Anda di halaman 1dari 7

Praktikal 1 : Keperluan asas tumbuhan.

Objektif Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan air.

Pengenalan Tumbuhan memerlukan keperluan asas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan memerlukan, udara. cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas.Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan herbivor yang akan menjadi makanan kepada haiwan karnivor yang lain.

Penyataan masalah a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari? b) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air? c) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Hipotesis Tumbuhan tidak boleh hidup tanpa cahaya matahari, air dan udara. Tumbuhan memerlukan fotosintesis. kesemuanya untuk meneruskan hidup dan menjalankan proses

Pemboleh ubah malar Jenis tumbuhan yang digunakan

Pemboleh ubah dimanipulasi Jenis keperluan tumbuhan

Pemboleh ubah bergerak balas Keadaan tumbuhan

Eksperimen A: Bahan/radas Tumbuhan berdaun lebar Kertas hitam Klip kertas

Eksperimen A Kertas hitam yang dilipat digunting pada satu bahagian. Corak yang sudah digunting seterusnya diklip dan ditinggalkan untuk beberapa hari.

Selepas 7 hari, kertas hitam ditanggalkan dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan keputusan.

Eksperimen B Bahan/radas Benih-benih kacang Dua bekas piring petri Air kapas

Prosedur Beberapa biji benih kacang ditanam di dalam bekas bunga kecil. Kedua-kedua tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari Tumbuhan A disiram air secukupnya pada setiap hari Tumbuhan B tidak disiram air

Eksperimen C: Bahan/radas Biji-biji kacang Dua balang dan dua cawan polisterena

Kapas Air

Eksperimen C Kedua-dua cawan diisi dengan air. Kapas diletakkan pada bahagian dalam cawan. Biji-biji kacang diletakkan di atas kapas. Ini akan menyebabkan biji kacang sentiasa lembap. Biji kacang dimasukkan ke dalam air pada cawan kedua, Kedua-dua cawan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu dan cahaya yang sama.

Keputusan Eksperimen A: Eksperimen Pemerhatian Hari 1 hingga hari 3: Daun tidak menunjukkan perubahan. A Hari 4 hingga hari ke 5: Daun tidak menunjukkan perubahan yang ketara Hari 6 hingga hari ke 7: Daun masih lagi tidak menunjukkan perubahan hari ke 8- 10 daun mulai layu dan bahagian ditutup kelihatan kuning. - bahagian yang ditutupi kertas hitam menghalang daun mendapat cahaya seterusnya menyebabkan daun tidak dapat menjalani proses fotosintesis Inferens - Daun layu

Eksperimen B:

Bekas A

Pemerhatian Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah( keluar akar ) Hari 3 : Semua benih kacang hijau bertumbuh ( keluar pucuk) Hari 4 : pokok kacang mnejadi tinggi Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang tudak bertumbuh Hari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh

Inferens Benih kacang hijau bertumbuh kerana mendapat cukup air.

- Benih kacang tidak bertumbuh dan bercambah kerana tidak mendapat air.

Eksperimen C: Bekas A Pemerhatian Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula bercambah dengan mengeluarkan akar. Hari 3 : Benih kacang mengeluarkan pucuk Hari 4 : Benih kacang tumbuh dengan lengkap Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Benih kacang tumbuh tidak sempurna Inferens Benih kacang tumbuh. -kerana mendapat udara yang secukupnya

Hari 2 : Benih kacang mula mengeluarkan akar. Hari 3 : Benih kacang hanya mengeluarkan akar. Hari 4 : Benih kacang tidak mengeluarkan pucuk dan tidak bertumbuh

-kerana tidak mendapat udara yang secukupnya .

kesimpulan Sebagai kesimpulan, tumbuhan memerlukan kesemua keperluan asas iaitu cahaya matahari, air dan udara untuk menjalani proses tumbesaran. Tumbuhan akan layu dan mati sekiranya tidak mendapat keperluan-keperluan tersebut dan ini akan mengganggu perjalanan ekosistem hidupan

Rujukan

1. http: en wikipedia.org/wiki/stoma,7 februari 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/fotosintesis,1


3, 1 februari 2012 4. http://wwwhttp://www.gardeningknowhow.com/problems/signs-of-plants-affected-by-too-much-

water.htm, 7 Februari 2011 5. http://www.gardeningknowhow.com/problems/under-watering.htm, 7 Februari 2011 6 yearly scheme year 4 7 Buku teks sains tahun 4

Anda mungkin juga menyukai