Anda di halaman 1dari 6

SEBAB SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL MEMBERIKAN KESAN NEGATIF KEPADA HUBUNGAN ETNIK Semua sekolah yang ditubuhkan pada

zaman kolonial adalah mencerminkan kuasa, keperluan-keperluan dn kehendak-kehendak pendidikan penjajah. Walaupun pendidikan pada waktu tersebut memang suatu kepentingan tetapi sekolah-sekolah yang direka adalah bagi memenuhi keperluan penjajah. Pentadbirpentadbir sedar bahawa tujuan pendidikan penjajah adalah untuk melatih kerani-kerani yang akan menjadi kakitangan rendah di dalam prkhimatanb awam. Bagi pertubuhan-pertubuhan mubaligh pula, matlamat yang paling penting sekali ialah perkembangan agama Kristian di Tanah Melayu, dan Pulau Borneo. Penekanan para mubaligh ini adalah tentang ajaran berpandukan bible . Disebabkan orang Melayu telah mengenali Islam terlebih dahulu maka pendidikan atau ajaran agama kristaian dalam kalangan masyarakat pada masa tersebut tidak mempunyai input atau persetujuan oarang Melayu, serta kaum-kaum lain pada waktu tersebut. Maka ini telah merenggangkan hubungan persefahaman antara kaum Melayu dengan kaum lain khususnya kaum Cina dan India. 1.SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : SATU AGEN PEMBEKUAN Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenalpasti iaitu satu agen pembekuan pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan . General W.H Treacher, merupakan salah seorang yang bertanggungjawab ke atas sistem pemerintahan kolonial di Tanah Melayu dulu dan dia pernah mengatakan Orang Melayu telah diberikan segala-galanya seperti dari segi keselamatan, sistem perhubungan, perkhimatan, kesihatan ,pelajaran, undang-undang corak pentadbiran bahasa dan Kebudayaan dan aspek psikologi rakyat peribumi. Namun ini adalah tidak benar seperti yang diwar-warkan mereka. Mereka telah mengongkong pergerakan dan pemikiran orang Melayu melalui menyekat dan menghadkan pendidikan mereka. British hanya ingin orang Melayu pandai membaca dan menulis serta mempelajari asas pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu tidak akan terkeluar dari kepompong pemikiran mereka dan terus tunduk kepada British. Tegasnya disini semasa pemerintahan British tidak ada sistem pendidikan yang sistematik pada masa itu. Pada masa ini tiga kaum terbesar Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India ada sistem pendidikan yang tersendiri. Orang India dan Cina berkiblatkan negara asal mereka. Bagi sekolah Vernakular Cina, buku, sukatan pelajaran dan guru yang mengajar di bawa khas dari Tanah Besar China. Hal ini menyebabkan proses asimilasi kaum sukar berlaku dan hidup mengikut ras dan kelompok masing-masing. Dari ini telah wujud masyarakat majmuk di Malaysia berikutan dasar pecah dan perintah British. British tidak mahu kejadian yang sama seperti di India berlaku di Tanah Melayu.

Menyorot kejadian itu, semasa pendudukan British di India, British telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama kepada masyarakat India. Sistem pendidikan yang diperkenalkan merangkumi pendidikan rendah, menengah dan peringkat tinggi iaitu universiti. Kesan daripada pengenalan sistem ini menyebabkan masyarakat tempatan India yang berpendidikan Inggeris telah bangkit menentang pemerintahan British di India. Dalam kontek ini, pendidikan yang sepatutnya berfungsi sebagai alat perubahan adalah tidak relevan apabila ia dikaitkan dengan dasar pendidikan kolonial terhadap orangorang Melayu. Sebaliknya, kurikulum yang disediakan adalah sebagai satu usaha yang secara tidak langsung bertujuan membekukan orang-orang Melayu dengan cara mengekalkan mereka dalam likungan kekampungan, jauh dari cabaran aktiviti-aktiviti ekonomi moden. Maka jelaslah ini menimbulkan masalah kerana kurang persefahaman antara etnik kerana jarak hubungan antara kaumkaum telah direnggangkan oleh British. 2. PENYEBARAN PENDIDIKAN INGGERIS : SATU ZAMAN PENYISIHAN (KONSEP SEGREGASI) Sistem pendidikan telah dikenal pasti sebagai zaman penyisihan kerana telah mewujudkan sekolah yang pelbagai aliran. Hal ini menimbulkan kesan negatif pada pendidikan kolonial kerana dilihat dari aspek sosial adalah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia. Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah antara satu sama lain. Dalam keadaan seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum sangat sukar dipupuk kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi yang boleh menyatukan semua masyarakat ketika ini. Jadi boleh dikatakan penduduk di Tanah Melayu saling tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Untuk memupuk perpaduan kaum satu bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi serta harus difahami semua lapisan masyarakatnya. Keadaan ini disebabkan semua kaum di Tanah Melayu masing-masing taksub dengan bahasa ibunda sendiri yang mana orang Cina dengan bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Malayam, Telegu, Hindi dan sebagainya. Manakala orang Melayu tegar dengan bahasa Melayu dan terceruk tinggal di kampung-kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi. British sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka senang memerintah dan mengaut kekayaan di Tanah Melayu dengan sewenangwenangnya. Sementara itu rakyat peribumi dibiarkan merempat dan ditindas di negeri sendiri. Dasar pemerintahan seumpama ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah. Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal. Keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum amat ketara. Interaksi kaum pada masa ini amat lemah. Masyarakat di Tanah Melayu pada zaman ini hanya terceruk dalam lingkaran mereka sahaja dan tidak ambil peduli hal hidup masyarakat lain di sekelilingnya. Apa yang menyedihkan adalah sikap imigran yang tinggal di Tanah Melayu yang langsung tidak menunjukan rasa kecintaan mereka pada tanah tempat mereka berlindung. Contohnya imigran Cina hanya mengambil tahu tentang perkembangan di Tanah Besar China sama ada isu semasa mahupun pergolakan politik. Oleh itu, sekolah-sekolah Vernakular Cina di Tanah Melayu menjadi tempat penyebaran ideologi parti Komintang dan Parti

Komunis China pada tahun1920-an. Begitu juga dengan masyarakat India, mereka langsung tidak mengambil tahu tentang Tanah Melayu. Perhatian mereka hanya kepada negara India. Pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal amat ketara pada masa ini, orang Cina lazimnya di bandar-bandar atau lombong, orang India di kawasan estet dan ladang kopi manakala orang Melayu tinggal di kawasan pedalaman iaitu kampung dan juga kawasan pinggir pantai. Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengkelasan masyarakat mengikut pekerjaan. Kebanyakan sekolah Vernakular ini tidak mempunyai sukatan mata pelajaran yang betul dan hanya memberikan pendidikan di peringkat asas sahaja. Contohnya Vernakular Melayu, iaitu Sekolah Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu Gelugor hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Anak-anak Melayu sekolah ini hanya diajar menulis, membaca, mengira, sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan seperti pertukangan kayu dan perkebunan. Pendidikan Vernakular Melayu ini amat rendah mutunya. Mata pelajaran Geografi yang diajar adalah Geografi British yang tidak ada kenamengena dengan orang Melayu. Anak-anak Melayu yang belajar di sekolah ini diajar asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Pendidikan zaman kolonial menyebabkan wujudnya sekolah yang berasaskan bahasa ibunda masingmasing. Walaupun sudah lama merdeka, sistem pendidikan negara kita masih dicengkam oleh bibit perpecahan dan pengasingan dengan wujudnya sekolah berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada negara-negara asal kaum pendatang khususnya dari Benua India dan Tanah Besar Cina. Tidak kurang pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan Arab juga membawa bibit perpecahan di kalangan masyarakat Melayu dengan wujudnya aliran pendidikan Arab di samping dua aliran lain iaitu Melayu dan Inggeris. Pendidikan dan persekolahan menanamkan ideologi politik dan ideologi sosial yang berbeza yang menjadikan masalah perpecahan begitu meruncing. Sistem pendidikan kolonial terutamanya sekolah Vernakular Inggeris menguntungkan kaum bukan Melayu dan golongan ini menikmati lebih banyak peluang perubahan dan kemajuan dalam sistem kolonial yang masih tebal pengaruh dan kewibawaannya pada pra-Merdeka. Sebab sistem pendidikan kolonial memberi kesan negatif kepada hubungan etnik kerana telah menyebabkan berlakunya mobiliti sosial melalui pencapaian kejayaan, pendidikan, pekerjaan, dan seterusnya kedudukan dalam masyarakat. Hal ini akan menyebabkan wujud konflik dengan dasar keseluruhan penjajahan Inggeris, iaitu memelihara keaslian masyarakat Melayu. Dua sistem pendidikan yang bertentangan dari segi fungsi dapat dapat dijalankan seiringan. Pertama mewujudkan sistem pendidikan Melayu dalam bahasa Melayu yang membekukan masyarakatnya, dan keduanya menyisihkan masyakat Melayu daripada terlibat secara yang bermakna dalam satu sistem pelajaran lain dan dalam bahasa lain yang diiktiraf mempunyai nilai ekonomi dan politik, iaitu sistem persekolahan Inggeris. 3. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENIMBULKAN KRISIS BAHASA

Krisis bahasa akibat daripada sistem pendiddikal ikan zaman kolonial berlaku kerana satu perubahan dasar yang dibuat pada zaman pemerintahan Inggeris iaitu kewujudan sekolah vernerkular yang mesti menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kesan ini kepada masyarakat Melayu ialah menjadikan bahasa Melayu yang sudah mula diketepikan akibat daripada proses penjajahan serta pengaruhpengaruh yang meresap ke negara ini telah menyebabkan bahasa Inggeris pula menjadi bahasa pengantar di semua sekolah. Hal ini menyebabkan bahasa asal kaum Melayu, kaum Cina, dan Kaum Tamil terpakasa diketepikan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular masing-masing. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan bahasa. Timbul juga penentang-penentang dasar pelajaran kebangsaan boleh dikenal pasti daripada tiga kumpulan dan boleh dikenali melalui latar belakang pendidikan yang telah mereka terima daripada zaman kolonial. Pandangan mereka terhadap dasar pelajaran kebangsaan juga berbeza-beza berdasarkan minat, keperluan dan kepentingan masing-masing. Mereka yang terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris pula mahukan bahasa Inggeris dikekalkan pula kedudukannya di sekolah-sekolah. Dari mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan Cina pula mahukan mahukan semua bahasa yang terdapat di negara ini diiktiraf sama dengan kedudukannya. Akan tetapi orang-orang Melayu melihat kedudukan bahasa Melayu melalui satu perspektif yang berlainan. Maka kita dapat melihat dengan jelas bahawa memang wujud krisis bahasa akibat daripada sistem pendidikan kolonial. 4. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENYEBABKAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU TERANCAM Perkembangan baru dalam bidang politik telah mempertajamkan pemikiran pemimpin orang Melayu tentang masalah pelajaran. Hal ini, bukan setakat orang melayu sahaja bahkan terhadap masalah perkauman , terutamanya dalam kalangan orang-orang Cina, telah mulai disedari amat membahayakan keamanan dalam negara. Sistem pendidikan kolonial yang memberikan kebebasan kepada wujudnya sekolah-sekolah Cina dan india, yang seluruhnya mempunyai orientasi ke negara ibunda masing-masing tanpa merujuk kepada negara ini. Natijahnya, kaum Cina dan kaum India dilihat amat menekankan konsep etnosentrierisme pada masa tersebut. Kesan negatif lain sistem pendidikan kolonial, sistem peperiksaan yang telah dilaksanakan di semua sekolah Melayu. Tidak semua orang mendapat peluang yang sama dalam menghadapi peperiksaan. Sesetengah sekolah mempunyai kemudahan, guru-guru, dan lain-lain yang lebih baik. Ini menjadi ( head stort ) permulaan awal kepada mereka . Kegaglan mereka dalam peperiksaan menyukarakan mereka mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kegagalan mereka bukan disebabkan kekurangan kemudahan tetapi disebabkan oleh sikap ibu bapa individu itu sendiri yang memang mempunyai sikap anti-penjajah masa waktu tersebut. Jadi peluang yang sama bagi mobiliti tidak akan diperoleh bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh pentadbir British pada zaman kolonial. Perkara ini kerap kali timbul di kalangan pelajar di luar bandar yang mempunyai sekolah yang serba kekurangan. Dengan itu wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu kerana dilema kegagalan dalam peperiksaaan. Hal ini menjejaskan hubungan etnik kerana pelajar yang tinggal di bandar seperti pelajar Cina dan India akan lulus keran mempunyai kemudahan

yang serba lengkap. 5. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS SEKOLAH YANG MEMISAHKAN KAUM Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan india sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa. Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa peengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenan-kompenan masyarakat yang berasingan tapi berdampingan. Tambahan juga kemunculan kota-kota kolonial ini yang menerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu. Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris mengangang oarang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian keran sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada zaman kolonial. Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah melayu. Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India, bahkan untuk sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang terlatih di Tanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.

Pendidikan terus menjadi alat penting dalam penerusan budaya sesebuah masyarakat. Walau bagaimana majunya sesuatu bangsa itu, tanpa dasar pelajaran yang dirancang akan membawa kepada pelbagai kepincangan. Dasar pelajaran harus di pelihara dan diperhalusi, serta setiap perubahan memerlukan kajian dan pendapat ramai. Namun, pelajaran tidak dapat lari dari mewarisi tradisi sesebuah negara khususnya dari segi sejarah budaya. Sesungguhnya, kesan dari pendidikan kolonial memberi pengaruh besar tehadap sistem pendidikan di Malaysia. Bagaimanapun, pada masa kini, masyarakat Melayu di Malaysia berminat untuk menghantar anak - anak mereka ke sekolah agama dicampur dengan akademik agar peroleh perkembangan ilmu yang seimbang. Hakikatnya, kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini sebenarnya menerima pengaruh dari sistem pendidikan kolonial Inggeris. Apa yang pasti, pembentukan dasar pendidikan sememangnya memainkan peranan yang sangat penting kerana pendidikan merupakan fundamental dalam membentuk generasi baru supaya sedar bagaimana membina masyarakat yang bertamadun dan tidak dibawah arahan penjajah. Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar budaya nilai-nilai asing. Kita dapat melihat bahawa pada zaman kolonial kanak-kanak di sekolah diajar dengan menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang di England. Malahan juga, buku-buku yang digunakan untuk mengajar adalah serupa dengan yang di England. Dapat dikenal pasti juga yang kewujudan pertembungan budaya Barat dengan budaya Timur. Sekolah Inggeris jika diteliti juga telah menjadi satu institusi asing dalam ertikata perkara-perkara yang diajar tidak mempunyai relevan atau kaitan dengan masyarakat atau kebudayaan orang-orang tanah Melayu yang dijajah. Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan. Bagi penjajah Inggeris pada zaman terebut persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan. Oleh sebab itu, British mengabaikan soal penggunaan satu bahasa pengantar, kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan dapat menyatukan anak-anak dari semua keturunan. Maka dapatlah disimpulkan sekali lagi disini bahawa terdapat benyak kesan negatif wujud disebabkan sistem pendidikan kolonial yang diperkenalkan oleh British pada zaman penjajahan.

Anda mungkin juga menyukai