Anda di halaman 1dari 8

Eksperimen 1

: Matahari Ialah Keperluan Asas Tumbuhan

Tajuk

: Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengenalan

: Semua benda hidup mempunyai keperluan asas yang tersendiri.


Salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk
terus hidup ialah cahaya matahari.

Objektif

: Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari ialah keperluan


asas tumbuhan.

Bahan dan alat

1. Tumbuhan sihat dengan daun yang besar

radas

: 2. Kertas hitam yang tebal


3. Klip kertas

Prosedur

: 1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima


pancaran cahaya matahari dipilih.
2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai
dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian
kertas tersebut diklip dengan klip kertas untuk beberapa hari.
3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya
diperhatikan.

Analisis data

:
Pemerhatian

Inferens

Warna daun bertukar

Kertas

hitam

yang

kepada coklat dan

dilekatkan pada daun telah

kekuning-kuningan

menghalang

cahaya
Laporan eksperimen SCE3101

matahari untuk sampai ke


daun.

Daun layu dan gugur


Perbincangan

: 1. Daun yang diklipkan dengan kertas yang digunting setelah


beberapa hari, terus gugur.
2. Tumbuhan telah diletakkan di kawasan yang cukup cahaya
dimana ia dapat dilihat tanpa perlu dikawal.
3. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup kerana
cahaya matahari diperlukan untuk membuat makanan semasa
proses fotosintesis.
Soalan
1. Apakah akan terjadi jika hanya separuh bahagian daun
ditutup?
Daun akan masih hidup. Hal ini kerana bahagian tidak
dilapisi masih boleh melakukan proses fotosistesis.
Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan layu.

2. Apakah yang akan terjadi pada daun selepas kertas hitam


ditanggalkan? Buat pemerhatian selama beberapa hari.
Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu
kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.
Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam ditanggalkan,
daun akan kembali segar dengan syarat segala keperluan
asasnya seperti air, udara & cahaya mencukupi.

Laporan eksperimen SCE3101

Kesimpulan

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya


menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan
makanan. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika
terdapatnya cahaya matahari.

Eksperimen 2

: Air ialah keperluan asas tumbuhan.

Tajuk

: Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengenalan

: Semua benda hidup mempunyai keperluan asas masing- masing.


Salah satu daripada keperluan asas bagi tumbuhan ialah air.

Objektif/ Hipotesis : Untuk menunjukkan bahawa air adalah keperluan asas tumbuhan.
Bahan dan alat
radas

1. Kacang hijau
: 2. Air
3. Pot bunga kecil
4. Tanah humus

Prosedur

:
Laporan eksperimen SCE3101

1. Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi
dengan tanah humus.
2. Kedua-dua pot bunga kecil diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya, manakala pot bunga
satu lagi tidak disiramkan dengan air.
4. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Analisis data

Pot
A

Pemerhatian

Inferens

Biji benih kacang hijau

Biji benih kacang hijau mendapat air yang

bercambah.

cukup untuk bercambah.

Biji benih kacang hijau tidak

Biji benih kacang hijau tidak mendapat air

bercambah dan menjadi

yang cukup untuk bercambah. Hal ini

kering.

menyebabkan pemecahan selaput biji


benih tidak terjadi.

Pot A (disiram air secukupnya)


Perbincangan

Pot B (tidak disiram air)

:
Laporan eksperimen SCE3101

1. Biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air
yang cukup banyak untuk proses percambahan. Kebanyakan biji benih akan
bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang mencukupi untuk
melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji benih tersebut di
dalam air.
2. Penyerapan air oleh biji benih akan menyebabkan selaput biji benih
membengkak dan pecah. Kesemua tumbuhan menyimpan makanan di dalam biji
benih. Apabila biji benih menyerap air, makanan yang tersimpan akan
dipecahkan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna, dan
seterusnya membenarkannya untuk bercambah dan membahagi.
3. Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya
akan habis. Disebabkan itu, biji benih yang bercambah memerlukan air secara
berterusan, nutrisi dan cahaya untuk fotosintesis, yang akan menghasilkan
tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesaran yang berterusan.
4. Kacang hijau yang digunakan di dalam eksperimen ini adalah daripada kualiti
yang terbaik bagi memastikan biji benih dapat bercambah dengan baik.
Soalan
1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih
berbeza digunakan?
Ya, kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama.
2. Bagaimanakah petani dapat mengesan tanaman itu mendapat air yang
mencukupi, tidak cukup atau terlebih air?
Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya,
kita boleh mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada
ciri-ciri berikut:
i.
ii.
iii.

Kesimpulan

Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat


Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering.
Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun
yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran
tumbuhan.

: Biji benih memerlukan air untuk proses percambahan.


Laporan eksperimen SCE3101

Eksperimen 3
Tajuk
Pengenalan

: Udara ialah Keperluan Asas Tumbuhan


: Hidupan dan Proses Kehidupan
: Semua benda hidup mempunyai keperluan asas masing-masing.

Salah satu daripada keperluan asas bagi tumbuhan ialah udara.


Objektif/Hipotesis : Untuk menunjukkan bahawa udara adalah keperluan asas
tumbuhan.
Bahan dan alat

: 1. Kacang hijau

radas

2. Air
3. Cawan plastik
4. Kapas

Prosedur

1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik (Cawan A)
yang telah dimasukkan kapas basah.
2. Manakala sebuah cawan plastik yang lain (Cawan B)

dipenuhkan dengan

separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan kedalamnya.
Kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan tehalang daripada mendapat
udara.
3. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.
Analisis data
Cawan
A

:
Pemerhatian

Inferens

Biji kacang hijau tumbuh

Terdapat udara dalam

dengan sihat

cawan A.

Biji kacang hijau tidak

Tiada udara terdapat dalam

tumbuh

cawan B
Laporan eksperimen SCE3101

Cawan A (tiada air)

Cawan B (terdapat air)

Perbincangan
:
1. Percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada kadar yang
bersesuaian.
2. Tumbuhan juga bernafas untuk mendapatkan tenaga.
3. Melalui respirasi, tumbuhan mendapatkan tenaga untuk hidup.
4. Semasa proses respirasi berlaku, sel-sel tumbuhan menerima oksigen dan
melepaskan karbon dioksida.
5. Walaupun proses fotosintesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan kerana
ketiadaan cahaya matahari, namun proses respirasi masih berlaku kerana
tumbuhan memerlukan tenaga untuk hidup.
Soalan:
1. Apakah cara lain untuk mengeluarkan udara daripada dalam cawan?
Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di cawan plastik.
Ini kerana api memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api akan
terpadam sekiranya tiada lagi oksigen kerana pembakaran tidak
dapat lagi dilakukan.
2. Adakah timbul masalah kepada petani jika terlalu banyak udara?
Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada
kepada petani. Bahkan ia mendatangkan manfaat kepada para
petani. Contohnya, tiupan angin akan mempercepatkan lagi kadar
transpirasi kerana udara yang tepu dengan wap air ditiup ke tempat
lain. Dengan ini kehilangan air melalui stoma tidak terganggu.

Laporan eksperimen SCE3101

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang memerlukan


angin

untuk

pendebungaan.

Angin

membantu

memindahkan

debunga ke permukaan stigma bunga yang lain.


Walaubagaimanapun, tiupan angin yang kencang seperti angin
puting

beliung

akan

menumbangkan

pokok

seterusnya

mendatangkan kerugian kepada petani.


3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi sekiranya biji benih
yang berbeza digunakan?
Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua
tumbuhan memerlukan keperluan asas yang sama untuk kekal
hidup.

Kesimpulan

: Tumbuhan memerlukan udara untuk terus hidup dengan subur.

Laporan eksperimen SCE3101

Anda mungkin juga menyukai