Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
1.1.1 GAGASAN MALAYSIA

Setelah Tanah Melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957, secara rasminya Tanah
Melayu menjadi sebuah negara yang bakal membangun dengan sendirinya tanpa ada
campur tangan lagi dari pihak British, khususnya. Tanah Melayu yang sudah sedia
maklumnya stabil dari segi ekonominya mampu untuk bertahan dan membangun.
Malaya today as a nation realises that she cannot stand alone and in isolation.
Outside of international politics the national one must be broad-based. Sooner or later she
should have an understanding with Britain and the peoples of Singapore , Borneo, Brunei
and Sarawak. It is premature for me to say now how this closer understanding can be
brought about but is inevitable that we should look ahead to this objective and think of a plan
whereby these territories can be brought closer together in a political and economic
cooperation.1
Kata-kata di atas diucapkan oleh Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama iaitu,
Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj pada 27 Mei 1961. Kata-kata ini memberi bayangan
bahawa wujud satu hasrat untuk membawa Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan
Brunei menjadi satu persekutuan dan menjadi satu negara. Maka muncullah gagasan
penubuhan Malaysia. Sebelum ini, idea yang mirip dengan gagasan Malaysia ini sudah
dinyatakan sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ibrahim Haji Yaacob yang memimpin
Kesatuan Melayu Muda pernah bercita-cita untuk wilayah di kepulauan Melayu dengan
konsep Indonesia Raya atau Melayu Raya. 2 Malah pada 30 November 1945 dalam Kongres
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), satu resolusi telah dibangkitkan iaitu Malaya
adalah sebahagian daripada Indonesia Raya dan Merah Putih (Sang Saka Putih bendera
Indonesia) adalah bendera PKMM.3
Selain cadangan parti-parti berhaluan kiri, pegawai-pegawai British sendiri pernah
menyatakan cadangan untuk penyatuan wilayah Tanah Melayu dan juga Borneo. Pada abad
ke-19, Lord Brassey yang merupakan pengarah Syarikat Borneo Utara mencadangkan
supaya kerajaan British menggabungkan Borneo dan Tanah Melayu untuk membentuk satu
tanah jajahan yang besar. Namun begitu, cadangan ini ditolak oleh pemegang saham

1 Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman di Singapura semasa Foreign


Correspondents Association of South-East Asia. Gullick, J.M. , Malaysia (New
York: Frederick A. Praeger, Publishers, 1969) hlm 173

2 Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif Sejarah Dan Politik (Johor Darul Tazim:
Universiti Teknologi Malaysia, 2002) hlm 173

3 Ismail Bin Said, Sejarah Malaysia Moden (1945-1969) (Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. , 2012) hlm 92
syarikat tersebut pada tahun 1894.4 Selain Lord Brassey, Sir Malcom MacDonald juga
mencadangkan perkara yang sama. Di Singapura, Singaproe Progressive Party telah
menyatakan idea untuk penyatuan ini pada 1947. Dato Onn yang mengetuai Parti Negara
pernah mencadangkan nama Malaysia sebagai nama bagi Persekutuan Tanah Melayu. 5

Daripada pernyataan di atas, ternyata bahawa ramai pihak ingin menyatukan Tanah
Melayu dengan Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan Brunei. Meskipun terdapat
tentangan, Tunku Abdul Rahman teguh dengan pendirian beliau untuk merealisasikan cita-
cita ini. Di Singapura, Peoples Action Party (PAP) yang diketuai oleh seorang peguam
bernama Lee Kuan Yew telah memenangi pilihan raya 1959. Daripada kemenangan ini, Lee
Kuan Yew memfokuskan kepada dua objektif utama iaitu industrialisasi dan penggabungan
6
dengan Tanah Melayu. Dengan slogan Kemerdekaan melalui Penggabungan, Lee Kuan
Yew membawa impiannya untuk disuntik di dalam jiwa rakyat penyokongnya. Ini agak sukar
kerana menurut PAP, Singapura ibarat kepulauan Cina di dalam lautan Islam, di kelilingi oleh
bangsa Indonesia dan Melayu yang sangat mencurigai gerakan parti berhaluan kiri Cina
seperti mereka.

Di Tanah Melayu, penggabungan tidak disokong oleh UMNO, walaupun Tunku Abdul
Rahman menyokongnya. Faktor kebimbangan penduduk Tanah Melayu adalah
ketidakseimbangan kaum, di mana apabila Singapura bersatu dengan Tanah Melayu.
Apabila berlaku ketidakseimbangan kaum, kemungkinan corak politik akan cenderung
kepada majoriti kaum yang ada iaitu Cina. Cina kemungkinan akan dipengaruhi oleh PAP
yang corak politiknya berhaluan kiri. 7
Kajian yang dilakukan oleh Noordin Sopiee menyatakan bahawa ramai pengkaji
setuju bahawa faktor utama penubuhan Malaysia adalah kerana ancaman komunis.
Dikhuatiri bahawa PAP akan berpecah dan akhirnya dikuasai parti komunis. Pada 29 April
1961, kerajaan PAP yang memerintah telah mengalami kekalahan bagi kawasan Hong Lim
yang merupakan kawasan yang penting. Daripada kekalahan tersebut, sokongan terhadap

4 Milne, R.S. dan Mauzy, Diane K. , Politik Dan Kerajaan di Malaysia (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982) hlm 71-72

5 Ismail Bin Said, Sejarah Malaysia Moden (1945-1969) (Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. , 2012) hlm 92

6 Tregonning, K.G. , Malaysia (Canberra: F. W. Cheshire Pty. Ltd. , 1964) hlm 39

7 Milne, R.S. dan Mauzy, Diane K. , Politik Dan Kerajaan di Malaysia (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982) hlm 72
PAP jelas berkurangan. Ahli-ahli PAP yang hilang kepercayaan terhadap parti tersebut
berpecah dan membentuk Barisan Sosialis.8 Ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman.
Akan tetapi Perdana Menteri Singapura Berjaya memujuk beliau dengan alasan bahawa
Singapura mungkin akan lebih merbahaya jika ia berada di luar Malaysia.
Untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan kaum, idea menggabungkan
Sarawak, Borneo Utara dan Brunei adalah jalan terbaik. Dengan kemasukan Sarawak,
Borneo Utara dan Brunei ke dalam gagasan Malaysia, kedudukan orang Melayu dari segi
kekuatan politik akan meningkat. 9

2.0 CABARAN PENUBUHAN MALAYSIA

2.0.1 Reaksi Brunei

Dalam pembentukan Malaysia, Brunei pada peringkat awalnya menerima berita tersebut
dengan baik. Sultan Brunei ketika itu iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin II sangat teruja dengan
berita pembentukan Malaysia. Dikatakan baginda sudah lama ingin mengadakan hubungan
pandangan budaya dan adat resam yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu.
Begitu juga penduduk Kuala Lumpur yang menanti-nantikan pertambahan dalam keluarga
10
Melayu dengan adanya orang Melayu Brunei. Disini jelas bahawa Sultan Omar memang
ingin menyertai gagasan Malaysia. Akan tetapi, penentangan berlaku daripada satu parti
iaitu Parti Rakyat Brunei11 yang diketuai oleh A.M Azahari12. Pada awalnya, A.M Azahari
pernah mengatakan,

8 Milne, R.S. dan Mauzy, Diane K. , Politik Dan Kerajaan di Malaysia (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982) hlm 72

9 Ismail Bin Said, Sejarah Malaysia Moden (1945-1969) (Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. , 2012) hlm 94

10 Turnbull, C. Mary, A History of Malaysia, Singapore and Brunei (Sydney: Allen


& Unwin Australia Pty Ltd, 1989) hlm 255

11 Parti Rakyat Brunei ditubuhkan pada 22 Januari 1956 dan dipimpin oleh A.M
Azahari sehingga pembubarannya

12 Sheikh A.M Azahari dikatakan seorang anti-kolonial dan beliau sangat


memusuhi pihak British. Beliau pernah terlibat dengan peperangan ke atas pihak
Belanda di Indonesia bersama-sama orang Indonesia di penghujung Perang
Dunia ke- 2. Edmonds, I.G. , The New Malaysia (New York: The Bobbs-Merrill
Company, Inc, 1973) hlm 94
Kita hendaklah merasa yakin bahawa tidak ada udang di sebalik batu di dalam usul itu
(Malaysia). Kita harus diyakinkan bahawa usul-usul itu akan menguntungkan kepentingan
negara wilayah-wilayah Borneo. 13

Pendirian A.M Azahari tiba-tiba berubah. Beliau dengan partinya telah menentang gagasan
Malaysia. Tunku Abdul Rahman dikritik dan didakwa sebagai orang yang bertanggungjawab
menjalankan dasar kolonialisme dan menjadi alat kepada kuasa besar. Beliau tidak
berhasrat untuk menyertai Persekutuan Malaysia kerana Brunei mempunyai kekayaannya.
Menurut beliau juga, menyertai Malaysia akan menyebabkan mereka hilang kuasa dan
14
pengaruh politik ke atas Brunei. Parti Rakyat Brunei yang telah memenangi pilihan raya
umum di Brunei pada 30 Ogos 1962 dengan memenangi 32 kerusi tanpa bertanding dan
memenangi 22 daripada baki 23 kawasan. Dalam pilihan raya ini, Parti Rakyat Brunei
mengalahkan 2 lagi parti pro-Malaysia iaitu Pertubuhan Nasional Brunei dan Parti Bersatu
15
Brunei. Dengan kemenangan ini, Parti Rakyat Brunei telah mencabar kuasa autokrasi
sultan, dengan menuntut satu kerajaan yang bertanggungjawab serta kemerdekaan yang
segera sebagai asas kepada penyatuan bersama dengan Borneo Utara dan Sarawak.
Beliau ingin menubuhkan satu negara yang Kalimantan Utara yang merdeka. 16

Permintaan ini ditolak oleh Sultan Omar. Menjelang 24 November, A.M Azahari yang
berada di Manila, Filipina ketika itu telah mengugut, mengatakan bahawa rakyat Brunei akan
17
menentang sekiranya British memaksa Brunei untuk menerima penubuhan Malaysia.
Pada 7 Disember 1962 pemberontakan telah berlaku dibawah pimpinan A.M Azahari dengan
sokongan tentera komunis, Tentera Nasional Kalimantan Utara. Dalam pemberontakan ini,
13 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik (Johor Darul
Tazim: Universiti Teknologi Malaysia, 2002) hlm 176

14 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union To Singapore Separation


Political Unification In The Malaysia Region 1945- 65 (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya Sdn. Bhd. , 1974) hlm 172

15 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union To Singapore Separation


Political Unification In The Malaysia Region 1945- 65 (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya Sdn. Bhd. , 1974) hlm 173

16 Bastin, John dan Winks, Robin W. , Malaysia Selected Historical Readings


(London: Oxford University Press, 1966) hlm 423

17 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union To Singapore Separation


Political Unification In The Malaysia Region 1945- 65 (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya Sdn. Bhd. , 1974) hlm 175
Presiden Indonesia ketika itu iaitu Presiden Soekarno juga turut memberi sokongan moral .
Apabila tentera pemberontak tersebut berjaya menguasai beberapa kawasan penting
termasuklah kawasan Syarikat Minyak Shell, Azahari mengumumkan dirinya sebagai
18
Perdana Menteri baru kepada Kerajaan Revolusi Kalimantan Utara. Pemberontakan ini
berjaya dihentikan dengan bantuan tentera British (Komanwel) dan Gurkha.19 Selepas itu,
Sultan Omar mengisyhtiharkan darurat di mana Parti Rakyat Brunei akhirnya dibubarkan.
A.M Azahari telah melarikan diri ke Jakarta. Daripada pemberontakan ini, ia mencetuskan
lagi konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia.

Pemberontakan berakhir, rundingan Persekutuan Malaysia masih berjalan. Pada akhir-akhir


saat rundingan, Sultan Omar tidak bersetuju dengan tuntutan Kuala Lumpur terhadap
pendapat Brunei daripada hasil minyak. Ini dibuktikan dengan pernyataan baginda sultan di
dalam radio pada 17 Julai. Baginda mengatakan sebab sebenar Brunei enggan untuk
menyertai Malaysia adalah kerana soal hasil minyak. 20 Baginda juga tidak gembira terhadap
tuntutan persekutuan tersebut keatas perkara berkenaan dengan soal cukai dan posisi
baginda di dalam kalangan pemimpin. Menurut Mohd Abu Bakar di dalam bukunya Politik
Brunei Menjelang Penubuhan Malaysia (1990), baginda juga beralasan mengatakan
bahawa kerajaan Tanah Melayu gagal mematuhi syarat-syarat perjanjian yang pernah
21
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akhirnya, Sultan Omar bertindak untuk tidak
menyertai Malaysia.

2.0.2 Reaksi Indonesia

Penubuhan Malaysia yang ditujukan kepada beberapa pihak telah mendapat pelbagai
reaksi. Sudah sedia maklum bahawa Singapura sangat berminat untuk menyertai

18 Edmonds, I.G. , The New Malaysia (New York: The Bobbs-Merrill Company, Inc.
, 1973) hlm 94

19 Turnbull, C. Mary, A History of Malaysia, Singapore and Brunei (Sydney: Allen


& Unwin Australia Pty Ltd, 1989) hlm 256

20 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union To Singapore Separation


Political Unification In The Malaysia Region 1945- 65 (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya Sdn. Bhd. , 1974) hlm 180

21 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik (Johor Darul Tazim:
Universiti Teknologi Malaysia, 2002) hlm 177
penubuhan Malaysia. Akan tetapi, wujud penentangan daripada negara jiran seperti
Indonesia. Negara tersebut memberi reaksi negatif terhadap idea Tunku Abdul Rahman ini.
Semasa berlakunya Revolusi Brunei, Presiden Soekarno dikatakan memberi sokongan
terhadap gerakan yang dilakukan oleh Parti Rakyat Brunei. Oleh sebab itu, Tunku Abdul
Rahman telah mengutuk Indonesia kerana memberi sokongan kepada pihak pemberontak.
22
Akan tetapi, Presiden Soekarno menafikan pernyataan ini walaupun beliau mengaku
bahawa Indonesia bersimpati ke atas penduduk Kalimantan Utara di dalam perjuangan
mereka ke arah kemerdekaan. Setelah itu, Soekarno mendakwa bahawa Gagasan
Malaysia sebenarnya merupakan satu agenda untuk menyekat Indonesia dan mengaut hasil
mentah Borneo untuk kepentingan kerajaan berbentuk imperial.

Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menyokong pemerintahan Presiden Soekarno telah
mendakwa Persekutuan Malaysia pada Disember 1961 sebagai satu bentuk neo-
kolonialism yang dibentuk untuk meluaskan pengaruh demokrasi dan gerakan patriotik
23
kepada penduduk di 5 kawasan tersebut. PKI seterusnya mengadakan kempen
propaganda yang dipercayai akan menggagalkan misi penyatuan tersebut. Setelah
berlakunya pemberontakan di Brunei, Indonesia menjadi semakin terbuka mengatakan
bantahannya ke atas idea penubuhan Malaysia. Selepas itu, Soekarno dengan secara
rasminya menyatakan sokongan beliau kepada pemberontak-pemberontak di Brunei.
Bersama-sama Azahari di Manila ketika itu, pegawai-pegawai tertinggi di Jakarta telah
berulang-ulang kali mengatakan bahawa ada 100,000 sukarelawan Indonesia yang bersedia
untuk menentang penubuhan Malaysia di dalam revolusi tersebut.

Tidak lama kemudian, Presiden Soekarno mengumumkan satu dasar baru iaitu dasar
24
Konfrontasi ke atas Tanah Melayu. Dasar ini pada peringkat awalnya adalah untuk
memutuskan hubungan diplomasi antara Indonesia dan Tanah Melayu, ugutan menyatakan
bahawa ada menghuru-harakan Borneo oleh sukarelawan-sukarelawan, serangan ke atas
bot-bot nelayan orang Tanah Melayu di perairan luar negara, dan juga strategi diplomatik
yang rumit dirangka untuk memisahkan Tanah Melayu daripada hubungan antarabangsa.
Walaupun wujud ugutan sebegini, serangan ke atas bot-bot dan juga pencabulan ruang

22 Edmonds, I.G. , The New Malaysia (New York: The Bobbs-Merrill Company, Inc.
, 1973) hlm 95

23 Means, Gordon P. , Malaysian Politics (London: Hodder And Stoughton Limited.


, 1976) hlm 314

24 Di dalam sesetengah buku mengatakan dasar ini diumumkan oleh oleh


Perdana Menteri Indonesia iaitu Dr Subandrio.
angkasa Tanah Melayu, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tidak menganggap ini sebagai
satu ancaman yang besar. Ini kerana Tanah Melayu mempunyai perjanjian pertahanan
dengan Britain dan Tanah Melayu mampu menghubungi bantuan tentera Komanwel untuk
25
sokongan. Berkenaan dengan ugutan ke atas ancaman ekonomi tidak berjaya kerana ini
akan melumpuhkan ekonomi Indonesia dan juga Tanah Melayu.

Salah satu usaha diplomatik untuk menentang penubuhan Malaysia berlaku di Persidangan
Perpaduan Afro-Asia (Afro-Asian Solidarity Conference) di Tanganyika, Afrika Timur pada
26
Ferbruari 1963. Persidangan tersebut dikatakan dipengaruhi oleh pihak yang pro-komunis.
Ini menyebabkan usul penyatuan Tanah Melayu dan Singapura tidak dibicarakan di
persidangan tersebut. Di pihak lain pula, usul berkenaan dengan kerajaan bayangan A.M
Azahari iaitu Kalimantan Utara disidangkan. Dua resolusi anti-Malaysia telah diluluskan
tanpa perbahasan, memberi laluan kepada sisa-sisa komunis Cina dan propaganda-
propaganda yang hendak disampaikan oleh Indonesia.

Setelah Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963, Indonesia sekali lagi
menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada perkara tersebut. Hal ini kerana, jelas hasrat
Presiden Soekarno untuk meluaskan Indonesia dengan menyatukan Sarawak dan Sabah
telah gagal. Dengan ini, Indonesia menjalankan kempen Ganyang Malaysia dan melakukan
gerakan secara radikal dengan menyerang sempadan di Sarawak dan Sabah melalui laluan
di Kalimantan. 27Serangan seperti pengeboman dan serangan pengganas dilakukan oleh
pengkhianat-pengkhianat yang menyelusup masuk secara senyap-senyap ke dalam
Malaysia.

25 Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonard Y. , A History of Malaysia


Second Edition (Hampshire: Palgrave Publishers Ltd, 2001) hlm 286

26 Means, Gordon P. , Malaysian Politics (London: Hodder And Stoughton Limited. , 1976)
hlm 314

27 Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonard Y. , A History of Malaysia


Second Edition (Hampshire: Palgrave Publishers Ltd, 2001) hlm 287

Anda mungkin juga menyukai