Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti 6.2 penjajah.

Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman

Zaman penjajahan menyaksikan kemunculan aliran pendidikan yang berbeza dari aspek kewajarankepada kehendak masyarakat Tanah melayu khususnya orang Melayu itu sendiri. Meskipun usaha penjajah mewujudkan aliran pendidikan di Tanah Melayu dilihat sebagai isu yang positif namunsemangat bencikan penjajah yang tebal menghalang penglibatan mereka dalam sektor pendidikan yangdilihat oleh mereka sebagai propaganda dalam mengembangkan lagi ideologi penjajah yang ternyata lari dari konsep norma kehidupan orang Melayu. Masyarakat Melayu tidak menerima kewujudan sekolah sewaktu zaman penjajah kerana dilihat sebagai perubahan sistem pendidikan yang telah sedia ada. Sebelum ini pendidikan awal di Tanah Melayu lebih menumpukan kepada aspek keagamaan, kerohanian, membaca, menulis dan mengira. Pembelajaransecara teori lebih tertumpu di sekolahsekolah agama yang dikendalikan pada mulanya oleh mubalighIslam yang terdiri dari pedagang dan kemudiannya diambil alih secara berperingkat oleh rakyat tempatanyang berkelayakan. Ini bermakna sistem ini merujuk kepada sistem pendidikan sekolah pondok. Sejarah merekodkan sekolah agama di Tanah Melayu berkembang pesat sekitar 1920an hingga 1940an di sekitar utara Tanah Melayu (Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai danMadrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang). Meskipun begitu disebabkan beberapa faktor tertentu tidak ramai juga masyarakat Melayu yang berminatke sekolah walaupun apa aliran sekalipun sewaktu zaman penjajah meskipun promosi mengenaikepentingan pelajaran didedahkan sepanjang masa baik sekolah sekolah pondok mahupun sekolah aliranyang diperkenalkan oleh penjajah. Sistem sekolah pondok juga tidak kurang baiknya berbanding sekolahaliran Inggeris. Sekolah agama atau madrasah juga bersistematik iaitu dari segi kurikulum (berstruktur),waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).Terdapat dua jenis sekolah yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris ketika zaman penjajajahan iaitusekolah Inggeris dan juga sekolah vernakular Melayu. Meskipun kaedah pengajaran disusun supaya dapatdisesuaikan dengan kehendak penduduk di Tanah Melayu namun kedua-dua jenis sekolah ini tidak mendapat tempat di hati penduduk Tanah Melayu ketika itu lebih-lebih lagi orang Melayu. Pelbagaifaktor utama dan sampingan telah dijadikan alasan untuk masyarakat Melayu menolak sistem sekolaholeh penjajah.

Pendidikan oleh Inggeris di Tanah Melayu diperkenalkan sekitar 1824 hingga 1957. Pada waktu ini pentadbirannya diseliakan dan dikawal sepenuhnya oleh pihak Inggeris tanpa menekankan falsafah ataudasar pendidikan yang memperjuangkan kepentingan masyarakat. Pentadbiran pendidikan di TanahMelayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah" serta dasar terbuka dantiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utamanya

ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian dari mereka memenuhikeperluan tenaga dan ekonomi penjajah. Namun pendidikan kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjianInggeris dengan pembesar pembesar tempatan. Oleh yang demikian orang Melayu yang tebal semangatkebangsaan menolak untuk mengikuti pendidikan di sekolah.Faktor seterusnya melihat pendidikan ini adalah secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduanatau batasan konkrit. Inggeris tidak menggangap pendidikan Tanah Melayu sebagai satu pelaburan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyat bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya merekamengendalikan pendidikan di bawah dasar benovelent welfare policy. Dipercayai objektif pemerintahanInggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikankeadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien dari sebelumnya. Pendidikan pada waktu itu berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Perkara ini menyebabkan orang Melayu seolahdipermainkan dan dipandang rendah.Dasar Inggeris telah mewujudkan sistem pendidikan plural (plural education all system) sesuai dengankeadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab danTamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaandikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan ini telah menekan dan mengekalkantumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Koloni British mengamalkan dasar laissez-faire dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluanmasing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di masa itu.Keengganan orang Melayu ke sekolah dilihat sebagai boikot dan membantah sistem tersebut. Hal inimenyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilangkaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikanyang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan.Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolahTamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

a)Kebencian Terhadap Penjajah Menurut Amir Hasan Dawi (2009), kebencian kepada penjajah, protes terhadap pentadbiran Inggeris diTanah Melayu, perasaan syak wasangka terhadap tujuan Inggeris untuk mengkristiankan ataupunsekurang-kurangnya mensekularkan orang-orang Melayu telah menghalang mereka memasuki sekolah-sekolah berkenaan. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sangatmembenci kehadiran Inggeris walaupun tujuan mereka menubuhkan

sekolah pada masa itu bertujuan baik. Masyarakat Melayu ketika itu lebih cenderung memilih sekolah agama ataupun langsung tidak perluke sekolah. b)Kemasukan Terhad Semasa pemerintahan Inggeris, sekolah Inggeris ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan dan anak-anak Raja. Banyak pendapat mengatakan sekolah Inggeris ini ditubuhkan untuk memberi latihan kepada anak-anak bangsawan ini untuk menjadi pegawai-pegawai rendah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Jadisecara umumnya kemasukan ke sekolah Inggeris hanyalah terhad kepada golongan bangsawan sahaja.Tambahan pula satu peperiksaan khas perlu dilalui oleh calon-calon yang ingin mendapatkan pendidikandi sekolah aliran Inggeris ini. c)Tiada Kesedaran Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Melayu di Tanah Melayu sememangnya tidak pernahmendapat pendidikan secara formal. Mereka lebih fokus kepada pendidikan agama yang didapati melaluitok guru dan alim ulama. Kelas pula biasanya diadakan secara tidak formal di surau-surau ataupun dirumah sahaja. Apabila pihak Inggeris cuba untuk memperkenalkan system persekolahan, masyarakatMelayu ketika itu tidak nampak akan kepentingan sesebuah sekolah itu. Bagi mereka mendidik anak-anak dengan ilmu agama adalah lebih penting. Ketika itu juga belum wujud lagi pekerjaan yang memerlukankelulusan tinggi, jadi lulus sekolah itu tidak menjadi kepentingan mereka lagi.Berdasarkan tiga faktor di atas, maka tidak hairanla mengapa masyarakat Melayu ketika zaman penjajahan Inggeris tidak begitu menitikberatkan persekolahan. Namun selepas tamat zaman penjajahan,kesedaran tentang kepentingan persekolah meningkat apabila lebih ramai anak-anak melayu di hantar belajar secara formal samada di sekolah aliran Melayu atau Inggeris dan sistem pembelajaran formal ini berterusan sehinggalah sekarang. Rujukan: 1. Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim : Quantum Booksamaleen aisyah.pendidikan intelek.http://pmr.penerangan.gov.my/index.ph era pendidikan.pustaka cahaya

Anda mungkin juga menyukai