Anda di halaman 1dari 54

PERJUANGAN

KEMERDEKAAN DAN
PEMBENTUKAN MALAYSIA
Hasil Pembelajaran :
0 Membincangkan kebangkitan semangat nasionalisme dalam
kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira kaum
0 Menghuraikan proses-proses yang perlu dilalui oleh T.
Melayu sebelum mengecapi kemerdekaan
0 Mengenal pasti sebab-musabab dan cabaran-cabaran yang
dihadapi dalam proses pembentukan Malaysia
0 Membincangkan proses dan peristiwa yang dilalui sebelum
pembentukan Malaysia
0 Menjelaskan situasi sehingga berlaku pengunduran
Singapura dari Malaysia
PERJUANGAN KEMEDERKAAN
0 Apakah maksud NASIONALISME?
0 Kebangkitan nasionalisme bersandarkan aspek-aspek
keagamaan, sosial, ekonomi dan politik
0 Ditunjukkan melalui akhbar-akhbar tempatan dan
penubuhan persatuan
0 Lebih serius ketika Malayan Union diperkenalkan
0 Kemunculan pelbagai parti politik selepas Perang
Dunia Kedua
Nasionalisme Melayu
3 tahap :
a) Tahap keagamaan (1906-1926)
b) Tahap sosial dan ekonomi (1926 1938)
c) Tahap politik (mulai 1938)

3 golongan utama :
a) Golongan berpendidikan Islam
b) Golongan berpendidikan Melayu
c) Golongan berpendidikan Inggeris
a) Tahap Keagamaan
0 Pengaruh Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah oleh
Sheikh Muhammad Abduh dan penyokongnya Al-Manar di
Kaherah
0 Memperjuangkan konsep Pan-Islam iaitu Pembebasan
Agama.
0 Majalah : Al-Imam, Al-Ikhwan dan Saudara untuk
menyebarkan ideologi
0 Kaum Muda menggalakkan masyarakat menubuhkan
persatuan-persatuan untuk pembangunan masyarakat
0 Ditentang oleh Kaum Tua. Kenapa?
b)Tahap Sosioekonomi
0 Sosioekonomi orang Melayu berikutan kesedaran
tentang masyarakat Melayu yang ketinggalan dari segi
ekonomi
0 Dipelopori oleh golongan berpendidikan Melayu,
MPSI dan golongan elit Melayu berpendidikan
Inggeris
0 Dilestarikan dgn kelahiran Kesatuan Melayu
Singapura 1926
0 PASPAM ditubuhkan
c) Tahap Politik
0 Konsep Tanah Melayu untuk Orang Melayu
0 Telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
pada 1938 untuk memperjuangkan T. Melayu dan
penyatuan dengan Indonesia bagi membentuk Melayu
Raya.
Nasionalisme Cina
0 Wujud akibat pergolakan politik di negara China
0 Faktor-faktor yang mempengaruhi :
a) Gerakan Pembaharuan di China
b) Gerakan Revolusioner
c) Parti Kuomintang
d) Parti Komunis Malaya
Nasionalisme India
0 Kegiatan antikolonial orang Punjabi yang dipengaruhi
oleh Pergerakan Ghadr
0 Parti-parti politik kaum India
0 Perjuangan Central Indian Association of Malaya
(CIAM)
PERJUANGAN MELALUI
AKHBAR
0 Al- Imam
0 Al-Ikhwan
0 Saudara
0 Neracha
0 Majlis
0 Warta Malaya
0 Utusan Melayu
0 Chenderamata
0 Fajar Sarawak
0 Lembaga Melayu
0 Panduan Guru
GERAKAN BERORGANISASI MENENTANG
PENDUDUKAN KOLONIAL
0 KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS) 1926
0 PERSAUDARAAN SAHABAT PENA (PASPAM) 1934
0 PERSATUAN MELAYU PERAK (PMPK) 1937
0 PERSATUAN MELAYU JOHOR 1937
0 PERSATUAN MELAYU PAHANG 1938
0 PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN 1938
0 PERSATUAN MELAYU KELANTAN 1939
0 KONGRES MELAYU SELURUH TANAH MELAYU 1939 DAN
1940
0 KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) 1938
0 PARTI KOMUNIS MALAYA - 1930
PENENTANGAN TERHADAP
MALAYAN UNION
1. Kehilangan kedaulatan Raja
2. Pemberian kerakyatan (kewarganegaraan) secara
jus soli
3. Malayan Union digubal tanpa mendapatkan
pandangan orang Melayu
4. Kaedah Sir Harold Mac Michael mendapatkan
tandatangan raja-raja Melayu
0 Akhbar Utusan Melayu, Majlis dll
0 Persidangan bersama 41 buah pertubuhan Melayu di Kuala
Lumpur (1-4 Mac 1946) oleh Dato Onn Jaafar Presiden
Persatuan Melayu Johor
0 Memulau Malayan Union Raja-raja Melayu tidak hadir ketika
majlis perasmian dan pelantikan Gabenor Malayan Union (Sir
Edward Gent)
0 Orang Melayu berkabung selama 7 hari mulai 1 April 1946
0 Tunjuk perasaan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Alor Setar
0 Pertubuhan Kebangsaan Melayu bersatu (UMNO) ditubuhkan
secara rasmi pada 11 Mei 1946 (Dato Onn sebagai Presiden)
0 Tentangan daripada orang bukan Melayu melalui pertubuhan
Malayan Democratic Union (MDU) sebab : orang bukan Melayu
tidak mendapat apa-apa keistimewaan daripada Malayan Union
M.U. tetap dilancarkan pada 1 April 1946
Banyak tentangan menyebabkan Sir edward Gent terpaksa
buat rundingan dengan raja-raja Melayu dan Dato Onn
Jaafar
M.U. dibatalkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu
PERSEKUTUA
N
TANAH
MELAYU
Pembubaran M.U. satu Jawatankuasa Kerja dibentuk
untuk menggubal satu perlembagaan baharu di T.Melayu
Terdiri : 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 orang wakil
UMNO dan 6 orang pegawai British
Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Malayan Union
Laporan hasil rundingan dikeluarkan pada Dis 1946
Mendapat bantahan daripada orang bukan Melayu
Orang bukan Melayu membentuk Majlis Tindakan Bersama
Seluruh T. Melayu (AMCJA)
Terdiri daripada MDU, MIC, Liga Belia Demokrasi T. Melayu
dan beberapa buah kesatuan pekerja
6 cadangan AMCJA :
1) Singapura hendaklah disatukan kembali di T. Melayu
2) Menubuhkan Dewan Undangan Pusat anggotanya dipilih
oleh rakyat
3) Hak sama rata bagi penduduk T. Melayu
4) Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan tetapi di bawah
perlaksanaan Raja Berpelembagaan
5) Orang Melayu berhak ke atas hal ehwal adat istiadat dan
agama Islam
6) Orang Melayu diberi tumpuan khas supaya berpeluang
untuk dimajukan
0 Bantahan daripada orang Melayu berideologi radikal dan
dari sayap kiri iaitu terdiri daripada anggota2 PKMM, API,
AWAS, dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
0 4 cadangan PUTERA :
1. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
2. Hubungan luar dan pertahanan hendaklah dipikul
bersama antara T. Melayu dan kerajaan British
3. Perkataan Melayu hendaklah dipakai sebagai nama
kerakyatan bagi semua penduduk T. Melayu
4. Bendera kebangsaan hendaklah mengandungi warna-
warna kebangsaan orang Melayu
0 Gabungan PUTERA dan AMCJA ini mengandungi 10 perkara
0 Cadangan ini dinamakan Perlembagaan Rakyat
Syarat-syarat utama Persekutuan T. Melayu (1948) :
a) 9 buah negeri Melayu, P.Pinang dan Melaka terlibat dalam Persekutuan. Singapura menjadi
Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan
b) Kerajaan PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh kerajaan British
dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Persekutuan
c) Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh :
i) Pesuruhjaya Tinggi
ii) 3 orang ex-officio
iii) 9 orang presiden drp Majlis-majlis Negeri & 2 orang wakil drp Majlis Tempatan
P.Pinang dan Melaka
iv) 11 orang anggota rasmi & 50 orang anggota tidak rasmi
d) Sultan diberi hak dan kuasa ke atas negeri masing-masing dan mempunyai kuasa
memerintah tetapi atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan
Negeri
e) Kerajaan negeri diberi hak ke atas perkara kesihatan, pendidikan tanah dan pertanian
f) Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seorang pemohon mestilah telah lahir dan
bermastautin selama 8 tahun dari 12 tahun di T. Melayu. Selain itu, seorang pemohon asing
mestilah pemastautin selama 15 tahun dari 20 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua kes
ialah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan bahasa Melayu dengan baik
g) Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sbg kaum Bumiputera dan orang Melayu
mempunyai perwakilah terbesar dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
KEMUNCULAN
PARTI-PARTI
POLITIK
PERTUBUHAN KEBANGSAAN
MELAYU BERSATU (UMNO)
0 Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato Onn Jaafar
(Presiden pertama UMNO sehingga 1951)
0 Matlamat parti :
- Penentangan terhadap M.U.
- Menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan
kedudukan istimewa orang Melayu
0 Cogan kata Hidup Melayu
0 1948 UMNO sbg parti politik. Perlembagaan UMNO
diluluskan pada 29 Mei 1946
0 UMNO ada 2 bahagian iaitu Perikatan Pemuda UMNO
(1949) dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO (1947)
0 UMNO sbg parti yg mewakili kaum Melayu terkuat dan
berperanan penting semasa tuntutan kemerdekaan
KONGRES INDIA MALAYA (MIC)
0 Ditubuhkan 8 Ogos 1946
0 Presiden pertama ialah John. A. Thivy
0 Tokoh MIC yg disegani ialah Tun Sambanthan
0 Tujuan utama MIC :
- memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi,
dan sosial kaum India di T.Melayu
- memperjuangkan kepentingan politik bersama bagi
seluruh T. Melayu
- Mewakili kaum India dalam menyampaikan pendapat
kepada kerajaan
0 April 1955, MIC bergabung dengan UMNO dan MCA
PERSATUAN CINA MALAYA
(MCA)
0 Ditubuhkan pada 27 Feb 1949
0 Idea penubuhan oleh Leong Yew Koh
0 Presiden pertama MCA ialah Tun Tan Cheng Lock
0 Tujuan utama MCA :
- Melindungi hak dan kepentingan orang Cina
- memelihara keharmonian kaum dlm sebuah negara bersatu
0 1952 MCA sbg parti politik secara rasmi
0 1952 bergabung dengan UMNO dan membentuk gabungan
dipanggil Parti Perikatan
PARTI PERIKATAN
0 Dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran K.Lumpur, 1952 UMNO
Selangor dan MCA membentuk kerjasama melalui pembentukan satu
pakatan parti pelbagai kaum
0 Menang 9 drp 12 buah kerusi
0 Pakatan ini diteruskan dalam pilihan raya lain seperti di Johor Bahru,
Muar dan Melaka
0 Pakatan parti pelbagai kaum Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock mengambil
keputusan untuk membentuk Parti Perikatan pada 1955
0 Disertai MIC
0 Pilihan Raya Umum Persekutuan T.Melayu 1955 Parti Perikatan
menang 51 buah kerusi daripada 52 kerusi.
PARTI MALAYA MERDEKA
/INDEPENDENCE OF MALAYA PARTY
(IMP)
0 16 Sep 1951, Dato Onn menubuhkan Parti Malaya
Merdeka (IMP)
0 Satu usaha untuk merealisasikan idea DatoOnn Jaafar
mengenai kerjasama pelbagai kaum dalam satu parti
0 Keanggotaan dibuka kepada semua kaum dgn objektif
mencapai kemerdekaan dalam 10tahun
0 Pada peringkat awal parti ini disertai oleh masyarakat
berbilang kaum tetapi semakin lama semakin hilang
sokongan
PARTI BERLANDASKAN ISLAM

0 Hizbul Muslimin bermatlamat menegakkan sebuah negara


Islam
0 24 Nov 1951 Parti Islam Se-Malaya (PAS) ditubuhkan
0 Matlamat : menjadikan Islam sbg agama rasmi negara,
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan
0 PAS memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
1956 Tunku Abdul Rahman bersama satu rombongan ke London
untuk membuat rundingan tentang kemerdekaan
Terdiri daripada 4 orang raja dan 4 orang wakil parti Perikatan.
8 Feb 1956 Perjanjian London ditandatangani
Menurut perjanjian ini, tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957
Dalam menggubal perlembagaan Persekutuan Tana Melayu, sebuah
suruhanjaya dibentuk iaitu Suruhanjaya Reid (diketuai oleh Lord
Reid)
Suruhanjaya ini mengambil kira pandangan penduduk termasuk
131 memorandum bertulis yg telah diterima daripada orang
perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan
Perlembagaan Persekutuan T. Melayu diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persektuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuat kuasa
pada 27 Ogos 1957
Manifestasi penting mengenai kemerdekaan ialah kontrak sosial
antara orang Melayu dgn orang bukan Melayu - sikap bertoleransi
Ciri Perlembagaan T. Melayu yang dipersetujui
adalah :
a) Sistem pilitik berasaskan Raja Berpelembagaan. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
negara yang dipilih dari kalangan sembilan orang raja Melayu
b) Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat
c) Persekutuan ditadbri berdasarkan Demokrasi Berparlimen. Sebuah Parlimen dibentuk
yang dianggotai oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat
d) Syarat kewarganegaraan diperkemaskan iaiatu :
i) Kewarganegaraan diberikan kepada semua orang yang lahir di T. Melayu selepas
merdeka
ii) Kewargangearaan juga diberi kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas,
dilahirkan di T.Melayu dan telah menetap selama lima tahun
iii) Kewarganegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas
walaupun lahir di luar Tanah Melayu, tetapi telah menetap selama lapan tahun dan
boleh berbahasa Melayu
e) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
f) Agama Islam dijadikan agama Persekutuan, tetapi kebebasan beragama dibernarkan

Tunku Abdul Rahman dilantik sbg Perdanan Menteri pertama dan Yamtuan Besar Negeri
Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama
Pembentukan Malaysia

0Faktor-faktor
0Reaksi
0Proses
0Isu Brunei dan Singapura
Latar Belakang Pembentukan
Malaysia
0 27 Mei 1961 melalui ucapan oleh Tunku Abdul Rahman di
Hotel Adelphi, Singapura
0 Idea untuk mewujudkan bentuk penyatuan politik dan
ekonomi yang melibatkan Persekutuan T. Melayu dgn wilayah
jajahan British, iaitu Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei
0 Idea ini melahirkan respon daripada wartawan-wartawan
yang hadir reaksi positif dan negatif
0 Mengatakan idea TAR dibuat secara tergesa-gesa tanpa
persediaan awal
0 TAR telah menemui Lee Kuan Yew di Singapura (1961), Senu
Abdul Rahman (1960), Perdana Menteri British, Harold Mac
Milan di London (1961) usul penggabungan wilayah
FAKTOR-FAKTOR
PENUBUHAN
MALAYSIA
Mengelak Ancaman dan Pengaruh
Komunis
0 Gabungan Persekutuan T. Melayu dgn Singapura wujud persamaan
dari segi sejarah, undang-undang, ekonomi dan kewangan
0 Situasi politik dan keamanan Singapura perlu diberi perhatian
0 Parti Tindakan Rakyat / Peoples Action Party (PAP) di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew yg memerintah Singapura mengalami
kemerosotan
0 Kalah dalam pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson (1961)
0 Kemenangan Ong Eng Guan (Parti Rakyat Singapura/ United Peoples
Party (UPP) ) di Hong Lim dan Parti Buruh di Anson, dan kelompok
sayap kiri PAP iaitu Barisan Sosialis
0 Kebimbangan PAP akan diambil alih oleh Barisan Sosialis
0 Hubungan baik antara PTM dan Singapura yg meliputi urusan politik
dan ekonomi akan terjejas sekiranya PAP digulingkan
0 Kerajaan Perikatan cuba membendung perkembangan politik di
Singapura dengan penggabungan bersama Singapura, Sarawak, Sabah
dan Brunei
Memberikan Kemerdekaan kepada Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura
0 Kemerdekaan lebih awal kepada negeri-negeri berikut
0 Tunku Abdul Rahman percaya dengan kemasukan Sabah dan
Sarawak ke dalam Malaysia akan mempercepatkan
kemerdekaan dua buah wilayah ini
0 Kaum Bumiputera boleh menikmati layanan lebih baik
apabila menyertai Persekutuan
0 Mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk
pemerintahan di negeri-negeri terbabit
0 British khuatir pengaruh komunis akan menyebabkan British
hilang kepentingan ekonomo dan sosial
Perkongsian Faedah dan Ekonomi

0 Mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk


faedah bersama - wilayah yang kaya akan membantu
wilayah2 yang belum membangun dan kurang sumber
ekonomi
0 Persekutuan Malaysia pembentukannya dapat membantu
mempertingkatkan pembangunan ekonomi
0 T.Melayu, Brunei dan Singapura akan menjadi penyumbang
0 T.Melayu (bijih timah), Brunei (sumber minyak) dan
Singapura (pelabuhan menjadi lebih selamat)
Membela Masyarakat Bumiputera di Sabah
dan Sarawak
0 Nasib penduduk di Sabah dan Sarawak yang tidak sama dengan
nasib penduduk di Semenanjung T. Melayu
0 Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi dipegang oleh
bangsa asing
0 Sistem perhubungan daif. Masih bergantung pada sungai-
sungai dan perjalanan udara
0 Tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan
pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi banyak diberi kepada
orang luar
0 Jika digabungkan dengan Persekutuan Malaysia, layan
istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah
dan Sarawak
Menjaga Kepentingan Hak Kaum Bumiputera di
Semua Wilayah Terbabit
0 Menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera
0 Jika bergabung dengan Singapura sahaja, akan menghilang
majoriti kaum Melayu
0 1960 penduduk Melayu 50% dan orang Cina 36.9%
0 Perlu bergabung dengan Sabah dan Sarawak untuk
mengekalkan Bumiputera sebagai kumpulan terbesar
REAKSI SARAWAK,
SABAH, BRUNEI DAN
SINGAPURA
Sarawak
0 Cadangan TAR menerima reaksi pelbagai
0 Parti Negara Sarawak (PANAS) diketuai oleh Temenggung
Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak/ Sarawak United
Peoples Party (SUPP) yg diketuai oleh Ong Kee Hui dan
Parti Kebangsaan Sarawak / Sarawak National Party (SNAP)
yg dianggotai oleh orang Iban dan diketuai oleh Stephen
Kalong Ningkan menentang penggabungan ini
0 Cenderung untuk mendapat kemerdekaan sendiri
0 Penggabungan ini disokong oleh Barisan Rakyat Jati
Sarawak (BERJASA)
Sabah
0 Peringkat awal menentang sehingga muncul sentimen pro atau anti-
Malaysia
0 Ogos 1961 daripada kalangan kaum Kadazan iaitu Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu / United National Kadazan Organization
(UNKO) , diketuai oleh Donald Stephens
0 Jun 1962 kaum Murut di Sabah iaitu Parti Momogun Kebangsaan
Borneo Utara
0 Kedua-dua parti ini menentang pembentukan Malaysia dan
memperjuangkan kemerdekaan sabah
0 Hanya Perubuhan Kebangsaan sabah Bersatu (United Sabah National
Organization- USNO) sahaja yang menyokong TAR. Parti USNO
ditubuhkan pada Dis 1961 oleh orang Islam dan dipimpin oleh Datu
Mustapha Datu Harun
0 1962 ramai yang sangsi dan berminat untuk menyatukan tiga buah
wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei
0 1963 berubah fikiran dan UNKO telah memberikan sokongan dan
memujuk masyarakat Kadazan
0 SUPP tetap membantah (Sarawak)
Brunei
0 Turut menentang tetapi Sultan Brunei iaitu Sultan
Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia
0 Rakyat Brunei mahukan kemerdekaan sendiri
sebelum digabungkan
0 Parti Rakyat Brunei A.M Azahari lebih berminat
untuk menyatukan Borneo Utara (Kalimantan Utara).
A.M. Azahari risau Brunei akan hilang sebahagian
besar kekayaan dan menganggap pembentukan
Malaysia sbg satu cara kerajaan British mengekalkan
pengaruhnya di wilayah wilayah yang pernah dijajah
Singapura
0 Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan
Malaysia
0 Singapura yg dipimpin oleh Lee Kuan Yew dan Parti
Tindakan Rakyat (PAP) bersetuju bagi menyelamatkan PAP
daripada ancaman pihak golongan kiri
0 Parti Buruh Singapura bersetuju tetapi menganggapnya
sebagai perkara yang sukar dilaksanakan
0 UPP menentang kerana menganggap gagasan Malaysia sbg
satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruh
REAKSI
NEGARA-NEGARA
ASEAN
Indonesia
0 Peringkat awal Indonesia menyokong penubuhan Malaysia
0 Sokongan ini tidak lama, dan mereka mengecam keras usaha ini serta menyokong tindakan
Parti Rakyat Brunei
0 20 Jan 1963 Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrontasinya terhadap pembentukan
Malaysia dengan slogan Ganyang Malaysia
0 11 Feb 1963, Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio buat satu sidang akhbar
mengisytiharkan secara rasmi penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia
0 2 hari kemudian, Sukarno mendakwa tujuan penubuhan Malaysia adalah utk memastikan
penguasaan penjajah (British) ke atas getah, timah dan minyak di wilayah2 terbabit terus
kekal.
0 Hubungan diplomatik terjejas
0 Pengkaji : Sukarno berasa TAR membelakangkan jirannya yg terbesar apabila membuat
pengumuman tanpa berunding terlebih dahulu penubuhan Msia dikatakan menggagalkan
rancangan penubuhan empayar Indonesia Raya (Melayu Raya)
0 Penglibatan tentera tentera Indonesia menyerang wilayah2 di sempadan Sabah dan Sarawak
sekumpulan tentera dihantar ke pantai barat Johor utk tujuan pengintipan
0 Langkah spt MAPHILINDO
0 Penentangan Indonesia berakhir pada 1965 apabila Sukarno digulingkan dan digantikan
dengan Jeneral Suharto.
0 Ogos 1966, Menteri Luar Indonesia iaitu Adam Malik tandatangan perjanjian damai dengan
tokoh2 di Malaysia dengan menamatkan konfrontasi
Filipina
0 Presiden Macapagal dan pegawai2 tinggi Filipina menuntuk hak
Filipina ke atas Sabah
0 22 Jun 1962 -pernah menuntut kerajaan British kembalikan
Sabah kepada mereka melalui surat rasmi
0 Dakwa Sabah pernah terletak di bawah Kesultanan Sulu
0 British tidak layan malah menegaskan bahawa sebarang
tuntutan akan ditentang oleh British
0 Macapagal buat kecaman secara terbuka ketika Kongres
Filipina pada 28 Jan 1963
0 Hubungan diplomatik terjejas
0 Tuntutan gagal kerana penduduk Sabah rela hati menyertai
pembentukan Malaysia
PROSES
PEMBENTUKAN
MALAYSIA
Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM)
Julai 1961 satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PPK),
cawangan T.Melayu dan Borneo diadakan di Singapura
Pemimpin2 T.Melayu & Singapura ambil peluang untuk jelaskan
konsep Malaysia kpd Sabah, Sarawak dan Brunei
Wujud persefahaman mesyuarat bersetuju tubuhkan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia dianggotai semua wilayah yg
terlibat dgn pembentukan Malaysia Donald Stephens sbg pengerusi
Perwakilan Brunei sbg pemerhati kerana belum bersedia
JPPM berfungsi utk menerangkan dgn lebih jelas ttg konsep Malaysia
kpd orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei
capai kata sepakat
Perjumpaan sebanyak 4 kali
Tokoh2 penting T.Melayu dan Singapura seperti TAR, Ismail Yusof,
Datu Ong Yoke Lim, Lee Kuan Yew
Suruhanjaya Cobbold
1. Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara (SC) dilantik secara rasmi pada Jan
1962 nama ketuanya, Lord Cobbold
2. Ahli2 Suruhanjaya : Lord Cobbold, Anthony Abell & David Waterson (wakil
British), Dato Wong Pow Nee & Tan Sr Mohd Ghazali Shafie (wakil PTM)
3. Matlamat SC :
a) menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara & Sarawak berkenaan hal ini
b)membuat syor2 setelah menimbang fikiran itu
4. SC menjalankan tugas selama 2 bulan 50 perjumpaan di 35 buah tempat di
Sabah dan Sarawak
5. SC mempelawa dan menerima surat2 atau memorandum drp org ramai utk
menyuarakn pandangan menerima lebih drp 2000 memorandum
6. Selepas tamat penyiasatan, SC keluarkan laporan kpd kerajaan British (Jun
1962) lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
pembentukan ini sebahagian besar kaum Bumiputera
7. Bentuk sokongan terbahagi kpd 3 golongan iaitu :
i) 1/3 drp dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
ii) 1/3 lg turut menyokong tetapi dgn syarat2 dan jaminan tertentu
iii) 1/3 lg sebahagiannya mahukan kemerdekaan dahulu sblm bergabung,
manakala sbhgn lagi menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan
British. Bilangan yg menentang hanya 20% shj
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
0 JAK tugas merangka syarat2 Persekutuan scr terperinci diketuai oleh Lord
Landsdowne (Pengerusi) Tun Abdul Razak Hussein (Timbalan Pengerusi)
wakil2 kerajaan British wakil2 Singapura, Sabah dan Sarawak
0 Asas laporan merujuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,
laporan Suruhanjaya Cobbold dan cadangan yg dibuat oleh Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia
0 Antara teras utama dlm perlembagaan tersebut :
a) Agama Islam diadikan agama persekutuan bagi seluruh Persekutuan Malaysia,
kecuali di Sabah dan Sarawak
b) BM sbg bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kpd
S&S utk menggunakan BI dlm perkara2 rasmi selama 10 tahun slps kemasukan
ke dalam Persekutuan
c) Kuasa kawalan imegresen di S&S akan diserahkan kpd kerajaan negeri masing2
walaupun peruntukan tersebut di bawah kerajaan pusat. Tujuannya adalah utk
memberi keyakinan kpd S&S bhw tujuan Tanah Melayu bukanlah utk menjajah
negeri tersebut
d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan
e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura
15 buah kerusi
Referendum Singapura
Pungutan suara rakyat Singapura
Diadakan pada 1 Nov 1962 Barisan Sosialis dan parti komunis
tidak bersetuju utk bergabung dgn PTM
Hasil laporan 71% sokong pembentukan Malaysia
Pendapat kejayaan PAP meyakinkan rakyat bahawa tiada
kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan
penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin
merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis
akan dapat dibendung
Memilih syarat A iaitu rakyat setuju utk bergabung dengan
syarat2 yg telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada Nov 1961
ISU BRUNEI
DAN
SINGAPURA
BRUNEI
Peringkat awal bersetuju, tetapi akhirnya membatalkan niat utk bergabung
Beberapa permintaan yg tidak dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh pemerintah.
Antaranya :
1. Menuntut 10 buah kerusi Parlimen
2. Menguasai semua hasil minyak
3. Memegang autonomi hal-hal kewangan pada peringkat awal
4. Mengekalkan semua pelaburannya
5. Mengekalkan kadar percukaian yg rendah
6. Meneruskan program pendidikan dan kebajikan
7. Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
8. Meminta agar kekuasaan Sultan Brunei dalam Majlis Raja-raja dikira daripada
tarikh baginda menjadi sultan dan bukannya dari tarikh kemasukan Brunei ke
dalam Malaysia
Soal kekuasaan baginda tidak dipertimbangkan secukupnya
A.M Azahari hantar memorandum kpd Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei
utk menyatakan bantahan Parti Rakyat Brunei
British menangguhkan perbincangan memorandum membangkitkan
kemarahan Parti Rakyat Brunei mencetuskan pemberontakan bersenjata pada 8
Dis 1962 berjaya dipatahkan dgn bantuan kerajaan British dan PTM
Tunku Abdul Rahman berpendapat kemasukan Brunei boleh membawa pelbagai
masalah politik
SINGAPURA
Lee Kuan Yew mahu memastikan rakyatnya selesa selepas penggabungan
23 Ogos 1961 suatu mesyuarat rasmi diadakan antara Singapura dgn Persekutuan
T. Melayu mencapai persetujuan yg termaktub dalam Kertas Putih
Kertas Putih aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi
tanggungjawab Persekutuan soal pendidikan dan tenaga buruh di bawah bidang
kuasa kerajaan Singapura sendiri
Kertas Putih diisytihar secara rasmi pada Nov 1961
Ditetapkan jumlah perwakilan Singapura ke dalam Dewan Rakyat iaitu 15 org
Selepas 2 tahun hubungan tegang kerana perselisihan faham (soal ekonomi, parti
dan perkauman)
Ekonomi : T.Mel, S&S, Singapura sepakat utk memajukan sektor perindustrian dan
perkilangan bersama brg2 akan digunakan dlm negeri dan bukan utk dieksport
untung dikongsi bersama tetapi tidak byk kemajuan ekonomi dicapai
Parti dan perkauman : Parti Tindakan Rakyat yg dipimpin oleh Kuan Yew cuba
hendak bertanding dengan Parti Perikatan yg dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman
PAP cuba tarik perhatian org Cina, dan mengatakan bahawa MCA tidak mampu untuk
membangun dan memajukan orang Cina
Rusuhan berlaku pada 21 Julai 1964 Singapura memperjuangkan persamaan hak
dan kempen Malaysia untuk Orang Malaysia dan membentuk United Opposition
Front
Ogos 1965 Singapura keluar drp Malaysia
KESIMPULAN
0 RANCANGAN MENUBUHKAN PERSEKUTUAN
MALAYSIA BERJAYA TANPA GABUNGAN DGN BRUNEI
PADA 16 SEP 1963
0 1965 SINGAPURA KELUAR
0 PENUBUHAN MALAYSIA AKHIRNYA MEMBERI
BANYAK FAEDAH KPD TANAH MELAYU, SABAH DAN
SARAWAK

Anda mungkin juga menyukai