebih dari itu, PAP menunjukkan bahawa percubaan untuk
muncul sebagai satu kuasa politik yang lebih besar di Malaysia, boleh membawa 'angin perubahan' di
Malaysia, di mana UMNO akan terpaksa menerima ideologi politik dan cara pendekatan PAP yang
tersendiri dan lebih berprinsip saksama. Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Menyuarakan kesangsiannya dengan keikhlasan PAP terhadap kepentingan dan kebajikan orang-orang
Melayu. Penyertaan PAP di dalam pilihanraya persekutuan telah dilihat sebagai satu percubaan untuk
melemahkan kedudukan dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu di Malaya, walaupun PAP tidak
bertanding melawan UMNO secara langsung.
Cauvinis-cauvinis Melayu di dalam UMNO menggambarkan PAP sebagai parti anti Melayu
dan bersandarkan pada konteks inilah maka kempen kebencian terhadap kerajaan anti Melayu PAP
yang dijalankan oleh Syed Jaafar Albar itu dapat difahami. Perasaan orang-orang Melayu Singapura
terhadap orang-orang Cina telah terbakar. Lee Kuan Yew begitu pasti bahawa pelampau-pelampau
UMNOlah yang patut dipersalahkan di dalam kejadian rusuhan kaum itu.
Kesangsian MCA terhadap Singapura yang diterajui oleh PAP itu adalah bertujuan poltik.
Mereka sebenarnya bimbang kehilangan sokongan dari penyokong-penyokong Cina di Malaya
kepada Lee Kuan Yew. Pemimpin-pemimpin utama MCA cuba menyimpangkan perundingan sebelum
pergabungan terjadi. MCA juga cuba untuk mengurangkan pengaruh politik PAP dengan menguatkan
kembali cawangannya di Singapura, dan terlibat secara langsung di dalam politik Singapura. PAP
pula, enggan untuk menerima bahawa MCA memperjuangkan kepentingan semua orang Cina di
Malaya. MCA dilihat sebagai sebuah 'kelab orang-orang kaya' yang kegagalannya untuk
memperjuangkan kepentingan orang-orang Cina yang kurang berkemampuan, terutamanya yang
tinggal di kawasan-kawasan bandar, boleh membawa kepada bertambahnya pengaruh parti-parti
politik pro-komunis. Dari itu MCA amat bimbang dengan PAP yang mungkin memohon untuk
menggantikan tempatnya di dalam Perikatan yang memerintah Malaysia sekiranya kekuatan politik
PAP semakin meningkat, biarpun kenyataan-kenyataan umum Tunku Abdul Rahman bahawa beliau
akan tetap mempertahankan MCA, rakan kongsi setianya.
Hubungan di antara MCA dan PAP diburukkan oleh kenyataan-kenyataan balas yang
dikeluarkan secara berterusan, berkenaan hal-hal politik dan peribadi. Kenyataan-kenyataan tersebut
bertambah hangat semasa kempen pilihanraya pada bulan April 1964 di Semenanjung Malaysia,
apabila PAP tidak berjaya di kawasan-kawasan Bandar, semata-mata untuk menunjukkan bahawa PAP
hanya berguna kepada UMNO dari segi pilihanraya dari MCA. Ketegangan semakin meningkat
apabila Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Pusat, enggan melaksanakan pasaran saham yang sama di
Malaysia sebagaimana yang telah dipersetujui semasa perundingan sebelum pergabungan, kecuali
Singapura membayar 60%, bukannya 40%, dari pendapatan negaranya kepada Kuala Lumpur. Adalah
dipercayai bahawa MCA tidak mahu menambahkan kelebihan ekonomi Singapura dengan
mengorbankan ahli-ahli MCA yang terlibat dengan perniagaan.
Agen-agen Indonesia mungkin juga terlibat di dalam menimbulkan kacau-bilau itu. Itu adalah
tempoh masa konfrontasi. Indonesia di bawah arahan Presiden Sukarno, membangkang pembentukan
Malaysia kerana ia berminat untuk menakluki Sarawak dan Sabah di dalam Malaysia Timur. Kerajaan
Indonesia juga menghadapi pelbagai masalah seperti ancaman ekonomi, rasuah, pentadbiran yang
salah dan aktiviti-aktiviti yang merosakkan oleh komunis. Percubaan untuk menimbulkan kekacauan
dan ketidakstabilan di Malaysia akan dapat mengalih perhatian rakyat Indonesia dari masalah-masalah
tersebut.Dari bulan September 1964 sehingga bulan Mei 1965, terdapat sebanyak 42 kejadian letupan
bom oleh pengkhianat-pengkhianat yang menerima arahan dari Indonesia. Selepas rusuhan kaum pada
21hb.Julai 1964, Tunku Abdul Raqhman, Perdana Menteri Malysia, mengutuk Indonesia sebagai

dalang di sebalik kejadian rusuhan itu. Walau bagaimanapun, pengkhianat-pengkhianat Indonesia itu
tidak akan berjaya, sekiranya ketegangan kaum belum lagi tercetus sebelum itu.

KESAN-KESAN
1. Laluan tambak Johor telah ditutup dari 22 hingga 26 Julai 1964 apabila perintah berkurung
dikenakan ke atas Singapura? Akibatnya, ramai rakyat Singapura yang bekerja di Johor Bahru
tidak dapat pulang ke rumah masing-masing. Semua hotel dan motel di Johor Bahru penuh
diduduki oleh rakyat Singapura pada masa itu.
2. Terdapat kesesakan jalanraya yang paling besar pada pagi 22 Julai 1964. Pada jam 10.00 pagi,
kerajaan telah mengumumkan bahawa perintah berkurung akan dikenakan semula pada pukul
11.30 pagi, selepas ditarik balik sebelum itu pada pukul 6.00 pagi. Perintah berkurung telah
dikenakan semula apabila terdapat lebih kekacauan pada pagi 22 Julai. Ramai yang terpaksa
pulang ke rumah dari tempat kerja dengan tergesa-gesa dan jalan-jalanraya masih sesak
sehingga pukul 12.00 tengah hari.

3. Terdapat banyak khabar-khabar angin yang disebarkan semasa keadaan kacau-bilau itu.
Khabar angin yang paling meluas adalah mengenai saluran paip air yang membawa air dari
Johor telah pecah. Banyak keluarga yang membawa keluar semua alat-alat penakung air
mereka untuk dipenuhkan dengan air. Suasana cemas itu hanya berkurangan apabila PUB
mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa terdapat kerosakan pada paip air dari Johor
itu. Sesiapa yang didapati bersalah menyebarkan khabar-khabar angin itu akan dipenjarakan
selama 3 tahun.
4. Rakyat diminta agar mengurangkan pengunaan telefon mereka. Disebabkan perintah
berkurung, telekom menghadapi kekurangan kakitangan dan hanya terdapat sedikit pekerja
sahaja untuk membantu menyambungkan talian.
5. Apabila perintah berkurung dikenakan, mereka yang masih tidak mendapat sebarang
pengankutan untuk pulang ke rumah, akan segera ke balai-balai polis yang berdekatan. Di
balai-balai polis ini, mereka yang terkandas akan meminta bantuan polis untuk menghantar
mereka pulang. Kadangkala, pihak polis melayani permintaan mereka itu.
6. Harga barang-barang makanan meningkat kepada dua hingga tiga kali ganda. Pembekalpembekal di pasar tidak akan tawar-menawar dengan pelanggan-pelanggan. Ini kerana bagi
setiap satu pelanggan yang keberatan, terdapat sekurang-kurangnya 10 pelanggan yang
bersedia untuk membeli barang-barang segar itu. Satu Jawatankuasa telah dibentuk di banyak
kawasan di Singapura yang menggesa agar para pembekal dan peniaga-peniaga kedai tidak
mengambil keuntungan yang berlebihan. Jawatankuasa seperti itu dibentuk untuk
menenangkan ketegangan kaum dan peniaga-peniaga kedai Cina juga dinasihatkan agar tidak
menolak pelanggan-pelanggan Melayu.
7. Banyak majlis-majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan apabila perintah berkurung
dikenakan. Ramai yang mendapat tahu tentang penangguhan-penangguhan tersebut yang
dibuat melalui akhbar-akhbar tempatan.
8. Kereta-kereta mayat bergerak lebih cepat dari biasa. Ramai keluiarga yang berkabung
terpaksa meyelesaikan hal-hal pengkebumian orang yang mereka sayangi sebelum perintah
berkurung dikenakan semula. Sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini akan didakwa
dan dipenjarakan.
9. Penjualan akhbar-akhbar meningkat beberapa kali ganda. Terkandas di rumah, ramai yang
membeli surat-surat khabar untuk mengetahui tentang perkembangan di Singapura. Mereka
juga perlu tahu tentang waktu-waktu perintah berkurung.
10. Pemandu-pemandu teksi mengenakan tambang yang tinggi kepada pengguna-pengguna yang
bergegas untuk pulang ke rumah sebelum tempoh perintah berkurung bermula.
11. Panggung-panggung wayang ditutup selama 1 minggu. Apabila dibuka semula pada 27 Julai,
ia hanya mempunyai satu atau dua waktu tayangan dan tayangan tersebut perlu memberi masa
yang secukupnya bagi penduduk-penduduk untuk sampai ke rumah mereka sebelum tempoh
perintah berkurung bermula.
12. Di kebanyakan kampung-kampung, penduduk Cina dan melayu melindungi satu sama lain
dari unsur-unsur kekacauan yang datang dari luar kampung mereka.
13. Kejadian pecah kereta, menyamun penunggang-penunggang motorsikal dan pejalan-pejalan
kaki yang berseorangan dan perbuatan ganas menggunakan kayu, parang dan kerusi, adalah
jenis-jenis kekacauan yang sering berlaku.

CARA MENGATASI
1. Bahasa
Di dalam Malaysia terdapat lebih kurang 19 bangsa / suku di Malaysia dan ini
menggambarkan betapa banyaknya bahasa petuturan yang digunakan di negara ini. Kepelbagaian
bahasa petuturan ini menyebabkan akan timbulnya masalah komunikasi di kalangan rakyat yang
pelbagai. Sekiranya setiap bahasa hanya mengutamakan bahasa-bahasa pertuturan bangsa mereka
sahaja maka akan menyebabkan terjadinya pemisahan pergaulan di antara satu bangsa dengan bangsa
yang lain. Dan akan terjadi pergaulan yang amat minimum di kalangan bangsa-bangsa ini. Ia adalah
kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat lain kerana mereka hanya
fasih menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja.
Ini akan menyebabkan hubungan di antara masyarakat yang berlainan bangsa menjadi
renggang dan tidak mesra dan ini akan membuka ruang-ruang untuk menyebabkan terjadinya konflik
di antara kaum.

Penyelesaian Kepada Aspek Bahasa


Penyelesaian kepada masalah ini ialah pihak kerajaan perlu memperkasakan lagi usaha-usaha
di dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan
terutamanya di peringkat pendidikan rendah. Segala urusan-urusan rasmi dan juga tidak rasmi
perlulah menggunakan bahasa kebangsaan.
Akhbar-akhbar yang menggunakan bahasa-bahasa ibunda bangsa lain seperti Nyangnyang
Siang Pau (akhbar Cina), Tamil Nesan (akhbar India) perlu mengadakan satu sisipan di dalam akhbar
tersebut untuk slot mempelajari bahasa kebangsaan. Ini bagi membolehkan rakyat-rakyat yang bukan
dari kalangan orang Melayu dapat mempelajari dan memantapkan lagi penguasaan mereka di dalam
bahasa kebangsaan.
Media-media elektronik juga perlu memainkan peranan untuk menggunakan bahasa
kebangsaan di dalam siaran mereka agar rakyat boleh membiasakan diri mereka dengan bahasa
kebangsaan. Ini akan menjadikan bahasa kebangsaan menjadi bahasa yang benar-benar utama dan
menjadi satu kemestian setiap rakyat di negara ini untuk mempelajari dan menguasainya. Dengan ini
bangsa-bangsa di Malaysia akan dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat yang berlainan
suku / bangsa. Dan secara tidak langsung ia akan merapatkan hubungan sesama kaum dan seterusnya
terjadilah perpaduan di dalam masyarakat.

2. Ekonomi
Apabila bijih timah ditemui oleh Long Jaafar pada tahun 1948 maka bermula era kemasukkan
secaran besar-besaran kaum Cina yang datang dari negeri China. Ianya telah dibawa masuk oleh pihak
Inggeris untuk menjadi buruh-buruh di lombong-lombong bijih tersebut. Dengan sebab itu di
kawasan-kawasan bandar di mana terdapatnya lombong-lombong bijih populasi penduduknya
dominasi oleh orang-orang Cina.
Pembukaan ladang-ladang getah di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak Inggeris
membawa orang-orang India dari negara India masuk ke Tanah Melayu bagi ditempatkan di estetestet untuk menjadi buruh-buruh di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Manakala orang-orang
Melayu masih tinggal di kawasan-kawasan kampung mengerjakan tanam-tanaman pertanian,
menangkap ikan dan lain-lain pekerjaan kampung. Hanya sebilangan kecil sahaja orang-orang Melayu
yang tinggal di bandar dan bekerja sebagai kerani-kerani di sektor pentadbiran.
Dasar ini menyebabkan terjadinya pemisahan di antara 3 kelompok kaum utama di negara ini.
Sistem atau dasar yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini dinamakan sebagai sistem pecah dan
perintah iaitu kaum-kaum ini dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan mereka.
Kesan daripada sistem yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini maka wujudlah satu kesan
negatif dikalangan kaum-kaum yang ada ini. Antara kesannya ialah wujud sifat perkauman dan saling
curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Orang-orang Melayu yang merupakan
penduduk asal negara ini hidup di dalam keadaan miskin di kampung-kampung dan ketinggalan di
sektor ekonomi sedangkan orang-orang Cina yang merupakan pendatang telah memguasai sektorsektor ekonomi di bandar-bandar. Orang-orang Melayu ketinggalan di dalam mencapai kemajuan dan
insfratuktur yang baik kerana proses tersebut tertumpu di kawasan-kawasan bandar sedangkan orangorang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung-kampung. Dan ini menyebabkan orang-orang
Melayu tidak berpuas hati dengan perkara ini.

Sementara orang-orang Cina dan India yang pada ketika itu turut merasa tidak berpuas hati.
Ini kerana mereka perlu melalui proses yang ketat bagi mendapatkan taraf kerakyatan di Tanah
Melayu. Disebabkan rasa tidak puas hati di antara kaum ini maka wujudlah siri-siri rusuhan kecil
namun ianya masih boleh dikawal, namun akhirnya berlaku juga satu rusuhan besar yang telah terjadi
pada 13 Mei 1969.
Kesan dari terjadinya rusuhan besar pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pihak kerajaan
untuk melihat betapa seriusnya masalah di antara kaum di negara ini. Bagi menanganinya beberapa
tindakan telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini.

Penyelesaian Kepada Permasalahan Ekonomi


Antara tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan setelah berlakunya peristiwa ini ialah
dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia diwujudkan adalah bagi merapatkan jurang
ekonomi di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu yang
telah jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970. Ia
dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun
1971-1990.

3. Agama
Kepelbagaian bangsa juga turut membawa kepada kepelbagaian agama. Di negara ini
menurut perlembagaan Malaysia pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukkan:
"Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"
Dari apa yang dinyatakan di dalam perlembagaan tersebut ialah walaupun agama Islam
diiktiraf di dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan namun penganutpenganut agama-agama lain masih dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa
sebarang gangguan.
Namun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang sensitif yang dibangkitkan di antara agama
yang jika tidak ditanggani dengan baik boleh mencetuskan konflik dan rusuhan antara agama. Antara
isu yang pernah timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan tuntutan jenazah
orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak Islam, pembinaan rumah ibadat orang
bukan Islam di kawasan penduduk majoriti Islam dan yang terkini ialah iklan Hari raya Aidilfitri yang
menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti terdapatnya elemen Santa Claus. Penyiaran iklan ini oleh
sebuah syarikat televisyen swasta telah menyebabkan umat Islam menjadi marah dan dibantah keras
oleh pihak-pihak yang memperjuangkan agama Islam.

Gambar 1: Laporan sebuah akhbar tempatan mengenai iklan Hari Raya Aidil Fitri yang berunsur
agama lain.

Penyelesaian Kepada Isu Agama


Umum mengetahui bahawa jika isu agama disentuh oleh mana-mana pihak pastinya akan
menimbulkan masalah dan konflik yang besar dan bukan hanya boleh menyebabkan rusuhan tetapi
juga peperangan. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah menggubal beberapa undang-undang bagi
mengekang dan mengatasi masalah ini. Antara undang-undang ialah Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau di dalam bahasa Inggeris ia disebut Internal
Security Act (ISA) dan lain-lain lagi undang yang telah digubal oleh Kerajaan Malaysia.
Sebagai contoh di dalam berkaitan penyiaran iklan yang menyentuh agama lain seperti kes
yang telah dinyatakan di atas, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia telah mengambil tindakan terhadap stesen televisyen tersebut dengan mengenakan kompaun
sebanyak RM 50,000 terhadap stesen televisyen tersebut.

Gambar 2: Sebuah akhbar tempatan menyiarkan tindakan yang diambil oleh kerajaan di dalam isu
tersebut

Masyarakat juga perlu saling hormat-menghormati di antara satu sama lain di dalam perkara
yang menyentuh soal-soal keagamaan pihak lain.
Dari perspektif agama Islam di dalam bab memperkatakan menghormati agama lain ia telah
dijelaskan di dalam surah

Al-Anaam ayat 108:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka
kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikian Kami
memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada
Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka
telah lakukan.
Berdasarkan ayat di atas jelas di dalam Islam melarang umatnya mencaci dan menghina amalanamalan penganut agama lain.
Pemimpin-pemimpin agama juga perlu memainkan peranan di dalam mengawal masyarakat
di dalam kelompok agama mereka agar lebih menghormati ajaran agama lain dan sekiranya terdapat
salah faham dan permasalahan berkaitan agama maka perbincangan perlu diadakan bagi
menyelesaikan permasalahan tersebut. Tindakan berbentuk emosi akan menyebabkan berlakuny
konflik di antara agama sekali gus menjejaskan kehidupan harmoni di dalam masyarakat dan negara.

PENUTUP
Kesepakatan di antara kaum-kaum dan di antara penganut-penganut agama yang berlainan di
dalam sebuah komuniti atau masyarakat akan menjadikan sesebuah negara itu harmoni dan dapat
bergerak secara normal dan dapat memacu kemajuan demi kesejahteraan rakyat. Namun jika berlaku
sebaliknya maka negara tersebut bakal menuju kepada kehancuran dan kebinasaan seterusnya akan
menyebabkan rakyat menjadi sengsara.
Dari apa yang diperbincangkan di atas maka jelaslah bahawa perpaduan di antara kaum dan
agama yang pelbagai di dalam sesebuah negara menjadi kunci kejayaan terhadap negara tersebut.
Begitu jugalah di dalam konteks negara Malaysia rakyatnya serta kerajaan perlulah memainkan
peranan bagi mewujudkan perpaduan tersebut.

Segala isu-isu yang bersifat sensitif dan menyentuh kaum dan agama perlulah
diperbincangkan secara berhati-hati agar tidak wujud pergeseran di antara satu sama lain. Usahausaha bagi menyatu padukan masyarakat yang bersifat majmuk seperti ini perlu dimulakan pada
peringkat kanak-kanak lagi agar mereka terbiasa hidup bersama walaupun berbeza dari segi kaum dan
agama.
Kebudayaan-kebudayaan di antara kaum juga perlu didedahkan pada peringkat awal lagi
supaya masyarakat akan lebih memahami budaya di antara satu sama lain. Seterusnya akan
mewujudkan budaya hormat-menghormati di antara satu sama lain. Sejarah lampau juga perlu
didedahkan kepada masyarakat agar masyarakat lebih memahami mengenai sejarah lampau dan
mengambil ikhtibar daripadanya.

Anda mungkin juga menyukai